Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Bagaimana Menguruskan Sambutan Pelajar Baharu

Salam lewat malam buat semua yang singgah di entri ini pada masa ini... Malam ni mata belum mengantuk dan keinginan untuk menulis itu datang...selalu juga mata sukar dilelapkan tapi kalau keinginan untuk menulis tiada...makanya tidak menulis lah...(penulisan ini sebenarnya saya sambung daripada penulisan yang terhenti sebelum ini). Pada entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai bagaimana caranya untuk menguruskan sambutan pelajar baharu...sekadar basic untuk semua pengurus baharu dalam bidang berkaitan di luar sana mengetahui tentang beberapa langkah gerak kerja yang perlu dibuat. Sebelum itu, sekadar latar belakang mengenai sambutan pelajar baharu. Sambutan pelajar baharu dalam konteks Universiti awam ni merujuk kepada kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu ke Universiti, sama ada di peringkat pengajian prasiswazah atau pengajian pascasiswazah. Kedua-duanya memerlukan persiapan gerak kerja yang sama di peringkat jawatankuasa pelaksana di peringkat Fakulti...pe

Resepi Sedapzaini: Pengat Cempedak

Lewat petang ini bersantai2 saja rehatkan minda dan simpan tenaga untuk menghadapi rutin kerja normal...kitaran hari kerja minggu ni bermula kembali bermula Isnin hingga Jumaat...mesti refresh segalanya dan recharge segalanya terutama soal mood..soal tenaga, soal semangat..fizikal dan mental...mesti sentiasa bersedia barulah momentum kita sentiasa maintain...wahhhh gitewww😂 Sesambil menunggu masuknya maghrib dalam 7.07 mlm nanti...maghrib awal lo ni...makanya menulis resepi la sat...resepi pun resepi mudah saja...very simple punyer resepi tapi sedapnya mmg first class..hahaha first class untuk taste saya la sebab saya ni penggemar pelbagai pengat...terutamanya pengat pisang, pengat nangka mahupun pengat cempedak... Bahan2nya: 1. Opkos la cempedak..😊 2. Santan dalam 3 ke 4 cawan 3. Gula melaka (ore kelate sebut nise) 4. Gula putih 5. Secubit garam 6. Sehelai daun pandan disimpul dan diikat. Cara2: 1. Kupas cempedak dan asingkan dalam satu bekas...kalau nak keluarkan

Konsep Ikhlas dalam kehidupan...

Sekadar bicara santai sahaja..just killing my time. Soal keikhlasan ini adalah soal yang merujuk pada hati...ikhlas ini datangnya dari dalam diri kita...jauh dari kalbu kita..kalbu ini terletaknya jauh ke dlm hati...Kalbu yang saya maksudkan di sini adalah hati batin atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak dapat disentuh dengan tangan tetapi ia dapat dirasai oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya. "Always be sincere, even if you don't mean it" "Sincerity is the face of the soul" Memerhati kepada kehidupan dalam dunia hari ini, kita kadang2 sudah semakin keliru di manakah aspek keikhlasan itu diletakkan...masih adakah konsep ikhlas dlm hati apabila melakukan sesuatu perkara..atau mungkin sudah hilang konsep ikhlas itu. Sebelum kita berbicara panjang lebar mengenai konsep keikhlasan ini..jom kita tengok dulu apakah maksud ikhlas ini...orang kata tanpa mengetahui definisinya bagaimana mungkin kita nak memahami tentang k

Resepi Sedapzaini: Ubi Kayu Sira...

Hokey...jom kita share resepi masak ubi kayu sira. Ubi kayu ni masak apa sajapun mmg sedap. Rasa saya semua orang mesti makan ubi kayu, cuma mungkin memilih cara masakannya. Pelbagai jenis cara masak dapat dibuat dgn ubi kayu ni. Antaranya adalah masak pengat atau bubur, goreng ubi kayu, buat pelbagai kuih dari ubi kayu, poli contohnya...poli ni terkenal di Kelantan...hehe..dan masak sira yang resepinya saya nak share kat entri kali ini. Sebelum tu, meh kita mengenal dulu serba sedikit ttg ubi kayu ni. Atleast kita tahu latar belakang cket atas apa yg kita suka mkn...kannnn... Ubi kayu ni atau nama saintifiknya, atau nama botani nya adalah Manihot Esculenta Crantz...aduhai panjang ehhh namanya...atau dlm Bahasa Inggeris dipanggil Cassava atau tapioca.. Ubi kayu ni terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya boleh dijadikan sayuran...masak lemak, celur cicah budu..mmg sedap. Berkaitan dgn sumber karbohidrat yang tinggi...sbb tu kalau zaman orang2 nenek moyang kita ya

Coretan Motivasi...

Assalalamualaikum dan salam sejahtera... Ermmmm dah lewat pagi ni...tapi saya belum dapat melelapkan mata...tak dpt lelap mata tu biasa bagi saya sejak zaman belajar dulu lagi...entah la kenapa, saya pun tak ada jawapan. Memang sejak saya di universiti dulu lagi saya mmg jenis susah nak tidur...tak ada la pula imsomnia...hehe..mmg jenis lagu tu kot...sampai sekarang dok mcm gitu lagi..huhu parah sebenarnya tu sbb diri saya dulu dan sekarang tak sama. Dulu masih muda belasan tahun...tak apa la lewat tido. ni sudah di ambang penghujung dewasa, makanya tahap ketahanan badan pun berbeza...kesihatan perlu saya jaga sebenarnya dan antara faktor utama yang menyumbang kpd kesihatan yang baik adalah tidur yang mencukupi...atleast 6 jam...kalau jam 2 am masih belum tidur manakan cukup 6 jam nya kalau pukul 6 am dah wajib bangun...3 atau 4 jam saja...ermmmm Perangai saya semasa dulu2 lagi kalau saya tak dapat tidur, saya akan menulis...apa topik pun tak apa asalkan menulis...hehe..selalu

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke

Tips Menghadapi Temuduga

Assalamualaikum dan salam tengah hari buat semua.. Hari ni saya tak merancang untuk ke mana-mana..sekadar merehatkan diri di rumah dan menyantaikan badan yang mungkin perlukan rehat yang cukup setelah dua minggu ni agak penuh bekerja termasuk di hujung minggu. Jadinya sambil2 berehat ni kalau ada mood saya menulis...dunia penulisan ni minat saya sejak kecil cuma bergantung kepada masa saja...saya menulis bila ada saja idea yang muncul di fikiran...idea ni tak datang selalu, masa datang tu teruslah menulis sebab kalau ditangguhkan idea ni kadang-kadang boleh hilang terus dan tidak mudah untuk kita recall semula di fikiran. Rasa rajin untuk menulis ni kadang-kadang ikut 'mood' juga...hehe. Minggu lepas ada staf bawah seliaan saya masa saya mula2 bekerja dulu meminta tips untuk menghadiri temuduga. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada dia kerana diberikan peluang kenaikan pangkat dengan dijemput untuk menghadiri temuduga ini. Saya doakan semoga dia su

Bersukan & Beriadah Tuntutan Kehidupan

Beriadah dan bersukan sebenarnya satu keperluan wajib kepada semua orang daripada kanak-kanak, remaja, dewasa, sehinggalah kepada golongan 'lebih senior'... Bila bercakap tentang riadah, apakah agaknya yang kita faham...riadah membawa pengertian sesuatu aktiviti yang kita lakukan yang dapat memberikan ketenangan kepada kita...sesuatu yang kita lakukan yang dapat memberikan rasa santai minda...sesuatu aktiviti yang menyenangkan hati...hepi2 dan enjoy...sesuatu yang kita lakukan yang mengeluarkan peluh...riadah boleh dilakukan secara sendiri atau secara berkumpulan dengan pasangan, famili, dan rakan2. Mengikut Kamus Dewan, riadah bermaksud gerak badan, senaman, segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain, dsbnya). Sebenarnya banyak manfaat daripada bersukan dan beriadah yang boleh diperoleh. Namun kadang2 kita 'terpedaya' dan 'terbuai' dgn ''ulitan masa' yang begitu pantas 

Mencari Ketenangan dan Kebahagiaan Melalui Apa yang Kita Suka Lakukan...

Setiap orang saya pasti mempunyai hobi dan minat tersendiri. Masing-masing mempunyai 'rasa' dan kecenderungan' terhadap sesuatu perkara yang boleh memberikan suatu rasa suka dan gembira setiap kali membuatnya. Hobi dan minat ini menjadi tempat 'melepaskan rasa tension' (kalau ada la)....kalau tak ada rasa tension, maka sekurang-kurangnya membuatkan hati rasa gembira dan terus positif dalam kehidupan. Tapi adakah orang yang tak pernah tension...ermmmm macam tak ada jer kan..setiap orang mesti akan ada masa tertentu diselubungi tekanan atas pelbagai sebab. Terus positif dalam kehidupan adalah sangat penting kerana ianya memberikan kesan kepada banyak perkara kepada kehidupan kita, kesan kepada diri sendiri, kesan kepada hubungan kita dengan pasangan, dengan keluarga, dan kesan kepada pekerjaan kita, juga kesan kepada hubungan sesama manusia. Hati dan jiwa yang positif akan menjadikan semua perkara boleh diuruskan dengan mudah, 'smooth' sahaja tanpa ada &#

Sembang2 Santai Tentang Kehidupan...

Bila bercakap tentang kehidupan apakah agaknya yang hadir dalam fikiran kita...bahagia, derita, cabaran  suka duka, pahit manis, dan sebagainya lagi. Erti hidup bagi manusia adalah bernyawa, bernafas, dan bagi benda atau tumbuhan yang tidak bernyawa adalah bercambah dan berfungsi. Manakala erti kehidupan pula adalah bagaimana kita melalui hidup ini dgn sumber yang ada..bagaimana kita mencorakkan hidup kita dgn apa yang  ada di sekelilinh kita...bagaimana kita kemudikan bahtera kehidupan kita ini untuk tiba ke destinasi...bagaimana kita bijak dlm membuat perancangan...bagaimana strategi kita melaksanakannya...bagaimana kita bijak mengatasi cabaran dan bagaimana cara kita bersyukur dgn kejayaan kita dan sebagainya lagi. Kehidupan ini mudah kalau kita memudahkannya dan akan rumit kalau kita merumitkannya. Saya teringat kata2 pensyarah saya semasa dlm pengajian Master of Corp Comm...guru saya selalu ulang sebut tentang konsep 'KISS'...Keep it Simple and Sweet...atau Keep

Menangani Konflik Di Tempat Kerja

Salam buat semua... Malam ini mari sama-sama kita berkongsi tentang isu konflik di tempat kerja, punca dan bagaimana cara untuk menanganinya. Penulisan ini adalah menurut pandangan dan pengalaman saya sendiri, juga berdasarkan beberapa pembacaan mengenainya. Saya cuba menulis semudah yang boleh tanpa begitu terikat dengan teori-teori tertentu. Cukup sekadar kita memahami apa itu konflik, punca kepada berlakunya konflik dan bagaimana cara untuk menanganinya. Mengetahui dan memahami ketiga-tiga perkara ini, makanya sudah pasti kita akan dapat 'hadam' dengan sebaiknya apa itu KONFLIK. Apa itu Konflik? Mengikut Kamus Dewan Bahasa, konflik ditakrifkan sebagai perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Konflik ini biasanya akan berlaku secara berterusan akibat daripada wujudnya rasa tidak setuju yang tinggi atau sangat serius antara sesama staf di pejabat yang mewujudkan perasaan tidak puas hati, tidak gembira, marah, kecewa, rasa