Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Roti Goreng Gebu Gebas

Pagi ni saya ingin berkongsi resepi roti goreng yang lembut dan sangat gebu gebas. Saya memang suka makan roti atau donut yang lembut. Masa zaman kecik di kampung kat Kelate bonda mek saya selalu buat roti ni, tapi bonda mek buat inti kelapa campur hijau pandan...memang sangat sedap...saya memang suka inti kelapa ni, aduhai malas la pulak nak kena masak inti kelapanya dulu....jadinya kita buat inti yang boleh beli terus di kedai bakeri aje la yer... Kadang2 roti yang kita beli di kedai tak berapa nak menepati cita rasa kita kan...makanya kena la buat sendiri bila ada kesempatan masa. Malangnya di kawasan tempat saya tinggal ni tak ada orang yang jual roti goreng buatan sendiri macam gini....ermmmm....tak mengapa lah....btw, Buat roti atau donut ni..ia menggunakan adunan yang sama. Bercakap tentang donut ni, dulu saya suka sangat makan donut di cafe sebelah PTM. Cafe ni kat tempat kerja saya. Sanggup nak pergi cafe tu hanya semata-mata nak makan donut nya...tapi kin

Water Rafting di Gopeng... Suatu Pengalaman Baharu

  Mood untuk menulis ada..makanya sepanjang berada dalam bas, saya menulis. Hari ini, 14 Oktober 2016, tibalah masanya untuk program outdoor di Gopeng, program pembangunan latihan buat staf. Sebenarnya sudah lama program ini dirancang, namun kesibukan dan kekangan masa menjadikan ianya tertangguh sehinggalah ke penghujung tahun. Namun tak mengapa, asalkan ia dapat direalitikan juga dalam tahun ini, maka masih okey la.  Kami bertolak pada pukul 3.30 petang dari pejabat, masih dalam waktu bertolak seperti yang dirancang. Pukul 5.30 petang kami singgah di Hentian Tanjung Malim. Kemudian pada pukul 6.00 petang, bas meneruskan perjalanan ke Gopeng. Kami perlu sampai sebelum malam di Gopeng, kerana nanti dari tol Gopeng, kami perlu menukar kenderaan..naik van dan lori mengangkut yang disediakan oleh pihak Chalet penginapan. Tepat 6.40 petang kami memasuki sempadan Tapah. Masa dah macam suntuk...dan saya dapat merasakan kelajuan bas pun sudah meningkat....uuuu bila bas mula baw

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe