Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! anggerikdesa Walau diri kerdil ini tiada semasa laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957...malah belum lahir pun lagi ke dunia. Namun pada setiap tahun menyambutnya diri seakan terasa berada di "suasana penuh merinding" itu. Dapat dibayangkan laungan "MERDEKA" penuh bersemangat dan penuh rasa sebak, hiba gembira atas kemenangan dan kebebasan ini...laungan sebanyak 7 kali yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia. Kini Malaysia telah 63 tahun mencapai kemerdekaan...makanya hargailah, hayati lah, dan nikmati lah dengan penuh rasa kesyukuran, kedamaian dan keharmonian kerana apa..kerana kemerdekaan ini bukan kita peroleh dengan cara yang mudah...kita peroleh nya dari jerih, perit, dan derita pemimpin@pejuang kemerdekaan negara yang sangat tinggi JATI DIRI nya sehingga kita semua boleh berada dalam keadaan sekarang. Bersyukur lah dengan apa yang ada..jangan kita LUPA DIRI sehin

Cermin Diri...

Sesekali merenung ke dalam diri...apa agaknya yang kita lihat pada diri kita...bila melihat kepada diri sendiri analoginya seakan kita meletakkan cermin besar di depan kita agar kita boleh nampak segenap segi yang ada pada diri kita. Cari lah sesuatu yang boleh kita tambah baik dan betulkan agar kehidupan kita terus dalam redha Allah. Bila melihat kepada diri dalam erti kata melihat dari pandangan mata hati terlalu banyak sebenarnya kepincangan yang ada...makanya perbetulkan lah. Kalau tidak kita betulkan sekarang bila agaknya lagi kita nak betulkan...ada jaminan kah kita tidak dijemput dalam masa terdekat! Mengapa perlu kita bertangguh untuk menuju redha Allah...ya memang berat untuk mengubah sesuatu yang kita telah "selesa" dengannya. Tapi kalau yang "selesa" itu tidak wajar untuk diteruskan...maka tamatkanlah...berikan noktah untuknya. Meninggalkan benda yang kita "sayang" dan kita "cukup selesa" adalah suatu perkara yang sangat sukar

Syukur Dengan Nikmat Allah Yang Tidak Mampu Dibeli...

SYUKUR DENGAN NIKMAT Terlalu mahal dan tidak mampu dibeli anggerikdesa "Nikmat Allah yang paling besar adalah apabila kita masih dapat bangun di waktu pagi dan masih dapat bernafas". Sentiasa sematkan dlm diri untuk tingkatkan rasa kesyukuran kita pada setiap hari. Latih diri untuk setiap saat perlu bersyukur, kerana apa...kerana bila kita ingat besarnya nikmat Allah buat kita semua iaitu nikmat dapat terus bernafas lagi bila bangkit dari tidur pada setiap hari. Nikmat ini adalah nikmat Allah yang maha besar dan tidak ada nilai yang boleh diletak, kalau sekalipun diletakkan, tidakkan mungkin mampu dibeli walau sehembus nafas sekalipun dikumpul seluruh kekayaan di antara langit dan bumi. Lantaran nafas ini lah kita terus dapat menikmati nikmat Allah yang lain. Cuba bayangkan jika Allah tidak sambung lagi nikmat untuk bernafas ini...makanya putuslah hubungan kita dgn dunia. Justerunya, bersyukur dan berterima kasih selalu dan ucapkan lah alhamdulillah...dan terus jala

Recharge Diri Di Hujung Minggu...

HUJUNG MINGGU KEMBALI LAGI RECHARGE DIRI anggerikdesa Hujung minggu kembali lagi...ya sudah pasti seminggu sekali ia tetap akan kunjung tiba selagi dunia berputar pada paksinya. Jangan lepaskan peluang bila setiap kali tiba hari minggu untuk recharge diri kita dengan apa jua yang kita suka kita minat. Buat apa yang kita suka dan kita minat ini akan mendatang rasa bahagia dan gembira.. Bila kita bahagia hati kita tenang dan berbunga2...'caj positif' memainkan peranan mengisi penuh semua rongga dalam tubuh badan kita (ibaratnya begitu)... Justerunya fikiran kita juga tenang dan mudah dipandu untuk diri kita berfikir yang baik2 saja...membayangkan yang baik2 saja dan bersangka yang baik2 saja. Bila fikiran kita fikir yang baik2 maka yang datang pun sudah pasti yang baik2 jua...benda yang baik2 akan melonjakkan lagi pemikiran kita ke arah yang lebih baik dan menjadikan kita tidak sempat dan tidak berminat untuk memikirkan perkara yang membuat fikiran kita "sesak&qu

Ketua dan Kepimpinan

Rasulullah SAW bersabda:  Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Daripada sabda Rasulullah SAW ini, jelas kepada kita bahawa pemimpin ini bukan setakat "suka-suka" menjadi pemimpin, tetapi perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kepemimpinannya. Seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar kerana apa jua perkara di dalam "jajahan takluknya" maka perlulah dia mengambil tanggungjawab untuk memastikan semuanya digerakkan mengikut lunas yang ditetapkan dan mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan. Justeru itu, seseorang individu yang dipilih sebagai pemimpin perlulah memperlengkapkan dirinya dengan sikap dan keperibadian yang baik, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi mengemudikan bahtera yang sarat muatannya dengan pelbagai perkara. Kotter (1990 merumuskan bahawa untuk menjadi pemimpin berkualiti dalam sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu memiliki kemahiran mengurus dan me

ANALOGI KEHIDUPAN SEBAGAI AIR YANG MENGALIR

anggerikdesa 8 Ogos 2020 Kehidupan ini umpama air yang mengalir...sudah pasti akan ada halangan kepada alirannya.. sampah2 dan daun2 kering yang hanyut bersama menjadi penghalang kepada aliran...walau apa jua halangan air tetap mengalir dan menolak ke tepi sampah2 yang menghalangi... Sudah pasti akan ada masa aliran laju dan ada masa perlahan...kalau sampah2 itu berjaya ditolak ke tepi maka deras la aliran airnya.... Begitu jua lah dengan kehidupan kita..cabaran dan rintangan itu lumrah..untuk terus bergerak ke depan kita perlu hadapi segala cabaran dan rintangan dengan penuh keimanan, sabar dan bijaksana...itu kuncinya! RZH

Butter Cake RZH...

Hari ni ada masa sikit, makanya membaking. Lama tak buat butter cake..teringat nak mkn dah byk hari...jadinya kebetulan ada masa..terus on. Jom kita terus ke bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2: 1. Tepung kek naik sendiri 2 cawan 2. Butter 1 buku (250gm) 3. Telur Gred A 4 biji 4. Ovelette satu sudu besar 5. Gula halus 1 cawan 6. Susu cair 1/2 atau 3/4 cawan blh ganti dgn susu tepung...tapi pada saya guna susu cair lebih sedap. Kalau lebih susu, tambah tepung cket.. 7. Susu pekat manis 3 sudu besar Cara-cara: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang dalam 10-15 minit. Jangan lama sangat. 2. Masukkan susu pekat manis. Kemudian, masukkan esen vanila dan ovelette. Putar sekejap dlm dua minit. 3. Masuk telur satu persatu...setiap kali masuk satu telur, putar adunan dlm satu minit, sehinggalah selesai 4 biji telur dimasukkan. 4. Masukkan tepung yang telah diayak. Masuk sedikit2 berselang seli dengan susu. Saya buat tiga kali masuk. 5. Kaup balik adunan sehingga sebati dl