Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Belajar Untuk Tidak Ambil Peduli...

Semalam mendengar satu perkongsian di tik tok ttg " Belajar untuk tidak ambil peduli" Katanya, kita perlu belajar untuk tidak ambil peduli, tidak ambil kisah dan tidak ambil cakna, buat tidak tahu, ignore atas satu2 perkara jika hati kita terus-terusan disakiti. Tidak perlu untuk kita ambil peduli apa jua perkara yang membuatkan hati kita sakit. Lepaskan dari radar kita. Just ignore! Jika berulang kali orang buat acuh tak acuh dengan kita...tidak langsung nampak ingin menjaga hati kita...setiap kali bertanya takkan mungkin ada jawapan...buat menambah rasa sakit kita...makanya ambil pendekatan tak perlu sibuk nak bertanya why begitu why begini. Biar la guruh, ribut petir dan halilintar sekali pun..tidak usah bertanya apa2, belajar untuk tidak perlu hiraukan. Kita anggap dia nak begitu kan..maka kita beri seperti yang dia nak. Jika dia nak kita berubah spt dulu, maka dia perlu belajar untuk berubah dulu. Jangan pula dia nak kita mengambil berat semua perkara tentang dia, tapi s

Kesabaran Yang Semakin Menipis & Hati Mula Tawar...

Rasa itu penting...detik hati itu juga ada kebenarannya. Kadang2 kita boleh merasakan bila diri kita menjadi tidak penting lagi. Bertindak dengan bijak supaya perasaan kecil hati dan terluka tidak menjadi lama terbuku dalam hati. Jangan terlalu mengikut rasa. Hidup ini perlu diraikan. Straight forward saja..bila diri sudah tidak penting dan tidak lagi menjadi keutamaan pada seseorang...jalan terbaik adalah berlalu pergi. Bagaimana kita nak tahu kita ini penting atau tidak? Beberapa perkongsian di tik tok menyentuh tentang sikap seseorang terhadap komunikasi di wasap di mana bila dia tidak lagi menghargai, dia akan sentiasa menipu tentang status whatsApp nya yang memanjang online..jawapan standard adalah: WhatsApp sentiasa online tu sebab lupa tutup, sebab sedang tengok status, dan sebab sdg tgok group. Tapi hakikatnya, online tu sebenarnya sebab dia sdg berwasap dgn seseorang yang lain yang dia anggap lebih penting daripada kita...atau bervideo call dalam tempoh tertentu. Bila bervideo

Allah Telah Tulis...Terus Ikhlas dan Bersabar

Setiap apa yang berlaku itu telah Allah tulis. Tidak ada sesuatupun yang berlaku dalam hidup kita hanya berlaku saja2 begitu saja. Ia pasti ada hikmah dan rahsia Allah. Allah maha mengetahui segalanya. Segalanya berlaku dengan keizinanNya. Justeru, buka hati dan minda kita untuk menerima segalanya dengan penuh rasa kesyukuran kerana kita yang Allah pilih untuk melalui ujian ini. Berlapang dada dan redha. Bisik pada hati yang kita redha. Kita terima dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah andai di situ kita dapat pegang, Allah akan memberi kita rasa ketenangan dan kekuatan. Bersabar dan terus bersabar...tenangkan hati rehatkan minda dan kembali kepada Allah. Pasti nanti ia mampu merubah keadaan. Selepas kita ikhlas menerima dan redha, selebihnya itu kita serah kepada Allah. Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Allah tahu bagaimana nak susun. Tugas kita adalah membaiki mana2 lopong kelemahan diri kita...baiki, tambahbaik...jika sebelum ini kita lemah, doa kepada Allah agar kita kuat...ji

Hargailah saat masih ada...

Belajar menghargai masa masih ada.  Bukan susahpun untuk menghargai, berikan sebagaimana yang kita ingin menerima. Jika kita nak sebegitu, maka berikan lah sebegitu juga. Jangan selfish. Pada orang kita mengharap lebih, tetapi daripada kita, kita acuh tak acuh...memberi sekadar mengambil syarat. Ingat, orang juga ada hati dan perasaan macam kita. Bila berkali2 hati rasa terluka, tiba saat hati rasa tawar...akan berlalu pergi tanpa kata. Justeru, belajarlah menghargai saat masih memiliki.  RZH

Sesekali On Juga Tengok Citer2 Best Ni...

Aduhai parah ni..marathon weekend dua hari nonton episod 1 hingga 28...biar betul...haha...buat hal la RZH ni. Itu la...jenis tak suka nonton TV sebenarnya...orang dah berzaman tgok cerita tu..dia baru nak nengok...aduhaii...itupun sebab nak elak fikiran memikirkan benda yang menyakitkan hati..bila tgok cerita ni mmg hilang stress rupanya...gitttchewww... fikiran cool dan terbuai sekali dgn plot cerita ni..penghayatan watak superb. Jalan cerita juga hebat! Ini sebab cerita Mat Kilau la ni menjadikan Adi Putra top di tik tok...drpd tik tok tu la saya tahu cerita "Cinta Si Wedding Planner". Bila netizen dok pakat share babak2 menarik yang mencairkan hati, saya tertanya2...cerita apa ni..mulalah buat siasatan di youtube...taip keyword Adi Putra dan Mira Filzah. Keluarlah drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ni...saya terus on button menonton secara marathon.hehe Cerita sgt best! Saya bagi 20/10.  Pada saya plot dan garapan cerita sangat sedap. Orang yang sedang down atau berdu

Wake up Diri...

Kena cepat kejutkan diri supaya wake up..jangan melayan rasa sedih terlalu lama...badan jadi lemah dan otak tidak produktif nanti...wake up! Apa2 jua punca yang menyebabkan kita sedih..jangan biaRkan ianya terlalu lama berada dalam diri. Sedih itu akan "membunuh" kebahagian kita. Jadi jangan biar ia lama2 dlm diri. Cari punca mengapa kita sedih. Jika boleh settle, maka settlekan..jika tidak mampu settle, lepaskan saja...jgn prolong dalam diri kerana rasa sedih itu memusnahkan perkara yang lain. Doa pada Allah selalu. Ingat! rasa sedih, bahagia, suka dan duka itu adalah milik Allah. Allah mengizinkan ia berlaku kepada kita..jangan rasa down, sebaliknya fikir dari sudut positif...pasti ada hikmah Allah mengapa kita diberikan rasa sedih itu. Jangan berlawan dengan takdir Allah...terima dengan redha dan ikhlas...insyaAllah rasa tenang akan mengambil tempat dan mengisi ruang kosong dalam diri kita. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Ingat, setiap sesuatu itu tidak kan mungkin k

Allah Maha Mengetahui...

Allahu... Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas setiap kejadian yang berlaku. Besar rahsia-Mu yang tidak kami ketahui. Justeru, berilah kami kekuatan dan kesabaran Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum...kekuatan untuk kami redha dan berlapang dada atas segala ketentuan-Mu. Kesabaran agar kami terus ikhlas dalam mendapat redha-Mu. Segala apa jua yang terjadi atas dunia ini adalah dengan keizinan-Mu. Tiada satupun yang berlaku tanpa pengetahuan-Mu Ya Allah. Sama ada baik atau buruk sesuatu kejadian itu, hanya Engkau jua yang tahu. Kami yakin ya Allah, segala yang baik akan mendapat pembalasan setimpal..begitu juga yang jahat, juga akan mendapat pembalasan yang setimpal. Terkadang manusia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan buruk atas setiap perbuatan. Justeru itu, kami memohon agar kami tidak tergolong dalam golongan itu ya Allah. Berikan kami terus istiqomah ya Allah, walau rasa sakit ini hanya Engkau yang maha mengetahui...moga

Keliru...

Keliru... Sifat manusia begitu lah.. Ada saat dan ketika dibendung rasa keliru yang tak blh nak bawa bincang.  Bila kita tidak tenang atas satu2 perkara, dan keputusan perlu dibuat...maka kepada Allah la kita bersujud dan meminta petunjuk dan hidayah. Kita sendiri tidak pasti yang benar dan yang salah...kadang2 hati digodak2 ttg sesuatu yang pada hakikatnya salah. Kita memohon Allah beri petunjuk dan rasa tenang...akhirnya yang membuat kita tenang itu adalah sesuatu yang kita tahu kita tak seharusnya proceed. Jauh di sudut hati kita berasa tenang bila kita proceed begitu... Allahu..itu la namanya keliru. Akhirnya, apa pilihan kita... Selepas kita seikhlasnya memohon kepada Allah untuk diberikan petunjuk, namun itu juga keputusan yg membuat kita tenang, maka ikut la dulu kata hati itu. Dlm masa yang sama terus istiqomah berdoa dan menyerahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita. Yakin lah, Allah Maha Mengetahui. Jangan teruskan sesuatu yang membuat hati kita terus berdu

Celoteh Malam...

Menyumbang dengan ikhlas. Apa jua bentuk sumbangan, kepakaran, idea dan pemikiran adalah harta intelektual. Justeru, sumbang dan terus sumbang dengan ikhlas. Apakah konsep ikhlas tu? Menyumbang tanpa mengharapkan dan memikirkan apa jua balasan. Tapi sentiasa memikirkan untuk sebuah kebaikan. Soal timbal balas jangan masuk dalam kamus diri. Soal itu soal Allah. Soal kita adalah sentiasa ikhlaskan diri dan niat apa jua yang kita sumbangkan itu kerana Allah. MasyaAllah...semoga kita terus istiqomah. Jika sesuatu itu kita niatkan kerana Allah...nikmatnya luar biasa. Bila nak menyumbangkan kepakaran, idea, dan kemahiran...jangan kita fikir pengiktirafan atau ucapan terima kasih dan penghargaan orang pada kita..jangan! Sebaliknya fikirkan bahawa itu adalah amal jariah kita yang mana pahalanya akan mengalir secara berterusan. Di alam sana nanti, amal jariah kita akan menemani kita..MasyaAllah... Sekadar peringatan kepada diri...KERJA KERANA ALLAH...jangan terpesong niat..walau sejuta dugaan y

Semuanya Terjawab...Mission completed!

Saja share or locked di sini buat kenangan sebab lepas ni episod cerita dengan client ni tamat.  Semua persoalan dah terjawab...mission completed. Tak perlu bertanya apa lagi. Kadang2 mencari jawapan pada apa yang kita nak tahu tu blh kita peroleh daripada byk sumber. Info juga boleh datang sendiri kepada kita tanpa perlu kita mencari...itu semua kuasa Allah. Semuanya Allah punya, tiada satupun yang manusia punya..ingat yang tu. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisis semula intipati cerita2 isteri adalah: 1. Nikah di Siam. Yang ini mmg win sbb saya boleh dgr drpd mulut si isteri sendiri. Nikah tahun 2015 kata sang isteri. Aduhaii.. 2. Isteri ni bukan tunangnya yang dulu. Ini orang lain yang baru dikenali lebih kurang 10 tahun lepas...parah sungguh. Isteri ini juga tahu ttg kisah tunangnya dulu. Siap dia pula boleh ceritakan pula ttg cerita tunang suaminya itu..aduhai. 3. Kata isteri, si suami balik rumah kdg2 almost setiap hari..paling kurang dua kali seminggu. Katanya ada balik