Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Limitnya sudah di noktah terakhir...

1 April 2019 Isnin Al-Kisah sebuah cerita sahaja... Rasanya cukup dulu sampai di sini. Enough is enough...terlalu lama menerima saja pun tidak bagus untuk diri sendiri. Kita beri satu keadilan kepada diri atas hak yang seharusnya perlu dihormati. Sudah terlalu lama mengalah kepada keadaan...telah sekian lama sabar itu menjadi milik diri...kali ini juga sabar tidak tergugat...hanya berubah daripada segi bearing nya sahaja...tidak perlu lagi bersabar pada bearing yang sedia ada, tapi bersabar kepada bearing yang telah diubah paksinya...memang ini yang terbaik...makanya bersabar lah... Dalam sebuah kehidupan yang harmoni dan adil, kita seharusnya saling memberi dan saling menerima...tapi kalau hati sentiasa merasakan hanya kita saja yang memberi...apakah akan ada lagi keharmonian atau wujud lagi kah sebuah perhubungan itu...andai kita saja yang cuba untuk mempertahankannya...maka sudah tiba detik waktu untuk benteng pertahanan itu dibuka...cukup lah! Sekadar memilih untuk berla

Keterujaan dan semangat baharu dari sebuah pemberian...

28 Mac 2019 l  Khamis Sekadar menitipkan tentang perasaan saya yang berkaitan dengan hadirnya suatu semangat baharu..ledakan momentum berbeza...dan sudah pasti rasa keterujaan hadir... Mengapa rasa keterujaan itu hadir...kerana terkejut...really surprised..langsung tidak pernah terfikir maupun membayangkannya... makanya wajarlah keterujaan itu hadir... Keterujaan juga hadir atas sebab kita terlalu minat dgn sesuatu itu...sesuatu yang memang kita punya soul dan passion kita kat situ...opkos bila ada orang memberikan kpd kita atau menghadiahkan kepada kita...benda yang kita suka dan benda yang kita minat....makanya mmg excited!🍑 Bukan kerana sebuah buku itu yang membuat saya teruja...tapi motivasi diri saya yang terbit hasil pemberian buku ini..itu yang membuat saya teruja...saya juga teruja apabila penulis ini juga di awal pembabitannya dalam dunia penulisan...dia juga spt saya menulis hanya sekadar hobi di media sosial...jadinya dgn ketersamaan ini telah membangkitkan motivas

Bicara Umum Tentang Apa Itu Komunikasi

Secara umumnya komunikasi bermaksud pemindahan maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Secara lebih terperinci komunikasi bermaksud aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat sama ada melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan bagi mencapai tujuan tertentu. Komunikasi ini berasal daripada Bahasa Inggeris "Communication". "Communication" ini pula berasal dari bahasa Latin "Communicatus" yang membawa maksud berkongsi atau menjadi milik bersama. Menurut Harold D. Lasswell, komunikasi digambarkan melalui siapa mengatakan apa, melalui saluran apa, kepada siapa dan kesannya apa. Menurut Wilbur Schramm, komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang berjaya menghasilkan kebersamaan, kesefahaman antara sumber dengan penerimanya melalui dua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi secara verbal dan komunikasi bukan verbal. Schramm juga menyatakan bahawa komunikasi dan masyarakat merupakan dua per

Penampilan Diri ke Pejabat...

Malam ni ingin berkongsi mengenai topik Penampilan Diri ke Pejabat atau ke tempat kerja. Kebetulannya, next week saya perlu memberikan talk mengenai tajuk ini untuk kakitangan Pelaksana. Makanya kita tengok dulu secara ringkas apa agaknya perkara2 yang perlu disentuh apabila kita bercakap tentang aspek penampilan diri...slot dua jam tidak boleh untuk saya "jelajahi" semua perkara...tapi memadai dgn konsepnya difahami dan beberapa perkara penting dan asas dalam penampilan diri dapat diingati dan diamalkan oleh peserta. (Penulisan ini terhenti di awal Mac 2019 lalu atas kekangan masa dan kesibukan yang tidak mengizinkan, ni baru sambung kembali...) Ceramah saya tentang ini pun telah berlalu pada 11 Mac 2019 lalu dengan lebih kurang 40 orang peserta. Seperti biasa hepi sebenarnya andai saya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang saya minati ini...kira soul saya la dalam bab-bab komunikasi, imej dan penampilan diri ini...tenang dan lapang hati bila d

Tips Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja

Salam pertemuan penuh harmoni  buat semua yang sudi singgah di Blog anggerikdesa. Dalam dunia pekerjaan, semua perkara berkaitan dengan komunikasi perlu kita jaga dan pelihara supaya perhubungan kita dengan semua pihak sentiasa baik dan harmoni. Berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh seorang sarjana, Chris Cole, 1993, menyatakan bahawa 75 peratus daripada masalah di tempat kerja adalah disebabkan oleh faktor komunikasi. Sarjana komunikasi, Profesor Albert Mehrabian, 1981  telah berkongsi hasil kajiannya mengenai elemen-elemen yang menyumbang kepada keberkesanan komunikasi dilihat melalui tiga elemen, di mana 7% daripadanya adalah disebabkan oleh komunikasi melalui percakapan (tutur kata), 38% daripada nada suara, dan 55% daripada bahasa badan. Di pejabat atau tempat kerja, semua anggota organisasi akan terlibat dengan dua jenis komunikasi iaitu komunikasi secara verbal dan komunikasi secara bukan verbal. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua jenis komunikasi ini. Jom

Pemikiran Strategik Dalam Membuat Keputusan...

Bersua lagi... Malam ni just nak tulis ringkas2 saja...konsep KISS...keep it simple and sweet...biar mudah diingat dan difahami apa yang ingin di highlights kan di sebalik penulisan yang ringkas tapi cukup bermakna bagi yang cuba menghadamnya... Dalam apa jua perkara...mohon dpt kita "hadam" sebab kalau kita tak hadam bagaimana sesuatu itu boleh kita menelannya...hehe ..kalau kita tak hadam bagaimana mungkin sesuatu itu dapat kita faham dan laksanakan...dan kalau kita tak hadam...makanya tiada penambahbaikan yang boleh dilakukan...sehingga bila2 lah kita akan sentiasa berada di takuk lama. Sebelum tu jom kita tgok apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Pemikiran adalah apa saja yang terhasil dan keluar dari minda kita...melalui proses Dekod dan Enkod...iaitu proses penafsiran makna dan kemudiannya diterjemahkan untuk maklumbalas atau diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang dibuat... Strategik pula adalah bermaksud terancang, teliti, telah mengambilkira semua aspek...

Usah Berfikir Perkara Melukakan dan Menyakitkan

Salam pertemuan di angin lalu... Wah mukadimahpun berpuitis bagai...saja-saja jer beri mood berkarya dulu...supaya mood menulis ni maintain dan segar selalu. Sangat simple tajuk yang ingin dibicarakan..."usah berfikir perkara melukakan dan menyakitkan"...apakah makna di sebaliknya...mari sama-sama kita menyusuri apa agaknya perkara-perkara tanpa sedar yang kita fikirkan..yang akhirnya membuatkan hati kita terluka dan sakit. Selalu juga kita mendengar orang berkata "buat apa dok fikir benda yang menyakitkan...tok sah dok fikir"...kenyataan ini sangat simple untuk difahami...tetapi kenapa agaknya benda yang sangat simple daripada segi pernyataannya...mudah untuk difahami tetapi susah dan rumit untuk dilakukan...kenapa agaknya? Kita dah tahu perkara yang kita fikirkan itu akan melukakan hati kita...dan akan terus melukakan selagi ianya bertamu dalam kepala kita...makanya mengapa kita terus membiarkan ianya menguasai diri dan pemikiran kita...tak perlu fikir seben

Jangan Rasa Seronok Memburukkan Orang Lain...

Bersua kembali kita... Malam ni saya ingin membicarakan mengenai tajuk di atas...entah tiba2 tajuk ini hadir di minda...idea dok terpa supaya ianya diterjemahkan dalam bentuk tulisan...makanya buka blog dan terus menulis...sekadar perkongsian pandangan saja...just my two cents... Saya set kan di minda ni macamnya nak tulis pendek2 dan ringkas aje...tapi tak tau la...kalau dah start menaip ni laju aje nyer nanti sampai tak perasan untuk stop...ya la tulisan ni kan tiada penghujung atau garisan penamat...selagi idea ada selagi tu la sayang nak stop...sabar aje la kan. Orait back to our topik di atas nun... Pernah tak kita bertemu orang yang menjadi satu kesukaan kepada dia untuk bercakap tentang keburukan orang lain atau tujuan bercakap hanya untuk memburukkan orang...menyalahkan orang saja. Ada juga jenis orang yang memang suka besarkan benda yang kecik...isu salahnya sebesar biji saga aje tapi dibesarkan macam sebiji tembikai...aduhai...parah soal hati macam ni...kadang2 ras

Tips Layan Diri Semasa Rasa Down...

Semua orang akan mengalami rasa "up and down"...itu adalah lumrah dan normal. Jadi jangan sesekali menyalahkan diri andai ini berlaku. Sebaliknya kita berusaha untuk menanganinya dengan baik. Tanamkan dalam diri bahawa setiap apa yang berlaku adalah tetap dalam kawalan kita kerana diri kita adalah nakhoda untuk kita sendiri...yang penting adalah keyakinan kita kepada qadaq dan qadar Allah dan kebijaksanaan juga kematangan kita dalam mengendalikan emosi kita...  Beberapa tips layan diri semasa kita rasa "down" dan emosi tidak stabil: 1. Stop "serta-merta" fikirkan perkara negatif itu..mmg susah unk stop fikir tapi ada kaedahnya..(guna kaedah pada No. 2 dan No. 5).  2. Istigfar dan ingat bahawa semua itu ujian Allah. Allah menguji atas kemampuan kita, maka set di mind kita bahawa "kita mampu menanganinya". 3. Just enjoy dengan kehidupan kita - cari bahagia dengan cara kita. Hadapi apa yg mendatang dgn positif. 4. Muhasabah di

Bagaimana Cara Respon Kepada Sesuatu yang Melukakan...

Dalam hidup ini kita kdg2 cepat sangat melatah dgn apa saja yang berlaku pada kita...terutamanya bab2 yang memainkan emosi dan perasaan...bab menuding jari dan menyalahkan orang...dan akhirnya nanti kita sendiri yang "rasa serabut dan gelisah sendiri"...dan kita sendiri juga nanti yang menanggung rasa terluka dan rasa tidak hepi dengan perbuatan kita sendiri.. Untuk apa sebenarnya kita mengizinkan perkara ini menembusi diri kita...hanya kerugian semata2... mengapa kita nak memilih "sengsara" andai kita berhak memilih bahagia... Apa kata kita sama2 ubah cara pemikiran kita dan cara kita respon terhadap perkara2 sebegini...di permulaan mmg la susah sbb kita nak biasakan benda yg tidak biasa kita lakukan..tapi lama2 bila dah biasa pasti mudah unk dipraktikkan dlm rutin hidup kita. Bagaimana caranya? 1. Bila dgr apa2 yang negatif atau berhadapan dgn situasi yang "beraura negatif"...sama ada melalui kata2 maupun perbuatan orang... yang perta

Bagaimana untuk Bahagia dalam Kerja

Bercakap tentang bahagia dalam kerja memang semua orang ingin bahagia...semua orang ingin rasa tenang dan damai dalam melakukan apa jua. Kalau sekadar kita hanya menginginkan saja untuk bahagia tetapi kita tidak pernah berusaha untuk memastikan kita bahagia....makanya kita tidak akan kemana. Mengikut konsep yang sangat mudah, dalam dunia kerja ni: 1. Kita hepi kalau semua hepi. 2. Kita mudah kalau semua berjalan lancar spt perancangan. 3. Kita perlu bergerak dalam satu team menuju satu matlamat dan halatuju. Bagaimana nak jadi seperti di atas: 1. Hati mesti bersih 2. Jaga komunikasi - tutur kata dan bahasa badan. 3. Permudahkan dan jangan menyulitkan. 4. Cari penyelesaian kpd setiap kekusutan - leraikan sebaiknya dan jangan lari dari masalah sebaliknya selesaikan dengan baik. 5. Keikhlasan dan kejujuran diri sbg paksi utama. 6. Buat dengan hati bukan dgn emosi. 7. Zikir dan doa - wajib mengiringi setiap apa yg dilakukan. Sangat mudah sebenarn

Memahami Konsep Ikhlas...

Bila kita sebut tentang "ikhlas" tu bagaimana agaknya pemahaman kita ya...wajibnya fahaman dan praktikalnya mesti selari... Bagaimana? Ikhlas itu bila mana kita: 💥 Tidak mengharapkan balasan atau pujian atas apa jua yang kita lakukan. 💥Tidak bercerita dan menunjuk-nunjuk perkara baik yang telah kita lakukan dengan niat untuk mendapat pujian dan penghargaan, juga mungkin tersembunyi sekelumit ujub dan riak...bab ni bergantung atas niat kita camane ya...boley buat tapi bergantung pada tujuan dan niat kita...mungkin bagi tujuan memberi semangat dan motivasi, mungkin just for enjoyzzz dan suka2..dan mungkin apa2 jua lagi... 💥Tidak mengungkit apa yang kita buat. 💥Tidak marah dan tidak bersedih bila orang tidak menghargai apa jua yang kita lakukan. 💥Tidak kisahpun sama ada orang "acknowledge" ataupun tidak. 💥Rasa tenang dan lebih selesa melakukan perkara2 baik tanpa orang tahu. Apa yang kita tahu hanyalah kita melakukannya dengan ikhlas