Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Selamat Datang 2024...

51 minit memasuki tahun baharu 2024. Dari dalam rumah bunyi bunga api berdentum dentam dari pelbagai arah...agaknya jika keluar ke beranda rumah akan nampak la percikan bunga api ni. Sahabat dari KL juga mengirimkan video sesambil mengucapkan Happy New Year buat geng kami yang sama2 buat corp comm dulu. Video percikan besar bunga api dari view roof top rumahnya...cantik sangat pemandangan Bandaraya KL di waktu mlm. Okey kembali kepada tahun baharu 2024 ni, saya sekadar mengambil kesempatan menitip sesuatu sbg kenangan penulisan permulaan memasuki 1 Jan 2024. Pertamanya, saya nak mrngingatkan diri saya bahawa hari ni 1 Jan 2024 adalah permulaan hari di tahun 2024 yang jatuh pada hari Isnin. Ada 365 hari perlu dilalui untuk tahun 2024 ni. Jadi mental dan fizikal sudah disetkan untuk bersedia dgn apa jua cabaran yang datang...mode "ready dan stanby" telah diaktifkan. Keduanya, saya nak ingatkan diri saya supaya sentiasa istiqomah dengan apa yang telah di set kan dlm diri. Apa ju

Letih la Bila Adab Sopan Main Langggar Aje...

Bukan lah nak di complicated kan sangat... Tapi kadang-kadang rasa geram bila adab yang simple dicomplicatedkan oleh orang lain. Ada masa kita berdiam dan ada masa ko mendapat la. Hadoiiii... Itu lah dianya. Ada satu pesen manusia ni bila berkomunikasi ambil mudah..dilanggarkanya semua "hukum-hakam" dalam berbicara lisan mahupun dalam penulisan. Benda simple aje pun..."hukumnya" mudah saja, bila kita rasa ianya tak sopan kalau orang buat untuk kita,..jadi jangan buat kat orang macam tu...sebab sudah tentu orang akan merasakan yang sama. Contoh "hukum-hakam" mudah dan very basic dalam komunikasi, paling utama bila secara tanpa lisan adalah: 1. Tolong reply pada setiap mesej yang diterima (Kecuali di luar kes biasa ya). Di luar kes biasa ni contohnya, ko tgh bergaduh manja ke, ko memang dah berkerat rotan tak mahu berbaik ke..ko sdg merajuk ke...atau mcm2 yang lain la..nak ditulis semua krg jadi satu buku pula tulisan ni..hehe. 2. Dalam perhubungan biasa mor

Muhasabah dan Healing...

Hari minggu yang panjang...bergabung dengan cuti Krismas...bercampur pula dengan cuti hujung tahun yang wajib...makanya mmg healing sungguh ni. Bagi org yang bekerja...pilihlah untuk merehatkan minda di hujung tahun selepas setahun pulun kerja, tak cukup rehat, penat, stress dan macam2 perasaan lagi yang dilalui...minda perlu direhatkan seketika! Penat dan stress tu bukan dalam konteks yang tidak sihat tapi dalam konteks yang sihat...makanya biarlah "enjin" kita berehat seketika sebelum menyambung lagi perjuangan untuk tahun mendatang...2024. Jika panjang umur kita... Recharge diri itu wajib. Sama ada kita memilih berehat di rumah atau pergi bercuti...yang penting minda dan body kita berehat sekejap daripada kesibukan kerja...bagi rest kejap..just 10 days drpd 365 hari...memadai dah tempoh healing ni jika dibuat dengan sepenuh jiwa. Masa "berehat" ni pilihlah aktiviti yang kita suka kita minat dan kita jiwa tentangnya, berjalan melihat tempat orang, lihat alam Allah

Masa Yang Merubah Segalanya...

Aduhai camane nak buat ni... Fikiran bercelaru dok fikirkan nak kena g juga meeting di Sarawak ni dengan Bigboss. Kenduri kawin anak sahabat baik bertembung lak masanya ni..kenduri pertama anak sulungnya...ini kira permulaan kenduri kawin rakan2 yang sama batch...den rasa ralat betul jika tak dpt bersama..aduhaii.. Terimbau ayat Dato masa den menyuarakan boleh tak kalau den tak g..."ehhh camane pula tu Puan Zaini..kena pergi la..depa nak hand over tugas kpd kita slps ni"...nanti nampak kita tak menyambut pula the baton yg depa pass..."..."lagipun nanti Puan Zaini yang nak kena handle"...tambah Dato lagi... Saya senyum saja bila Dato ckp begitu sebab saya tahu permintaan saya tu mmg tak masuk akal...sbb untuk baton yang nak diterima tu saya yang akan lead sebagai pengurus meeting itu..aduhaiii.. Makanya redha dalam pasrah la org kata. Hari ni, 2 Dis bergerak la ke KCH dgn MH2520 yang berlepas pukul 11.00 pagi tadi...ni sy menulis masa dlm flight.  Drpd dok terco