Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Selamat Datang 2024...

51 minit memasuki tahun baharu 2024. Dari dalam rumah bunyi bunga api berdentum dentam dari pelbagai arah...agaknya jika keluar ke beranda rumah akan nampak la percikan bunga api ni. Sahabat dari KL juga mengirimkan video sesambil mengucapkan Happy New Year buat geng kami yang sama2 buat corp comm dulu. Video percikan besar bunga api dari view roof top rumahnya...cantik sangat pemandangan Bandaraya KL di waktu mlm. Okey kembali kepada tahun baharu 2024 ni, saya sekadar mengambil kesempatan menitip sesuatu sbg kenangan penulisan permulaan memasuki 1 Jan 2024. Pertamanya, saya nak mrngingatkan diri saya bahawa hari ni 1 Jan 2024 adalah permulaan hari di tahun 2024 yang jatuh pada hari Isnin. Ada 365 hari perlu dilalui untuk tahun 2024 ni. Jadi mental dan fizikal sudah disetkan untuk bersedia dgn apa jua cabaran yang datang...mode "ready dan stanby" telah diaktifkan. Keduanya, saya nak ingatkan diri saya supaya sentiasa istiqomah dengan apa yang telah di set kan dlm diri. Apa ju

Letih la Bila Adab Sopan Main Langggar Aje...

Bukan lah nak di complicated kan sangat... Tapi kadang-kadang rasa geram bila adab yang simple dicomplicatedkan oleh orang lain. Ada masa kita berdiam dan ada masa ko mendapat la. Hadoiiii... Itu lah dianya. Ada satu pesen manusia ni bila berkomunikasi ambil mudah..dilanggarkanya semua "hukum-hakam" dalam berbicara lisan mahupun dalam penulisan. Benda simple aje pun..."hukumnya" mudah saja, bila kita rasa ianya tak sopan kalau orang buat untuk kita,..jadi jangan buat kat orang macam tu...sebab sudah tentu orang akan merasakan yang sama. Contoh "hukum-hakam" mudah dan very basic dalam komunikasi, paling utama bila secara tanpa lisan adalah: 1. Tolong reply pada setiap mesej yang diterima (Kecuali di luar kes biasa ya). Di luar kes biasa ni contohnya, ko tgh bergaduh manja ke, ko memang dah berkerat rotan tak mahu berbaik ke..ko sdg merajuk ke...atau mcm2 yang lain la..nak ditulis semua krg jadi satu buku pula tulisan ni..hehe. 2. Dalam perhubungan biasa mor

Muhasabah dan Healing...

Hari minggu yang panjang...bergabung dengan cuti Krismas...bercampur pula dengan cuti hujung tahun yang wajib...makanya mmg healing sungguh ni. Bagi org yang bekerja...pilihlah untuk merehatkan minda di hujung tahun selepas setahun pulun kerja, tak cukup rehat, penat, stress dan macam2 perasaan lagi yang dilalui...minda perlu direhatkan seketika! Penat dan stress tu bukan dalam konteks yang tidak sihat tapi dalam konteks yang sihat...makanya biarlah "enjin" kita berehat seketika sebelum menyambung lagi perjuangan untuk tahun mendatang...2024. Jika panjang umur kita... Recharge diri itu wajib. Sama ada kita memilih berehat di rumah atau pergi bercuti...yang penting minda dan body kita berehat sekejap daripada kesibukan kerja...bagi rest kejap..just 10 days drpd 365 hari...memadai dah tempoh healing ni jika dibuat dengan sepenuh jiwa. Masa "berehat" ni pilihlah aktiviti yang kita suka kita minat dan kita jiwa tentangnya, berjalan melihat tempat orang, lihat alam Allah

Masa Yang Merubah Segalanya...

Aduhai camane nak buat ni... Fikiran bercelaru dok fikirkan nak kena g juga meeting di Sarawak ni dengan Bigboss. Kenduri kawin anak sahabat baik bertembung lak masanya ni..kenduri pertama anak sulungnya...ini kira permulaan kenduri kawin rakan2 yang sama batch...den rasa ralat betul jika tak dpt bersama..aduhaii.. Terimbau ayat Dato masa den menyuarakan boleh tak kalau den tak g..."ehhh camane pula tu Puan Zaini..kena pergi la..depa nak hand over tugas kpd kita slps ni"...nanti nampak kita tak menyambut pula the baton yg depa pass..."..."lagipun nanti Puan Zaini yang nak kena handle"...tambah Dato lagi... Saya senyum saja bila Dato ckp begitu sebab saya tahu permintaan saya tu mmg tak masuk akal...sbb untuk baton yang nak diterima tu saya yang akan lead sebagai pengurus meeting itu..aduhaiii.. Makanya redha dalam pasrah la org kata. Hari ni, 2 Dis bergerak la ke KCH dgn MH2520 yang berlepas pukul 11.00 pagi tadi...ni sy menulis masa dlm flight.  Drpd dok terco

Saat Kau Tidak Lagi KuPeduli...

Hati jika disakiti berulang2...akan bawa padahnya jua kerana bila hati telah kosong..semua tidak bermakna lagi. Amboihhhh ayat..win benar ni..hehe. Tak ada la gempak sangat saja jer bagi ayat win, nampak lah serius cket kan.  Ya, bercakap tentang serius memang serius la...masa bergurau kita boleh bergurau tapi kalau dah tiba masa untuk serius kita serius la.  Kita ikut orang nak beli macamana? "Nak beli runcit..nak beli borong atau pukal..you get what you ask for. Nilai yang tinggi yang ditawar..kita beri percuma saja...tak ada nilai sebenarnya jika sesuatu itu tidak pernah berubah!".  Bila kini engkau tidak lagi kupedulikan...semuanya berubah Hati tak perlu lagi menahan rasa, tak perlu lagi rasa curiga dan tak perlu lagi tertanya2, tak perlu lagi rasa dibohongi dan dipermainkan. Bila semua rasa itu tiada, maka diri beransur2 tenang dan aman. Aman drpd segala kecurigaan dan rasa sakit hati. Jika tidak, rasa sakit hati yang memanjang dan tidak berkesudahan bila macam2 hal yg m

Jika itu takdirnya...

Ooooo serabut la...saru sungguh kata ore kelate... Bergelewa' di sosmed cerita viral tentang seorang manusia bernama Aliff Teega" Saya ni tak tahu cerita sangat dan tak kenalpun dgn Aliff Teega ni. Pagi2 bangun penuh di status wasap sahabat2 menulis tentang si Teega ni...dah kenapa... Owhhh rupanya cerita dia kawin sorok di Siam saat isteri tengah sarat mengandung...cerita kantoi nikah di siam la kiranya ni. Allah...ramai betul lelaki munafik,  penipu, dan pengecut ya. Berjangkit2 pula jadinya...mula dgn Pengarah terkenal Syamsul Yusof...bersambung pula cerita abang Tesla..dan skrg viral si Teega ni pulokss...ore kelate kata "bengong molek la". Memang tak kelas la main sorok2 lagu ni..takdok standard la ore kata dih. Bila dah banyak sangat cerita2 nikah sorok drpd pengetahuan isteri ni, saya pun naik mual dan nak termuntah juga la..dah tak pasal2 pula terimbau satu kisah ni...teringat seseorang yang pernah saya kenali...dia ni nikah senyap2 di Siam..menipu isteri, me

22 November datang lagi...

22 November 2023 Datangnya itu pasti kerana masa memang bergerak ke depan. Genap 360 hari daripada tarikh tu, maka bertemulah kembali dengan tarikh yang sama..ya bertemu kembali 22 November 2023, tarikh dan bulan tetap akan sama cuma tahunnya akan berubah dan tak mungkin sama..tahun yang berganti pada tahun ini adalah tahun 2023, berganjak satu nombor berbanding tahun lepas, tahun 2022. Selepas 360 hari lebih kurang...22.11.2023 tahun ini jatuh pada hari Isnin. Isnin ni adalah hari pembuka minggu, hari permulaan kembali bekerja slps berehat di hujung minggu. Kalau ikutkan hari permulaan minggu ni adalah hari yang energy nya masih full. Setiap kali hampir dengan 22 November ni, perasaan memang sentiasa bercampur baur...perasaan yang sukar untuk diterjemahkan. Suka duka pahit manis dalam hidup yang dilalui sepanjang meniti kehidupan ni hadir silih berganti dalam benak fikiran. Debaran demi debaran yang tidak tahu kenapa akan muncul... Nak kata suka dan gembirapun ya, nak kata sedih dan t

Merenung Sejenak...

Pagi ni tak masuk ofis seperti rutin. Ada urusan kerja di luar for a couple days. Dalam waktu singkat ini ingin menitipkan sesuatu ttg kehidupan susulan drpd sembang2 dgn geng mlm tadi di wasap group. Ada geng berkongsi satu gambar dgn pertanyaan..."kenal tak siapa dalam gambar?" Saya menatap gambar tu..dua susuk badan yg dilihat..yg sorang tu saya cukup kenal..cukup rapat dengan saya suatu waktu yang berlalu, tapi susuk badan seorang lagi saya tak dapat cam...nampak sangat uzur dan sudah sgt berusia... ditambah pula dengan keadaan keuzuran, nampak, sgt cengkung dan kurus ...Allah terdetik dlm hati saya "siapa gerangan empunya badan". Jika sahabat saya bertanya begitu, sudah pasti saya mengenali orang yang dimaksudkan ini. Saya membiarkan saja conversation dalam group wasap itu berlalu begitu kerana kebetulannya saya tak sempat nak menyampuk. Urusan di ofis sgt penuh betul... Malamnya baru saya sempat baca semula....dan bila membaca satu persatu conversations dlmnya

Hati Yang Teruja...

Keluar ofis lebih awal drpd biasa hari ni 7 November 2023, Selasa.  5.30 ptg log out dan terus ke kereta. Meluncur balik meninggalkan ofis kerana dalam hati ada sesuatu yg tidak sabar untuk dilakukan. Mengimbau cerita pagi tadi, jam 10 pagi set meeting informal dengan seorang sahabat, sudah pasti rakan seperjuangan. Ada perkara yang ingin disembang..kebetulan ada sedikit ruang masa daripada keterbatasan waktu yg ada. Usai perbincangan, saya singgah di Kedai Buku Penerbit UKM purposely untuk mendapatkan buku baharu hasil tulisan mantan Pendaftar kami, Tuan Haji Abd Razak Hussin. Saya kira sudah hampir dua minggu berita buku terbitan kedua En Razak sampai ke telinga saya..cuma, atas kekangan masa yg sangat kritikal buat saya, menjadikan saya tidak punyai kesempatan untuk mendapatkannya. Hari ini, 7 November 2023, buku ini telah saya miliki atas hak kepunyaan saya selepas menyelesaikan bayaran sebanyak RM30 di cashier Kedai Buku Penerbit tadi. Hati berbunga untuk membaca bab demi bab..ada

Kematian Demi Kematian...

Berita kematian demi kematian... Hati rasa sayu dan sedih Setiap hari macam2 bentuk kematian yang berlaku...lately berita kematian yang sangat tragis dan berbekas di hati... Cerita enam beranak di Segamat yang dijemput Allah dalam keadaan yang sangat tragis sangat berbekas di hati..melihat pula raut wajah sugul dan kesedihan yang tidak terucap daripada satu2nya anak lelaki yang tinggal lagi terasa meruntun di hati dan sebak di dada... Dapat pula berita emak saudara sebelah Mr. Husband di Perak yg dijemput Allah disebabkan beberapa masalah kompilasi..faktor utama adalah disebabkan kencing manis. Menambahkan lagi rasa sedih bila mengenangkan arwah baru saja kehilangan suami tercinta (bapa saudara Mr. Husband) yang dijemput Allah beberapa bulan yang berlalu...juga kencing manis yang kronik...Bila terbayang arwah mak anjang...sayu rasa hati..baik orangnya, lembut tutur kata...walau sesekali berjumpa, tetap terasa kehilangan mak anjang dan Anjang...Al-Fatihah buat keduanya..moga tenang di s

Bukan Tak Layak, Tapi Mungkin Ada Yang Lebih Layak...

Memasuki 20 September 2023... Usah ditanya mengapa belum tido sudah lewat malam begini..mata tak dpt lelap tu biasa..sejak zaman belajar hingga ke zaman lo ni, tiada istilah tido awal..adehhhh. Orang kata susah tido ni sebab banyak pikir...hmmmm...tak pasti la betul atau tidak yang org kata tu...ada masa betul tapi ada masa tak betul... Tido ni bukan suka2 kita nak tentukan untuk kita lelap atau tidak...kalau tak mahu lelap, pukul 2 pagi pun tak mahunya...tak dpt dipaksa..bila mata dah mengantuk..lebur la.. Terlajak tak mahu tido ni, makanya mlm ni kita singgap ke blog jap...banyak aje perkara nak ditulis, tapi masa saja yang tidak mengizinkan. Tak apa, ada masa nanti boleh tulis apa yg tersimpan untuk ditulis..gituuuuu. Semalam dikejutkan dengan satu berita...saya tak pastilah saya terkejut atau saya buat2 terkejut atau saya telah menjangka berita itu. Kadang-kadang setiap perkara tu..bila kita dah jelas ttg modus operandi nya..maka kita mudah untuk membuat jangkaan..jadi tak adalah k

Tak Sempat Fikir Tentang Langau2...

Hadoiiii... Lately jarang dpt singgah ke blog.. Last entry adalah pada 12 Ogos, dan skrg dah 13 September...sudah sebulan lebih berlalu. Haishhh...how time flies.. Serasa masa cepat betul berlalu. Tahap kesibukan juga semakin menjadi2. Hari2 tu laju benar berlalu..pagi meeting, petang meeting dan di antaranya pula ada hijack dan potong tang corner menjadikan satu hari di ofis tu tak terasa..tahu2 dah lewat petang..hadoiii la. Bila balik rumah, masa untuk berehat sepenuhnya...cuba seboleh mungkin tak buka laptop dan sambung kerja ofis di rumah...tapi bila ada yg urgent..kena buka juga la..no choice. Demi tugas dan tanggungjawab. Sudah setahun begini...layan kesibukan yang menjadi2 ni, sedar tak sedar akhirnya menjadikan diri sudah terbiasa dengan rutin yang baharu ini...tidak sempat memikirkan perkara lain selain dari hal kerja...sebelah mlm pula berehat secukupnya sambil melayan santai berita2 di alam maya.... Alhamdulillah...takdir Allah buat kita sebenarnya yang terbaik...akhirnya ki

Menyakiti Hati Sendiri Kerana Menjaga Hati Orang ...

Kadang2 untuk menjadi seorang ketua yang baik kita perlu bersedia dan redha untuk menyakiti hati sendiri dengan menahan kepedihan dan kesakitan hati dan perasaan. Maksudnya kena bersabar dan menahan rasa demi menjaga hati dan perasaan pasukan yang dipimpin. Itu la namanya kerja dan kehidupan. Kehidupan yang mengajar kita untuk bersabar dan menahan diri daripada menyakiti hati orang lain walaupun hakikatnya hati kita yang sedang kita sakiti. Itulah pengorbanan tanpa sedar yang perlu kita hadap. Ada masa yang kita perlu menyakiti hati kita sendiri demi menjaga hati orang lain walaupun kita di pihak yang benar. Apa maksud saya dengan "menyakiti diri sendiri" tu. Maksud saya di sini adalah, kita yang tersakiti bila kita menahan kata menahan diri daripada membuat teguran dek kerana kita tidak ingin menyakiti hati orang lain dengan kata2, nasihat atau panduan dan perbuatan kita, sedangkan hakikatnya sebagai ketua kita perlu memastikan semua perkara dijalankan dengan baik...pantas,

Hati Yang Bahagia...

Apakah agaknya yang membahagiakan kita? Kita bahagia apabila hati kita gembira. Hati kita gembira bila fikiran kita tenang dan tidak berkecamuk. Bila bahagia ini kita kecapi, semua perkara akan menjadi indah buat kita. Semua berjalan seperti diharap dan di plan. Jika ini kita miliki, kita akan lebih bersemangat, bertenaga, dan lebih produktif juga waras dalam tindakan dan perbuatan. Bila hati, minda, jiwa tenang dan damai, seluruh anggota kita juga akan merasakan "kedamaian" yang sama. Justeru, untuk tenang dan bahagia, pastikan diri terhindar dari: 1. Perselisihan faham dan perselisihan pendapat yang membawa ketegangan dan pergaduhan. 2. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik dan masalah. 3. Perbuatan dan lisan yang berlebih-lebihan yang menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling kita. 4. Perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama dan peraturan kehidupan. 5. Circle toksik dan negatif 6. Hati yang tidak baik, dengki dan khianat 7. Perbuatan yang menyusahka

Berita Sedih...

Terkejut rasa...sedih, sayu berbaur semuanya. Malam ni membelek di fb sesambil merehatkan badan...rutin mlm sesambil melepaskan lelah minda dan lelah anggota badan, memang akan scrol tgok Sosmed mengintai2 berita2 yg berlaku yg dikongsikan rakan kenalan.  Tiba2 mata terpaku kepada tulisan "Innalillahiwainnailaihirajiun" di fb salah seorang yg dikenali rapat. Allah, siapa yang meninggal ni, hati kecil tertanya2. Terus hantar mesej di whatsApp dia...dan share sekali screen shot statusnya di fb. "Siapa meninggal Tie?" Rupa2nya suami kepada Che Yah telah dijemput Allah pada pagi tadi..Allahuakbar..baru tahu arwah dah lama menghidap cancer prostat rupanya...Allahuakbar.. Terbayang raut wajah arwah dan raut wajah Che Yah...zaman kecik2 dulu sesekali akan berjumpa dgn che yah dan pakcik Mad ni bila ada kenduri makan2 keluarga belah Ummi. Che Yah ni mak saudara kepada Ummi. Che Tie yang saya hubungi ni pula adik kepada ummi. Che Yah ada anak perempuan yg sebaya saya dan Che

Respect Dalam Organisasi...

Bercakap tentang respect... Apa itu respect? Respect itu adalah suatu perbuatan menghormati, menghargai...menjadi pendengar yang baik, tidak menyanggah masa org bercakap, menghormati hak orang, mengambilkira pandangan orang lain, juga bijak mengawal emosi dan lisan agar tidak menyinggung hati orang lain. Sejauh mana nilai "Hormat" ini penting dalam sesebuah organisasi untuk organisasi terus utuh dan disegani... Kalau ikut pandangan saya nilai "Hormat" dalam organisasi itu adalah priceless..tiada nilainya yang dapat diukur... Jika tiada nilai yg dapat dijadikan ukuran, maka sudah pasti sangat besar lah kepentingannya. Penting dari sudut apa? Penting dari sudut, menjaga nilai, adab dan cara hidup serta budaya kerja organisasi. Jika komponen ini tiada dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan hilang nilai, prestij dan reputasinya..dan lama2 nanti "jatuh menyembah bumi" Bagaimana agaknya soal nilai, adab dan cara hidup juga budaya kerja dapat kita uk

Rencana Allah Datang tepat Pada Waktunya...

Malam ni jenguk ke blog AD sekejap. Niat hati nak menulis sesuatu yg berkait dengan kisah petang tadi... Sebuah keajaiban...Allahu... Cerita Allah sentiasa tak mampu dek akal kita untuk kita memikirkannya...sentiasa ada keajaiban Allah...bersyukur lah... Alhamdulillah..panjatkan rasa syukur. Allah Maha mengetahui, Maha mendengar permintaan hamba-Nya. Yakin selalu. Di saat hati kita sudah pasrah dan redha...setelah berusaha dan berikhtiar,  jalan seakannya sudah tiada...kita juga sudah redha dan pasrah...sudah ikhlaskan diri.. Masa itu tiba2 Allah hadirkan laluan..MasyaAllah...Engkau sesungguhnya sentiasa mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-Mu...malu rasa diri yg kerdil dan banyak dosa ini kerana Allah masih memandang dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah sentiasa memandu kepada kebaikan. Terdetik di hati...kuasa zikir, kuasa ayat2 Allah yang menjadi peneman setia dan sudah sebati menjadi darah daging itu adalah benar sangat...zikir dan doa yang sentiasa menjadi peneman setia,

Pergi Tidak Kembali Lagi...

Berita perginya insan ini sangat mengejutkan saya.  Tertangguh dan lewat sikit saya menitipkan penulisan ini atas beberapa sebab dan kekangan...malam ni saya ada masa dan kekuatan untuk menulis dan memahatkan kenangan buat insan ini...biar kekal bersemadi dalam platform saya ini..titipan kenangan akhir buat arwah... Dia insan yang pernah bekerja bersama saya. Seorang staf yang miliki sifat diri dan keutuhan peribadi yang sangat baik. Cukup semuanya...respect orang, bertanggungjawab, komited, berkemahiran tinggi dalam kerja2 mengemas, menyusun barang2 pejabat, punyai kepakaran luar biasa dalam memindah dan menyusun barang2 berat. Seorang yang berjiwa besar dalam kerjanya.  Seorang yang mahir dalam pengurusan pameran dan penyimpanan barang2. Seorang yang sangat "jatuh cinta" dengan kerjanya. Memang dia cukup suka dgn kerja yang dilakukan, kerja utama menguruskan pameran, dan menjaga inventori ofis juga urusan perolehan ofis. Arwah juga seorang yang kreatif dalam kerja2 peribadi

Resepi Nasi Minyak...

 Bahan-Bahan 4 gelas beras Basmathi Bawang merah kecil 10 ulas Bawang putih 4 ulas Bawang merah besar 2 labu Halia 1 inci Susu cair satu tin Kismis dua kotak kecil Minyak sapi satu tin kecil Minyak masak dlm satu senduk kecil Rempah 4 sekawan 1 kiub ayam Cara-cara 1. Rendam beras setengah jam 2. Blend hancur bawang merah. 3. Mayang bawang besar, halia dan bawanh putih. 4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bawang mayang dgn rempah 4 sekawan. Semasa menumis masukkan dua helai daun pandan yg dah disimpul. 5. Bila dah kekuningan, masukkan bahan blend. Tumis hingga masak, pecah minyak. 6. Masukkan satu sudu garam kasar. Masukkan satu kiyb ayam. 7. Masukkan beras. Gaul rata dgn cpt dan masukkan air 5 gelas. 8. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning jika suka. Jika suka warna ori, tak perlu masuk pewarna. 8. Masak seperti masak nasi biasa. Bila hampir kering, masukkan kismis tutup periuk dan kecilkan api. 9. Dlm 10.minit nasi akan masak dan boleh digemburkan.

Resepi Gulai Udang sedap...

Lama sgt tak sempat update blog. Kalut macam2 hal. Ada masa senggang nanti saya sambung menulis di blog ya. Tkasih kpd pengunjung yg sentiasa setia singgah. Semoga Allah merahmati kalian semua. Ni singgah sekejap saja untuk tepek resepi gulai udang special ni. Gulai udang ni resepi klasik bonda saya. Memang sedap! Bahan2: 1. Udang setengah kg 2. Santan pekat dua cawan 3. Bawang merah 7 ulas 4. Bawang putih seulas kecil 5. Cili kering tujuh lapan tangkai. 6. Halia sebesar ibu jari 7. Jintan manis setengah sudu besar disnagai dan ditumbuk lumat 8. Gula melaka setengah keping/kerek 9. Beras setengah sudu besar unk hilang hanyir udang dan pekatkan kuah. Ditumbuk lumat 10. Garam gula secukupnya. Cara2: 1. Siang udang dan cuci bersih. Potong sedikit saja muncung depan udang. Tak perlu potong ekor.  2. Blend bawang merah, halia dan cili kering. 3. Masukkan santan juga bahan yang di blend tadi dalam periuk. 4. Masak sehingga kuah pekat. Kuah perlu sentiasa dikacau semasa proses ni bagi mengela

Bagaimana Nak Urus Jadual yang Padat...

Malam ni singgah sekejap di blog. Beberapa hari ni agak hectic sungguh. Pembuka tahun 2023 yang sangat pack schedulenya. Bercampur pula dengan urusan keluarga di kampung..seminggu dua ni berulang balik ke kampung halaman. Semoga segala urusan dalam peliharaan Allah jua. Kemampuan kita manusia sangat terhad...justeru biarlah Allah yang susun. Sebagai hamba Allah..kita lapangkan hati, lapangkan fikiran dan berdoa dengan penuh yakin dan istiqomah. Doa semoga Allah permudahkan segalanya dan memberikan hidayah dan petunjuk yang baik buat diri kita. Doa ni senjata segalanya. Jangan pernah berhenti untuk berdoa. Doa perlu ikhlas, yakin dan istiqomah. InsyaAllah, Allah kabulkan apa yg kita mohon...jika cepat bersyukur lah dan terus tingkatkan amalan dan kebaikan..jika lambat, usah putus asa...masanya tetap akan tiba..just a matter of time saja. SABAR. Jika minda sudah tidak mampu lagi menyusun agenda dalam minda kerana sangat banyak dan bercelaru dah...maka susunlah agenda tu atas kertas atau

Mengenali & Membuka Episod Baharu...

Mengenali dan membuka episod baru... Terkadang dalam hidup ini kita perlu kuat untuk menutup buku lama dan membuka buku baru dengan episod baru. Setiap apa yang Allah tentukan kepada kita bukan satu kebetulan sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Masa episod baru bermula, kita tak tahu apa di sebaliknya...bila episod berakhir baru kita tahu dan faham sesuatu di sebaliknya. Begitu juga bila episod lain pula datang kita begitu teruja tanpa kita sedar ada sesuatu yang sedang Allah delay kan untuk kita. Justeru, berhati2 lah. Indah di permulaan bukan bermakna indah di pengakhirannya. Jika tidak ingin sakit di penghujung, maka usah membuka ruang permulaan. Namun jika sudah boleh predict pengakhirannya...maka teruskan lah episod baru tu..standby siap2 perisai hati. Setiap perkara bila kita tak lalu, maka kita tak tahu. Ada setengah sikap manusia yang suka mencuba dan mengkaji karakter manusia..maka hadap lah permainan dunia dengan 1001 macam hal. Tahan dengan tak saja. Tapi kata orang tua.

Hectic Sungguh...

Allah sangat hectic Jan ni. Full sungguh tahap tak leh bawa bincang dah. Terkadang bila terlalu pack sgt schedule boleh buat kita tak berapa nak produktif sgt...tahap tepu jadinya. Jolo nih. Justeru, cari cara untuk rest sekejap. Walaupun buntu kena kreatif juga to find a way ore puteh kata..hehe. Exhausted, depressed, stressed, boring, emotional dan macam2 perkataan seumpamanya akan singgah dalam diri kita bila kita sgt full dan tak cukup rehat. Kena bijak la untuk handle semua ni. Paling penting untuk kita adalah jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, ambil vitamin yang sesuai dan cukup dan fikir positif serta doa secara istiqomah. Ini saja ubat dan penawar untuk merawat diri kita, dalaman dan luaran. Walau penat walau letih, tanggungjawab yang diamanahkan wajib dilunaskan dengan sebaiknya. Ikhlaskan diri dan letakkan jiwa dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah, Allah mudahkan setiap apa yang kita lakukan. Yakin bahawa setiap keikhlasan itu akan mendapat perhatian Allah. Enjoyzzz dgn

Kenangan lama kembali mengulit...

Terimbau kenangan hampir 18 tahun yang berlalu... Di majlis tadi berjumpa Prof Dr. Azrul Azlan dan Prof. Madya Dr. Haniff...kedua-duanya memikirkan perkara yang sama bila melihat saya...Prof Azlan mengajak bergambar, katanya saja menggamit memori di Geneva, Switzerland...manakala Dr. Hanif pula mengajak bergambar untuk menggamit kenangan di Seoul. Kami sembang dan ketawa bersama..tapi saya tak dpt lama sebab sedang bertugas menguruskan event tu. Buzy bebenor yang amat..hehe. "Puan masih sama ni dengan gambar masa 18 tahun lepas di Geneva...tidak ada yang berubah"...kata Prof Azlan... Saya terus gelak besar...dalam hati berbisik "mana mungkin sama Prof Azlan...telah 18 tahun ke belakang masa ditinggalkan..sudah pasti ada yang berubah. Hehe. Sempat la bercerita tentang kenangan menampal poster sama2 masa di Geneva, dan keluar pergi beli brg bersama bila ada keperluan untuk pameran di sana dulu. Dr. Hanif pula mengulang sebut kenangan di Korea dengan dia..juga bertugas meng

1 Rejab 1444H...

Slps detik 12 mlm, awal pagi ni kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab pada tahun ini jatuh pada 23 Jan 2023 bersamaan dengan Isnin. Sangat cantik. Isnin dan Khamis adalah hari yang sgt digalakkan untuk kita berpuasa sunat...sedang cantik esok Isnin dimulakan dengan puasa 1 Rejab. Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan Rejab ini berlaku peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit dengan kenderaan yang dipanggil Burak, yang dipanggil peristiwa Israk Mikraj. Semasa peristiwa Israk Mikraj ini lah Nabi Muhammad SAW menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. MasyaAllah...Allahuakbar. Bila masuknya Rejab, bermakna dalam 60 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. MasyaAllah...insyaAllah bertemu lagi Ramadan al mubarak. Melalui sebulan Rejab dan sebulan Syakban..maka tiba lah Ramadan. Kembali kepada Rejab ni, bulan Rejab ni dikira sbg bulan untuk kita bersiap sedia dengan meningkatkan ama

Flight Dah Take Off...baru nak check enjin...

Aduhaiiii...dunia ni macam2 la ragam manusia. Kdg2 rasa nak gelak pun ya. Agak2 la pun...flight dah take off kot...kena turun balik nak check enjin. Kan Pak Pandir namanya tu. Bila orang krik krik, dah tak sopan dan tak manis pulak kan..tapi itu lah, ini mengundang namanya...ambo tak dok hal becoz not in ur boat...yg dok dlm ur boat tu mmg nyorrr la. Pengajarannya: Satu2 benda ni please put it at the right place and the right time k...to be a leader u dont have too be sooooo micro manage la...pening ur team nanti. I talked to my boss about this..haha gelak dia...kami sama2 gelak besar...den mmg la jenis gelak besar...dpt boss lak yg memang jenis gelak besar juga...mmg masuk air la. Kata the boss.."dia memang begitu dari dulu"...owhhh gitu ke..sy gelak dan senyum aje la...dlm hati berbisik..."apa beza nya 16 atau 17...tak dok beza weiii setakat lebih satu..yg tu pun jadi hal ke...haha..selok kero ore kelate kata. Nyorrrr molep la. Gitu la deh lebih kure nya cerita pendek

Kisah viral di media sosial tentang perkahwinan kedua...

Hampir dua minggu tidak sempat menjenguk blog..macam2 hal kesibukan..back to back...bila mlm hanya perlukan rest secukupnya..let go semua perkara termasuk penulisan di blog. Malam ni kembali ke blog sekejap melepaskan rasa rindu untuk menulis. Gituuuu. Seminggu dua ni penuh di semua platform media sosial tentang kisah Shamsul Yusof, pengarah filem terkenal negara yang berkahwin di Thailand dan menyembunyikan perkahwinannya drpd isteri pertama dan kedua ibu bapa juga seluruh famili. Jutaan kecaman diberikan oleh netizen... Dalam kesibukan sempat saya melihat luahan hati seorang ayah, Datuk Yusof Haslam melalui video yg dikongsikan di perisian wasap..sudah pasti video tu viral dan semua orang menontonnya. Dapat saya rasakan betapa kecewa, sedih, dan terlukanya hati seorang ayah dengan perbuatan anak ini. Seorang ayah yang bercakap dalam nada yang sangat hiba dan sebak menahan tangisan, dan akhirnya gugur juga air mata yang sedayanya ingin ditahan...kesedihan dan kekecewaan terpancar jela

Buku Baharu 2023 Dibuka...

Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Kini kita telah dua hari memasuki tahun 2023. Bagi yang bekerja, cuti hari ni adalah last day cuti bagi yang telah bercuti sejak akhir Disember 2022. Esok bermulalah semula "perjuangan" di tempat kerja sehingga lah ke 365 hari mencukupkan setahun tahun 2023. Pada tahun 2023 ini sudah pasti rutin kerja dan rutin peribadi berlaku seperti biasa..proses repeating seperti biasa..apa yang kita lakukan pada tahun 2022 juga tahun2 sebelumnya akan tetap kita lakukan pada tahun 2023. Cuma...pastikan ada perbezaan drpd segi: 1. Hubungan kita dengan Allah. Perkemaskan. Biar makin meningkat tahun kita makin menjadi hamba Allah yang baik. 2. Kematangan kita. Semakin masa beredar, semakin usia kita meningkat, biarlah kita menjadi lebih matang dan lebih bijaksana dalam melalui kehidupan. 3. Tahap kesedaran kita bahawa kita semakin menuju garisan penamat semakin tinggi. Perlengkapkan dan perkemaskan diri untuk menghadapi hari2 yang mendatang yang akhirnya