Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Lepat Pisang Sedap...

Al-kisah cerita bagaimana terjadinya "kemenjadian" lepat pisang ni.  Pagi tadi tertengok di status adik ipar di kampung yang up kan mak saya buat lepat pisang sempena ada Majlis Cabut Kutu. Sebulan sekali memang ramai lah geng mak saya berkumpul di rumah untuk sesi cabut kutu ni. Cabut kutu ni bukan cabut kutu kepala ya...kutu adalah konsep tabungan/simpanan bulanan ahli yang bermain kutu, dan sebulan sekali akan ada sorang yang dapat...begitu la seterusnya pada setiap bulan sehinggalah selesai semua ahli mendapat giliran. Okey berbalik kepada cerita lepat tadi, dek kerana terliur punya pasal lepat pisang hasil air tangan mak saya, makanya mula saya berkreativiti untuk membuatnya...terbayang rasa sedap lepat pisang mak saya...saya jamin sedap cukup lengkap lemak manis nya walaupun saya tahu mak saya jarang sekali sebenarnya buat lepat pisang. Sayapun minta Mr. Husband p cari pisang dan daun pisang...malangnya pisang aje dapat, daun pisang memang tak ada jual di Kedai Acheh ni

Ayam Bakar Air Fryer

Lama sungguh pulak rasa tak menulis tentang resepi. Petang ni kita santai2 menulis tentang resepi mudah dan sangat ringkas ini. Ore kelate kata "semesek". Semesek ni membawa makna mudah atau orang putih kata "very easy"...agittthewww.. Lunch tadi saya masak ayam bakar ni. Bakar guna air fryer saja, mudah, cepat dan tidak kotorkan pan pembakar...senang sangat...masa pun jimat.  Paling saya suka adalah warna kuning keperangan ayam bakar ni memang mencapai standard idaman pembakarnya...hehe..mmg terapi betul rasa kat hati bila tgok warnanya...cantik sungguh. Itu agaknya orang kata memasak ni terapi diri... Jom kita tengok bahan perapan mudah dan simple sangat. Saya guna apa yang ada di dapur saja...ore kelate kata "capok-capok jah"...campak- campak aje bahan2nya...hehe. Bahan-bahan: 1. Ayam satu ekor belah empat. Minta orang kedai terus potong empat ya. 2. Tiga ulas bawang putih dan dua ulas bawang merah. 3. Setengah sudu kecil lada hitam 4. Sedikit sos cili,

Bual Bicara Hebat!

Setiap orang sudah pasti mengimpikan untuk menjadi seorang yang hebat dalam bual bicaranya. Namun tidak semua orang memiliki keberanian untuk berbicara kerana bicara hebat ini bergantung kepada banyak faktor. Ada orang hebat bicaranya kerana memang telah dilahirkan dan diberi Allah kelebihan begitu "gifted". Ada orang bukan dilahirkan semulajadi nya mempunyak kelebihan begitu tetapi dia berminat, dia mencari dan mengasah bakatnya all the way dia punya journey. Memiliki bicara hebat ini, pada saya menuntut lima perkara wajib yang perlu ada dalam diri seseorang itu. 1. Berilmu dan berpengetahuan luas. Seseorang yang ingin lebih berkeyakinan untuk berbicara, perlulah mempunyai knowledge yang tinggi, atleast dalam bidang kepakarannya. Tanpa ilmu pengetahuan kita tidak boleh hebat bercakap kerana apa yang kita cakap itu mestilah benar faktanya. Kalau kita hebat bercakap dgn "fakta yang auta" maka kita tidak akan pergi jauh dan tidak akan bertahan lama. 2. Mempunyai perso

Hati Yang Tidak Pernah Puas. .

Sesambil duduk berehat...terlintas nak menulis tajuk ini....makanya capai phone dan buka blog...terus menaip. Penulisan santai ni biasanya saya menulis guna phone saja...kalau yang berat2 sikit tu kena buka laptop sebab banyak rujukan perlu dibuat sebelum penulisan dibuat. Soal "hati yang tidak pernah puas..." Bila membaca kenyataan pendek di atas apa agaknya yang hadir dalam pemikiran kita. Hati yang tidak pernah puas ini boleh dikaitkan dengan macam-macam sebenarnya. Antaranya adalah: 1. Kurang keimanan dalam diri. Kurangnya keimanan dalam diri menjadikan manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki...kurangnya iman itu menjadikan manusia merasakan dunia ini tidak akan berakhir dan kehidupannya tidak akan menemui noktah...kurangnya iman kepada Allah menjadikan manusia tidak menghayati dan memahami hakikat Qada dan Qadar Allah. 2. Kurang rasa bersyukur dalam diri. Kurang rasa bersyukur menjadikan manusia sentiasa rasa tidak cukup dan tidak puas dgn apa yang ada.

Bicara Manis...

Penulisan malam ni hanya sekadar penulisan santai "main redah" dan berbasa basi saja...seronok2 killing time ajerrr. Bicara manis ni merujuk kepada tutur kata yang elok dan baik-baik saja yang keluar dari mulut kita. Dalam konteks komunikasi, bicara kita akan memberi kesan yang baik kepada orang lain andainya bicara itu membahagiakan dan begitu lah sebaliknya. Di mana kata-kata kita akan menyinggung hati dan perasaan orang lain sekiranya ianya menyakitkan. Justeru, dalam perbualan seharian, pastikan kita menuturkan bicara manis dan indah sahaja agar tiada hati yang terluka dengan tutur kata kita. Kita perlu ingat komunikasi yang baik (tutur kata berbalas) dan berkesan adalah apabila kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi mendapat kepuasan dan secara bersama dan tiada salah faham yang berlaku antara keduanya. Secara ringkas bagaimana agaknya untuk kita memastikan bicara atau tutur kata kita itu adalah yang baik-baik dan indah. Sudah pasti ada kaedahnya yang perlu diketahui.

Personaliti Orang Berdarah "O"...

Kali ni lari topik sikit untuk menulis. Malam semalam terbaca di internet mengenai Fakta Orang Berdarah "O". Tidak sengaja mencari topik ini sebenarnya, saya sedang mencari info tentang perkara lain tapi tulisan ini tiba-tiba muncul di skrin telefon bimbit ni...makanya baca sampai habis sebab saya sentiasa menganggap apa jua yang Allah hadirkan di mata saya, maka ada "sesuatu" yang ingin Allah sampaikan. Setelah habis pembacaan, hati saya berbisik, "Wah, menarik juga fakta orang berdarah "O" ni". Justerunya, oleh kerana fakta ini agak menarik, makanya saya kongsikan di sini. Mungkin boleh menjadi perangsang dan motivasi kepada diri sendiri dan pengunjung yang turut berminat dengan fakta ini. Saya catatkan sumber asal tulisan ini. Sumber: myinfomaya.com Kata penulis berkenaan personaliti orang berdarah "O" ini adalah: 1. Seorang teman yang sejati! Dia tidak akan mengkhianati teman sendiri! 2. Komitmen tinggi! Apapun kerja yang dilakukan

Kadang-kadang terfikir...

Kadang-kadang terfikir mengapalah kita manusia ni memang begitu mendambakan dan taksub dengan duniawi. Hakikat ini sebenarnya memonopoli majoriti orang termasuklah diri saya juga. Sesekali datang di pemikiran, mengapalah perlu ada tamak, haloba, gila kuasa, perebutan, perbalahan, pergaduhan, pembunuhan, dan sebagainya lagi yang berbentuk keduniaan, sedangkan pada hakikatnya kita tidak lamapun hidup atas dunia ni.  Betapa ketaksuban kepada dunia itu seakan kita akan hidup selamanya di dunia...seakannya kita akan kekal gagah perkasa dan berkuasa selamanya...seakannya tiada istilah "mati" dalam kamus kehidupan kita. Sedangkan hakikatnya, Allah telah sebut bahawa "setiap yang bernyawa itu akan merasai mati", makanya mengapa kita tidak menghayati dengan sedalamnya hakikat itu. Mati itu pasti...anak kecil, remaja, dewasa, dan orang tua semuanya akan mati bila tiba saat janji Allah. Semua orang akan mati tidak mengira umur, pangkat, kaya atau miskin. Justerunya, bawalah di

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, kepuasan Kerja dan Komitmen Terhadap Organisasi

Malam ini memberi laluan kepada diri untuk membaca satu penulisan berkaitan dengan hubungan antara kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Sekadar pembacaan santai terhadap kajian yang dibuat. Kajian ini seiras dengan tesis saya semasa pengajian master dalam Corporate Comm.  Sebelum saya pergi kepada dapatan kajian mari kita lihat dulu apa yang dimaksudkan dengan Kecerdasan Emosi ( Emotional Intelligence ). Kecerdasan emosi (EI) adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, dan mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekelilingnya. Menurut Goleman (1999), kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasikan diri sendiri, dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Goleman (1999) juga mendefinisikan emosi sebagai suatu perasaan yang berkaitan dengan amarah, kesedihan, rasa takut, kenikmatan, cinta, terkejut, jengkel dan

Karya DS Zaini Ujang

Lewat malam ni terbaca tulisan Dato' Seri Zaini Ujang yang diberi tajuk "Ketika Diuji". Sentiasa hebat Karya puitis daripada beliau. Saya kongsikan di bawah tulisan beliau: KETIKA DIUJI Oleh Zaini Ujang Ketika diuji dengan kesakitan Carilah penawar untuk menyembuhkan Ketika diuji dengan kemelesatan Tenang berfikir merungkai penyelesaian  Ketika diuji dengan kepayahan Berusaha dan berdoa untuk kebahagian Ketika diuji dengan peperiksaan Belajarlah sebaiknya tangga kecemerlangan   Ketika diuji dengan keilmuan Tekunlah berguru menjernih ketulusan Ketika diuji dengan kegagalan Teruskan usaha memaknakan kejayaan Ketika diuji dengan kemiskinan Carilah ilmu mempelbagai kekayaan Ketika diuji dengan kemenangan Perbanyakan sedekah tanda kesyukuran  Ketika diuji dengan kedudukan Luaskan pergaulan menyubur kebaktian  Ketika diuji dengan kesenangan Kekal istiqamah meningkat ketaqwaan Ketika diuji dengan pelbagai ujian Tandanya Allah semakin sayang, semakin mulia amalan dan semakin ting

Harmoni Dalam Kerja (Esprit De Corps)

Keharmonian dalam organisasi adalah antara ciri organisasi yang cemerlang. Harmoni ini merujuk kepada kerukunan dan persefahaman yang baik sesama anggota dalam organisasi dalam mencapai matlamat organisasi. Apa pula perkaitan Esprit De Corps dengan penulisan ini? Esprit De Corps adalah satu terma yang dipinjam daripada Bahasa Perancis yang membawa maksud sifat setia kawan dalam kumpulan. Ia menekankan kepada suasana harmoni dan penyatuan dalam sesebuah organisasi. Semasa zaman saya belajar dulu-dulu, masa dalam kelas komunikasi, Pensyarah selalu menyentuh juga tentang term "Esprit De Corps" ini, sambil menjelaskan perkaitan komunikasi manusia dengan keharmonian dan hubungan dalam organisasi atau kumpulan. Sampai sekarang term ini melekat di fikiran saya sebab saya suka ulang sebut selalu...saya suka dengar bunyi sebutan untuk term ini...kadang-kadang saja-saja jer sebut suka-suka...itu yang agaknya melekat di fikiran term ini hingga kini. Kalau melihat daripada aspek komunika

Nikmat Tenang...

Tenang itu adalah apabila kita merasa bebas daripada segala masalah dan gangguan. Fikiran kita menjadi lapang dan perasaan kita damai dan bahagia. Maka itulah erti kata tenang yang sebenar. Tenang itu adalah apabila hati kita tidak resah, fikiran kita tidak runsing dan segalanya baik2 saja tidak berkocak dan "tidak bergelora". Rasa aman dan tenteram. Jiwa yang tenang akan memacu diri untuk lebih bertenaga dan bersemangat. Semua orang mendambakan rasa tenang dalam hidup dan dalam apa jua yang dilakukan. Mengapa kita perlu tenang, kerana dengan tenang lah hati kita bahagia. Dengan tenanglah kita dapat berfikir dengan baik dan rasional.  Pemikiran yang rasional akan menghasilkan sesuatu yang baik dan memberikan manfaat kepada semua orang. Bagaimana untuk tenang dalam hidup. Jom amalkan antara beberapa tips mudah yang kita boleh jadikan amalan seharian secara istiqomah: 1. Tidak tinggal solat. Solat di awal waktu. 2. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah 3. Bersihkan hati dari

Bersyukurlah Sentiasa....

Bagaimanakah agaknya masing-masing kita menyatakan rasa syukur kepada Allah Azza Wajalla... Soal bersyukur ini usah kita pandang remeh atau enteng. Kadang-kadang kita merasa kita tak perlu lafazkan rasa syukur itu kerana kita menganggap bahawa sebagai orang Islam hati kita sudah dekat dengan Allah dengan setiap hari kita solat...ya kononnya kita berfikir begitu...sedangkan hakikatnya, setiap hari kita yang berlalu kita dok "play safe" begitu la hingga kita langsung tidak melafazkan...alangkah ruginya hari2 yang berlalu tanpa lafaz kesyukuran ini. Kita perlu fhm bahawa lafaz di mulut dgn lintaskan saja di hati, adalah dua perkara yang berbeza... Panjatlah rasa syukur kita dengan cara kita betul-betul meletakkan rasa dan "feel" kan rasa itu dgn kita betul-betul maksudkan apa yang kita sebut sebagaimana dalam wirid kita selepas setiap kali solat...Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), Allahuakbar (33kali)...bacaan ini adalah wirid wajib kita pada setiap kali so

Kita adalah apa yang kita lakukan......

Kehidupan yang damai, tenang dan bahagia adalah apabila kita mengamalkan sikap yang ikhlas, istiqomah, dan jangan terlalu memikirkan. Bagaimana? Pertamanya, fahami dan dalami maksud ikhlas itu. Secara straight forward nya, ikhlas adalah apabila kita melakukan sesuatu tanpa kita mengharapkan balasan. Waima satu pengucapan terima kasih yang kita ucapkan tidak perlu kita menunggu respon "sama-sama" atau "terima kasih kembali" dibalas kepada kita. Ketahuilah, selagi dalam diri kita masih mengharapkan balasan manusia, penghargaan dan pujian manusia, maka selagi itu lah Allah menyekatkan diri kita dari sifat redha dan berlapang dada. Tanpa redha dan berlapang dada, kita akan menjadi manusia yang punyai hati yang fragile...mudah terasa, mudah tersinggung, dan berjauh hati. Keduanya, istiqomah. Istiqomah bermaksud tetap atau berpendirian, di mana kita melakukan atau mengamalkan sesuatu secara berterusan dan bukan ikut mood kejap buat kejap tidak. Istiqomah dalam erti kata k

Hadoiii la...dah kenapa!

Tiada batasan dalam berfikir kerana fikiran boleh menjelajah ke seluruh pelusuk ruang tanpa sempadan. Itu yang jadinya, terkadang pemikiran kita "terhala tanpa sengaja" kepada sesuatu yang sememangnya kita tak teringinpun untuk memikirkan tentangnya, tetapi bila situasi yang berlaku sangat "tak masuk akal" dan kita tertanya2 WHY...makanya memang mendapat lah untuk melayan pemikiran ke arah itu. Kalau benda yang sangat simple tapi disusahkan dan dirumitkan, mula lah kita tak faham kan. Bila kita tak faham, makanya mula lah kita berandaian. selalunya andaian kita berasaskan logik. Kalau dalam logik yang seharusnya perlu berlaku itu tidak juga relevan, makanya memang kena lah terima hakikat bahawa apa yang orang kata itu ada kebenarannya. Mengapa perlu berdalih dan mencari alasan untuk menerima kebenaran...benda sangat simple kan...mengapa susah sangat! mengapa perlu double standard! dan mengapa perlu rakus kepada kuasa dan pangkat sehingga sanggup mengenepikan soal ke