Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Kenangan lama kembali mengulit...

Terimbau kenangan hampir 18 tahun yang berlalu... Di majlis tadi berjumpa Prof Dr. Azrul Azlan dan Prof. Madya Dr. Haniff...kedua-duanya memikirkan perkara yang sama bila melihat saya...Prof Azlan mengajak bergambar, katanya saja menggamit memori di Geneva, Switzerland...manakala Dr. Hanif pula mengajak bergambar untuk menggamit kenangan di Seoul. Kami sembang dan ketawa bersama..tapi saya tak dpt lama sebab sedang bertugas menguruskan event tu. Buzy bebenor yang amat..hehe. "Puan masih sama ni dengan gambar masa 18 tahun lepas di Geneva...tidak ada yang berubah"...kata Prof Azlan... Saya terus gelak besar...dalam hati berbisik "mana mungkin sama Prof Azlan...telah 18 tahun ke belakang masa ditinggalkan..sudah pasti ada yang berubah. Hehe. Sempat la bercerita tentang kenangan menampal poster sama2 masa di Geneva, dan keluar pergi beli brg bersama bila ada keperluan untuk pameran di sana dulu. Dr. Hanif pula mengulang sebut kenangan di Korea dengan dia..juga bertugas meng

1 Rejab 1444H...

Slps detik 12 mlm, awal pagi ni kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab pada tahun ini jatuh pada 23 Jan 2023 bersamaan dengan Isnin. Sangat cantik. Isnin dan Khamis adalah hari yang sgt digalakkan untuk kita berpuasa sunat...sedang cantik esok Isnin dimulakan dengan puasa 1 Rejab. Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah. Dalam bulan Rejab ini berlaku peristiwa penting dalam Islam di mana Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit dengan kenderaan yang dipanggil Burak, yang dipanggil peristiwa Israk Mikraj. Semasa peristiwa Israk Mikraj ini lah Nabi Muhammad SAW menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. MasyaAllah...Allahuakbar. Bila masuknya Rejab, bermakna dalam 60 hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. MasyaAllah...insyaAllah bertemu lagi Ramadan al mubarak. Melalui sebulan Rejab dan sebulan Syakban..maka tiba lah Ramadan. Kembali kepada Rejab ni, bulan Rejab ni dikira sbg bulan untuk kita bersiap sedia dengan meningkatkan ama

Flight Dah Take Off...baru nak check enjin...

Aduhaiiii...dunia ni macam2 la ragam manusia. Kdg2 rasa nak gelak pun ya. Agak2 la pun...flight dah take off kot...kena turun balik nak check enjin. Kan Pak Pandir namanya tu. Bila orang krik krik, dah tak sopan dan tak manis pulak kan..tapi itu lah, ini mengundang namanya...ambo tak dok hal becoz not in ur boat...yg dok dlm ur boat tu mmg nyorrr la. Pengajarannya: Satu2 benda ni please put it at the right place and the right time k...to be a leader u dont have too be sooooo micro manage la...pening ur team nanti. I talked to my boss about this..haha gelak dia...kami sama2 gelak besar...den mmg la jenis gelak besar...dpt boss lak yg memang jenis gelak besar juga...mmg masuk air la. Kata the boss.."dia memang begitu dari dulu"...owhhh gitu ke..sy gelak dan senyum aje la...dlm hati berbisik..."apa beza nya 16 atau 17...tak dok beza weiii setakat lebih satu..yg tu pun jadi hal ke...haha..selok kero ore kelate kata. Nyorrrr molep la. Gitu la deh lebih kure nya cerita pendek

Kisah viral di media sosial tentang perkahwinan kedua...

Hampir dua minggu tidak sempat menjenguk blog..macam2 hal kesibukan..back to back...bila mlm hanya perlukan rest secukupnya..let go semua perkara termasuk penulisan di blog. Malam ni kembali ke blog sekejap melepaskan rasa rindu untuk menulis. Gituuuu. Seminggu dua ni penuh di semua platform media sosial tentang kisah Shamsul Yusof, pengarah filem terkenal negara yang berkahwin di Thailand dan menyembunyikan perkahwinannya drpd isteri pertama dan kedua ibu bapa juga seluruh famili. Jutaan kecaman diberikan oleh netizen... Dalam kesibukan sempat saya melihat luahan hati seorang ayah, Datuk Yusof Haslam melalui video yg dikongsikan di perisian wasap..sudah pasti video tu viral dan semua orang menontonnya. Dapat saya rasakan betapa kecewa, sedih, dan terlukanya hati seorang ayah dengan perbuatan anak ini. Seorang ayah yang bercakap dalam nada yang sangat hiba dan sebak menahan tangisan, dan akhirnya gugur juga air mata yang sedayanya ingin ditahan...kesedihan dan kekecewaan terpancar jela

Buku Baharu 2023 Dibuka...

Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Kini kita telah dua hari memasuki tahun 2023. Bagi yang bekerja, cuti hari ni adalah last day cuti bagi yang telah bercuti sejak akhir Disember 2022. Esok bermulalah semula "perjuangan" di tempat kerja sehingga lah ke 365 hari mencukupkan setahun tahun 2023. Pada tahun 2023 ini sudah pasti rutin kerja dan rutin peribadi berlaku seperti biasa..proses repeating seperti biasa..apa yang kita lakukan pada tahun 2022 juga tahun2 sebelumnya akan tetap kita lakukan pada tahun 2023. Cuma...pastikan ada perbezaan drpd segi: 1. Hubungan kita dengan Allah. Perkemaskan. Biar makin meningkat tahun kita makin menjadi hamba Allah yang baik. 2. Kematangan kita. Semakin masa beredar, semakin usia kita meningkat, biarlah kita menjadi lebih matang dan lebih bijaksana dalam melalui kehidupan. 3. Tahap kesedaran kita bahawa kita semakin menuju garisan penamat semakin tinggi. Perlengkapkan dan perkemaskan diri untuk menghadapi hari2 yang mendatang yang akhirnya