Slps detik 12 mlm, awal pagi ni kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab pada tahun ini jatuh pada 23 Jan 2023 bersamaan dengan Isnin. Sangat cantik. Isnin dan Khamis adalah hari yang sgt digalakkan untuk kita berpuasa sunat...sedang cantik esok Isnin dimulakan dengan puasa 1 Rejab.
Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan Rejab ini berlaku peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit dengan kenderaan yang dipanggil Burak, yang dipanggil peristiwa Israk Mikraj. Semasa peristiwa Israk Mikraj ini lah Nabi Muhammad SAW menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. MasyaAllah...Allahuakbar.
Bila masuknya Rejab, bermakna dalam 60 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadan.
MasyaAllah...insyaAllah bertemu lagi Ramadan al mubarak. Melalui sebulan Rejab dan sebulan Syakban..maka tiba lah Ramadan.
Kembali kepada Rejab ni, bulan Rejab ni dikira sbg bulan untuk kita bersiap sedia dengan meningkatkan amalan kita untuk memasuki Ramadan. Justeru, pada bulan Rejab ini kita digalakkan untuk banyak berzikir dan berpuasa, serta meningkatkan amal ibadah.
Semoga kedatangan bulan Rejab ini membawa seribu kebaikan kepada kita semua dengan meningkatkan motivasi diri untuk meningkatkan amalan dan ibadah kepada Allah. Jangan kita lalai, dlm tempoh dua bulan lagi Ramadan akan tiba...
InsyaAllah, Amiin YRA.
RZH
Comments
Post a Comment