Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Pecutan Turbo Bagi Mencapai Cita-cita Tertinggi...

Saya masih lagi setia bersama Buku penulisan Jack Canfield dengan tajuknya "The Success Principles"...ketebalan buku ini lebih kurang satu inci mengandungi 560 muka surat..agak tebal juga, tapi kerana garapan penulisan yang menarik, juga format pemilihan tulisan dan saiz tulisan yang menarik, menjadikan kita tidak jemu dan cepat boring untuk membaca dari helaian demi helain muka suratnya. Sebenarnya telah lama saya membeli buku ini, kalau tak salah tiga empat tahun yang lalu...kini kembali membacanya semula...semasa beli dulu tidak semua bab dapat saya habiskan rasanya.... Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi apa yang Jack maksudkan dengan "Pecutan Turbo bagi mencapai cita-cita tertinggi"..melihat kepada klausa ini...wah bagai mewah betul maksudnya...membaca klausanya saja pun sudah cukup untuk membuatkan kita sebagai pembaca rasa teruja dengan pemilihan perkataannya...apa lagi kalau kita memahami pula maksud atau apa yang ada di sebalik kata-kata itu. Seka

Adab dan Etika dalam Mesyuarat

Malam ini menggamit diri untuk menulis tentang adab dan etika dalam mesyuarat. Sekadar perkongsian bagi pengunjung blog yang mencari info tentang ini. Mesyuarat atau perbincangan formal atau tidak formal takkan dapat dipisahkan dengan kehidupan di alam bekerja. Apa jua jenis pekerjaan sudah pasti akan ada mesyuarat dan sesi perbincangan yang diadakan bagi membincangkan dan mencapai persetujuan untuk satu-satu perkara.  Mungkin ada  antara kita yang hampir setiap hari perlu menghadiri mesyuarat atau mempengerusikan mesyuarat. Sebelum  menghadiri mesyuarat seseorang itu perlu lah membuat persediaan dan persiapan untuk dirinya kerana menghadiri mesyuarat ini bukan hanya sekadar hadir-hadir begitu sahaja. Sudah pasti kita perlu bersedia untuk memberikan pandangan dan respon kita terhadap isu-isu yang dibincangkan. Sekurang-kurangnya kita buat sedikit "homework" agar kita dilihat sebagai bersedia  dan  menjadi ahli mesyuarat yang berkualiti dan dapat memberikan manfaat. Mes

Cipta Perhubungan yang Berjaya...

Malam ni singgah sekejap ke blog...saje2 mengintai dan menjenguk "bertanya kaba"...tiba2 rasa nak menulis juga...hmmm...penat dah sebenarnya..tapi kerana pada saya penulisan itu satu terapi...maka  menulis juga... Fikiran sebenarnya tak mampu lagi untuk berfikir yang berat2...jadinya pada entri kali ini saya memilih untuk berkongsi penulisan dari Jack Canfield, salah seorang penulis Bestseller Chicken Soup for the Soul...saya membaca bukunya yang bertajuk "The Success Principles"...sekadar berkongsi salah satu tajuk dalam buku ini, iaitu "Cipta perhubungan yang berjaya". Kata Jack: Dalam mencipta perhubungan yang berjaya...seseorang itu perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut: 1. Mendengar dengan teliti Katanya "mendengar beratus kali. Memikirkannya beribu kali. Bercakap hanya sekali". Kurangkan berdebat dan banyakkan mendengar. Tunjukkan minat, bukan menjadi orang yang diminati.  2. Proses Heart Talk (Bercakap dengan hati) Keba

Sekadar Perkongsian Santai...

24 April 2019 Sekadar menulis sahaja apa yang dilalui pada hari ini. Orang kata setiap momen itu adalah kenangan dalam hidup kita...makanya menulis la andai tulisan itu dapat melegakan dan dapat menjadi rujukan di kemudian hari...kita kadang2 tidak dapat mengingati semua momen yang kita pernah lalui..di saat rajin untuk menulis, makanya tulis lah..bila mood tiada untuk menulis maka berdiam aje la...tapi mood yang tiada perlu digamit segera untuk kembali ke koordinatnya....kan... Hari ni awal2 pagi lagi sudah berada di situ...ada task segera yang perlu diselesaikan...arahan diterima oleh team pada pagi smlm...makanya pagi ini Pengerusinya perlu memanggil meeting...saya pula perlu melengkapi untuk team ini atas keperluan pengacaraannya yang diterajui oleh saya sebagai Pengerusinya... Dah sampai di parkir...berkira2 untuk keluar dari kereta...dpt mesej meeting tunda ke pukul 10 pagi pula sebab ada kesegeraan lain pula yang tiba2 muncul di pihak Pengerusi yang memanggil meeting ni...

Perkongsian Penulisan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin

Bertemu kembali dalam entri kali ni...sekadar berkongsi penulisan Prof. Madya Dr. Asri...perkongsian ringkas cuma... Hujung minggu hari tu tak sempat menulis langsung...idea seakan ada tapi kesempatan waktu tidak mengizinkan..di tambah pula dengan rasa "kepenatan" sedikit...dan mood pun habis "terjun gaung" sebenarnya...perlu mencari kembali mood yang hilang dan membawa semula ke titik koordinat nya...baru lah balance nanti... Masa pula begitu cepat berlalu..pejam celik pejam celik...lorrr esok dah Rabu😱 minggu ini bakal berakhir lagi....minggu baharu akan muncul lagi. Aduhai...sekejapnya... sedarkah kita semua ini dah nak masuk Mei 2019...Allahuakbar baru semalam 1 Januari 2019...hmmmm Orait lupakan sekejap tentang masa yang begitu pantas berlalu...bagai kilat kan..anyway, kot  mana pun tetap ingin menulis juga...atleast dpt berkongsi sesuatu yang bermanfaat...dan yang penting hati tenang dan hepi bila dpt menulis....😁. Memetik tulisan Ustaz

Perkongsian Intipati Syarahan Kepimpinan Pengerusi UKM

Apabila menulis itu menjadi minat dan kesukaan...makanya semua perkara yang dilalui ingin ditulis dan diabadikan dalam bentuk karya penulisan...kerana bila diabadikan dlm bentuk tulisan maka selamanya ia akan kekal untuk rujukan diri kita sendiri ataupun sesiapa jua yang singgah di blog ini. Saya "teruja" dan "terinspirasi" untuk berkongsi intipati syarahan Pengerusi UKM, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar yang menyampaikan syarahan beliau dalam siri Syarahan Kepimpinan anjuran Profesional-UKM. Beliau memilih tema "Pemimpin Mampan". Mengimbau sedikit cerita pagi tadi...seawal pagi saya dah gerak dari rumah terus ke kampus induk kerana program bermula pukul 8.45 pagi. Janji dengan seorang sahabat untuk breakfast dulu di cafe bawah...bila saya dah sampai di cafe (dah masuk ke dalampun sebenarnya)...huhu belum buka lagi cafe rupanya...kata pekerjanya, 8.30 pagi baru buka...pulakkk...hehe. Jadinya saya terus bergerak ke bilik Senat...pukul 8 pagi saya dah terc

Karakter versus Intelektual...

Malam ni tiba2 datang idea nak menulis tentang tajuk ini..."Karakter versus Intelektual"...wahhh bagai kebabom la pulak bunyi  tajuknya kan...padahal biasa2 saja. Seperti biasa sekadar penulisan santai2 sesambil asah minda untuk berfikir saja...apa yang datang di fikiran semuanya dipersembahkan dalam bentuk tulisan tanpa berikan keseriusan kepada kehebatan contents nya... Aduhai la mata..dah kita tgh ada idea dok dtg ni dia macam ngantuk la pula...hmmm trend tidur awal dari rutin dua tiga hari ni...penat sgt kot agaknya RZH ni...hehe..ya la dlm minggu ni saja dua kali ulang alik ke kampus induk...hari ni pun seharian di kampus induk...esok lagi setengah hari untuk slot syarahan kepimpinan dari our Chairman...mmg looking forward untuk dgr talk dari Tan Sri...kot manapun wajib hadir...sebab ini bidang yang saya minati...mmg soul saya semua perkara yang berkaitan dengan communications dan leadership. Orait berbalik kepada karakter...apa yang kita faham dengan karakter ni.

Emotional Quotient (EQ) dan Intelligence Quotient (IQ)

Dua tiga minggu lepas ada satu program di tempat kerja saya yang saya perlu hadiri..big boss saya memberikan ucapan kpd sidang hadirin yang hadir...dalam ucapan berkenaan big boss ada menyentuh mengenai keperluan seseorang kakitangan itu untuk mempunyai elemen EQ dalam dirinya...dan seterusnya mengamalkan lima prinsip atau dimensi dalam EQ (saya nyatakan huraian ttgnya di bawah nanti)...daripada ucapannya ini menggamitkan saya untuk menulis tentang EQ... Justeru, saya telah explore tentang konsep EQ dan IQ...walaupun sebelum ini memang saya aware ttg nya tetapi tidak terfikir pula saya untuk menulis tentangnya... Terima kasih Datuk RJ kerana secara tidak langsung ucapan Datuk memberikan saya inspirasi kepada saya untuk menulis tentang ini...kemampuan dan kejayaan dalam memberikan inspirasi dan motivasi ini adalah salah satu elemen dalam EQ dan ternyata sebagai pemimpin tertinggi, DRJ membuktikan bahawa beliau memilikinya! Kecerdasan  Emosi (Emotional Quotient) adalah satu ter

Lebih Fleksibel Lebih Baik...

Tersedar awal pagi ni...just take a deep breath sat...then terasa lapar la pulak...awat lapar pepagi ni...owh baru teringat mlm tadi tido awal rupanya...tak tersedar pukul berapa terlelap tapi yang pasti awal drpd rutin tidur ... Kira hokey la...atleast dpt rehatkan badan sepenuhnya setelah dua hari di permulaan minggu ni agak pack betul..."huru hara sekejap rasa kehidupan"...emosi pun "merudum"...tapi semoga emosi cepat baik...senyum dan istigfar selalu...itu ubat nya... Dua hari ni exhausted nya memang tahap dewa...rasa macam betul2 nak mencari masa rehat solid tanpa gangguan..bagi recharge sepenuhnya rasa fatigue yang mencecah siling ni...tapi takkan macam gitu pulak kan...rutin kerja harian perlu diteruskan...semangat dan momentun mesti maintain..... Ya betul ada masa-masa yang kita rasa sgt hectic...makanya kita perlu bijak untuk handle masa dan situasi...biar kita yang handle masa dan situasi tu...jangan biarkan masa dan situasi yang handle kita...kalau

Let's Put A Stop!

Sekadar berkongsi satu kisah dari seorang shbt .. Katanya: 1. Tahap sabarnya mmg dah betul2 sampai limit. Sudah terlalu lama bersabar dan hari ini tembok kesabarannya runtuh.  2. Tahap geramnya mmg dah betul2 cecah siling. Geram kerana tiada langsung nampak kesungguhan atau rasa ingin mengambil berat dan rasa "dipunyai" dan "mempunyai"... seakan macam orang asing saja lakunya. 3. Sudah tak mampu diri menerima sesuatu yang pasang surut pasang surut...kejap okey dan kejap tak okey...tak pasti sebenarnya apa di dalam hatinya...adakah masih ada rasa sayang itu atau hanya sekadar berbasa basi... 4. Terasa diri macam dipermainkan...seakan macam tiada hubungan yang istimewa lagi...sekadar bertanya kaba seperti orang asing...beri salam dan jawab salam...itu saja...kalau itu saja mmg rasanya lebih baik menjadi spt orang lain saja.. 5. A ndai kasih sayang ini tidak pernah dihargai...apa lagi yang tinggal sebenarnya....sedangkan semua yang menyakitkan sebelum i

Resepi Sedapzaini: Cekodok Pisang

Hai2 semua bertemu lagi. Hari ni hari minggu, sesambil santai2 saya teringat nak makan cekodok pisang. Justeru, entri kali ni saya nak share bagaimana nak buat cekodok pisang atau ore kelate panggil "Jepput Pise". Bagi penggemar dan pencinta pisang opkos takkan tolak menu ni..confirm punya! Cekodok pisang ni mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri. Bila makan rasa nak lagi nak lagi dan nak lagi..itu yang jadi lepas seketul seketul akan masuk ke mulut tanpa sedar..tahu2 dah licin sepinggan...hehe... Namun begitu, membuatnya perlulah mempunyai teknik dan caranya yang tersendiri...mesti kena ada kaedahnya...tak blh main buat saje...sebab nanti kalau keras sgt ia tak sedap dimakan hilang rasa original pisangnya...kalau terlembik pulak nanti hancur dan melekat di kuali pula...hehe. Jadinya mmg kena pandai buat supaya adunan kekal lembut tapi tak melekat di kuali semasa proses menggoreng...selalunya berlaku bila kita nak cekodok tu lembut maka kita kurangkan tepungn

Budaya Kerja Seorang Ketua (Pengurus) Perlu Hindari!

Ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua, pengurus ataupun pemimpin. Menjadi seorang ketua bukan semudah yang dilafazkan... tanggungjawab mmg besar... dan tanggungjawab yang perlu digalas ini adalah setimpal dgn kuasa dan pangkat yang disandang. Sebagai ketua dan pengurus kita memikul amanah dan tanggungjawab yang berat dan bukan boleh kita sewenang2nya mengambil mudah setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. Kalau kita hanya ingin memiliki pangkat dan kuasa sedangkan diri kita tidak bersedia dan tidak mahu menjalankan tanggungjawab  setimpal dgn pangkat dan kuasa juga upah yang diterima...makanya lebih baik kita cepat-cepat muhasabah diri agar kita tidak terus hanyut dalam "dunia ciptaan sendiri".. Mempunyai seorang ketua atau pengurus yang ciri-ciri kepimpinan tidak setara dengan pangkat dan kuasa yang dimiliki mmg akan menyulitkan dan menyusahkannya. Seandainya   tidak dibendung  dan dibiarkan berterusan akan mengundang kegagalan dalam organisa

Pengurus Hebat dan Berwibawa...

Pengurus adalah individu yang menguruskan sesuatu perkara atau urusan. Pengurus berperanan untuk menggerakkan sumber di bawah kawalannya bagi tujuan mencapai matlamat organisasi. Sumber-sumber di bawah kawalan pengurus adalah pekerja, peralatan/mesin, kewangan, bahan dan kaedah. Semua sumber ini perlu digamblingkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengurus adalah pemimpin. Justeru, pengurus mestilah seorang yang berkebolehan dan berkemampuan juga berbakat untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang pengurus yang hebat mestilah mampu menguruskan dan menyelesaikan semua tanggungjawab yang diamanah di atas bahunya dengan sebaik mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggambling semua sumber di bawah kawalannya. Peranan seorang pengurus adalah untuk membuat: 1. Perancangan 2. Pelaksanaan 3. Penyelarasan 4. Pengarahan 5. Penyeliaan 5. Pengawalan Ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Henry Fayol, 1916 di mana fungsi pengurusan itu dilihat kepada lima komponen ia