Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Amalkan Banyak Minum Air Putih

30Sept2019 #DetoxBuangToksin Kita acu cuba tra test minum air putih atleast 3 liter sehari terutamanya kalau kita byk mengambil supplements...dan sesekali boleh selang seli dgn air lemon... Hehe...sekian lama stop minum air sebanyak ni dan stop segalanya aktiviti berkaitan... Kita cuba istiqamah la...kononnya la...tapi orang kata kalau kita tak pasang niat makanya confirm la tak ke mana...jadinya pasang niat dulu dan gerakkan tindakan...hehe... 🎁Angan2 dan visualkan 🎁Pasang niat 🎁Lakukan dan gerakkan 🎁Semangat & Istiqomah 🎁Lihat hasil Starting today...acu tra test tengok minum air lemon ni...😱...hari pertama ni macam berjaya...kekalkan momentum dan pasakkan harapan! Air lemon ni bagus untuk detoks dan buang toksin sebenarnya...air lemon mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan kita, contohnya vitamin c, potassium dan fibre....dan opkos ianya memang membantu dalam pencernaan... Owhhh tetapi perlu diingat...Detoks lemon ini juga ada ke

Citer Sate Tulang...

Malam tadi saje turun jenjalan ke Port Dickson (PD)... "jalan2 kosong" aje. Lama tidak ke sini...kesibukan dan kekangan masa juga keadaan kesihatan  menjadi faktor tak berjalan2 sgt. Kalau dulu2 PD ni mmg tempat rutin berbengkel dan berkursus...sampai kami semua boleh hafal la semua hotel kat area PD ni...hehe...antaranya Hotel Bayu Beach Resort, Regency Hotel, Avillion Admiral Cove, Corus Paradise, Lexis Hotel, Thistle Hotel, Glory Beach Resort, PNB Ilham Resort, dan pelbagai lagi.  Di sini antara pilihan tempat kami berbengkel...namun kini sudah sekian lama tidak ke sini bagi tujuan bengkel atau kursus. Perubahan polisi dan langkah penjimatan adalah antara faktor bengkel dan kursus jarang sekali diadakan di luar. Malam tadi bersama famili sekadar "round2" saja sambil melihat suasana malam, merasai bayu laut dan secara tidak langsung "menjenguk kenangan lama" sambil plan untuk dinner sekali sebenarnya...😁 Sepanjang dalam kereta s

Jangan Letak Harapan Terlalu Tinggi...

Saya masih ingat orang tua dulu2 selalu berpesan..dalam kehidupan ni kita jangan memanjat terlalu tinggi...pemandangannya memang cantik dilihat, tetapi kita perlu ingat, dahan kita berpaut tu kecil dan tidak kuat untuk berpaut. Bila kita jatuh, ia lebih sakit dari memanjat tak terlalu tinggi.... Analogi ni sebenarnya dikaitkan dgn harapan yg kita letakkan...dlm satu2 perkara kita memang perlu sentiasa relax dan steady...jgn terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi pada sesuatu perkara, kerana nanti ia mungkin akan mengecewakan diri...seandainya kita sntiasa tenang dan steady menangani apa jua...keadaan akan smooth dan kita akan tenang saja setenang air mengalir di kali..... Kebetulan terjumpa analogi ni dlm buku yang sedang saya baca...Buku "Saat Aku Tergelincir Lagi..." Hasil tulisan Mohd Hafizul Faiz, 2015. Sekadar perkongsian jua, RZH

Hindari Hati yang Rapuh...

Bahasa mudah kita untuk makanan dalam gambar ni adalah kudap2 krup krap...atau kita panggil kentang goreng atau juga "crispy chips"...memang sedap! Kudap2 ni mmg garing dan rapuh tahap dewa...bahasa sekarang gak "rapuh giler" la...satu bekas tu memang confirm mengadap sorang2 saje😀 Bercakap tentang rapuh ni, terfikir pula saya kaitannya dengan hidup kita. Dalam hidup ini kita tidak boleh RAPUH. Wajib latih diri kita agar kuat dan tidak cepat rapuh...tidak "fragile" jangan..sebab kalau hati kita jenis yang rapuh atau jenis "hati tisu"...memang habis lah..."tutup buku"...titik. Mengapa hati kita tidak boleh rapuh? kerana kita setiap hari setiap masa berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia di sekeliling kita...bukan setakat karenah manusia....keadaan persekitaran, kebisingan di jalan raya, keadaan cuaca...semuanya perlukan hati dan mental yang kuat....kalau hati kita fragile...kita mmg tidak akan mampu untuk

Cerita Tentang Rasa...

Rasa ini semua orang memilikinya. Pelbagai rasa yang ada... suka, duka, bahagia, derita, kecewa dan macam2 rasa lagi. Rasa ini sebenarnya diri kita sendiri yang boleh pilih kerana ia boleh di setkan di mind kita. Kalau kita nak rasa suka dan bahagia makanya set mind kita untuk bahagia... just enjoy dengan apa yg kita buat...buat yang terbaik...ikhlaskan diri dan yang selebihnya serah pada Allah. Untuk bahagia dan enjoy, kita mestilah komited, passionate, dan ikhlas dengan apa yang kita buat. Komited maksudnya menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya. Passionate bermaksud kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi melakukannya. Manakala ikhlas pula adalah kita melakukannya dengan rela hati, jujur, tiada kepura-puraan dan tidak mengharapkan apa2 balasan. Soal ikhlas ini adalah soal hati kita dengan Allah yang mana kita meletakkan niat melakukan apa saja kerana Allah...hanya redha Allah dan keberkatan-Nya jua yang kita dambakan. Konsep enjoy dalam kerja dengan cara tiga serangk

Analogi Ais Coklat...

Bila tengok ais coklat ni sudah pasti bayangan sedap tu tak terkata la kan...nak2 kalau memang penggemar coklat la...atau saat tahap dahaganya mmg maksimum 😁. Bagi penggemar tegar coklat ais apabila tengok saja ais ni pasti pandangannya mungkin begini: 1. Sedapnya air ni! 2. Terbaekkklah rasa dia 3. Tak sabar nak rasa! 4. Aduhhh nikmatnya! Namun, bagi ais coklat yang sama, tapi dari sudut pandangan orang yang sangat menjaga kesihatan dan tak ambil minuman manis atau orang tengah diet...komennya mungkin begini: 1. Aduhaiii kalori oh kalori! 2. Tak terliur pun...kesihatan lebih penting atau diet lebih penting. 3. Tak suka air manis! 4. Minta mineral water pls... Begitu lah juga dengan kehidupan kita kan...tidak semua orang mempunyai pandangan yang sama terhadap kita....persepsi setiap orang tetap berbeza bergantung kepada situasi dan sikap seseorang. Jadinya, tok sah risau sgt la dgn persepsi orang pada kita sebab sudah tentu kita tidak akan mampu untuk men

Tugas-tugas Pegawai Tadbir Universiti Awam...

Saya sekadar ingin berkongsi penulisan santai mengenai tugas-tugas dan tanggungjawab rutin seorang pegawai pentadbiran di Universiti Awam (UA)...kadang2 secara 'surface" nya kita nampak seorang Pegawai Tadbir  hanya membuat kerja2 pentadbirannya yang umum mengetahui...seperti urus mesyuarat, minit mesyuarat, hadir mesyuarat, selia staf, menilai prestasi, surat-menyurat, dan urusan fail dan rekod. Sebelum tu, mari kita huraikan dulu tentang nama Pegawai Tadbir Universiti ni. Pegawai Tadbir ini adalah Pegawai yang mempunyai kelayakan minimum Ijazah Sarjanamuda dengan  Gred N 41 dan ke atas. Di peringkat UA, Pegawai Tadbir ini dipanggil dengan nama jawatannya "Penolong Pendaftar" kerana ketua paling tinggi untuk urusan pentadbiran di Universiti yang dinyatakan dalam statut Universiti adalah disebut sebagai "Pendaftar" (di UKM, Pendaftar adalah di Gred Jusa B), jadinya semua Pegawai Tadbir yang dilantik untuk urusan pentadbiran dan pengurusan akan dipa

Peredaran Masa Sepantas Kilat...Adakah kita masih leka?

Kembali semula ke sini setelah sebulan tidak sempat menulis. Kekangan waktu dan kesibukan yang mendesak menjadikan blog ini tidak sempat dijenguk. Tapi malam ni...fikiran diganggu oleh sesuatu rasa sehingga membawa kepada perasaan yang perlu menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Kebelakangan ini sentiasa hadir di fikiran tentang masa yang begitu pantas berlalu...bagai kilat perginya...sedar2 ini sudah tahun 2019 rupanya...baru smlm rasanya tahun 1980-an. Baru semalam masuk tahun 2019 dan kini sudah hampir di penghujung tahun...sudap bulan Sept! 1980-an saya masih di sekolah rendah..masih berpakaian sekolah baju warna putih dan kain warna biru gelap. Kasut sekolah warna putih bertali atau yang berpelekat tu entah apa perlu dipanggil kasut jenis pesen itu. Whatever nama la...tapi kasut itu begitu bentuknya.  1990-an pula saya di sekolah menengah tinggi dengan uniform sekolahnya, baju berwarna putih dan kain berwarna biru muda..kasut kekal berwarna putih. Kini sudah 2019...All

Renungi Usia Yang Makin Menganjak...

Malam ini kembali ke sini setelah agak lama juga tidak menjenguk. Kekangan waktu dan kesibukan kerja menjadikan masa untuk blog juga "terkehel" sedikit...Bila sudah penat full swing di siang nya..mlm memang betul2 digunakan untuk berehat. Kali terakhir menulis adalah pada Mei yang lalu...aduhai sudah empat bulan blog ditinggal sepi...walaupun tidak di blog, saya sebenarnya menulis juga, tapi hanya penulisan2 ringkas di FB...menulis mmg wajib...mlm ni kembali ke blog dgn tajuk pilihan di atas... "Renungi Usia yang Makin Menganjak" Tajuk ini punyai kebebasan dan keluwesan bercerita yang cukup banyak..dimensi penceritaan yang luas, tapi saya cuma ingin melontarkan pandangan berkaitan dgn aspek usia dan tingkahlaku... Bila menyebut usia yang semakin menganjak, apa agaknya perkara pertama muncul di fikiran kita...sudah pasti angka kan...40-an, 50-an, 60-an dan seterusnya. Adakah peningkatan usia ini seiring dgn perubahan tingkahlaku kita...makin elok kah perang

Unsur Alam Di Dalam Bandar...

Bersama Pengerusi ALK, Setiausaha ALK dan Ahli Lembaga Koperasi Unikeb, juga pegawai pengurusan Unikeb hari ni saya ke Majlis Perasmian Countdown Halatuju Koperasi Kebangsaan selepas 100 Tahun dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya. Semua ALK dan perwakilan koperasi daripada seluruh Msia dijemput untuk hadir di majlis ini...Allahuakbar ramainya "lautan manusia"... Peluang baharu buat saya dalam pendedahan diri kepada dunia bisnes, meningkatkan jaringan, dan mempelajari ilmu baharu... Kali pertama sebenarnya saya menjejakkan kaki ke Tamarind Square, Cyberjaya. Ia baharu saja dibuka sebenarnya, mungkin dalam setahun rasanya. Apa yang menarik perhatian saya di sini adalah konsep binaannya yang berkonsepkan bandar di dalam taman...urban industrial concept...lebih kepada green infrastructure. Suatu sudut di Tamarind Square, Cyberjaya yang mencuri pandangan dan menarik perhatian saya seperti gambar yang saya masukkan di at

Analogi Pisang Sira...

Buka pintu peti ais...tengok ada satu Tupperware masih di situ..isi dalamnya dah tinggal cket benar..dalam hati saya berbisik "dah boleh basuh la tupperware ni" sambil tangan mencapai lembut tupperware berkenaan. Owhhh bila tutup tupperware dibuka...ada seketul lagi pisang sira yang mek saya buat yg saya bawa balik dari kampung tempohari...dlm hati saya "owhh, ada seketul lagi pisangnya" Hokey saya pun mencapai pinggan dan menceduk pisang ni masuk dlm pinggan. Bubuh sekali dgn kuah dan pandannya...seperti dalam gambar ni la..😁 Pinggan berisi pisang sira ini saya bawa ke meja makan dan saya terus menyuapnya ke mulut...."aduhaiiii masih sedap rasanya"...rasa pisang bersalut manis2 kuah pekatnya memang kesukaan saya... Pisang sira ni makin lama makin sedap...tapi jangan la lama2 sangat kerana nanti ia akan rosak, berkulat dan busuk juga..maksimum seminggu tu boley la... Begitu la juga dengan kehidupan kita dalam melayan pelbagai m

Kehidupan ini Milik Allah - Jangan Hanyut Dengan Kesibukan Dunia..

Kalut sedikit petang tadi mengejar masa untuk melunaskan tanggungjawab yang perlu digalas...aduhaiii dlm hati.... "Ya Allah, janganlah Kau sibukkan diriku dengan kesibukan dunia kerana sudah pasti ini adalah atas amanah dan tanggungjawab yang Engkau izinkan buat diriku". Sesambil mulut beristigfar agar bila dalam kekalutan dan keresahan Allah "kembalikan ke kordinatnya" maksud saya kordinat kestabilan diri...saat kita rasa kita ni rasa kalut sgt maka sentiasalah beristigfar kerana dengan beristigfar itu akan menenangkan jiwa dan meleraikan rasa juga kekusutan dan membuka jalan. Alhamdulillah...jiwa kembali kepada kordinat kestabilan. Kereta dipandu lancar dan sesekali bergerak perlahan. Perlahan atau laju itu bukan isunya kepada saya kerana saya telah set di minda saya bahawa ETA nya dlm sejam saya akan tiba ke destinasi. Kalau tiba lebih awal, itu dah kira bonus pada saya. Yang penting pada saya adalah memandu dgn rasa ketenangan dan kedamaian...soal sangkut a

Pakej Penampilan dan Akhlak Diri...

Sudah pasti sebuah kehidupan itu memerlukan pakej yang lengkap daripada segala aspek. Berpenampilan menarik...memang itu keperluan pasti supaya kita dilihat rapi, kemas, sopan, manis, berkeyakinan dan boleh dipercayai...orang tua kata "sejuk mata memandang". Dalam masa yang sama ianya boleh membangunkan citra diri... Namun, penampilan yang baik andai tidak kita seiringkan dgn lisan dan akhlak juga perbuatan yang baik...sudah pasti ianya tidak memberi makna dalam erti kata yang sebenar... Penampilan itu katanya cerminan peribadi...juga asas kepada pengukuran dan penilaian diri seseorang... tapi di sebalik penampilan yang baik kita tidak menjaga lisan dan perbuatan makanya kita sekadar menipu diri dan "menipu kehidupan" sedangkan hakikatnya Allah lebih tahu... Belajar untuk mencari keikhlasan dalam diri dan menerapkannya dalam apa jua yang kita lakukan...pastinya kebahagiaan dan kedamaian itu milik kita. Salam Hormat, RZH

Bicara Hati Tentang Meletakkan Keutamaan...

Banyak perkara dalam hidup ini yang hadir dan singgah di kotak fikiran kita...tak perlu semuanya sekali kita perlu fikirkan serentak... Belajar lah untuk letakkan keutamaan...belajar untuk susun satu persatu dan bereskan satu persatu.. 🎁Mana yang penting dan perlu disegerakan tindakannya, makanya segerakanlah... 🎁Mana yang tak berapa penting dan boleh ditangguhkan tindakannya, makanya  tangguhkan dulu... 🎁Mana yang perlu difikirkan secara terperinci, makanya luangkan masa untuk fokus dan fikirkan... 🎁Mana yang tak perlu difikir dan hanya buang masa, makanya reject terus dari kotak fikiran... Masalah kita semua adalah..kita sentiasa cenderung untuk memikirkan semua yang singgah di kotak fikiran tanpa membuat keutamaannya terlebih dahulu... Impaknya kita jadi stress, serabut, gelisah, tidak tenang, tidak bahagia, tidak ceria dan macam-macam... Jadinya, mengapa memilih untuk tidak tenang kalau kita boleh memilih untuk tenang... Anggerikdesa RZH

Cerita Di Sebalik Nilai 20 Sen...

Saya nak berkongsi tentang cerita di sebalik nilai 20 sen. Mungkin masing2 mempunyai pandangan tersendiri mengenainya...sekadar menitipkan untuk kita dapat renungi bersama... Semalam saya singgah di satu kedai di kawasan saya tinggal. Semasa berbaris untuk membayar di kaunter, secara terus terang saya sangat tidak selesa dgn drama yang sedang berlaku depan saya...kalau perasaan tak sabar tiada dlm diri...hmmm mau juga mulut ini menuturkan sesuatu...tapi saya diamkan saja. Seorang pelanggan tu bersikap agak sombong dan sarkastik dengan adik juru kaunter kedai (rasa saya adik ni dalam belasan tahun umurnya). Perbualan yang sempat saya dengar: Pelanggan: selepas membayar dan melangkah satu dua langkah berpaling semula dan memandang kepada juru kaunter sambil berkata "bukan tadi semua sekali RM23.20 ke, mengapa jadi RM23.40" muka pelanggan agak serius. Adik Juru kaunter: ya kak, 20 sen lagi tu untuk plastik. Air muka sangat lembut terpamer di wajah adik juru kaunter ni.

Bicara Santai Tentang Berfikir Dalam Dimensi Sendiri

Terkadang dalam hidup ini kita merasakan hanya kita yang betul... Mengapa agaknya jadi begini? Kerana sering berlaku kita sentiasa melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan kita...kita langsung tidak cuba meletakkan diri kita dari sudut pandangan orang lain. Dan kita langsung terlupa tentang sudut pandangan orang lain di sekeliling kita yang kita perlu ambilkira untuk keharmonian dan kesejahteraan sebuah kehidupan... Mengapa perlu kita meletakkan diri kita untuk berfikir dari sudut pandangan orang lain? Supaya kita dapat meneutralkan pandangan dan pemikiran kita dan tidak bias hanya  kepada dimensi kita sahaja. Juga supaya setiap pandangan kita itu ada "check and balance" nya.  Ini penting agar kita tidak dilihat sebagai hanya pentingkan diri sendiri dan bertindak mengikut rasa sendiri yang berkemungkinan punyai kebarangkalian yang besar untuk memenuhi kepentingan diri sendiri. Sekadar bicara hati... Semoga bermanfaat.😊 11 September 2019