Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Di Sebalik Sejuta Wajah Sahabat

Mengikut Kamus Dewan sahabat adalah kawan, teman, dan taulan. Manakala sahabat baik atau sahabat sejati pula adalah seorang yang akan sentiasa bersama kita di saat susah dan senang. Sentiasa memberikan semangat di saat kita jatuh dan sentiasa memberikan rasa kebahagiaan dan keceriaan buat kita.  Sahabat sejati boleh diumpamakan sebagai sepohon pohon rendang yang dapat menjadi tempat untuk berteduh. "Best friend is someone you can trust with your life who has seen the best and worst of you and will be there whenever you need someone to talk to. There is a balance in the relationship between give and take. You feel so in sync with them that you can comfortably share your innermost feelings and thoughts". Dalam dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba dan dugaan, bukan mudah untuk kita mencari seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Dunia hari ini adalah dunia di mana semua orang berlumba-lumba untuk duniawi, sehingga semuanya terlu

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Resepi Sedapzaini: Cekodok Pisang a.k.a Jepput Pise

Pada entri kali ni, saya nak kongsikan makanan kegemaran saya...paling-paling suka la kiranya. Kenapa saya suka, sebab rasa dia memang sedap tidak tergambarkan, lembut dan garing sikit, rasa pisangnya yang sangat sedap denganmanis-manis sikit...hokey, kita terus kepada bahan-bahannya ya! Bahan-bahan: 1. 10 biji pisang abu saiz besar-besar cket 2. 6 sudu besar gula 3. 1/4 cawan air 4. garam secubit sahaja (saya jarang masukkan pun/tak perlu pun tak apa) 5. Gandum 7 sudu besar (agak2 ya, jangan terlebih gandum sebab kita nak dapatkan cokodok yang betul2 rasa pisangnya dan lembut). Catatan: Kalau pisang agak kecil saiznya, perlu ubahsuai gula dan gandum yang nak dimasukkan. Cara-cara: 1. Kupas pisang dan masukkan dalam bekas. Masukkan sekali gula dan garam ke dalamnya. 2. Lenyet-lenyetkan dengan menggunakan gelas plastik (guna bahagian tapaknya ya, pastikan cuci bersih dulu..hehehe). 3. Sambil melenyet, masukkan air tadi. 4. Masukkan gandum, dan kacau sebati.

Semangat yang Tidak Pernah Mengalah

Dalam kehidupan ini, terlalu banyak perkara yang berlaku. Kadang-kadang berlaku seperti yang kita rancang, dan kadang-kadang berlaku di luar perancangan kita. Kalau perkara itu dirancang, sudah pasti secara mental dan fizikalnya kita telah menyiapkan diri dan bersedia untuk menghadapinya. Namun, bagi perkara yang berlaku di luar perancangan kita, yang datang secara tba-tiba, maka semasa ini lah kita perlukan kekuatannya...kekuatan ini bukan boleh diraih dan dicari semudah yang disebut...mesti ada X-factor nya. Antara X-factor yang kita perlukan adalah "semangat yng tidak pernah mengalah". Bagaimana kita nak melatih diri kita agar mempunyai ciri ini. Mudah untuk kita lafazkan, namun sebenarnya sukar untuk kita praktikkan dalam dunia realiti. Namun, adakah kita mempunyai pilihan lain? Jawapannya memang tiada. Bila berlaku sebarang ujian dan dugaan dalam hidup kita, atau ujian yang lebih besar lagi disebut sebagai malapetaka atau bencana, maka nak tak nak kita te

Resepi Sedapzaini Ikan Tongkol Goreng Berlada

Masakan ikan berlada ni memang menu kegemaran saya sejak dulu. Kiranya 'hantu' ikan tongkol la saya ni. Kalau dulu semasa kecil hingga remaja saya memang tak makan ikan lain selain dari ikan tongkol. Tapi, selepas kawin, saya mula dapat makan ikan-ikan yang lain termasuk ikan air tawar, ikan talapia yang kini memang menjadi kesukaan saya setiap kali balik kampung mertua di Perak. Ikaan talapia ni bila digoreng garing dan makan panas panas...wahhhh memang terbaik! Sekarang ni segala jenis ikan saya dah makan, kecuali ikan keli dan ikan haruan....ermmmm belum boleh makan lagi...hehehe Cara buat sambal ikan tongkol ni sebenarnya saya dah kongsi di entri yang lalu (masa kongsi resepi nasi lemak ikan tongkol berlada tempohari. Cara masaknya sama saja. Bahan-bahan: 1. Dua ekor ikan tongkol saiz sederhana 2. Cili kering 15 biji 3. Bawang merah 10 ulas 4. Bawang putih  2 ulas saiz besar 5. Asam keping 6. Asam jawa secubit (ambil airnya) 7. Bawang Hol