Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Resepi Sedapzaini: Nasi Arab Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada entri kali ni saya ingin berkongsi resepi nasi arab. Resepi ini adalah resepi asal dari seorang pegawai seliaan saya semasa bertugas di satu Jabatan. Resepi asal cara buat nasinya saya ikut sebijik namun  saya ada ubah dan tambah sedikit bahan perapan untuk  ayamnya mengikut citarasa saya. Terima kasih kepada Encik Fadzil yang sudi share resepi beliau untuk buat nasi arab ini. Hokey jom kita tengok bahan-bahan untuk nasi: 1. Beras basmathi Pusa Gold 4 pot 2. Bawang holland dua biji 3. Serbuk rempah sop 4 sudu besar. 4. Dua atau tiga biji tomato.. 5. Dua kiub pati ayam 6. Dua kotak kismis 7. Minyak sapi satu tin kecil 8. Garam secukup rasa. Cara masak: 1. Beras direndam setengah jam. 2. Bawang holland dan tomato dipotong dadu. 3. Panaskan minyak sapi dicampur dgn setengah cawan minyak masak. 4. Tumis bawang holland hingga garing. Masukkan  tomato dan kismis dan terus menumis hingga nampak keperangan dan tomato juga kismis

Resepi Sedapzaini: Sagu Gula Melaka Istimewa

Salam 16 Ramadan... Pada entri kali ini saya ingin berkongsi resepi sagu berkuah gula melaka. Sudah lama sangat sebenarnya saya tidak membuat dessert ni...bila bulan puasa ni fikiran aktif aje menyusun dalam fikiran kuih-muih dan desserts yang menjadi kegemaran saya...itu yang tiba2 teringat nak makan sagu berkuah gula melaka. Seperti biasa sebelum pergi kepada resepinya, for sure saya suka nak bercerita dulu tentang citer2 yang berkait dgn dessert ni. Salsilahnya, dessert ni mmg selalu dibuat oleh kakak saya. Kalau sebut tentang sagu gula melaka ni mesti saya teringat kakak saya...selalunya, bila saya bertandang ke rumahnya mmg sagu gula melaka ni akan menjadi salah satu drpd juadah yang dihidangkan...saya memang akan makan bertambah la...hehe..saya mmg peminat setia dan penggemar dessert manis dan berkuah...tapi opcos la mesti kena tgok orang membuatnya juga. Buat sagu gula melaka ni perlu pastikan sagunya elok2 aje lembutnya...jangan keras sebab kalau keras mmg spoil dan

Resepi Sedapzaini:Tauhu Begedil Istimewa

Assalamualaikum... Salam 13  Ramadan dan salam sejahtera buat semua yang singgah di blog... Sudah dua minggu rupanya saya tidak menulis dan tidak sempat jenguk ke blog...due to macam2 kesibukan.. Begitu cepat masa berlalu..last posting adalah pada 8 Mei dan mlm ni 18 Mei...tak sedar masa berlalu begitu pantas...bagai kilat...Allahuakbar... Sekadar lari topik sikit...bila memikirkan "masa bagai kilat ni" saya terkenang kembali kata2 arwah nenek dan arwah mak saudara saya belah ayah hampir 35 tahun yang lampau..kata arwah "esok2 dekat nak kiamat masa jadi sangat cepat berlalu"...ya betul, baru melalui waktu pagi..tiba2 dah muncul petang...dan muncul malam dan esoknya pula...tiba2 tanpa sedar dah seminggu rupanya...bulan dan seterusnya tahun. Bulan ke bulan, tahun ke tahun tu bagai pendek betul...baru semalam rasanya 2018...ini dah di pertengahan 2019...sedikit masa lagi 2019 juga "lenyap"...Allahuakbar...speechless tiada kata terucap melainkan kem

Ceritera 3 Ramadan...

Bulan Mei yang sangat padat...aduhai...penuh tahap dewa ni...masa berlalu tanpa sedar...cepat sangat putaran waktu di tahun 2019 ini...Allahuakbar...pejam celik pejam celik dah pertengahan Mei...habis Mei ni maka masuk lah Jun...kalau dah masuk Jun...maknanya sudah pertengahan tahun..how time flies...byk kenangan akan berlalu lagi...satu demi satu pergi...sudahnya pun nanti jasad kita pun pergi.... Wahai jiwa...wahai hati bertabah la...sentiasa kuat menghadapi segala cabaran...bulan Mei ini juga puasa bermula...bulan Ramadan bertamu..hari ni sudah 3 ramadan... esok pula menjelma 4 ramadan... alhamdulillah tiga hari ini dijalani dengan baik walau diri rasa agak kepenatan sikit kerana ulang-alik yang agak jauh campur pulak dengan jem...namun itu cuma suatu rasa saja...biar kan saja. Dan itu juga realitinya yang perlu diharungi..makanya kena harung la..kannn... Berbicara soal bulan ramadan...tahun ini adalah tahun pertama saya melalui ramadan di tempat kerja baharu yang agak jauh ck

Ramadan Menggamit Rasa...

Ramadan bertandang lagi... Rasa syukur dan terharu kerana Allah masih memberikan nafas untuk bertemu dengan Ramadan kali ini...berlalu jua 1439H dan kini bertamu 1440H. Sebenarnya pada setiap kali penghujung Ramadan..mmg hati kita akan berbisik "adakah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadan akan datang". Bisikan itu tidak akan mungkin ada jawapan...kerana soal sempat atau tidak sempat itu adalah rahsia Allah...bila masanya tiba...ajal akan datang jua menjemput...tidak lewat dan tidak awal walaupun sesaat. Bergetar hati setiap kali memikirkan tentang ini... Bila setiap kali Ramadan tiba, pelbagai perasaan hadir dalam diri... 1. Perasaan bersyukur kerana Allah masih panjangkan umur untuk bertemu Ramadan kali ini. Rasa sedih akan datang serentak kerana terharu Allah masih berikan ruang dan peluang...sedangkan kita hamba yang banyak kekhilafan. 2. Perasaan sebak dan terharu sebab tidak pasti adakah Ramadan akan datang masih sempat bertemu lagi...atau j

Peringkat Kehidupan dan kemahiran yang perlu...

Sukar sedikit mata untuk dilelapkan malam ni. Melihat waktu telahpun menunjukkan pukul 3.06 pagi. Hmmmm..bila datang bab susah tidur ni memang "merisaukan" sedikit sebab bila lewat tidur nanti akan beri kesan kepada kesihatan diri...itu yang seram itu...harapnya malam ni saja dan tidak berlarutan... Seperti biasa la, bila mata tak dapat lelap...bangkit saja dari tidur dan on kan komputer...itu standard rutin saya. Apa jua situasi saya rasa tenang bila dapat menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Apa jua dalam benak fikiran kita dapat di tranform kan dalam betuk tulisan...sekurang-kurangnya meleraikan segala apa yang "bersarang" dalam diri dan yang lebih penting segala rasa itu diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang nanti boleh dirujuk bila diperlukan. Di lewat malam begini...(dah awal pagi dah sebenarnya ni) saya prefer untuk membuat penulisan santai sahaja...lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang bentuk rujukan. Menulis saja apa yang ingin ditulis berdasar

Resepi Sedapzaini: Puding Raja Pisang Emas

Lewat petang tadi teringin dan teringat nak makan puding raja ni. Puding raja ni sejenis dessert yang katanya berasal dari negeri Pahang...sempat google juga salsilahnya tadi...dessert ni dulu2 hanya di makan dalam istana sahaja, kerana itulah ia dipanggil puding raja. Namun demikian, di Kelantan juga ada dibuat puding ini...kalau ikutkan jala emas tu berasal dari Kelantan...agaknya  resepi gabungan dua negeri...itu yang menjadikan dessert ni sangat sedap...hehe Pada pandangan saya, memang kena nama puding raja ni dgn "penampilan" puding ni..dgn taburan jala emas dan pisang yang keemasan warnanya menampakkan dessert ini agak eksklusif dan ada prestij nya...rasanya pula memang sangat sedap...sape yang jenis suka dessert dan dalam masa yang sama penggemar pisang... Memang teruja la dengan rasa dessert ni... Famili saya di kampung rasa saya macam tak pernah la pula buat puding ni...kalau cocktail tu mmg biasa la dibuat...cocktail ni rutin  kami. Salsilahnya tentang cerit

Satu kisah Sahabat Tentang Mengawal Marah...

Assalamualaikum... Malam ini saya kembali ke blog. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi kisah dan ragam manusia dalam organisasi, bagaimana seorang sahabat cuba mengawal marahnya dek perbuatan orang lain kepadanya...bagaimana struggle nya dia untuk memastikan mentalnya kuat untuk menahan rasa marah...dan akhirnya dia berjaya setelah mengambil masa tiga hari menahan diri dan memohon kepada Allah petunjuk yang terbaik untuk menangani situasi ini...apakah agaknya yang dia lakukan...hokey mari kita baca garapan saya sehingga ke penghujung penulisan ya... Pertama sekali mari kita fahami dulu tentang konsep "marah". Bila seseorang itu menghadapi situasi sedang menahan rasa atau menahan marah atas perbuatan orang lain kepada dia, makanya secara realitinya keadaan ini yang akan berlaku pada dirinya: 1.  Stress. 2. Tidak tenang - gelisah 3. Down 4. Sakit hati 5. Tidak gembira dan semuanya jadi hambar 6. Ingin membalas dengan cara yang sama 7. Ingin menegu

Perkongsian Intipati Bicara Perdana Naib Canselor UKM

Salam pertemuan penuh harmoni  buat semua yang sudi singgah di blog saya. Hari ini 10 April 2019 bersamaan hari Rabu saya dan ratusan warga UKM hadir ke Bicara Perdana Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor...tidak kira dari semua peringkat hadir...peringkat Pengurusan Tertinggi Universiti, Dekan/Pengarah dan Pengetua, Pegawai Pengurusan dan Profesional dan kakitangan Pelaksana. Kami (merujuk kepada geng saya)  hadir dengan rela hati (tanpa paksaan) dan penuh teruja untuk mendengar bicara, amanah, hala tuju dan pemikiran Naib Canselor kami selepas genap 100 hari beliau menerajui UKM. D an saya percaya dan berandaian bahawa mereka yang lain juga hadir tanpa paksaan. Tiada drama yang dipertontonkan melainkan dunia realiti semuanya... Memang sejak seminggu yang lalu lagi saya tertunggu2 untuk hari ini tiba...secara terus terang saya sebenarnya tidak sabar dan sangat teruja untuk mendengar bicara beliau setelah 100 hari menerajui UKM. Akhirnya hari