Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Dekad Baharu 2020...

#NewDecade2020 #anggerikdesa Masa sekolah menengah tinggi dulu...bila kena buat karangan dalam kelas, cikgu BM selalu beri tajuk berkaitan "Wawasan 2020". Masa tu bila cikgu sebut "Wawasan 2020" fikiran terus berfikir "lama lagi nak sampai tahun tu" terus tergambar sekali kiraan congaknya dalam lebih kurang 30 tahun lagi ke depan. Ya, Wawasan 2020 diperkenalkan pada tahun 1991. Masa tu saya dan teman2 seperjuangan berada di peringkat sekolah menengah tinggi rasanya...popular betul dengan tajuk karangan matlamat wawasan 2020 dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Jelas lagi di ingatan cikgu kata, tujuan wawasan 2020 ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Masa tu cair dan hafal betul dalam ingatan dengan sembilan matlamatnya dan sembilan cabarannya. Camane tak cair dan hafal...asal kena buat karangan aje mesti tajuk ni😀 Malam ini setelah hampir 30 tahun..telah tiba j

Diari Kehidupan 360 Hari Seterusnya...

Hari ini adalah hari di mana "semua penulisan akhir" dalam diari kehidupan sepanjang 360 hari di tahun 2019 perlu dirumuskan...rumusan ini perlulah kita buat dengan teliti dan menyeluruh dengan menyatakan sekali segala kejayaan dan kecemerlangan yang diraih, juga penting menyatakan sekali apakah agaknya pembetulan dan penambahbaikan yang perlu dibuat untuk 360 hari berikutnya di tahun 2020. Rumusan perlulah dengan hati dan jiwa yang jujur dan penuh rasa "keinsafan"...tunduk dan tawaduk kepada Allah...kerana dengan hati dan jiwa yang tunduk kepada Allah jua yang dapat menyenaraikan secara hakikat sebenar tentang amalan, perbuatan, dan tutur kata kita dan bukan sebuah kepalsuan hanya untuk menyedap rasa. Mengapa perlu jujur? Kerana dengan kejujuranlah kita akan "berkata benar" dan "merumuskan yang benar sahaja"...dan dengan penuh keinsafan berdoa dan mendambakan perubahan dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik daripada Allah. Sudah p

Masa Lepas Yang Begitu Pantas Berlalu...

Masa yang berlalu begitu pantas sekali...sehingga kita seakan tidak tersedar usia begitu cepat meningkat. Bila melihat anak2 semua dah besar dan mungkin ada anak2 yang dah bekerja...dalam hati kita berbisik "oh, dah besar anak2ku"...tapi rupanya dalam dah besar anak2 kita itu sebenarnya usia kita juga telah meningkat...sedarkah kita 😀 Tahu2 bila kita merenungi diri...owhhh sudah lebih 30 tahun atau 40 tahun ke belakang zaman remaja dan zaman awal dewasa ditinggalkan..beberapa perubahan pada diri juga dirasai...ya sudah pasti tidak sama dgn zaman belasan tahun dulu.... Zaman permainan kanak2 sudah pasti 40 tahun lepas ditinggalkan..zaman pengajian di universiti yang begitu seronok dengan kehidupan kampus...sibuk dgn kawan2, kuliah, tutorial, assignments, aktivitinya, khidmat masyarakat zaman pelajar, presentations dsbnya telah berlalu berpuluh tahun lalu... Kemudian kita teruja dengan zaman mula2 mendapat pekerjaan..baru mengenal bagaimana mengur

Menuju Gerbang dan Gaya Hidup Usia Emas...

Hidup ini milik Allah..tiba masa kita semua akan kembali menemui sang Pencipta. Bersyukur andai umur kita ini Allah masih lanjutkan...namun bila usia makin berganjak dan semakin menghampiri awal 50-an...secara hakikatnya tidak lamapun lagi usia yang masih berbaki. Justeru, marilah kita gunakan sebaiknya di jalan yang Allah redhai. Kalau mengambil usia Rasulullah SAW...baginda pergi meninggalkan kita di usia 63 tahun...andai itu sebagai ukurannya...tinggal hanya 13 tahun saja lagi..itupun kalau umur panjang...kalau dijemput lebih awal...makanya lagi singkat usia yang berbaki. Bersediakah kita? Cukupkah bekalan kita ke sana? Tanya diri di mana kita sekarang. Seandainya di usia menghampiri 50 tahun ini kita masih disibuk dan dilekakan dgn kesibukan dan keterujaan dunia...cuba ambil masa sekejap untuk kita berfikir apa agaknya maksud yang Allah ingin hint kan kpd kita... Bersyukurlah kita seandainya dlm usia ini Allah telah berikan kita hidayah untuk slowly meninggalkan keteru

Adab sopan kita semakin hilang...

Sekadar penulisan daripada cerita pendek yang berlaku di depan saya. Kisah ni dah dua minggu sebenarnya berlalu, cuma saya tidak sempat untuk menulis. Saya sekadar menulis daripada sudut pemikiran dan pemerhatian saya saja...mungkin ianya tidak betul begitu dan sudah pasti sudut pandangan saya tidak semestinya sama dari sudut pandangan orang lain. Pun begitu, mungkin sama-sama kita boleh mengambil pengajaran dan iktibar atas apa yang berlaku supaya kita tidak melakukan perilaku sebegitu. Saya dari perjalanan pulang dari salah satu negeri di sebelah Pantai Timur, singgah di satu R&R untuk solat jamak zohor dan asar. Masa saya nak solat, di sebelah saya ada seorang wanita yang dah selesai solat tapi masih lagi dalam kain sembahyang. Bila saya masuk saya memberikan salam, masa tu ada beberapa orang dengan hal masing-masing dan mungkin salam saya dijawab dalam hati. Bila di tahiyat akhir, terdengar satu suara daripada belakang, "akak dah sudahkah?"...walau sedang khusyuk

Hati kembali tercuit...

Hidup ini sebenarnya sentiasa dalam ujian Allah. Justeru, mental dan fizikal perlu sentiasa bersedia dengan ujian yang Allah akan datangkan. Kita juga perlu letak di ingatan bahawa syaitan juga akan sentiasa meracuni dan menggoda hati dan perasaan kita agar kita terlalai dalam memgingati Allah. Sekadar menitip sesuatu yang kembali mencuit rasa di hati...kalau ikutkan memang hati akan sentiasa terluka dan pedih setiap kali "benda" ni muncul di ruang mata. Sakit rasa di hati ni bagai belati menusuk dan merobek keras. Allahuakbar...tidak terucap sebenarnya...telan saja yang mampu. Nak dijadikan cerita, hari ni handphone buat hal..never happen before...ini first time happened...aduhai parah. Semua "musnah" maka jawapannya beli handphone baharu. Dipendekkan cerita, hanya sebahagian saja yg dpt di back-up...yang lain gone...sedih sangat tapi sabar dan telah juga la. Rasa macam nak meraung, tapi memegang janji pada diri yang mental dan hati perlu kuat...makanya

Adab dan Ilmu...keduanya penting!

Idea untuk tajuk ni dapat bila melihat poster satu ceramah seorang ustaz. Poster ni pop up di fb saya...makanya terus menggamit saya untuk menulis tentang tajuk ini. Terlalu banyak perspektif yang boleh disentuh untuk tajuk ini...skop tajuk ini sangat luas...tetapi pada saya sudah pasti saya akan mengaitkannya dengan aspek komunikasi dalam kehidupan. Adab ini merujuk kepada nilai dan hemah, juga perilaku, perbuatan, moral, tata susila, sopan santun dan budi pekerti diri. Bagaimana kita meletakkan dan mempraktikkan adab dalam kehidupan harian kita? Adakah kita meletakkan adab ini di tempat yang paling tinggi atau kita langsung tidak mengendahkan soal adab ini dalam kehidupan. Adab ini sebenarnya satu sifat yang secara default dan secara automatik keluar daripada diri seseorang sama ada dlm bentuk perbuatan, tutur kata, memek muka, secara penggunaan isyarat (gesture) mahupun posture. Adab ini telah "bergabung sederap" dalam diri kita...bertapak dalam diri dan dah "

Hidayah itu Rahsia Allah...istiqomah lah!

Kembali menyapa blog yang telah ditinggalkan lima hari lalu...cepat betul masa berlalu..pejam celik pejam celik tak sedar dah lima hari rupanya last menulis. Malam ni sekadar singgah sekejap saja "just to say hi". Entry kali ni saya nak berkongsi kisah seorang sahabat yang dalam tak sengaja menjadi pendorong dan motivasi secara senyap kepada saya. Itu yang orang kata, sahabat baik itu adalah sahabat sejati dunia dan akhirat. Saya cukup berterima kasih dan bersyukur kerana hidayah Allah itu Allah datangkan kepada saya melalui dia...sehingga kini saya tidak pernah menceritakan kepada dia tentang perkara ini, namun saya pasti saya akan beritahu dia suatu hari nanti dan melafazkan ucapan tkasih kepada dia nanti. Alkisahnya begini...tujuh lapan tahun yang lalu saya diketemukan kembali dengan salah seorang sahabat baik setelah hubungan terputus agak lama..ya semenjak meninggalkan form six..masa tu memang sangat baik dengan dia..segala perkara kami kongsi bersama. Bila tam

Berbuat Baik lah kepada Orang yang Berbuat Tidak Baik kepada kita...

Ungkapan ini biasa kita dengar. Sering berlaku dalam kehidupan. Kadang-kadang kita telah mencuba sebaiknya untuk seiring dengan ungkapan ini, namun terkadang agak rumit. Tetapi, walaupun dalam kerumitan sekurang2nya kita belajar lah untuk muhasabah diri apabila mungkin kita dah terlebih respon...makanya sebaiknya kita sedar dan cepat2 memohon keampunan Allah. Dalam proses "healing" ini memang sangat banyak dugaan yang Allah beri. For sure agak susah kita nak terus hundred percent berubah kan..opkos akan ambil masa...sekurang2nya niat untuk berubah itu ada dan terus istiqamah. Kadang2 kerumitan itu bukan kerana sebuah keegoaan tapi kerana soal prinsip diri dan gaya kepimpinan kita yang sejak azali begitu...dan opkos ini juga berkait dengan soal sikap dan pembawaan kita. Kalau contohnya sesuatu perkara itu salah...maka wajib lah kepada kita untuk membetulkannya bila perkara itu memang under kawalan kita...mana mungkin benda yang salah nak diteruskan dengan salah...suatu

Mengingati Mati Itu Satu Kemestian...

Sering saja fikiran ini teringat tentang kematian...setiap kali teringat, akan terbayang bagaimana nanti keadaannya di saat roh akan bercerai dari badan, bagaimana urusan jenazah nanti dan bagaimana pula urusan kebuminya nanti...Allahuakbar...dan yang paling penting adalah bagaimana dengan pertanyaan Mungkar dan Nakir nanti. Mati itu pasti...sebagaimana firman Allah: "Tiap yang berjiwa itu akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan papalamu. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (QS Ali Imran: 185) Mengingati mati itu adalah wajib bagi orang yang beriman kerana dengan mengingati mati akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita bahawa hidup ini hanya sementara dan pengakhirannya nanti adalah kehidupan di alam akhirat...segala amal ibadah dan perbuatan kita akan dihitung satu persatu walau sebesar zarah sekalipun takkan terlepas... Justeru dengan mengingati mati sekurang-kurangnya menjadikan kita insan ya

Soal Rezeki dan Soal Layak...

Idea datang untuk menulis tentang topik "Soal rezeki dan soal layak". Tiba2 idea mengetuk jari jemari untuk "menarikan" penulisan ringkas untuk tajuk ini.  Bila idea dah datang, walau sedikit rasa penat tetap menulis juga. Sekadar penulisan ringkas jua. Bercakap tentang soal rezeki...ia adalah rahsia dan milik Allah. Allah jua yang menentukan. Allah yang berkuasa untuk memberikan kepada siapa jua hamba-Nya. Sebagai hamba-Nya kita perlulah sentiasa berusaha, komited dan berikan yang terbaik dalam apa jua tugasan yang dilakukan tanpa mengaharapkan apa-apa balasan. Melakukan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa dan raga.  Dalam hidup ini segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua. Jika Allah tidak mengizinkan, maka sesuatu itu tidak mungkin berlaku dan jika Allah mengizinkan maka sesuatu itu tetap akan berlaku. Makanya siapa kita yang nak mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini. Dengan mempersoalkan

Pengurus dan Kemelut Membuat Keputusan...

2 November 2019 Bercakap tentang tanggungjawab dan peranan seorang pengurus. Tanggungjawab untuk mengurus ini adalah suatu tanggungjawab yang besar dan memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tahap profesionalisme yang tinggi. Hati dan semangat perlu kuat dan tegar dalam mengharungi cabaran yang datang, terutamanya perkara-perkara yang berkait dengan keputusan yang perlu dibuat.  Pengurusan ini dikaitkan dengan perkara utama mengurus sumber di bawah kawalan dan membuat keputusan. Ketegasan dalam membuat keputusan perlu ada dan keputusan yang diambil perlu lah telah mengambilkira segala bentuk risiko...tentang kesan dan akibatnya. Keputusan yang diambil juga perlulah menjamin  keharmonian anggota organisasi dan memuaskan hati semua pihak..dalam erti kata lain, perlu dielakkan keputusan yang tidak adil dan boleh  menyinggung perasaan. Seseorang pengurus perlu melatih diri untuk berani membuat keputusan demi membetulkan keadaan dan untuk sesuatu yang lebih baik. Seorang Pe

Usah Biarkan Gangguan Emosi Menakluki Diri Kita...

Kadang-kadang hati dan jiwa kita disinggah rasa sedih...emosi kita akan terganggu...rasa ini wajib akan silih berganti singgah dalam hidup kita selagi kita hidup sebagai manusia yang waras yang mempunyai hati dan perasaan...bagaimana agaknya kita nak melawan rasa yang hadir ini. Kita perlu tahu, rasa sedih, kecewa dan derita adalah rasa yang akan memberi kesan kepada biologi tubuh badan kita...kalau dalam tempoh lama dibiarkan berada dalam hati dan jiwa kita, sehingga rasa ini menakluki seluruh jiwa dan raga kita, maka tubuh badan kita akan menanggung akibatnya..memang pasti akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Justeru, elakkan diri kita daripada melayan rasa kelukaan dan kekecewaan yang berpanjangan... Secara umumnya, rasa sedih, trauma masa lalu, kekecewaan, kelukaan, rasa stres dan sebagainya lagi berkaitan akan memberikan kesan kepada emosi kita. Bila emosi kita "tidak sihat" sudah pasti ia memberi kesan kepada sistem dalaman badan kita, dan andai dibiarkan da

Pergi Menemui Pencipta...Salam Takziah

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita sedih...kehilangan Prof. Dato' Dr. Sharifah Mastura...berita sedih ini diterima semasa saya dalam meeting. Arwah dijemput pada pukul 9.45 pagi Jumaat hari ini, 29 November 2019 di usia 69 tahun. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya. Jenazah dimandi, dikafan, dan disolatkan di Masjid UKM. Saya dan kawan-kawan hadir ke Masjid UKM untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jasadnya dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan. Suasana sangat sedih dan hiba apabila wajah kaku arwah ditatap buat kali terakhir...kain kafan yang membaluti tubuh arwah dibuka sekali lagi selepas selesai disolatkan bagi memberikan peluang kepada waris-waris arwah dan rakan taulan arwah yang baru sampai... begitu ramai rakan taulan yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah.  Saya berdiri dari sebelah kaki jenazah arwah, dalam satu depa dari jenazah arwah....menatapi wajah arwah dari jarak itu...j

Jujurkan & Bersihkan Hati Selebihnya Serah Pada Allah...

Dalam hidup ini tidak ada siapapun yang tahu apa ada dalam hati kita...apa yang terdetik di hati dan apa yang difikirkan di fikiran kita. Orang di sekeliling kita hanya mampu melihat perwatakan kita, tingkahlaku kita dan mendengar tutur kata kita...sebaliknya yang tersembunyi di dalam hati dan fikiran kita tetap menjadi rahsia...tidakkan mungkin diketahui orang secara tepat umpama membaca pernyataan di surat...yang jelas maksud yang tertera. Justeru, hati dan fikiran yang kita miliki ini...biarlah kita mengemudinya dengan jalan yang Allah redhai...yang penting untuk hati dan jiwa kita adalah soal keimanan, kejujuran, keikhlasan, tawaduk, bersih dan terlepas dari segala kepura-puraan dan kepalsuan. Seandainya di sini lah kita letakkan dan paksikan hati dan jiwa kita, makanya sudah pasti tiada kejahatan tersembunyi di sebalik dan perjalanan hidup kita lebih tenang dan bahagia... Atas apa jua yang dilakukan, hanya kita yang tahu adakah kita jujur? Adakah kita ikhlas?...kalau jawapa