Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Persahabatan & Jenis Sahabat...

Persahabatan yang terjalin antara kita dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita atau yang berjauhan adalah sesuatu yang perlu dihargai kerana nilai sebuah persahabatan itu sangat tinggi dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit . Sahabat yang sejati adalah sahabat yang akan bersama kita dalam suka dan duka dan sentiasa saling membantu dalam apa jua keperluan. Sahabat sejati juga akan sentiasa saling mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat mereka. Sahabat sejati sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia dan bersabar dalam menjadikan dirinya sebagai tempat kita berkongsi segala masalah dan memohon sokongan di saat kita sedang "down"...itulah sahabat. Seorang sahabat ini, dia sanggup untuk susah dan payah bersama kita...sentiasa bersama kita di saat kita dalam kesusahan dan kesakitan...menyimpan segala masalah kita, menyimpan segala keaiban kita, tidak menaruh perasaan cemburu dan iri hati dengan kita, sentiasa menegur kita demi kebaikan kita, sentiasa melindun

Bila Allah Kejutkan dari Tidur di Waktu Malam Maka Bangunlah Bertahajud...

Sekadar penulisan ringkas sahaja mengenai mahalnya nilai dikejutkan di awal pagi atau satu pertiga malam tanpa kita "setkan alarm" ...Allah hantar malaikat untuk kejutkan kita dari kesedapan tidur...kuasa Allah mengejutkan kita dan bagaimanakah cara kita memberikan rasa penghargaan kita kepada-Nya apabila situasi ini berlaku... Hidayah itu milik Allah..andai Allah memberi satu-satu hidayah itu...Allahuakbar alangkah bertuahnya insan itu...begitu juga andai kita yang dipilih untuk Allah kejutkan di awal pagi di sepertiga malam..maka bersyukur lah...bukan sengaja begitu-begitu saja sebenarnya kenapa kita tiba-tiba terjaga dari tidur...mungkin terjaga sebab nak ke bilik air... sakit perut, nak buang air, terbatuk atau tersedak tiba-tiba atau apa saja penyebab kepada terjaga itu...sebenarnya itu bukan saja-saja berlaku...Allah sebenarnya mengejutkan kita untuk kita menggunakan peluang itu untuk bertemu dengan-Nya...bangun mengerjakan solat tahajud ini bukan mudah untuk dilakuka

Mencari Hikmah di Sebalik Duka...

Petang tadi sempat membelek sekejap Buku hasil penulisan Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...buku ini sebenarnya telah sekian lama dibeli..rasanya dah empat lima tahun kot...ermmmm begitu cepat masa berlalu...buku ini masih tersusun elok di rak buku...saya sengaja mencapainya petang tadi..sekadar membelek-belek...dan dari situ timbul idea untuk menulis tentang tajuk "mencari hikmah di sebalik duka" Kalau dilihat kepada skop tajuk ini memang sangat luas ruang lingkup yang boleh kita sentuh dan tulis...terpulang kepada kita ingin mengambilnya dari aspek mana...yang pasti apa jua aspek yang kita pilih..gis nya tetap berkaitan dengan kedukaan dan kesedihan di jiwa kerana kita ingin bercakap tentang hikmah di sebalik rasa duka dan sedih ini. Dalam hidup ini, sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan sudah pasti kita akan melalui rasa suka, duka, bahagia, dan derita...ini semua adalah lumrah perasaan yang sering berputar dalam kehidupan kita. Datang dan pergi silih b

Kebahagiaan Dalam Meraikan Hari Lahir...

Hari lahir adalah hari yang kita dilahirkan ke dunia...hari yang kita mengenal dunia walau pada saat itu kita masih belum mengerti apa-apa..dilahirkan sebagai bayi yang suci bersih seperti kain putih.  Tidak tahu apa-apa..hanya tahu menangis, minum susu dan dan menggerakkan anggota badan...semuanya kejadian dan kebesaran Allah..seseorang manusia itu dikeluarkan dari alam perut ibunya dan lahir di dunia dan melalui pula alam dunia yang didalamnya penuh dengan keindahan, kebahagiaan, kesakitan, keperitan, kesulitan dan sebagainya lagi dengan ujian dan cabaran yang Allah berikan. Hari lahir adalah hari yang paling istimewa, paling dingati, dikenang dan paling bersejarah dalam hidup seseorang. Semua orang pasti mempunyai tarikh lahir masing-masing yang tertulis dalam kitab Allah..juga tertulis di Surat Beranak yang wajib didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara. Semua orang pasti akan meraikan hari lahir masing-masing...pasti akan mengingati hari lahir masing-masing. B

Resepi Sedapzaini: Spageti Bolognese Special

Sudah lama tidak berkongsi resepi di sini. Hokey, untuk entri kali ni saya ingin berkongsi resepi untuk membuat spageti bolognese...secara terus terang saya tak berapa gemar sangat spageti bolognese...saya lebih prefer spageti carbonara...tapi sebab Mr. Husband dan anak-anak lebih suka bolognese makanya saya selalunya bila masak spageti... bolognese lah jawab nya... Spageti ni adalah sejenis pasta berasal dari Itali...masakan Italia. Memasak spageti ni memang sangat mudah...ore kelate kata "semesek jah"...saya percaya semua orang yang jenis suka masak pasti akan tahu untuk masak spageti...cuma yang berbeza adalah taste nya saja...setiap orang mempunyai taste masing-masing...kesedapan dalam memasak ni adalah subjektif sifatnya bergantung kepada citarasa seseorang itu. Okey jom kita terus kepada bahan-bahan untuk membuat kuah spageti bolognese. Bahan-bahan: 1. For sure la spageti. Mana-mana brand pun ok. Satu peket 2. Sos bolognese - yang tradisional sama ada d

Nilai Sihat Yang Perlu Dihargai...

Bila kita berbicara tentang nilai kesihatan...ya memang tinggi nilainya...tidak terbanding... Nikmat sihat sebelum diri kita tak sihat...maka hargailah...sekarang ni kita sihat..esok lusa kita tak tahu... Kesihatan ini sebenarnya milik Allah..kita tak tahu bila kita akan diuji dengan kesakitan..semuanya berlaku dengan kuasa Allah..apabila saja Dia menghendaki untuk berlaku begitu, maka akan terjadi lah..dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa bersedia..dengan sentiasa bersedia, makanya kita tidaklah mengalami kejutan melampau yang boleh memberikan kesan kepada hati dan perasaan kita dan seterusnya kesan kepada kesihatan kita. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berusaha sedayanya untuk memastikan keadaan diri kita sihat berpanjangan...namun segala ketentuan adalah milik-Nya. Walau bagaimanapun kita diminta untuk sentiasa berusaha dan tidak semata-mata menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...itu bukan caranya... Bercakap daripada pengalaman yang dilalui....tiada ukur

Hindari Sikap Suka Beralasan dalam Bekerja...

Malam ni santai-santai penulisan saja sesambil restkan minda restkan badan yang mungkin agak kepenatan seharian melalui rutin kerja di ofis. Penat itu penat normal saja...penat yang boleh hilang apabila anggota badan dapat direhatkan di malam hari untuk menyambung kembali rutin pada esok hari. Ada penat yang bukan normal...hehe apa pula la agaknya "penat yang bukan normal"... penat yang bukan normal adalah apabila penat yang kita rasai bila ditambah dengan penat fikiran sekali...bila kita dilanda stress...tekanan kerja! Penat yang ini memang penat giler...sebab penatnya berganda...penat yang mengambil masa untuk pulih...penat yang perlu kebijaksanaan untuk pulih... Sekadar menyentuh secara ringkas tentang topik "Hindari banyak beralasan". Mengapa perlu hindari banyak beralasan ni...sebab ianya akan merosakkan dan memusnahkan...wah sampai begitu sekali ke kesannya...memang ya! Jom kita tengok bagaimana ia merosakkan dan memusnahkan... Kita lihat dulu pu

Bagaimana Melupakan Orang Kita Sayang...

Kembali ke blog juga lewat malam ni, bila mata belum dapat dilelapkan... Badan memberi signal sudah terlalu penat, tapi fikiran memberi signal belum lagi ingin berhenti dari berfikir...aduhaiii... Sejak 20 tahun yang lalu, di zaman belajar dulupun, andai mata tak dapat dilelapkan, makanya rutin biasa menarikan pena...sehingga kini juga masih setia...setia menulis bila ada masa terluang dan kesetiaan ini masih kekal. Wah bercakap tentang kesetiaan..memang akan terus setia...hehe Lewat petang tadi terbaca di satu laman sosial berkaitan dengan bagaimana melupakan orang yang kita sayang...jadi saya berminat pula untuk menulis dan berkongsi idea dan pandangan tentang tajuk ini... Dalam hidup ini, bertemu dan berpisah itu adalah soal lumrah. Setiap pertemuan pasti jua akan berakhir dengan perpisahan...bila bertemu dan mengenali secara rapat dengan seseorang sudah pasti akan ada rasa sayang hadir di hati kerana manusia itu mempunyai hati dan perasaan. Memang kejadian Allah soal cint

Etiket Sosial - Tertib Asas Di Meja Makan (Table Manners)

Sekadar berkongsi beberapa perkara asas sahaja supaya kita semua tidak begitu kekok dan salah tertib dan adab pabila berada di meja makan semasa majlis rasmi. Sekurang-kurangnya kita tahu yang basic sajapun dah okey bagi menjaga imej kita dan tidak memalukan kita. Menjaga adab dan tertib semasa menghadiri jamuan rasmi amatlah penting kerana adab di meja makan menggambarkan tingkahlaku dan peribadi kita. kita juga perlu ingat bahawa, apabila kita menghadiri satu-satu majlis rasmi, kita sebenarnya bukan hanya hadir sebagai individu tetapi kita juga membawa nama organisasi yang kita wwakili.Apabila kita tidak tahu atau tidak menghormati tertib di meja makan ianya bukan saja memalukan kita tetapi juga memalukan nama baik organisasi yang kita wakili, kedua-dua imej akan terjejas, imej individu dan imej organisasi. Justeru, elakkan diri dilabelkan sebagai "agak jakun" dan dalam masa yang sama kita dianggap sebagai tidak menggambarkan organisasi yang kita wakili. Saya hanya s