Skip to main content

Pergi Tidak Kembali Lagi...

Berita perginya insan ini sangat mengejutkan saya. 

Tertangguh dan lewat sikit saya menitipkan penulisan ini atas beberapa sebab dan kekangan...malam ni saya ada masa dan kekuatan untuk menulis dan memahatkan kenangan buat insan ini...biar kekal bersemadi dalam platform saya ini..titipan kenangan akhir buat arwah...

Dia insan yang pernah bekerja bersama saya. Seorang staf yang miliki sifat diri dan keutuhan peribadi yang sangat baik. Cukup semuanya...respect orang, bertanggungjawab, komited, berkemahiran tinggi dalam kerja2 mengemas, menyusun barang2 pejabat, punyai kepakaran luar biasa dalam memindah dan menyusun barang2 berat. Seorang yang berjiwa besar dalam kerjanya. 

Seorang yang mahir dalam pengurusan pameran dan penyimpanan barang2. Seorang yang sangat "jatuh cinta" dengan kerjanya. Memang dia cukup suka dgn kerja yang dilakukan, kerja utama menguruskan pameran, dan menjaga inventori ofis juga urusan perolehan ofis.

Arwah juga seorang yang kreatif dalam kerja2 peribadinya di luar pejabat...pandai segalanya..mengecat rumah, memesin rumput, bertukang buat kerusi meja..masyaAllah, pendek kata serba boleh orangnya.

Seorang yang suka memancing...sering juga saya melihat perkongsian hobi memancing nya di sosial medianya ikan2 yang diperoleh hasil pancingannya. Memang dia seorang yang kata orang "tak boleh dok diam"...ada aje perkara yang akan dibuatnya...malah bila dia bersara, sehingga ke bertukang juga dia pandai...dia berkongsi di sosial media hasil2 pertukangannya..meja, kerusi...kreatif dan rajin org nya..dia memang seorang yang sngt positif dan enjoy dengan kerjanya...saya salute!

Sahmin Mangun, kelahiran negeri di bawah bayu, Sabah merantau ke Semenanjung dengan bekerja tetap di sini. Hampir 7 tahun juga bersama saya di CRIM bermula tahun 2004. Pada saya, dia seorang staf yg luar biasa jiwanya kpd kerja. Seorang yang sentiasa nampak sihat dan bersemangat...Hebat skill teknikalnya. Rakan2 sekerja sering mengusik arwah bertanyakan apa rahsia dia kekal sihat dan awet muda.

Dulu2 semasa bersama dalam satu team kerja, lebih 20 tahun lepas saya mula mengenali arwah...saya pernah bersembang dgn dia, sesambil borak saya bertanya, "Encik Sahmin nanti kalau dah bersara akan balik Sabah ke?"

Dia sambil senyum menjawab, "tak tahu lagi puan..tgok la macamana, mungkin tak balik"..rumah dah beli sini, anak2 juga dah kerja sini tambahnya lagi.

Ini kisah hampir 20 tahun yang lalu...

Namun kini, tahun 2023...saya mendapat perkhabaran duka dia telah pergi buat selama-lamanya. Allah telah jemput Encik Sahmin pada pada usia 70 tahun...semasa saya mula kenal arwah, umur arwah masa tu dalam 50 tahun saya kira.

Terkejut dan terkedu saya mendapat berita sedih ini hampir sebulan setengah lepas. Arwah dijemput pada 15 Mei 2023, bersamaan dgn 24 Syawal, hari Isnin di Hospital Kajang. Allahuakbar...hati saya rasa sedih dan sebak mengenangkan kenangan bersama arwah.

Saya dimaklumkan kesihatan arwah katanya tidak stabil sejak tahun lepas, arwah dah start keluar masuk hospital...Setelah beberapa bulan menderita sakit, akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Semoga arwah tenang dan damai di sana. Moga Allah ampuni segala dosanya..arwah seorang insan yang baik...hatinya sentiasa ikhlas dan jujur..

Hilang yang tiada pengganti insan sepertinya.

Tulisan arwah di fb dekat2 dengan kematiannya. Posting arwah pada 20 Feb 2023.

"Sejak bln Nov 2022 Hinggah sekarang sakit teruk geng, lebihkurang seminggu duduk hospital Kajang selebihnya keluar masuk hospital je...dlm proses penuan ini macam macam Jenis penyakit menyerang...jagalah kesihatan geng...."

Allahuakbar...Al-Fatihah


RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe