Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Gulai Ikan Masin Sedap Sangat...

Kisah semalam dengan menu gulai ikan masin atau ore kelate panggil gular ike kering. Makin mengakhiri Ramadan makin tidak berselera pulak jadinya. Fikiran ligat berputar dok fikir nak masak apa lagi untuk bagi rasa selera dan ummpphh sikit masa berbuka. Makanya teringatlah gular ike kering ni. Lama benar doh tak buak nyo. Kalut sokmo jadi masak ringkah ringkah jah sokmo...jadinya smlm saya buat gular ni. Sedap sangat bila dah lama tak bergular gege..hehe. gular ike kering kali ni saya ejah cappur dengan terong. Selalunya ore cappur dengan nenas, tapi saja sesekali ambo nok cappur dengan terung. Kita buat dia..bare nok bare jadi...gitttchewww. Jom kita tgok bahan2nya: 1. Ike kering. Saya guna ike duri deh. 2. Santan dlm empat lima cawan 3. Terung satu btg dipotong empat 4. Cili kering lima enam tangkai 5. Bawang merah tujuh lapan ulas 6. Garam dan gula secukup rasa 7. Satu keping asam keping Cara2: 1. Potong cili kering dan rendam dalam air panas sekejap untuk bagi lembut. 2. Cili kerin

Makna Sebekas Sambal Hitam...

Semalam dikunjungi oleh salah seorang pegawai seliaan beberapa tahun yang lepas semasa bertugas di satu jabatan. Dia singgah sekejap membawa satu bekas sambal hitam kiriman salah seorang staf seliaan yang telah bersara. "Puan, En Man kirimkan ni untuk puan" katanya sambil menyerahkan sebekas sambal hitam yang berbalut dengan plastik. Allahu, terharu saya...teringat En Man, seorang staf yg sangat baik orangnya, komited, dan rajin dalam kerja. Punyai pembawakan dan sikap yang sangat baik. Lembut dan sangat tinggi budi pekertinya. Dalam hati saya membisikkan doa semoga En Man terus diberikan Allah kesihatan yang baik dan terus berbahagia di dunia dan akhirat. Baik sangat orangnya. Inilah silaturahim..inilah perhubungan. Perhubungan yang terbina antara ketua dengan subordinat nya yang penuh dengan nilai yang tinggi, teamwork, memahami, toleransi, bertanggungjawab, keikhlasan, kejujuran, bertanya khabar, mengambil berat dan mengambil cakna...sehingga membawa kepada silaturrahim ya

Ceritera Sebuah Jawapan Yang Tertangguh...

Sekadar mengimbau satu berita kehidupan  yang berlaku ..sudah lama cerita ini sebenarnya tapi saya baru jadikan content blog..saja letak kat blog...mungkin bermanfaat... ------------------------------ Ternganga terlopong termenggu seketika mendengar tentang suatu cerita yang dikongsikan. Tiada komen keluar dari mulut saya...sekadar mendiamkan diri. Lidah kelu..hilang kata2...saya memilih untuk reserve kata2...mungkin tiba masa dan saat yang sesuai saya keluarkan...itupun jika saya masih berminat. Jika tidak, saya just let it go.  Kisah ini berkisar tentang sebuah kehidupan yang penuh dengan kecurangan, kepuraan, penipuan dan ketidakjujuran.  Al-kisah sebuah cerita daripada seorang client yang diperdengarkan kepada saya tentang perangai seorang suami yang begitu licik (pada saya bukan licik, tapi jahat). Sangat "Bijaksana" menyorok perkahwinan dengan isteri kedua sehingga usia perkahwinan kini telah memasuki tujuh tahun.   MasyaAllah..saya menahan getar...menahan kata...dalam

Berlaku Jujur & Adil lah...

Berlaku jujurlah dalam apa jua perbuatan kita...walau berat walau besar implikasinya. Hindari sikap penipu dan pembohong. Belajar untuk mengambilkira perasaan orang yang dibohongi. Belajar untuk tidak bersikap selfish dan tidak adil kepada perasaan orang lain. Jika kita miliki perasaan maka orang lainpun sama. Jika kita tidak ingin diperlaku dengan perkara yang tidak baik maka orang lain juga sama. Hadapi realiti dan tinggalkan hidup dalam kepura-puraan. Jika kita berani memilih begitu, maka kita perlu berani juga untuk berhadapan dengan realitinya. Berfikir dulu sebelum mengambil apa2 tindakan dan keputusan yang kita tahu keputusan kita itu adalah keputusan yang sangat besar.  Ingat bahawa sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..pilihlah untuk jatuh dengan cara bermaruah daripada jatuh dengan cara "kantoi". Jika kita jatuh dengan cara bermaruah, sekurang2 orang masih respect pendirian, kejujuran dan sikap kita, namun jika jatuh atas sebab "kantoi" or

Sop Tulang Iftar ke-16

Req from Mr. Husband...iftar today nak makan kuew tiau sop...orait saya on saja bab masak. Kebetulan anak sulung tak balik masa saya masak sop tulang last week. So now dia ada kat rumah...okey la sedang elok buat sekali lagi. Alhamdulillah selesai berbuka...Mr. Husband dan anak sulung makan kuew tiau sop, saya dan anak yang bongsu makan nasi..perut saya ni perut melayu, mesti kena berbuka dengan nasi juga walaupun sikit..hehe. Okey jom, kita tengok bagaimana saya buat sop tulang. Sop tulang ni saya campurkan cket dengan daging...biasanya bila buat sop tulang, saya guna satu kg tulang dan dalam 700gm daging. Seperti biasa Mr. Husband yang tukang beli barang mentah..saya jarang ikut..kecuali yang sebulan sekali beli brg dapur, saya akan bersama turun ke CS ataupun Lotus. Bahan2: Satu kg tulang 700gm daging Bawang putih 5 ulas Bawang merah 10 ulas Halia sebesar ibu jari Rempah sop tulang yang dah lengkap dengan rempah empat sekawan tu. Mana2 brand boleh..biasanya saya guna adabi. Batang s

Zikir "Subhanallahi Wabihamdihi"...

Dalam kesibukan kerja seharian ingatlah Allah selalu dengan sentiasa berzikir kepada-Nya. Antara zikir yang sangat disukai Allah adalah: "Subhanallahi wabihamdihi" Bacalah selalu zikir ini kerana sangat banyak fadilatnya. Zikir ini dapat mengampun dosa2 kita di masa lalu walaupun sebanyak buih di lautan. InsyaAllah...amalkan secara istiqomah seikhlasnya kerana Allah. Di samping itu zikir ini juga dapat menyedarkan diri kita kepada kebaikan, menenangkan hati dan mendatangkan rezeki Allah dlm pelbagai bentuk...hanya Allah yang Maha memberikan kepada hamba-Nya Justeru, jangan biarkan hari2 kita berlalu dalam sehari tanpa kita berzikir kepada Allah. Jangan kita membiarkan kesibukan kerja yang menghambat menjadikan kita lupa atau tidak langsung berzikir kepada Allah. Banyak ruang masa antara kesibukan kita yang boleh kita berzikir, antaranya adalah semasa pergi dan balik dari kerja (dalam kereta semasa memandu), selepas setiap kali solat, antara masa menunggu meeting bermula, sema

Daging Goreng Cara Kelate...

Dalam entri kali ni saya kongsikan pula daging goreng cara kelate yang saya bawa masa gathering geng UPM, potluck berbuka puasa bersama smlm. Daging goreng ni sebenarnya sangat mudah untuk dimasak cuma syaratnya perlu pastikan dagingnya lembut dan empuk elok. Jika daging keras dan tidak empuk, makanya nikmat rasa daging goreng tu akan hilang. Bagi menu daging goreng ni, dagingnya jangan direbus sbb nanti daging goreng tu tiada nikmat daging goreng sebenar. Mungkin sesetengah orang bagi tujuan nak lembutkan daging, daging itu direbus dulu. Namun sebenarnya, bagi tujuan daging goreng, ada cara lain untuk lembutkan daging, iaitu terus saja dalam kuali menggoreng itu. Jom kita tgok bahan2 dan cara membuatnya ya. Bahan-bahan: 1 kg daging Sebiji Capsicum potong kecik mcm dlm gambar. Lima enam tangkai cili api dimayang Dua tiga tangkai cili hijau besar dimayang Sebiji bawang holland dimayang. Seulas bawang putih ditumbuk lumat untuk digaul dgn daging. Garam sesudu besar dan kunyit sesudu besa

Belajar Untuk Melepaskan Cinta Dunia...

Melepaskan cinta dunia bukan suatu yang mudah...sangat kuat cabarannya. Namun jika kita terus berdoa daan berusaha insyaAllah sedikit demi sedikit Allah berikan jalan dan kuatkan hati kita, walaupun antara masa itu kita up and down...sekurang-kurangnya hati kita ingin perlahan2 meninggalkan rasa cinta kepada dunia. Melepaskan cinta dunia dalam erti kata penulisan ini adalah merujuk kepada melepaskan keseronokan dan kepuasan dunia sebaliknya meningkatkan rasa cinta kepada alam di sana yang akan kita lalui nanti. Antara perkara yang dirujuk dalam istilah melepaskan dunia ini adalah rasa suka kita kepada hiburan dunia yang sangat berlebih, rasa suka kita kepada berfesyen dalam pemakaian yang berlebih2an, rasa suka kita kepada perkongsian di media sosial dengan berkongsi dan menayang segala benda yang dibuat kepada orang lain, walau untuk apa jua tujuan sekalipun, rasa suka kepada nama, kuasa, dan pangkat. Secara kesimpulannya merujuk kepada kesibukan mengejar keperluan dunia...maka inilah

Udang masak lemak cili api...

Petang ni plan berbuka pot luck dengan geng rapat masa Corp Comm UPM dulu. Memang ini antara rutin pada setiap kali bulan puasa cuma dua tahun lepas tidak dilaksanakan kerana pandemik. Saya dah janji nak buat udang masak lemak cili api...makanya kena tunaikan janji. Menu pot luck drpd saya, udang masak lemak cili api ni dengan daging goreng ala kelate, sambal belacan dan sedikit ulaman. Baru selesai masak..rest sat dan dalam jam 5 pm nanti gerak ke destinasi. Sementara berehat sambil menulis ni, saya kongsikan cara saya masak udang masak lemak cili api ini.  Bahan-Bahan: Udang setengah kg lebih Santan pekat setengah kg. Bawang merah kecil 10 ke 12 ulas Bawang putih seulas Cili api hijau segenggam Serai dua batang diketuk Daun kunyit sehelai Kunyit hidup satu inci Kunyit serbuk satu sudu  Halia secoet (sikit saja) Garam dan gula secukup rasa. Cara-cara membuatnya: 1. Bersihkan udang, potong hujung kepala. Ekor saya tak potong. Cuci dan toskan. 2. Blend hancur bawang dan cili api, kunyit

Sotong Goreng Ala Thai

Cerita semalam 12 Ramadan... Masak simple2 saja smlm. Sotong goreng ala Thai dan sambal tumis ikan bilis. Namun entry yang ni saya share dulu resepi untuk sotong goreng ala Thai ni. Lauk-pauk ala2 kering sikit2 berminyak dan pedas ni mmg saya punya fav food la kiranya...sedap bila mkn kering2.. Menu sebegini juga mudah dimasak....capok-capok jah dale kuali kata ore kelate..done! Hehe...menu mudoh ada bakpo nak masak hok payoh-payohnya. Hok mudah ni juga sedap dan punya rasa keistimewaan tersendiri. Bagi peminat masakan kering dan pedah2 awo2...maka blh cuba masak menu ni. (pedah2 awo2 tu bahasa kelate dengan maksudnya "pedas sikit-sikit". Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya. Bahan2: 6 ekor sotong saiz besar Bawang holland setengah labu dimayang B/puteh dua ulas ditumbuk pecah2. Cili api tujuh lapan tangkai dan cili merah/hijau besar dua tiga tangkai. Garam gula secukupnya Limau nipis satu biji ambil airnya saja. Cara2: 1. Bersih dan potong bulat2 sotong dgn saiz po

Resepi Kentang Bercili...

  Jarang sekali saya memasak menu kentang sebegini. Tapi petang ni excited pula nak memasak menu ni. Satunya, saya fikirkan anak2 suka menu ni dan keduanya fikirkan menu ini merupakan menu sihat. Lagipun rasa tidak begitu berselera untuk makan berat. Plannya nak meratah saja kentang ini. Menu ni sangat mudah untuk disediakan tapi sedap untuk dikudap2kan. Kentang tu dipotong ala wedges. Digoreng sedikit garing di luar tapi lembut di dalam. Tips goreng kentang ni, ia perlu ditutup masa permulaan sehingga kentang dah nampak garing. Balik2kan supaya garingnya serata dan boleh ditutup lagi sekejap. Tujuan ditutup ni adalah untuk menjadikan kentang tu empuk elok dan gebu rasanya. Selepas kentang digoreng. Boleh la tumis sebelah bawang holland yang dimayang dan seulas bawang putih yang ditumbuk pecah2. Kemudiannya satu sudu besar cili kisar. Tumis bawang putih dan bawang hollang hingga garing, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan masukkan kentang yamg digoreng tadi..gaul serata

Menyedari Hidup Kita Sangat Singkat...

Sedarilah hidup kita ini sebenarnya sangat singkat. Masa pantas berlalu..sedar2 kita telah beralih peringkat dalam kehidupan membawa jumlah angka umur yang semakin besar. Sudah berpuluh tahun kita meninggalkan masa ke belakang. Jika umur kita panjang hari demi hari berlalu, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan, dan setahun ke setahun bagai sekelip mata berlalu...contohnya, baru semalam memasuki tahun 2022, pejam celik pejam celik kini dah nak memasuki setengah tahun.  Kita sebenarnya sangat digalakkan untuk bangun bertahajud...kerana apa..kerana salah satu kebaikan tahajud itu adalah menyedarkan kita tentang hidup ini sebenarnya singkat...jadi tak usahlah kita merasakan kita akan hidup seribu tahun lagi kerana ajal boleh bila2 masa datang menjemput. Sudah tersangat ramai ahli keluarga dan kenalan kita juga mereka yang tidak kenali pergi lebih awal. Beralih kepada peringkat kehidupan kita juga yang bermula drpd zaman dalam perut ibu, zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja, zama

Satu, dua, dan tiga Ramadan...

Syukur kepada-Mu Ya Allah. Panjatkan rasa syukur selalu. Allah sangat suka kepada hambaNya yang sentiasa bersyukur. Ibadah puasa pada hari pertama, kedua dan ketiga dapat dilalui dengan baik. Alhamdulillah. Bangun bersahur dan berbuka adalah rutin dalam bulan Ramadan dan Allah susun dengan sangat baik sekali..kita dapat beribadah, dapat memasak untuk persiapan berbuka, juga persiapan bersahur. Itulah dianya nikmat yang Allah beri...lalui dengan penuh rasa syukur! Dalam menjalani bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, bersyukur la jika kita dapat mengawal diri daripada perbuatan yang Allah tidak suka. Justeru, sama2 kita mengawal diri daripada: 1. Sifat marah dan beremosi 2. Berkata2 yang tidak baik. Menyinggung perasaan orang dan menyakitkan hati orang. 3. Tidak sabar dan fikir kepala sendiri. 4. Penting diri sendiri 5. Merungut2 dan membebel 6. Bercakap perkara yang tidak penting dan tidak berfaedah. 6. Perlakuan2 lain yang tidak baik. Berusaha seboleh mungkin untuk mengubah s

Malam Pertama Ramadan...

Alhamdulillah..alhamdulillah... Alhamdulillah Malam ini Allah mempertemukan kita lagi dengan 1 Ramadan. Besar nikmatnya dan dipanjatkan kesyukuran yang sangat besar. Sama-sama kita berdoa agar kita diberikan Allah kekuatan mental dan fizikal dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan ramadan ini. Diberikan kesihatan yang baik dan keinginan juga kerajinan untuk meningkatkan amal ibadah. Smoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Semoga jua Allah memberikan seribu keberkatan buat kita semua, mengampunkan segala dosa kita dan memberikan kita istiqomah dalam ibadah kepada Allah. Semoga jua Allah memelihara lidah, pandangan mata serta perbuatan kita daripada melakukan perkara2 yang Allah tidak redha. Mulakan malam pertama Ramadan kita dengan solat sunat Terawih, solat taubat, berzikir dan membaca Quran dan doa yang baik agar kita terus dipacukan kepada perkara yang baik di sisi Allah. Niatkan dalam hati yang kita tidak ingin tertinggal walau satu mlm pun sunat