Skip to main content

Resepi Gulai Udang sedap...

Lama sgt tak sempat update blog. Kalut macam2 hal. Ada masa senggang nanti saya sambung menulis di blog ya. Tkasih kpd pengunjung yg sentiasa setia singgah. Semoga Allah merahmati kalian semua.

Ni singgah sekejap saja untuk tepek resepi gulai udang special ni. Gulai udang ni resepi klasik bonda saya. Memang sedap!

Bahan2:

1. Udang setengah kg

2. Santan pekat dua cawan

3. Bawang merah 7 ulas

4. Bawang putih seulas kecil

5. Cili kering tujuh lapan tangkai.

6. Halia sebesar ibu jari

7. Jintan manis setengah sudu besar disnagai dan ditumbuk lumat

8. Gula melaka setengah keping/kerek

9. Beras setengah sudu besar unk hilang hanyir udang dan pekatkan kuah. Ditumbuk lumat

10. Garam gula secukupnya.

Cara2:

1. Siang udang dan cuci bersih. Potong sedikit saja muncung depan udang. Tak perlu potong ekor. 

2. Blend bawang merah, halia dan cili kering.

3. Masukkan santan juga bahan yang di blend tadi dalam periuk.

4. Masak sehingga kuah pekat. Kuah perlu sentiasa dikacau semasa proses ni bagi mengelakkan kuah menjadi berketul. Tak cantik pula gulai kita nanti.

5. Bila kuah dah pekat, masukkan udang sedikit gula melaka, garam dan gula. Kacau sehingga bergaul rata dan udang masak. Tempoh udang masak hanya sekejap saja. Jangan over cooked. Gulai udang ni biar rasanya manis cket baru lebih sedap, jgn lebih rasa masinnya.

6. Masukkan beras yg telah ditumbuk lumat dan jintan manis yang telah disangai dan ditumbuk lumat. Kacau sebati dan biarkan mereneh sekejap dengan api perlahan dan boleh tutup api.

Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe