Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Resepi Sedapzaini: Gulai Kari Daging Kelate a.k.a Gulai Kawah

Hari ni saya nak berkongsi resepi buat gulai daging ala kelate yer...kebanyakannya di kelate, bila kita sebut gulai daging, maksudnya kita masak kari daging la...kalau kami nak buat gulai lain, contohnya gulai kurma daging...atau gulai kerutuk daging atau ayam, kita mmg tak sebut perkataan gulai tu...terus sebut "kurma daging" or " kurma ayam", "khutuk daging" atau "khutuk ayam". Bila bercakap ttg gulai daging ni...mmg teringat sgt gulai daging mak saya...mmg sedap sungguh...cara mak saya masak pun mmg berseni dan 'berperaturan', ambik masa lama dok atas dapur ya...ada step step dia yg kena ikut..jgn main balun dlm ilmu masak memasak..itu yang jadi masakan kita tak sedap...dlm memasak ni, dia ada tata susila dan prinsip2 asas kena patuh...contohnya, bila cuci bahan mentah, ikan atau daging terutamanya yaang jenis berdarah, make sure kita cuci betul2...selawat dalam hati sambil2 mencuci tu, barulah masakan kita kena a

Aduhai Roti oh Roti!

Malam ni saya tidak ke gym...saja rest di rumah...kalau ikutkan hati memang nak g...tapi fikirkan badan kena rest juga...kalau hari2 pergi dengan pulun setiap malam lebih dari 500 kalori...dan pernah capai 700 lebih kalori yang dibakar untuk satu malam...huhuhu haru juga...jadi kita beri badan rest la juga. Tapi sudah pasti saya tak boley dok diam juga...ada aje dalam fikiran nak buat itu ini....bukan rest juga la namanya...saya ternampak2 aje di mata gebu gebas roti di pandangan mata...aduhai, memang tak dpt menahan diri dari membuatnya...bila bayangkan dohnya menjadi...membulat elok naiknya kiut miut....saya memang suka sangat tengok...sudahnya sayapun masuk dapur la...menyiapkan bahan2nya....jadinya akan start 'meroti' la...hehehe. Malam ni tak bakar kalori, tapi roti...aduhaii.... Memang barang lebihan beli weekend hari tu masih ada lagi untuk satu bancuhan lagi..satu bancuhan tu satu kg tepung...dan satu kg tepung ni boleh dpt dalam 40-45 biji roti saiz seper

Kenangan Lalu di Korea...

Hari ni saya teringat nak menulis tentang pengalaman yang telah dilalui dan kenangan yang telah ditinggalkan di Seoul, Korea Selatan. Begitu cepat masa berlalu, tak salah saya, saya ke Korea tahun 2008 atas urusan kerja. Masa tu saya berada di Research Centre, Universiti tempat saya bekerja yang menguruskan semua urusan penyelidikan dan inovasi termasuklah semua penyertaan ke pameran antarabangsa yang selalu dihadiri oleh Universiti Awam (UA) pada masa itu, antaranya adalah di Seoul Korea, Belgium, German, Geneva, Switzerland, dan di Pittsburgh, London. Kenapa saya teringat Korea ni sebab semenjak dua menjak ni dah hadir semula di fikiran untuk menjenguk semula ke sini...tapi bilakah kesempatan itu ya? Tak mengapa, kita bayangkan dulu keindahan di sana dan semua tempat yang kita rasa kita nak pergi tu..."visual kan dulu ia di fikiran", makanya inshaAllah ada kesempatan dan ruang waktu, iainya mungkin akan dapat direalitikan. Ini adalah konsep NLP (Neuro Linguistic Pr

Sambal hitam mudah

Minggu lepas saya sebenarnya ada buat sambal hitam ikan bilis. Rasa teringat nak makan. Sambal ni bila kita gaul gaul dengan nasi panas, ada ikan goreng pulak panas2...ermmm memang best la. Dah mana pulak nak dibeli bila dandan tu jugak nak makan...aduhaii susah juga bila imaginasi untuk makanan ni sangat tinggi sehingga terbayang2 depan mata dan terasa rasa di lidah ni... Makanya, saya pun tak ada choice la kena buat sendiri la...makanya saya pun masuk dapur...intai2 cukup semuakah bahan2 yang diperlukan. Menyediakan sambal hitam ringkas ni bukannya susah..sangat mudah sebab sambal hitam ni saya tak taruk belimbing...sambal hitam yang betul2 asli pembuatannya adalah sambal hitam Pahang...saya ni dari Kelantan, jadinya confirm la dah 'menderhaka' cket la daripada resepi asal..for sure la saya buat ala saya masak la kan... Meh kita tengok bahan2 nya dulu: 1. Cili api hijau campur merah lebih kurang dua genggam..jgn risau ia tak pedas sangat bila jadi sambal nanti

Cerita Santai Tentang Exercise...

Aduhai...dah banyak hari rasanya tak menulis...memang tak senang juga bila tak menulis ni...walau sibuk, walau penat, tetap kena curi masa juga untuk menarikan pena ni... sebab kalau saya tidak menulis macam tak lengkap pula 'dunia'..hahaha. S ekadar tulisan santai saja, maka okey walau dalam kepenatan saya menulis. Tapi kalau penulisan berfakta, berkait dengan kepimpinan, pengurusan, dan komunikasi, maka yang ni saya kena betul2 bersedia sebab banyak rujukan perlu dibuat dalam penulisan kita.  Entah macamana boleh terjebak ni...tapi bagus untuk kesihatan...cumanya mampu dengan tak mampu saja daripada segi mental dan fizikal...juga daripada segi masa yang ada...Bila dah terjebak, makanya kena konsisten..prinsipnya mudah saja "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jadinya kena set kan matlamatnya..tanpa matlamat bagaimana kita menetapkan halatujunya..tanpa destinasi bagaimana mungkin kita akan sampai ke tempat yang dituju...ibarat sebuah kapal yang bel

Resepi SedapZaini: Gulai Udang Special Ala Kampung

Hokey semua hari ni saya tak ada plan ke mana2. Mungkin petang nanti ke Gym. Jadinya pagi ni saya masuk dapur memasak. Kebetulannya anak dari kolej balik hujung minggu ni. Saya nak share resepi gulai udang resepi mak saya ya. Kalau mak saya masak gulai udang ni memang kuahnya rasa sangat sedap...memang teringat aje. Kalau saya buat memang tak sampai tahap sedap mak saya ni....tapi boley la...hihihi. Kalau balik kampung makanya bertambah-tambah la makan nasi. Rasa kuahnya memang special sangat...sangat sedap, memang tak dapat jumpa di mana-mana....mungkin cara masak dan cara penggunaan bahan-bahannya berbeza menjadikan rasanya berbeza dengan gulai udang orang lain. Bila saya perhatikan kuah yang sebegini rasanya ini hanya dapat dirasai bila mak saya gulai udang dan ketam..rasa kuah tu akan rasa sama untuk kedua-duanya...dan sedapnya memang tidak terkata....perghhhh memang hingga menjilat jari...mertua lalu kat belakang pun memang tak sedar...hihihi. Al-kisahnya u

Jalan-jalan Santai di Bandung...

Pada 24 - 27 Mac 2017 yang lalu saya dan rakan-rakan berjalan-jalan santai, makan angin di Bandung. Ini merupakan kali kedua saya dengan geng rapat ke BAndung setelah kali pertama bersama geng yang sama pada 2016 yang lalu. Semasa pergi trip pertama dulu, kami tak sempat masa untuk pergi semua tempat-tempat cantik di Bandung, mungkin salah satu faktor penyebab adalah kerana tempat-tempat yang ingin dilawati ini jauh dari bandar Bandung dan mengambil masa perjalanan pergi dan balik lebih kurang lima atau enam jam. Jadinya, saya dan geng memutuskan untuk membuat trip kedua. Tiket untuk trip kedua ini kami dah beli awal, tak silap saya bulan April tahun lepas lagi...seakan macam hampir setahun la tempahan tiket dibuat...hehehe. Secara peribadi, saya berpendapat mereka yang ke Bandung ni mempunyai dua tujuan sahaja...satunya memang nak shopping giler2...ya, Bandung ni memang 'syurga shopping', dan keduanya, kerana ingin menikmati keindahan alam ciptaan Allah, melawat tempat-te