Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Mata Masuk Habuk Lagi...

Semalam mendapat perkhabaran daripada kenalan rapat, kembalinya kerahmatullah Prof. Madya Dr. Khatijah Binti Hj. Hussin.  Allahuakbar..."ramainya orang yang dikenali rapat suatu masa dulu ketika mereka dalam perkhidmatan pergi buat selama-lamanya". Sorang demi sorang..hati saya berbisik...perasaan rasa terusik. Innalillahiwainnailaihirojiun... Saya terus menelefon kenalan rapat yang mengkhabarkan berita ini. Bertanya kaba serba sedikit tentang arwah, meninggal di mana, sakit apa dan sebagainya lagi. Arwah tinggal dgn anaknya...arwah diserang stroke dan menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 75 tahun. Hati saya rasa sayu...kembali mengimbau masa saya mula2 melaporkan diri di Fakulti Sains Hayat Oktober 1997....27 tahun yang lampau..masa ni la saya mengenali arwah...baik saya dgn arwah..ya tujuh tahun saya bertugas di sini sbg Pengurus di FSH..mengurus segalanya dari A to Z..hal operasi, governan, prasarana, kewangan, sumber manusia dsbnya lagi. Pastinya saya akan rapat de

Berani Hidup Mesti Berani Hadapi Masalah...

Lebih dua minggu tak sempat jenguk menitip bicara... Kesibukan tahap tak leh bincang, kepenatan, kecelaruan fikiran dan macam2 hal merupakan punca... Malam ni tertarik dengan satu ayat yang keluar di TT...katanya "Berani Hidup Harus Berani Hadapi Masalah" Tapi untuk penulisan saya ni saya tukar "Harus" kepada "Mesti". Mana mau nya harus hadapi masalah...tak adanya harus tapi wajib hadapi masalah...mesti hadapi masalah kerana kehidupan takkan lari daripada masalah, halangan, cubaan, ujian dan apa jua perkataan seumpamanya. Masalah dan ujian itu akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita. Jadi ubah mindset daripada mengeluh kepada bersyukur...bersyukur kerana kita yang Allah pilih...pasti ada hikmahnya...apa yang perlu adalah sabar, redha dan terus kuat! Prinsip mudah: 1. Jangan lari daripada masalah. Kalau lari dari masalah takkan selesai dan makin rumit. Kesannya besar kepada keselesaan hidup.  2. Anggap masalah tu sebagai pendamping kita. Tiada masalah