Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam...

Perumpamaan "Untung sabut timbul untung batu tenggelam" sudah sangat sinonim dengan kehidupan kita semua. Kita sering merujuk kepada pepatah ini bila berlaku sesuatu perkara yang kita sendiri keliru sama ada ianya menguntungkan atau merugikan. Pepatah ini juga dikaitkan dengan untung nasib seseorang, kalau bagus makanya timbul lah...kalau sebaliknya maka tenggelam lah. Pemikiran sebegini sebenarnya sudah stereotaip sangat dah...mungkin sudah tiba masanya kita berfikir di luar rutin pula...kerana sudah pasti kita adalah sebagaimana yang kita fikirkan. Makanya jom berfikir di luar daripada itu bila kita menyebut perumpamaan ini supaya kita boleh melihat satu satu perkara itu melalui pandangan rohaninya dan bukan setakat pandangan kasar sahaja. Zaman sudah berubah...zaman kini adalah zaman yang penuh berteknologi tinggi...teknologi yang begitu cepat berubah sampai kita pun sebenarnya tidak terkejar...tetapi sekurang-kurangnya biarlah pemikiran kita juga biarlah sama2 berla

BERI BAHAGIA...BAHAGIA KEMBALI...

Orang2 tua selalu berpesan...raikan orang, bahagiakan orang, muliakan orang...kita hidup ni penuh dengan adat dan budaya...tuntutan adat satu perkara...dan tuntutan dalam agama juga satu perkara dan ini yang perlu ada pada kita sebagai tanda keimanan kita yang hakiki. Bila bertandang dan menziarahi orang bawalah buah tangan kata bonda...bukan isunya "buah tangan itu", tapi isunya adalah nilai yang kita bawa itu...meraikan, membahagiakan dan menghargai tuan rumah itu. Tapi hari ini saya bertemu dengan seseorang yang nilai dan adatnya lebih dari itu...ini tandanya begitu mendalam fahamannya tentang konsep meraikan dan membahagiakan orang...ya bagi mereka yang faham dan feel tentang ini, sedikitpun mereka tidak ingin melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan dan meraikan...dalam konteks meraikan dengan penuh keikhlasan kerana jiwa selalu menuntut untuk mengambil peluang dengan tuntutan agama dan nilai sebuah budaya dan adat...kerana mereka memahami konsep ziarah

Kemelut Diri Dalam Mencari Redha Allah Atau Perhatian Manusia...

Kadang2 berlaku kita tidak dapat membezakan antara mencari redha Allah dengan mencari perhatian manusia... Mencari redha Allah ini adalah apabila kita buat dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik demi tanggungjawab dan amanah dan kita takut dengan pembalasan Allah...keranan itu kita akan sentiasa tenang dan bahagia jika melakukan demi mendapat redha Allah. Mencari perhatian manusia adalah apabila kita melakukan demi mendapat pengiktirafan, penghargaan, pujian, ganjaran, mengejar nama dan populariti...kerana itu kita akan sentiasa rasa tidak tenang dan  gelisah kerana terlalu mengejar perhatian daripada manusia... Semoga hati kita terus istiqomah dan dapat membezakan antara redha Allah dengan mencari perhatian manusia...sudah pasti kita semua ingin hidup dengan penuh rasa tenang dan bahagia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di alam ciptaan sementara ini. Sama-sama kita sentiasa mengingatkan diri kita..sebab risau kot kadang2 kita terbabas dari landasan...

ANALOGI PELITA...

ANALOGI PELITA anggerikdesa Salam hujung minggu buat semua. Semoga kehidupan kita terus dalam rahmat dan kasih sayang Allah jua. Alhamdulillah, kehidupan kita masih bersambung pada hari ini...pelita kita masih menyala kerana masih ada bekalan "minyak tanahnya"... Bayangkan bila tiba waktunya nanti "minyak tanah" telah kering, dan tidak lagi ditambah...hayat pelita kita temui pengakhirannya...pelita akan padam buat selamanya... Sementara pelita masih menyala...biarlah pelita kita terus menerangi setiap sudut yang ada...memberikan manfaat secara berterusan...dan "berbakti" mengikut syariat penciptanya... Begitulah jua dengan kehidupan kita...terus menjadi hamba yang baik dan menjalankan segala perintah mengikut syariat yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta..Allah Azzawajalla. Salam hormat RZH

Minda Positif...

MINDA POSITIF anggerikdesa Minda yang sentiasa positif sangat penting untuk kita terus bertenaga, bersemangat, dan bermotivasi untuk melakukan apa jua...sama ada tugas2 di tenpat kerja atau urusan peribadi. Minda yang positif akan memberikan kita tenaga yang luar biasa dan tenaga ini sangat kita perlukan untuk keperluan harian kita...melakukan kerja dan berfikir dengan baik dan bijaksana. Minda yang positif membuatkan kita terus merasai ketenangan, kedamaian, dan kebahagiaan. Bila kita tenang dan bahagia kita akan enjoy dengan apa yang kita buat dan hasilnya akan lebih baik. Justeru, untuk positif kita perlulah: 1. Fikir yang baik2 saja, bayangkan atau visual kan di fikiran kita yang baik2 saja. Kalau yang baik kita fikir yang baik juga akan datang..yakin itu! 2. Abaikan saja semua gangguan negatif. Tak perlu letak di fikiran. Jika rasa sukar nak tolak tepi...istigfar dan zikir  banyak2.. insyaAllah yang negatif berlalu pergi. 3. Hidup perlu dalam gembira selalu...bahag

Sebuah Keegoan...

"EGO NEVER ACCEPTS THE TRUTH" anggerikdesa Ada masa kita tersedar semua orang rupanya punyai ego yang sangat tinggi.....hmmmm...maka eloknya saat kita tersedar ini buang aje la ego kita yang masih berbaki...kita tumpang aje ego orang lain...atleast ego itu bukan milik kita tapi milik orang. Sekadar peringatan kepada diri: "Jangan la arrogant sgt sampai kita tak boleh bezakan antara pandangan dan kritikan"... "Jangan la ego sangat sampai kita mengungkit kita yang buat kerja tu dan menyatakan orang lain pandai complaint saja" Kalau ini dialog nya...kita tidak berjiwa besar. Tangani ego kita dengan baik supaya kita tidak mencemarkan persepsi orang kepada kita kerana bimbang sekali tercemar mungkin sukar kembali ke asal. Salam Hormat RZH

Macam-Macam Ragam Orang...

MACAM-MACAM RAGAM anggerikdesa Banyak udang banyak garam Banyak orang banyak ragam Dalam menjalani kehidupan hari2 ni memang banyak perkara yang kita pelajari, banyak pengalaman yang dilalui dan banyak pengajaran juga yang perlu dihadam supaya boleh kita jadikan sempadan. Kita lalu kita perhati dan ambil iktibar... Antara macam2 ragam yang ada adalah: 1. Orang yang "buat aje kerja" tanpa merungut dan tanpa soal. 2. Orang yang pandai bercakap tapi kerja tidak seiring. 3. Orang yang mementingkan ego dan sombong lebih daripada berlapang dada dan positif. 4. Orang yang merasakan dirinya serba sempurna dan tahu segalanya sehingga tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk hasil yang lebih baik. 5. Orang yang tidak tahu membezakan antara pandangan atau kritikan kerana merasa diri sudah hebat. 6.. Orang yang merasakan "dialah segalanya"..."semuanya dia"...dia lah yang buat...inisiatif dia...idea dia...dia lah yang gerakkan...bla bla bla

Analogi Gelas Kosong...

SANTAI PAGI ANALOGI GELAS KOSONG anggerikdesa Selalunya sebelum memulakan ceramah kita suka untuk menyebut kepada peserta kita analogi "GELAS KOSONG" Menggunakan analogi "Gelas Kosong" ini adalah antara yang sesuai untuk kita kaitkan dengan perlunya kita datang dengan minda yang  dikosongkan supaya kita dapat "penuhkan" minda kita dengan sebanyak mungkin intipati perkongsian yang disampaikan. Bayangkan kalau kita hadir majlis ilmu atau kursus, tapi kita hadir dengan membawa "gelas yang penuh" atau kononnya kita merasakan kita sudah serba tahu dan cukup ilmu...makanya sesi perkongsian yang kita hadiri itu akan sia2 kerana analogi gelas dah penuh , sudah pasti air yang baru nak masuk tak dpt masuk dan akan melimpah keluar. Begitu lah juga dalam sesi perbincangan atau sesi musyawarah, dalam kita ingin mendapatkan pandangan dan menambahbaik sesuatu perkara, kita perlulah bersedia dengan semua pandangan orang, positif dan menerima dengan baik

Jaga Bicara Dan Perilaku Kita...

JAGA BICARA DAN PERILAKU KITA anggerikdesa Life ni simple dan straight forward saja.. u get what u give! U get what u deserve! Justeru, sentiasa lah letak diri kita kat diri orang juga...kalau kita boleh buat, jangan pelik kalau orang pun boleh buat.. Sentiasa muhasabah diri. Kalau orang beri layanan kepada kita berbeza daripada biasa tu mungkin ada sesuatu yg tak kena...audit diri kita dulu adalah lebih baik. Hidup ni jangan lah kita sombong dan cepat lupa..cuba berhemah bila berbicara..jangan buat orang macam tak penting. Kalau kita mengimpi untuk "dilayan seperti VIP", maka berilah "layanan VIP" juga kat orang...baru adil kan...ini kalau kita aje nak dilayan seperti raja sehari sedangkan dlm masa yang sama kita endah tak endah aje kat orang...rasanya kita deserve untuk tidak mendapat tempat dalam hidup orang lain. Kadang2 orang tak nak cari pasal dengan kita...dia mungkin memilih untuk silent dan ignore saja... Tapi jangan lupa seka