Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Resepi Sedapzaini: Chocolate Walnut Brownies

Sejak seminggu yang lalu, teringat Brownies Kartika Sari di Bandung. Memang sedap dan terbaik Browniesnya. Sesiapa yang berkunjung ke Bandung wajib singgah di Kedai Kartika Sari untuk membeli pelbagai jenis Brownies, roti, dan kuih-muih, boleh dibawa pulang sebagai ole-ole. Okey, saya stop dulu bercakap tentang Kartika Sari kerana tujuan entri ini adalah untuk berkongsi bagaimana cara membuat Brownies seperti di atas. Membuat Brownies ni memang sangat mudah sebenarnya...sambil2 buat kerja lain pun boleh buat Brownies ni. Prosesnya tak seperti kita membuat kek yang perlu 'berseni dan berlembut' bagai...buat Brownies ni, orang tua kata macam kita masak 'campak-campak' saja. Resepi ni saya ikut salah satu resepi yang dikongsi di FB, tapi dah lupa nama FB nya...tkasih kepada penyumbang asal resepi ini. Semasa ke Bakeri di Seri Putra tadi, saya sempat berborak dengan tuan empunya kedai tentang Brownies, sempat juga dia kongsikan tips membuat B

Resepi Sedapzaini: Nasi Lemak Ikan Tongkol Kelantan

Nasi lemak ikan tongkol ni memang terkenal di Kelantan..kalau tak salah saya di Terengganu pun ada. Pendek kata, menu ni terkenal di sebelah Pantai Timur. Namun sejak beberapa tahun yang lalu,, ianya telahpun mula ada dijual di Ibu Kota. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah beli di Taman Melawati, satu warung kecil di tepi jalan yang menjual nasi lemak ikan tongkol ini...orang Kelantan yang berniaga...memang sedap...terbaik! Selepas tu, selama di Bangi saya tak pernah lagi jumpa peniaga yang menjual nasi lemak ikan tongkol, sehinggalah dalam setahun dua ini ada satu kedai makan tu dah mula menjualnya...saya punya la 'excited' bila dikhabarkan oleh Encik Husband yang ada kedai makan di Bandar Baru Bangi dah ada jual nasi lemak ikan tongkol ini. Maka saya pun tidak melepaskan peluang ini. Satu malam minggu kami pun pergi la ke sana...semangat dan keinginan berkobar-kobar untuk menikmati menu ini...namun berakhir dengan hampa dan kecewa bila melihat etika masakannya d

Kerakusan dan Ketamakan Yang Tidak Bermakna...

Kehidupan ini terlalu sukar untuk diramalkan. Ramalan kita tidak semestinya sama dengan Ketentuan Dia Yang Maha Berkuasa. Putaran masa dalam kehidupan ini terlalu cepat berlalu...tanpa sedar dan tanpa disuruh masa itu tetap bergerak..berputar dan beredar mengikut haknya yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta....Siapa kita untuk menyekat masa daripada terus beredar...siapa kita untuk memberikan arahan agar masa itu jangan berputar...Andai itu dapat kita lakukan, maka nescaya kita adalah orang yang 'berkuasa'...namun andai itu tidak mampu untuk kita lakukan, maka sedarlah bahawa kita hanya insan kerdil, yang hanya mampu mengikut peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah. Justeru, untuk apakah sikap yang sombong dan angkuh itu...tiada guna walau sedikitpun. Sesekali, tanyalah pada diri...apakah penghujung kepada penghidupan ini...adakah kita selamanya akan bernafas di bumi Allah ini....apakah kita akan terus hidup selamanya tanpa penghujung...apakah kita tidak ditelan