Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

Masa Beralih Lagi... 2022 Mendatangi

Masa beralih lagi... Di awal pagi hari pertama memasuki 2022 menitipkan sesuatu tentang masa. Pagi ini 1 Januari 2022 mengambil peluang menulis dan tulisan ini adalah sebagai pembuka bicara memasuki hari pertama tahun 2022...tahun masihi yang menjadi kiraan dan rujukan masa di alam dunia. Jika ditanya kepada diri, serasa baru semalam berada di tahun 2021. Rupanya telah 365 hari berlalu. Pantas sungguh. Tidak terasa lamanya...sedar-sedar awal pagi ini sudah memasuki 2022. Sudah pasti terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui sepanjang 365 hari yang telah dilewati. Semuanya kekal di lipatan hati. Yang manis dan indah bawalah bersama sebagai pemangkin semangat di tahun 2022, manakala yang pahit dan pedih tinggalkan saja biar hilang ditelan masa.  Kini, 365 hari bakal dilalui lagi..sudah pasti tempohnya sesingkat 2021 yang berlalu...dan nanti tanpa sedar 2023 mengambil tempat pula. Begitu la seterusnya masa beredar sehinggalah kita meninggalkan dunia yang fana ini...Allahuakbar... Sekada

Lagi Tinggi Naik Lagi Kuat Terhempasnya...

Allahuakbar... MasyaAllah... Subhanallah... Astagfirullahalazim... Apa lagi yang nak disebut bila kata2 sudah tidak terluah tersekat di kerongkong, fikiran sudah tidak terjangkau dan rasa sudah tidak terucap...Makanya beristigfar dan terus beristigfar la...kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah.  Benak, hati, dan rasa dikembalikan dan diserahkan seluruhnya kepada Allah kerana Dia tuhan yang satu yang memiliki seluruh kekuasaan dan kebesaran dalam cakerawala ini. Tiada daya upaya kami ya Allah...Engkau Maha Mengetahui rahsianya. Kami yakin dan tetap yakin.  Jika ini rasa yang hadir maka hanya Allah jua tempat bergantung. Tiada lagi tempat pergantungan lain... Allah Maha Berkuasa dan Maha Mentadbir segalanya. Dunia dan seluruh isi alam ini milik-Nya. Keseluruhan jalan cerita juga milik Allah. Allah Maha Mengetahui permulaan dan pengakhiran-Nya. Sama ada baik atau buruk. Ianya milik Allah. Justeru yakinlah apa jua yang Allah susun pasti ada hikmah yang t

Sakit Itu Nikmat Tersembunyi...

Sakit yang Allah datangkan pada kita adalah suatu nikmat yang perlu kita syukuri. Bila dtg sakit, jangan kita bersedih atau kecewa. Sakit itu anugerah sebenarnya. Mindset kita perlu ditukar. Mindset sakit itu adalah kesedihan perlu ditukar kepada kebahagiaan. Bahagia kerana Allah memilih kita untuk diberikan kesakitan. Dengan sakit yang kita rasai, akan memberikan kita sebuah keinsafan bahawa hidup itu sementara dan hidup ini ada naik turun dan pasang surutnya. Kerana itu kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik. Kesakitan akan mengajar manusia dengan banyak perkara. Rasa sakit yang dilalui akan menjadikan manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, menginsafi diri, dan tawar kepada tuntutan kehendak dunia yang berlebih-lebihan. Bila didatangi kesakitan, usah bersedih sebaliknya ubah pemikiran kepada yang lebih membahagiakan. Buang perasaan was2 dalam diri sebaliknya meyakini bahawa sakit itu akan baik. Sakit itu bukan pengakhiran kepada segala-galanya. Juste

Kita Yang Semakin Tenat...

Jenuhnya! Macam2 sungguh sandiwara dunia ni. Terkadang rasa sangat penat untuk kita ambil fikir dan ambil cakna. Bertanya kepada diri yang mana betul yang mana salah ni. Hingga rasa keliru tahap tenat..mmg jenuh! Teringat pula, arwah nenek selalu berpesan tanda2 dunia akhit zaman, antaranya kejahatan bermaharajalela. Di peringkat besar atau di peringkat kecil akan ada saja kejahatannya...owhhh inilah agaknya yang dimaksudkan.  Manusia seakan tidak boleh hidup senang kalau tak melakukan kejahatan. Dah habis positif nak fikirkan ni...mungkin seseorang itu tak sengaja atau tak sedar yang dia  sedang melakukan kejahatan. Dalam masa yang sama datang pula pemikiran, masakan manusia tak dapat membezakan baik dengan jahat....macam tak logik pula. Kadang2 bila dilihat kepada orangnya,  tengok mcm orangnya baik2 saja, tapi di sebaliknya tunduk juga kepada "kejahatan". Atau mungkin juga sifat jahat itu sukar didefinisikan? Mana mungkin sukar didefinisikan kerana sejak zaman darjah satu

Fahami Ujub Dalam Diri...

Ujub adalah suatu rasa yg hadir dalam diri seseorang tanpa orang lain mengetahuinya. Bila terdetik satu rasa bangga dan rasa diri hebat berbanding orang lain, maka itulah dinamakan ujub. Ujub ini adalah riak yang tidak nampak. Allahu... Abdullah Ibn Al-Mubarak ketika ditanya tentang ujub atau bangga diri, beliau menjawab "engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain. Bisyr bin Al-Harith Al-Hafi menyebut " Ujub itu ialah engkau merasa memiliki amal yang banyak dan menganggap amal orang lain sedikit. Imam Ghazali berkata, ujub ertinya mengagungkan diri atau menganggap agung amal yang dilakukan. Contohnya, dengan mengatakan " Akulah orang paling soleh, tidak ada orang yang melebihi kesolehanku". Rasa ujub ini perlu disingkirkan daripada hadir dalam diri kita kerana ia boleh membawa kepada perasaan lain yang lebih besar, iaitu riak dan akhirnya takabur yang sangat dimurkai Allah. Dunia akhir zaman ini membawa manusia kepada pelbagai situasi