Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Peranan Setiap Anggota Dalam Organisasi...

Mengikut Kamus Dewan, organisasi didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dsb dan mempunyai tujuan tertentu.  Secara umumnya, organisasi merupakan unit sosial yang di dalamnya mempunyai himpunan atau kelompok dua atau lebih anggota di dalamnya yang menjalankan tugas mengikut unit kerja yang ditetapkan dan kemudian diselaraskan untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap anggota dalam organisasi  menjalankan tugas-tugas mengikut pembahagian tugas yang dibuat secara sistematik, terstruktur, terancang, terpimpin dan saling berinteraksi dan melengkapi antara satu sama lain. Sebelum kita membincangkan tentang peranan anggota organisasi, kita perlu fahami dulu tentang ciri-ciri sebuah organisasi kerana ciri-ciri ini nanti perlu dipelihara oleh setiap anggota agar ciri-ciri yang seharusnya diserlahkan ini kekal cemerlang di mata sesiapa jua, terutamanya pelanggan utama. Setiap anggota bertanggungjawab dal

Elakkan Sarat Berfikir...

Sekadar menggunakan term "sarat berfikir" untuk menterjemahkan maksud di hati yang ingin membicarakan tentang "jangan terlalu fikir banyak sangat" Sekadar santai-santai tulisan saja..jam menunjukkan pukul 10.30 malam, nak tidur macam masih terlalu awal untuk rutin tidur saya...makanya mari kita sama-sama menyusuri bicara ini....sekadar bicara to "killing time"😊 Apapun pasti ada tips yang dapat diperoleh dalam apa jua bentuk penulisan...terpulang kepada bagaimana pembaca menerima satu-satu penulisan itu. Orait, jangan kita buang masa lagi. Seperti yang saya sebut di atas, sarat berfikir memberi maksud, dalam satu-satu masa semua benda kita nak fikir, semua perkara kita nak "sumbat" ke fikiran kita...sehinggakan fikiranpun tak mampu untuk memprosesnya...itu lah yang kita namakan "tepu fikiran" Suatu waktu yang berlalu, seorang kenalan rapat saya selalu menyebut..."kita ni dalam satu-satu masa jangan semua perkara kita nak le

Komunikasi Asas Di Pejabat Dalam Mencapai Keharmonian...

Sekadar perkongsian ringkas mengenai komunikasi asas di pejabat untuk mencapai keharmonian bekerja. Hanya sekadar tips yang berkonsepkan KISS (Keep it simple and sweet) untuk kita semua yang bekerja dan mendambakan ketenangan dan kebahagiaan di tempat kerja. Orait, jom kita tengok apa agaknya komunikasi yang berkonsep KISS yang menjamin keharmonian di tempat kerja atau di pejabat. Memang sangat mudah untuk dibuat, diamal dan dipraktikkan. Secara pandangan peribadi, saya melihat ada  SEMBILAN amalan komunikasi asas yang wajib untuk semua staf dan ketua tahu dan amalkan, iaitu: 1. Jaga tutur kata 2. Jaga bahasa badan (body language) 3. Jaga riak wajah (Facial expression) 4. Konsep Empati - semai dan terapkan dalam diri 5. Konsep menjadi pendengar yang baik. 6. Konsep 'Respect' 7. Konsep 'Tolerate' 8. Konsep Diplomasi 9. Beri senyuman Semua yang saya nyatakan di atas sangat mudah untuk dilakukan oleh semua orang kerana ia hanya melibatkan soal diri kita

Kehidupan yang Perlu Dinikmati & Disyukuri...

Kehidupan ini sebenarnya sesuatu yang sangat indah dan membahagiakan sekiranya ia diuruskan dengan baik dan dinikmati sepenuhnya. Kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita sama ada ia membahagiakan atau menyakitkan..andai kita sentiasa positif dan berlapang dada dalam melayari kehidupan kita, makanya for sure lah kehidupan kita akan sentiasa tenang dan bahagia...Hidup ini hanya singkat..makanya nikmatilah dengan sepenuhnya dan syukurilah dengan apa yang kita ada. Namun untuk sentiasa positif dan berlapang dada itu memang bukan semudah yang kita sebutkan di bibir dan fikirkan di fikiran. Meletakkan diri dalam keadaan sentiasa positif dan sentiasa berlapang dada itu memang sukar untuk dipraktikkan...namun andai kita mendambakan ketenangan dan kebahagiaan, makanya cuba la seboleh mungkin untuk sentiasa positif dan berlapang dada. Andai sentiasa diamalkan, dipraktikkan dan disematkan sentiasa dalam hati bahawa kita ingin sentiasa positif dan berlapang dada dalam apa jua situasi, ma

Pergi Tak Kembali...Mati itu pasti...

Semua yang bernyawa pasti akan mati... Kematian adalah pengakhiran sebuah kehidupan. Kematian akan menghampiri semua manusia dan seluruh hamba Allah. Tidak ada yang mampu menolak atau menundanya walau sedetik cuma...t idak ada sesuatu yang kekal di dunia ini...itu hakikatnya. "Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang tidak merasakan mati, bahkan malaikat pencabut nyawa pun akhirnya juga akan merasainya dan hamba Allah yang hidup sebelum semua dibangkitkan di hari akhir atau hari pembalasan nanti. Dan kematian bukan akhir dari perjalanan seseorang melainkan sebuah perjalanan menuju kehidupan baharu iaitu kehidupan di alam kubur dan di akhirat yang kekal nanti". (Ali Imran: Ayat 185). "Jika Allah sudah menentukan waktu kematian seseorang, waktu kematian yang telah ditetapkan tersebut akan terjadi dengan tepat, tidak lewat ataupun awal walaupun sekejap. "Apabila telah tiba waktunya yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat melewatkan walau sesaatpun dan

Semangat & Cita-cita Tinggi Perlu seiring dengan Kemampuan dan Peluang...

Sudah lama ingin menulis tentang ini, namun sering tertangguh-tangguh. Semalam masa berbual-bual dengan rakan sekerja di ofis, tanpa sengaja menyentuh soal ini...ermmmm tiba-tiba terus set di mind untuk menulis tentangnya. Sekadar pandangan berdasarkan pengalaman dan logikal sahaja...dan tidak semestinya pandangan ini akan seiring dengan pandangan orang lain. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang apa jua perkara dan situasi. Makanya, saya sekadar berkongsi pandangan saya tentang perkara ini. Topik ini menarik sebenarnya untuk dibincangkan...pandangan kita for sure akan mengikut bagaimana cara kita berfikir tentangnya..tidak semestinya apa yang kita fikirkan itu betul..betul pada pandangan kita itu tidak semesti betul pada pandangan orang lain...makanya kita belajar untuk saling menghormati pandangan masing-masing bagi tujuan peningkatan ilmu dan penguasaan idea yang pelbagai..tidak lah stick pada pandangan kita saja. kannn..... Bercakap tentang semangat dan c

Prinsip Pengurusan dan Pentadbiran Mengikut Frederick Taylor & Henri Fayol

Malam ni masih setia dengan penulisan lagi...malam-malam minggu begini saya lebih suka memilih untuk menyantaikan fikiran saya dengan menulis. Malam ni just santai-santai membelek beberapa artikel mengenai pentadbiran dan pengurusan..terjumpa penulisan Frederick Taylor (1856 - 1915) yang menyenaraikan sembilan (9) prinsip dalam pentadbiran dan pengurusan...ia menarik perhatian saya untuk berkongsi tentang apa yang Taylor kata tentang ini. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan dan pentadbiran adalah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan. 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja 5. Masa yang standard bagi semua pekerja 6. Tugas perancangan harus dipisah dengan pengeluaran 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja 8. Pengurus dilatih perinsip-prinsip pengurusan dan kawalan 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja Seseorang

Berpesan Pada Hati...

Hari minggu..awal pagi bangun seperti biasa... bancuh coffee dulu.  M inum coffee baru fikiran dapat aktif sikit berfikir..hehe c offee ni wajib setiap  pagi..tengok keadaan juga la terkadang hanya ambil satu mug di permulaan hari saja..t erkadang kalau  mood terusik sikit, makanya dua tiga mug pun boley satu hari...aduhai... dapat alihkan masalah dalam fikiran dengan pekenakan coffee.  Dengan menikmati rasa dan aromanya,  setakat kekusutan sikit-sikit tu memang boleh hilang la...tapi kalau yang "saiz gergasi" punya masalah...memang tak boleh hilang la dengan layan coffee ni.... Tadi masa sepintas menengok facebook, ternampak lah satu quote tu "Berpesan pada hati"...macam menarik juga ayat ni, boleh buat modal penulisan di blog, bisik saya dalam hati...makanya saya terus buka laptop dan terus  menarikan jari-jemari ini...sekadar "killing time" pepagi ni... Nak tulis tentang "Berpesan pada hati..." tapi dengan konsep KISS sahaja..Keep it