Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Minat dan Hobi dalam Keseimbangan Kehidupan...

Semua orang mempunyai minat dan hobi tersendiri. Minat dan hobi ini adalah 'teman rapat' dan menjadi 'darah daging' kita. Minat dan hobi ini datang dari dalam diri kita, dan bukan ia datang begitu-begitu sahaja. Minat dan hobi ini adalah kesukaan peribadi kita. Ia adalah perkara yang kita suka untuk melakukannya dan bukan perkara yang dipaksa-paksa untuk melakukannya. Minat itu akhirnya menjadi hobi yang kita akan merasa gembira dan bahagia, serta senang setiap kali melakukannya. Kita akan terus setia melakukannya sehingga mungkin jua tiba satu ketika kita berhenti daripada melakukannya. Berhenti itu bukan bermakna kita sudah tidak berminat lagi, tapi mungkin ada faktor-faktor yang menghalang. Namun minat dan hobi akan tetap kekal berada di hati walaupun kita tidak lagi meneruskannya lagi. Mengikut Kamus Dewan, minat bermaksud kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu; menggemari sesuatu. Manakala hobi pula adalah kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bu

Motivasi kehidupan: Suatu Jawapan yang Tertangguh...

Sesuatu yang tertangguh itu memang sesuatu yang tidak menyenangkan...sesuatu yang mengecewakan dan sesuatu yang menyakitkan...apa yang tertangguh akan terus tinggal tertangguh andai ianya tidak diberikan jawapan...tidak diberikan penjelasan dan tidak diberikan kelegaan kepada sebuah pertanyaan... Namun, jangan kita lupa sesuatu yang tertangguh itu juga tidak akan bermakna lagi setelah ianya melalui tempoh masa yang agak panjang untuk diberikan jawapan dan penjelasan...sudah basi orang kata...kalau sudah tersangat lama dibiarkan tanpa jawapan...makanya ia tidak lagi menjadi suatu yang excited untuk diketahui, malah tak langsung berminat lagi untuk tahu...makanya ia akan berlalu begitu sahaja tanpa keadilan diberikan kepada yang berhak. Andai kita ingin bercakap tentang 'adil'...adilkah kita bila masa orang punya hak tidak kita berikan...namun bila masa kita punya hak...kita menuntutnya seakan orang tidak punyai perasaan...adilkah kita andai kita sewenang-wenangnya memperlaku

Kalau Sahabat Selamanya akan bersama...

Sekadar berkongsi nilai sebuah persahabatan. Secara ringkasnya mempunyai sahabat sejati lebih bererti daripada mempunyai seseorang yang kita sayangi tetapi tidak pernah ingin memahami kita.. Sahabat... Selamanya tetap akan menjadi sahabat...akan sentiasa bersama kita walau dlm duka dan suka Selamanya tidak akan berakhir hubungan yang terjalin...kerana hubungan sbg sahabat tidakkan mungkin akan temui noktahnya... Sahabat... Tidakkan mungkin kita mudah curiga Tidakkan mungkin kita mudah rasa sangsi Kerana tiada apa yang perlu dicurigakan Dan tiada apa yg perlu disangsikan Kerana hubungan yang terjalin adalah jujur dan ikhlas Biarlah kita mempunyai sahabat yang boleh luang masa untuk bersama kita Mendengar bicara dan celoteh kita dan memahami masalah kita Lebih mudah untuk kita menjaga hati sahabat, daripada kita cuba menjaga hati insan yg kita anggap istimewa dlm hidup kita... Sahabat..walau dicincang takkan putus..andai sesekali bergeseran...takkan sampai memutus hubung