Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Panduan Bercuti

Malam ni sebenarnya masih rasa malas nak menulis, tapi saya jenguk juga la ke blog ni yang sudah lebih seminggu saya tidak menulis apa-apa . Masih penat agaknya selepas kembali dari bercuti. Keinginan untuk menulis tu ada, tapi 'kemalasan' yang bertenggek ni juga boleh tahan juga darjah kemalasannya...namun selepas solat isyak, saya gagahi juga capai 'notebook' di birai katil dan mula menitipkan tulisan ini. Dalam entri ni kita tidak bercerita dulu tentang percutian saya dan husband di Hatyai dan Songkla pada 23 hingga 25 Disember 2015 lalu. Tapi kita bercerita dulu tentang persiapan untuk bercuti. Cerita tentang Hatyai dan Songkla kita tunggu mood dan tenaga lebih okay sedikit....jadinya tentang percutian itu kita bercerita di entri akan datang. Sebelum kita pergi kepada panduan untuk bercuti, mari kita fahami dulu maksud sebenar bercuti itu sendiri. Mengikut Kamus Dewan, percutian ini bermaksud sesuatu yang membawa kepada perkara-perkara yang melapangkan fikiran,

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke Meda

Perjalanan dalam Karier

Aku menamatkan pengajian di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1997. Berkonvokesyen pada bulan Julai 1997. Tiga bulan kemudian mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir (kontrak). Melaporkan diri di Fakulti Sains Hayat pada 19 Oktober 1997. Semasa melaporkan diri aku sedang mengandungkan anak sulungku...sudah masuk 9 bulan kandungan pada masa itu. Semasa melaporkan diri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Pegawai incharge masa tu, terkejut besar bila melihat aku dengan kandunganku yang memang pada bila-bila masa saja boleh bersalin. Namun apakan daya, rezeki ini sudah Allah tulis buat diriku. Aku sendiripun tak menyangka akan mendapat kerja di Universiti tempat aku belajar.Masih aku ingat masa hadir temuduga dulu, aku hadir sebagai insan biasa, insan kerdil yang tidak punya kabel untuk aku mendapat 'keistimewaan'. Berbekalkan doa suamiku, doa kedua ibu bapaku dan doa aku yang tak pernah jemu memohon pada Allah agar mempermudahkan segala urusan te