Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Kari Ikan Ala2 Mamak...

  Lunch time ni sempat masak "campak2" saja dalam periuk.  Kari ikan jenahak ni. Mr. Husband req..teringat kari mamak katanya..hmmmm..makanya selesai meeting di sebelah pagi dan masuk masa lunch time tu masak la sekejap..sedap sangat pekena dengan sambal lada mudah2 dan simple. Cili api tumbuk, masukkan secoit bawang putih, garam gula dan peraham air asam jawa. Buat kari ikan ala mamak ni sangat mudah bahan2nya. Hanya bahan2 mudah saja: kari ikan, serbuk cili, herba campur, daun kari, bawang merah, bawang putih, dan halia dimayang, tomato, bendi dan santan kotak kecil, dan sedikit air asam jawa. Walaupun pesen kari mamak, saya tetap juga letak santan cket..😅 Cara-cara: 1. Panaskan minyak. Saya suka minyak lebih jika kari style mamak ni. 2. Tumiskan hingga perang bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang telah dimayang. Semasa proses tumis ni masukkan sekali rempah campur. Atau ore kelate panggil herba campur. Ada jual di sesetengah kedai. Kalau tak ada, tak perlu ma

Kek Pisang Guna Blender...

Hari kerja walaupun BDR memang selalu full dengan meeting. Rest masa lunch hour saja...meeting penuh. Dalam kalut dok ternampak aje masih ada pisang berangan di atas menja yang semakin meranum. Terfikir pula nak buat kek pisang.  Habis mempengerusikan temuduga, terus masuk dapur...capai empat biji pisang di atas meja dan terus masuk blender...10 minit prep done...hehe..cepat bagai charlie chaplin gayanya. Sebab pukul 3 pm ada satu meeting lagi. Buat kek pisang blender ni tak susah sangat..simple saja. Saya just blend satu cawan minyak masak, satu cawan gula perang, tiga biji telur dan setengah sudu teh garam. Blend hingga hancur betul dalam lima enam kali tekan punat blender. Kemudian slice kan kecik2 pisang tu dan masuk dalam blender. Blend lagi sekali hingga betul2 hancur. Dalam bekas lain, masukkan 1 dan 3/4 cawan gandum, satu sudu teh soda bikarbonat dan satu sudu besar baking powder. Kacau serata dan boleh tuangkan bahan yang diblender tadi ke dlm tepung. Kacau serata menggunakan

Donut Kampung...

  Hujung minggu bertandang kembali...hari ini walaupun penuh meeting pagi petang...tetap juga buat apa yang saya suka buat di hujung minggu... last week dah tak sempat buat kuih sebab meeting full Sabtu dan Ahad. Makanya Sabtu kali ni, tak kira dah walau ada meeting pun tetap nak buat juga donut ni. Justerunya masa rehat,  lunch time tu p bancuh tepung untuk buat Donut😂. Aduhaiii..anggerikdesa dengan hal masak-memasak ni berpisah tiada... Donut ni namanya "Donut Kampung". Tak rumit sangat membuatnya. Mengapa dipanggil Donut Kampung sebab rupa atau bentuknya kecik2 dan "herot peto'"...sgt mudah, tak perlu uli lama...lepas bancuh terus perap dlm satu setengah jam atau dua jam...lepas tu saya terapkan bulat2 dan biarkan begitu sehingga saya habis meeting sebelah ptgnya...adehhh lama la pulak meeting....nasib baik tak turun ranap balik donut ni sbb terlebih lama sgt😅...donut ni saya buat dua jenis, satu yg ada lubang dan satu lagi yang takdok lubang...rasa sama a

Empat Golongan Yang Dijadikan Tauladan...

Malam ini ingin berkongsi berkaitan tajuk yang dinyatakan ini. Selepas selesai mengadap laptop ni menyelesaikan kerja-kerja ofis dan persiapan untuk meeting di awal pagi esok, rasanya macam tidak lengkap jika tidak "say hi" dulu ke sini sebelum menutup laptop ni, makanya menjenguk lah sekejap ke blog sekadar menitipkan tulisan ringkas walaupun badan sebenarnya sudah memberi signal sudah penat. Sekadar berbincara berkaitan empat golongan manusia yang disebut oleh Rasulullah SAW yang tidak tersentuh oleh api neraka. Justeru itu, empat golongan ini boleh dijadikan tauladan dan sama-sama kita berusaha untuk memiliki sifat sebegini dalam hidup: 1. Hayyin Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan diri lahir dan batin. orang ini tidak mudah memaki dan melaknat. 2. Layyin Orang yang lembut dan baik santunannya dalam bertutur kata dan tidak bersikap kasar. 3. Sahl Orang yang tidak mempersulitkan urusan bahkan mempermudahkan segala sesuatu, dan selalu ada cara untuk selesaikan setia

Positive Thinking..

Positive thoughts are life enhancing. They empower you and make you feel stronger and more confident.  Positive thinking is not just a motivational idea. It has measurable, constructive effects on your personality, your health, your levels of energy, and your creativity.  The more positive and optimistic you are, the happier you will be in every area of your life.  Negative thoughts bring about the opposite. They disempower you and make you feel weaker and less confident. Whenever you think or say something negative, you give your power away. You feel angry and defensive. You feel frustrated and unhappy.  Over time, negative thinking can make you physically ill, and even poison your relationships. Positive thinking leads to mental health and peak performance. Negative thinking leads to mental illness and decreased effectiveness.  Your goal, therefore, if you want to live a wonderful life, is to cultivate positive emotions and get rid of negative emotions.  The elimination of negative e

Talk To Yourself Positively...

 TALK TO YOURSELF POSITIVELY "The most powerful words in your vocabulary are the words that you say to yourself and believe.Your self-talk, your inner dialogue, determines 95 percent of your emotions. When you talk to yourself, your subconscious mind accepts these words as commands. It then adjusts your behavior, your self-image, and your body language to fit a pattern consistent with those words.  "From now on, talk to yourself only in terms of what you want to be and do. Refuse to say anything about yourself that you do not sincerely desire to be true. Repeat the powerful, positive words, “I can do it!” over and over. Prior to any event of importance, repeat the words, “I like myself!” Say, “I’m the best! I’m the best! I’m the best!” again and again like you really mean it. Then, stand up straight and strong, put a confident smile on your face, and do the very best of which you are capable. Soon it will become a habit." Buku: Change Your Thinking Change Your Life Oleh:

Vitamin Diri Yang Sangat Hebat...

Sesuatu yang tidak perlu diberikan jawapan, maka biarlah ia terus berlalu tanpa jawapan sehingga akhirnya ia hilang dan berlalu pergi dari ingatan. Serah sebulatnya kepada Allah...Allah maha tahu dan maha mentadbir dan mengatur...Ya Allah Ya Bariq. Jika itu yang terbaik maka akur begitu. Semua yang Allah susun dan atur adalah yang terbaik. Bila kita redha dan berlapang dada, maka insyaAllah laluan kita mudah dan lancar. Jika kita perlu mengorbankan perasaan kita sendiri demi mencari redha Allah, maka lakukan lah..perit di permulaan itu pasti...bertahan lah. Allah tahu apa yang kita lalui...serah pada Dia. Allah tahu untuk menyusunnya. Akhirnya alah bisa tegar biasa. InsyaAllah. Latih diri untuk berdamai dengan rasa. Rasa itu datang silih berganti dan hidup kita..pahit dan manis itu lumrah. Jika pahit maka itu penawar dan jika manis maka itu pengubat. Kedua-duanya adalah indah jika kita berdamai dengan keduanya. Gabungan kedua-duanya adalah penguat kepada diri. Indah sangat rupanya kehi

Hari Ahad & Cerita Semalam Gulai Kerutuk......

Hari Ahad & Cerita Semalam  Buat Gulai "Khutuk". Hari ni tak sempat masak sebab awal pagi dah ada meeting sampai ke tengah hari. Makanya makan lauk semalam aje. Semalam sempat buat gulai "khutuk" walaupun bengkel satu hari semalam selesai hampir jam 5 pm. Khutuk ni cara ore kelate sebut merujuk kepada kerutuk.  Kerutuk ni selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga sangat ngam dimakan dengan pulut kuning, nasi arab atau nasi minyak, juga sedap dicicah dengan roti..ore kelate biasanya buat "buku besar" kalu buat khutuk gak, tapi saya buat "buku kecik" jah. Buku ni bukan merujuk pada buku dibaca tu, tapi "buku" di sini merujuk kpd potongan saiz daging tu😅. Bagi yang ingin mencuba resepi gulai kerutuk bonda saya ni, saya kongsikan di sini. Bahan2: 1 kg daging Bwg merah 10-13 ulas Bwg putih 3 ulas Halia 1 inci Nise a.k.a gula melaka (jika tiada yg dari kelantan atau Tganu tak perlu masuk. Jgn ganti dengan gula merah yang hanc

Dunia ini sementara...

Seminggu berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik...hari ni dah Jumaat rupanya. Baru semalam memasuki minggu ini....rupanya hari ni sudah bertemu Jumaat. Allahuakbar... Hari ni masih BDR..hari ke-18 BDR selepas total lockdown bermula pada 1 Jun 2021. Dalam tempoh 18 hari ni ada turun ke ofis untuk urgent matters. Selebihnya tu berada di rumah dengan kekerapan meeting seperti bekerja di ofis. Seawal pagi bersiap2 seperti biasa. Sempat breakfast dgn Mr. Husband...rutin biasa sebelum masing2 "memasuki ruang kerja maya". Janji temu hari ni dengan kursus dalaman buat staf dengan tajuk "Hati Yang Bekerja, Jiwa Yang Harmoni". Tugas menyampaikan talk ini kami berikan kepada penceramah luar dengan sedikit bayaran saguhati. Selama 3 jam bersama di dalam talian, banyak ilmu yang dituntut..alhamdulillah. Semoga ilmu yang diperoleh ini diberkati Allah dan dapat diamalkan untuk kebaikan diri sendiri, rakan sepasukan dan organisasi. Salah satu ilmu yang disentuh oleh pencera

Perginya Seorang Sahabat...

Innalillahiwainnahilaihirajiun... Semalam mendapat perkhabaran kembalinya ke Rahmatullah, seorang sahabat lama berpangkat kakak dengan saya. Berita kematian Kak Shima agak mengejutkan dan memberikan kesan di hati saya. Kak Shima adalah rakan felo semasa kami sama2 menjadi Felo di Kolej Ibu Zain sekitar tahun 2000, lebih 20 tahun lalu. Beliau masa tu sedang dalam pengajian PhD nya dan kami sempat bersama untuk dua tiga tahun di kolej.  Selepas tamat pengajiannya Kak Shima kembali meneruskan kerjayanya di salah sebuah UA di utara tanah air. Cuma saya tak dapat recall sama ada saya yang tinggalkan kolej dulu atau Kak Shima yang tamat pengajian dulu. Sejak itu kami berpisah terus tidak bersua, hanya sesekali bertanya kaba melalui rakan2 felo yang lain. Ada sesekali Kak Shima turun ke sini, dan rakan2 Felo akan keluar "mengeteh" sama-sama sesambil meraikan Kak Shima, tapi saya tak berkesempatan untuk ikut serta. Semasa saya membuat penulisan ini, Kak Shima sudah tiada di alam duni

Tips Hadir Temuduga Di Gred Tinggi...

Penulisan ni telah dibuat dua hari lepas tapi tidak dipost. Hari ni baru post kan untuk bacaan semua.Sekadar membuat penulisan melalui pengalaman yang dilalui, ianya lebih kepada pandangan peribadi sahaja. Sudah lama sebenarnya saya ingin menulis tentang tajuk ini tapi selalu saja tertangguh-tangguh. Post di gred tinggi ini, maksud saya kalau dalam penjawat awam adalah gred 48 ke atas. Level ini adalah level mengetuai dan sudah pasti perkara yang penting di level ini adalah tentang cara berfikir dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin. Panel lebih melihat kepada level of thinking dan leadership calon..aspek 3R, Relevant, Referred, dan Respect adalah perkara yg wajib ada pada calon. Bagaimana calon berfikir dan mentransformkan pemikiran untuk respon kepada soalan dalam masa yang diberikan dengan isi yang padat dan bernas. Bagaimana calon mencerap dengan cepat soalan daripada panel dan menggarap idea dan pandangan yang Bersesuaian dan bernas. Semasa dalam interview: 1. Jawab secara bijak

Beke Kelate (Bingka Pandan)

  Hari minggu kembali lagi. Recharge Diri Audit Diri. Masak2😀 Bangun awal pagi teringat kuih Beke hok mek (bonda saya) buat di kapung (Beke ni sebutan ore kelate merujuk kepada Bingka). Beke mek memang sedap sangat. Di kampung mek bakar ikut cara orang lama betul, bakar guna acuan tembaga dengan bara sabut. Itu yang kuih bingka ni jadi lebih sedap rasanya...asap api daripada bara tu penyedap rasa juga sebenarnya. Masa proses membakar, bara sabut ni, ia diletakkan atas dan bawah. Sempat saya dok tengok cara orang tua dulu2 buat. Daya tahan kena kuat betul masa proses membakar ni sebab kawasan tungku api tu memang panas la dengan sabut merah menyala membara tu..walau rumit sikit proses membakarnya tapi hasilnya memang terbaik. Sangat sedap beke yang dibakar guna bara api ni....seronok menengok proses membuatnya.  Kembali pada kuih ni, makanya pagi ni saya buat yang mudah saja...bakar dalam oven. Asalnya nak bakar di Air Fryer...tapi bekas tak muat la pulok nak masuk dlm air fryer tu

"Colek Malah..."

  BDR 9 JUN 2021 TOTAL LOCKDOWN Hari kesembilan Pagi semalam punyer citer... jika hari bekerja mmg full aje dengan meeting... meeting jam 9.00 am. Seawal pagi dan bersiap2. Makanya sempat ke dapur sat untuk buat breakfast...sekadar breakfast ringkas,  buatkan "colek malah" terliur tengok "colek malah" Prof. Roziah hari sebelumnya.  Colek malah ni semudah-mudah menu yang boleh dibuat dalam 10 minit aje...ore kelate kata "semesek jah". Jadinya, capai besen, capai tepung gandum...masuk garam cket dan potong kecil kangkung...masuk air dan gaul sekali harung semuanya..done! Sesambil capai gandum tadi, kuali dah letak siap2 atas dapur, buka api dan masuk minyak. Sedang elok siap bancuh adunan, minyak dah panas dah terus boleh goreng. Itu yang saya kata mudah sgt untuk sediakan menu ni tapi hasil dia memang sedap! Sebab tu lah dipanggil "colek malah". Perkataan "malah" tu adalah merujuk kepada "malas"..maksudnya betapa nak mengata

Nostalgia Di Sebalik Kek Sarang Semut...

  NOSTALGIA Rahsia Tersimpan Di Sebalik Kek Sarang Semut Kek sarang semut ni bukan sekadar kek pada saya. Ia banyak menyimpan memori kenangan suka duka saya di zaman kanak2 dan awal belasan tahun. Sejak kecil memang saya obses dengan dunia masakan...Memang jenis suka masak. Segala rasa gembira, kecewa, stress saya "benamkan" dalam masakan saya...memasak itu lah menjadi terapi dan pengubat. Kek sarang semut ni lah antara kek yang memang saya selalu buat...dua tiga kali seminggu tu mmg wajib buat. Tapi kini dah berpuluh tahun saya tidak membuatnya...sudah pasti ada sebabnya yang sangat nostalgic buat saya. Kek sarang semut ni, ia  menjadi bila teksturnya kenyal, berkilat dan berlubang2 cantik mcm sarang semut tu. Hari ni saya membuatnya..tapi tak jadi spt tekstur tu...sedap tu sedap tapi standard teksturnya tak sampai😅. Kilatnya tak ada langsung...Allah😥...Makanya failed la. Bila dah lama sgt tak buat,  skill nya juga sudah hilang..umpama org baru nak bertatih balik. Wala

Komunikasi Ketua Dan Staf Seliaan...

Dalam organisasi sudah pasti akan ada ketua dan subordinat atau staf seliaan. Semua ahli organisasi di pelbagai peringkat akan saling lengkap melengkapi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi mencapai matlamat organisasi. Kejayaan organisasi adalah hasil kerjasama semua peringkat dan bukan atas usaha individu.  Maksud organisasi itu sendiri adalah sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi. Mereka perlu saling berhubung antara satu sama lain dan saling bantu-membantu dan saling bekerjsama lengkap-melengkapi. Kerana itu, satu-satu organisasi perlu mementingkan kerjasama dan pemuafakatan juga keharmonian yang baik dalam kalangan semua anggota organisasi. Sebagai ketua dalam organisasi, mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam semua aspek. Salah satu aspek yang sangat penting dalam komunikasi ketua adalah cara ketua memberikan arahan kerja kepada staf seliaan. Arahan kerja perlulah diberi dengan cara yang betul, jelas dan dip

Mengingati Mati & Doa Buat A...

Allahuakbar... Bila berasa kematian itu semakin dekat, saat itu dirasakan semua urusan dunia dirasakan tiada nilai dan harganya...kosong. Saat hati bergetar mengingati mati, tiada lain yang hadir dalam fikiran, selain mengharapkan pengampunan Allah atas segala dosa. Diterima taubat dan diberikan petunjuk dan hidayah agar terus berada dalam kebaikan.  Sesungguhnya saat membayangkan kematian...ia sangat menginsafkan diri. Serasa diri ini begitu kerdil di bumi ciptaan Allah ini. Malu sungguh rasanya kepada Allah atas setiap perbuatan yang dilakukan. Takut itu sudah pasti ada dalam diri. Takut sangat jika Allah tidak ampunkan segala dosa2. Takut memikirkan bagaimana agaknya saat malaikat maut datang untuk menjemput kita kembali ke alam abadi. Cukupkah amalan kita yang nak dibawa sebagai bekalan...masyaAllah... Semalam mendapat perkhabaran sedih mengenai staf yang pernah bersama saya dalam tugas. Allahuakbar...sedih tidak terkata membayangkan keadaannya yang kini sedang bertarung nyawa di h

WFH Total LockDown

Hari ini 1 Jun 2021, hari bermulanya total lockdown untuk dua minggu sehingga 14 Jun 2021. Semua urusan kerja di ofis dalam tempoh dua minggu ini perlu dilakukan secara WFH kecuali bagi urusan2 tertentu yang dibenarkan sahaja. Permulaan 1 Jun dengan meeting penuh pagi dan petang. Meeting penuh itu normal. Cuma bila WFH ni diari perlu disemak betul2 kot terlepas pandang atau terlupa hari...bila memanjang berada di rumah nanti mindset dok ingat hari Sabtu Ahad. Karang ingat hari cuti pulak! Pengurusan masa yang baik dan kecekapan mengurus adalah amat penting dalam masa WFH ni. InsyaAllah dengan niat yang betul dan semangat yang konsisten, juga momentum yang sentiasa steady, maka semua perkara akan berjalan lancar. Bila WFH juga, perkara pertama yang selalu buat kita terlupa adalah untuk log in dan log out. Jadinya, untuk tak bagi lupa, setkan alarm 10 minit before 8.00 am dan 10 minit after 5.00 pm. Bila alarm berbunyi menandakan yang kita perlu log in dan log out. Tak ada la nanti kita