Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Roti Kukus Ala Kelate (Pau Kacang)

Roti kukus ni adalah kuih yang selalu mak saya buat. Memang sangat sedap roti kukus mak saya. Selalunya mak saya suka guna inti kelapa. Pada saya inti kelapa ni lagi sedap pada inti kacang, tapi terpulang kepada taste masing2 juga. Cumanya kalau inti kelapa mak saya memang special sikit, rasanya lain dari yang lain. Itu yang saya kata special. Hari ni saya teringat nak makan. Jadinya saya buat, tapi menggunakan inti kacang  yang dah siap beli kat kedai bakery. Tak larat sangat nak buat inti daripada kelapa. Makanya inti kacang pun on juga lah. Saya tak pandai sgt buat roti ni tapi untuk makan keluarga boley la. Kalau berminat untuk buat inti kelapa, saya share juga di sini secara ringkas. Inti kelapa ni kita kena masak dulu. Kena kacau atas api sehingga agak basah2 kering gitu. Air gula masakkan dulu. Bila dah menggelegak, masukkan kelapa parut yang putih saja. Minta tuan kedai jangan parut sehingga ke selaput hitam tu. Kalau boleh guna kelapa yang muda. Kalau di kampung banyak kelapa

Kawalan Minda Kunci Utama...

Allah...pengalaman hari kedua... Alhamdulillah better than the first day. Takut dan trauma mengenangkan semalam, maka hari ni kena buat sesuatu.  Justeru, kena paksa diri untuk "berdamai dengan situasi"..walaupun perit dan sukar, tukar yang perit itu jadi mudah melalui kawalan minda. Prinsip mudah sebenarnya untuk dipraktikkan dalam diri....makanya perlu buat sebab tak sanggup berhadapan dengan apa yang perlu dilalui dan bakal dilalui.  Justeru, diri dipujuk agar bila berhadapan dengan sesuatu yang perit...buka minda dengan selapang-lapangnya, set minda bahawa ianya mudah makanya minda kita mendengar arahan yang sampai bahawa ianya mudah...jangan ketatkan fikiran dan jangan act mcm kita terpaksa tapi act macam kita happy dan kita meraikan...insyaAllah semuanya mudah. Jika sesuatu perkara yang kita memang tiada pilihan untuk lari...makanya berdamailah dengan situasi itu...rasa trauma, perit, takut, bimbang dan cemas tolak tepi...buang jauh2 supaya tiada di pandangan. Dalam sit

Mindset...

Bila berhadapan dengan sesuatu yang sangat berat untuk kita lalui, contohnya soal kesihatan dan kesakitan, maka hati akan rasa cukup perit, trauma dan diri akan rasa tidak mampu untuk menghadapi. Pada saat begini air mata menjadi terlalu murah. Bila situasi ini berlaku bisik pada diri: 1. Bahawa Allah sayang kita. Kerana itulah kita yang Allah pilih untuk diuji. 2. Jangan menyalahkan takdir. Takdir itu mahal nilainya apabila kita redha. 3. Ada lagi ujian orang lain yang lebih berat. Maka panjatkan rasa syukur. 4. Ujian datang secara pakej. Ada sesuatu yang sangat baik yang Allah sedang sediakan untuk kita.  5. Audit diri kita dan hubungan kita dengan Allah. Pertingkatkan dan perkemaskan lagi mana yang belum kemas. Allah hint ada perkara lagi yang belum kemas. Cari dan muhasabah diri lagi. 6. Allah ingin ingatkan kita bahawa masa makin hampir untuk kita pulang kepada-Nya. Hidup lah sebagai hamba Allah yang sentiasa menginsafi diri dan sentiasa bersedia. 7. Jangan mengalah kepada keadaan

Gaya, Pembawakan dan Suara Dalam Public Speaking...

Dalam dunia public speaking ni tips yang paling kena ingat dan diamalkan adalah kita perlu menjadi diri kita. Menjadi diri kita tu maksudnya apa jua yang kita pamerkan adalah diri kita yang sebenar dan kita tidak cuba meniru gaya dan perlakuan yang tidak suit dengan diri kita. Analoginya umpama kita pakai baju la. Jangan pakai baju orang lain untuk suit kan dengan diri kita. Takkan mungkin boleh suit. Mungkin baju tu tak ngam dengan kita, longgar, ketat, singkat, labuh, suram dan sebagainya lagi yang serba serbi di situ sini nampak tak kena. Jadinya, pakailah baju kita sendiri. Cacat cela terhadap baju itu atleast baju itu baju kita dan kita boleh alter situ sini untuk kelihatan lebih cantik dan lebih menarik. Daripada guna baju orang yang sudah pasti kita tak boleh alter untuk suit kan dengan diri kita.  Dapat sesuatu? Maksudnya begini, dalam public speaking, semua perkara yang kita pertontonkan dan perdengarkan mestilah originality kita sendiri. Apa yang kita pertontonkan adalah gaya

Jangan Letakkan Pelita di Atas Atap...

Sudah lewat malam..dah menghampiri 2 pagi sebenarnya...hmmm. mata belum dapat dilelapkan lagi. Sambil2 melayan mata ni, makanya mencoretkan sesuatu yang mungkin bermanfaat buat kita semua. Saya sekadar  ingin berkongsi petikan penulisan seorang penulis terkenal, Pahrol Mohamad Juoi. Ayat yang digunakan oleh tuan Pahrol sangat menarik perhatian saya "Jangan letakkan pelita di atas atap". Saya memang suka ayat2 yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang sangat deep. Mari kita sama2 mengambil manfaatnya secara bersama..semoga barokah juga. Petikan Buku 7 Langkah Baiki Diri oleh Pahrol Mohamad Juoi. @@@@@@@&@@@@ Imam Al-Ghazali pernah mengumpamakan ilmu yang tidak diamalkan seperti meletakkan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya? Ruang dalam rumah tetap gelap kerana cahaya hanya tersebar di atas atap. Begitulah perumpamaannya apabila ilmu tidak diamalkan. Cahayanya akan berlegar-legar seputar akal tetapi tidak menusuk ke dalam hati. Dan ilmu ini pasti tidak akan mela

Kek Pisang Sangat lembut dan Moist...

Kek pisang ni pada saya sejenis kuih yang dalam kategori legend. Mengapa legend? Sebabnya bahan utamanya adalah pisang. Pisang ni kan buah tempatan yang menjadi pilihan orang2 tua kita dulu untuk direkacipta menjadi pelbagai jenis kuih. Dulu2 kalau di kampung, pisang ni memang wajib ditanam di kawasan rumah, sama ada dimakan mentah atau dibuat kuih...itu yang jadinya kuih daripada pisang ini menjadi legend buat kita sebab ia akan menggamit kenangan kita kepada orang2 tua kita di kampung.  Tiga empat hari lepas saya teringat nak makan kek pisang versi sendiri. Bila versi sendiri ni kita boleh buat ikut taste kita. Saya suka kek pisang yang jenis lemak2 sikit rasanya dan moist tahap tak boleh bincang.  Kebetulan ada pisang berangan. Maka on la. Usai saja kerja2 ofis, intai jam hampir pukul 10.00 malam. Hmmm, tanpa fikirkan malam dah lewat terus capai lima biji pisang atas meja makan dan bawa ke dapur. Kupas kulit dan dilenyek2 hancur dan diketepikan dulu. Saja diketepikan dulu untuk bagi

Ilmu dan akal fikiran juga karakter diri...

Kadang-kadang cuba untuk menyelami dan meletakkan empati tinggi dalam diri dengan cuba meletakkan diri dalam "kasut" orang lain untuk memahami situasi tertentu, namun jawapan masih kabur. Terfikir bahawa kita ni sudah betul-betul di akhir zaman. Dunia akhir zaman ni katanya memang semua kejadian dan perkara yang pelik2 akan berlaku. Memang betul! Hmmm..sehinggakan sesuatu yang berlaku tu, tahap peliknya tu sampai tahap kita rasa tak dapat nak fikir logiknya, kewajarannya di mana, rasionalnya apa. Termenggu seketika menyaksikan drama-drama dalam kehidupan. Umpama menonton movie dengan pop corn di tangan yang ditambah2 tanpa sedar. Melihat karakter manusia yang macam-macam ragamnya. Setengahnya tu jenis yang semuanya tidak kena di mata mereka. Itu tak kena ini tak kena. Kadang-kadang tu.... aduhai...ekstrim pula tu. Kita pun naik hairan..pelik bin ajaib. Orang tua kita kata ilmu yang tinggi akan meningkatkan kematangan dan kebijaksanaan kita...huhu, rupanya bila di akhir zaman

Hindari 1001 Persoalan dengan Sikap yang Baik...

Melayani rasa ketidakpuasan hati dan 1001 persoalan yang hadir dalam benak fikiran memang akan memenatkan kita. 1001 persoalan yang ada takkan mungkin mampu diberikan jawapan. Pastinya tidak kan ditemui noktah kepada rasa tidak puas hati dan persoalan, kerana keduanya ini bersifat dinamik dan bukan statik. Mengapa agaknya ada rasa tidak puas hati dan persoalan? Kerana setiap apa yang berlaku takkan mungkin hundred percent menemukan titik pertemuan dan fikiran yang sama. Setiap orang akan ada cara pemikiran dan kecenderungan masing-masing. Jadi, sudah pasti dalam setiap komunikasi yang berlaku akan ada rasa tidak puas hati yang mewujudkan persoalan dalam fikiran kita. Kewujudan rasa tidak puas hati dan persoalan dalam diri seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya  faktor sikap dan faktor keimanan kita kepada Allah. Sikap dan pembawakan kita yang jenis keras hati, ego, tidak boleh menerima teguran, negative thinking, mudah sentap, berlagak pandai, tidak tahu menghormati orang