Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Bayangan Mental Perlu Baik-baik...

Sudah sangat lama membeli buku hasil tulisan Datuk Dr. Maznah Hamid..tapi hari ini baru membacanya secara penuh. Tertarik dengan petikan ini yang ditulis dalam buku beliau. "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam atau terguris dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya, mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya" Petikan: Buku Motivasi Memburu Kejayaan Oleh Datuk Dr. Maznah Hamid. Justeru, dalam hidup kita ini jangan kita terlalu "fragile" dengan apa jua yang berlaku. Bentuk imej diri yang hebat dengan keyakinan dan kawalan diri yang baik.  Hidup kita, kita adalah nakhodanya. Apa yang kita gambarkan di pemikiran kita (bayangan mental) perlulah yang baik2 saja kerana nanti minda bawa sedar kita akan mengarah semua anggota badan dan urat saraf kita untuk "bekerja" ke arah impian yang kita bayangkan. Kita perlu ada motivasi yang kuat dan keupayaan untuk beru

Sambal Telur Pecah Sedap...

Hari ni WFH atas sebab2 tertentu yang tidak dapat turun ke ofis. Selalunya setiap hari akan ke ofis walaupun boleh WFH sebab meeting full pagi dan petang.  Jadinya today's activity, sebelah paginya hadiri bengkel online hinggalah ke tengah hari. Jadinya masak simple saja. Kebetulan memang tak selera sangat nak makan berat2. Makanya buat yang paling ringkas dan cepat dimasak. Sambal telur pecah macam gini ni first time saya buat sebenarnya. Menu sambal telur ni selalu buat tapi bukan telur yang pecah terus dalam sambal tapi telur yang digoreng dulu atau rebus then goreng, barulah dimasukkan dalam sambal. Sesekali kita cuba menu di luar rutin. Banyak kali menu ni muncul di FB wall saya, makanya kali ni kita buat. Memang best rupanya masak mcm gini. Boleh try nanti bagi sesiapa yang belum pernah cuba ya. Memang tak mengecewakan. Sedap! Cara membuatnya pun sangat mudah..sama spt goreng berlada yang biasa kita buat tu. Just blend hancur cili kering 5 tangkai, 4 biji bawang merah kecil,

Bila Teknologi Menemukan Rakan2 Lama...

Sebulan yang lalu tiba-tiba di add masuk ke satu whatsApp group. Dalam hati tertanya2...dah group apa pulak ni bila di skrin phone tertera "Sek Sabak 1980". Fikiran menerawang sekejap...dalam hati berbisik "lorrr geng masa Darjah 1 hingga Darjah 6 pun dikumpulkan juga dalam whatsApp group ke...hmmmm". Saya ni sebenarnya tak berapa gemar ber "WhatsApp group"..satunya mungkin tak banyak masa sangat untuk bersembang dalam group, keduanya dah umur2 macam gini mcm tak berapa kena aje nak bersembang beria dalam group yang bercampur2 lelaki dan wanita. Ya, tidak dinafikan bagus sebenarnya dapat bertemu kembali rakan2 lama..tapi saya lebih prefer save contact dan sesekali bertanya kaba...lagipun bila dah bertemu langsung juga friend di fb...jadinya kalau nak ucap hari lahir ke..nak tegur say hi sesekali onzzz aje di FB.  Pun begitu, ada juga kebaikannya group2 kawan2 lama ni bila info umum yang dikongsikan dpt sama2 kita tahu dan baca. Kalau dlm aspek tu adalah ma

Perkongsian Ustazah Asma' Harun

Dikongsi Daripada Facebook Ustazah Asma' Harun ------------------------------------------------------- Allah menemukan kita dengan manusia yang mengecewakan, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia tempat berharap. Allah menemukan kita dengan manusia yang menyakitkan hati, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang menyembuhkan. Allah menemukan kita dengan manusia yang mengambil haq kita, kerana Dia ingin kita faham bahawa tiada apapun milik kita. Allah menemukan kita dengan manusia yang menzalimi, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang Maha Adil.  Allah menemukan kita dengan manusia yang tidak menghargai, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang memberi ganjaran.  Belajarlah mengikuti sebagaimana perkataan para Nabi dan orang yang ikhlas: ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﺮٍ ۖ ﺇِﻥْ ﺃَﺟْﺮِﻱَ ﺇِﻟَّﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ   “Dan aku sekali-kali tidak minta upah/balasan kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Rabb semesta alam.

Bagaimana Memastikan Kerja Berkualiti

Dalam apa jua yang kita lakukan sudah pasti kita inginkan hasil yang terbaik. Setiap kerja yang dilaksanakan dengan baik pasti memberikan kualiti yang diharapkan dan memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan organisasi. Secara ringkasnya bagaimana agaknya cara untuk kita dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Ini sekadar perkongsian peribadi dan pengalaman yang dilalui setelah lama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. 1. Buat sesuatu niatnya kerana Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah...kerana ibadah kepada Allah. Bila niat kita kerana Allah, insyaAllah segala usaha kita dipeliharan dan diberkati Allah dan semua yang sulit akan dipermudahkan Allah dan sehala kekusutan akan diberikan Allah jalan keluar. 2. Buat dengan hati dan jiwa .  "Letak jiwa" dalam apa jua yang kita lakukan. Apakah maksudnya "letak jiwa". Meletakkan jiwa ini membawa maksud kita beriktikad di dalam hati bahawa kita inginkan hasil yang terbaik dan iktikad ini akan

Cornflakes Cookies Rangup dan Gebu...

Santai Hujung Minggu "Berbaking-baking" anggerikdesa Hari ni buat Biskut Cornflakes ni. Tak rajin sangat sebenarnya tapi tapi tapi...... Alkisahnya..dah dekat dua bulan beli cornflakes ni...anak2 rupanya tak mau makan sgt unk breakfast pagi...makanya asyik dok menengok tak terusik elok aje dlm kotaknya...hari ni kita transform kepada bentuk yang lebih menarik rasa😅 Jadinya boleh buat kudap2.. Bagi yang berminat untuk cuba biskut mudah dan ringkas ini boleh cuba resepinya seperti berikut ya. Bahan-bahan: 200 gm butter Gula halus 3/4 cawan Telur kuning 1 biji Tepung gandum 1 dan 3/4 cawan Tepung jagung 1/4 cawan Tepung kastard 1/4 cawan Sedikit Esen vanila Cornflakes 2 cawan Satu sudu teh baking powder. Jika guna tepung yang sudah siap berserbuk penaik. Maka tak perlu masukkan lagi baking powder. Secubit garam Cara-cara: 1. Kacau dgn spatula saja gula dan butter dlm 5 minit. Tidak perlu sampai kembang. 2. Masukkan telur dan esen vanila dan garam. Kacau sebati. 3. Cornflakes

Selepas Setiap Ujian, Allah Hadirkan "Hadiah"...

anggerikdesa 24 Jan 2021 "Perlu sentiasa yakin di hati... atas setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita sebenarnya tersembunyi hikmahnya yang indah. Allah sedang membungkus "suatu hadiah" buat kita yang akan sampai kepada kita jika kita redha dan berdamai dengan kesulitan itu." Pada setiap sesi perkongsian ilmu yang saya sampaikan, ayat di atas wajib saya sebut dan nyatakan kepada para peserta... Ayat ini penguat jiwa dan pendamai rasa. Ia penting kerana sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada ujian...ujian itu kerana Allah ingin tingkatkan keimanan kita dan kerana Allah sayangkan kita. Maka, bersyukurlah bila diberikan ujian, kerana selepas itu 'Hadiah" daripada Allah akan menyusul. Latih diri untuk berdamai dan berlapang dada dengan ujian. Sabar dan tabah dalam menanganinya dengan amalan2 yang diajar oleh Rasulullah SAW. Banyakkan zikir dan panjatkan doa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan kabulkan permintaan hamba-Nya. Yakin di situ! Salam

Karakter Orang...

Beberapa hari ni agak buzy sikit. Jadinya, tak sempat singgah ke blog. Malam ni singgah sat to say hi. Tadi masa memandu balik ke rumah, tiba-tiba datang di fikiran tentang hidup ini yang mempunyai pelbagai karakter manusia yang bermanfaat dan yang menyusahkan orang lain. Jadinya jom kita sembang kejap tentang topik ini. Bercakap tentang karakter atau perilaku manusia ni, kita akan temui 1001 macam karakter. Semua karakter ini adalah milik Allah kerana Allah nak beri kita rasa semua bentuk asam garam dalam kehidupan kita ini.  Kalau manusia ini hanya ada satu karakter aje, sudah pastilah hidup ini tiada warnanya...yakni tiada lah cabaran dan ujiannya kan... Kenapa Allah jadikan banyak sangat karakter dan ragam manusia. Selain daripada menyatakan kekuasaan dan kebesaran Allah sebenarnya banyak hikmah di sebalik segala kejadian Allah.  Jom, kita intai karakter dan ragam manusia yang pernah kita tengok atau temui. 1. Manusia yang dalam dan luarnya sama. Maksudnya apa jua perilakunya di lu

TIPS DI HUJUNG MINGGU...

TIPS DI HUJUNG MINGGU anggerikdesa Hujung minggu kembali lagi. Bila hujung minggu ni raih lah sebanyaknya rasa gembira dan bahagia. Recharge diri kita semua dengan getaran positif untuk caj yang banyak ini kita akan simpan bagi tujuan bekalan "kantung diri" untuk minggu berikutnya. Tips hujung minggu: . Lapangkan fikiran. Keluarkan semua tenaga negatif. Bersihkan semuanya dengan mencari semaksimum rasa ceria dan bahagia. . Buat aktiviti personal di rumah seperti memasak, berkebun, mengemas, aktiviti bersama pasangan dan anak2 dan apa jua  aktiviti yang kita suka. . Senyum, senyum dan terus senyum. Jangan biarkan rasa sedih, kecewa, atau marah mengambil tempat kerana nanti tenaga positif kita akan hilang. Senyuman itu penawar segalanya. Makanya SENYUM. . Banyakkan membaca kerana membaca boleh menajamkan minda dan mengaktifkan otak menjadikan kita tidak cepat lupa. Membaca juga boleh menjadikan otak kita muda!😀 . Lebihkan amalan dalam meningkatkan hubungan kita dengan A

Jom...amalkan secara Istiqomah...

Zikir ini adalah salah satu amalan diri yang sangat baik dan bermanfaat. InsyaAllah dengan zikir dan hati yang sentiasa ikhlas dan tawaduk kepada Allah akan membawa kita ke lorong kebaikan... Amalkan dan istiqomah lah dengan apa jua zikir yang kita suka baca...sangat banyak. Antaranya zikir yang saya kongsikan ini. Zikir ini sangat ringkas dan boleh kita baca pada bila2 dan di mana2 jua... Sekadar perkongsian jua, anggerikdesa RZH

Perkongsian Tulisan Dr. Rizal Abu Bakar...

Tulisan Dr. Rizal Abu Bakar di Facebook beliau sangat menarik perhatian saya dan saya mohon izin beliau untuk berkongsi tulisan beliau seperti di bawah untuk sama-sama kita cerap dan hayati.  ---------------------------------------------  Lepas maghrib tadi duduk dengan anak-anak. Sembang ala ala tazkirah.  Analisa apa yang berlaku sekarang ini. . Saya mahu anak-anak tahu tentang ilmu eschatology - ilmu akhir zaman. . Hafiey tanya. “Kita ni fasa yang mana ayah?” . “Kita berada dalam zaman fitnah Hafiey. Nabi sebut sebagai Akhri zaman,’ jawab saya. Lalu saya bacakan hadis nabi.  Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang kepada kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya. . "Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa r

Adab Dalam Berkomunikasi...

ADAB DALAM BERKOMUNIKASI anggerikdesa Adab atau etika dalam berkomunikasi ni sebenarnya sangat mudah untuk kita lakukan...tinggal lagi kita nak buat atau tidak saja...mak-mak kitapun memang sudah terapkan adab ini dalam diri kita masa kita kecil lagi... ------------------------------------------------ .Ukirkan Senyuman .Pandang Mata bila bercakap .Panggil nama atau gelaran yang sesuai .Intonasi dan nada suara yang bersesuaian. .Santun bicara dan lancar. Tenang dan steady. .Saling memahami. Menganggukkan kepala tanda setuju/sokongan .Tunjukkan minat untuk berbicara. Tiada sikap "acuh tak acuh", membelek telefon bimbit, mengalihkan perhatian pada perkara lain dsbnya lagi. .Hormati orang yang sedang bercakap dengan kita. .Merendah Diri. Elakkan cakap besar, meninggi diri, bangga diri dengan menceritakan kehebatan diri. Biar orang tahu sendiri. .Elakkan memonopoli perbualan umpama kita lah yang paling hebat. Banyakkan toleransi. .Beri rasa senang dan bahagia kepada

"Kalau Tidak" Oleh Zaini Ujang...

Saya sentiasa mengikuti penulisan Dato' Seri Zaini Ujang di Facebook beliau. Kali ini saja share di sini. Sentiasa Indah puisinya. Saya suka Garapan dan bahasanya. Kali ni penulisannya bertajuk "Kalau Tidak" ---------------------------------- KALAU TIDAK Oleh Zaini Ujang 🍀🍀🍀 Kalau tidak bersetuju Jangan pula sampai berseteru Meramai seteru menambah buntu Kalau tidak lagi bersama Jangan diungkit kisah lama Mana tahu masih ada benih cinta Kalau tidak bersepakat Jangan pula tidak bersahabat Bersahabat melambai syafaat Kalau tidak lagi seangkatan Jangan pula sampai berantakan Banyak angkatan banyak pilihan 🍀🍀🍀 Bangi l 11 Januari 2021 l Isnin

Faedah Membaca...Jom Banyakkan Membaca!

Terbaca satu artikel...katanya orang yang hebat akan membaca satu buku untuk seminggu. Lebih kurangnya 4 buku sebulan dan kalau setahun kita ada 365 hari. Jadinya, setahun dapat baca 52 buku.  Allahu...banyaknya! Jangan risau, kalau kita tak sampai le level itu pun tak mengapa, yang penting kita tetap membaca walaupun sedikit. Pupukkan minat membaca dalam diri kita. Setkan ikut kemampuan kita. Biar realistik dan munasabah apa yang kita set kan itu. Kalau kita mampu hanya satu buku sebulan, maka buat setakat yang kita mampu. Just setkan 12 buku setahun. Lama-lama nanti slowly kita makin tingkatkan dan insyaAllah satu hari dapat satu buku satu minggu. Jom kita sama-sama mulakan. Sudah pasti banyak faedah yang akan kita dapat daripada pembacaan ini. Antaranya adalah: 1. Bila banyak membaca maka banyak yang kita tahu. Banyak ilmu pengetahuan yang dapat kita terokai. Sudah pasti setiap satunya berguna dalam kehidupan harian kita. 2. Membaca boleh mengasah ketajaman pemikiran kita. Membaca a

Mudahkan dan Bahagiakan Orang...

Salam Hujung Minggu buat semua pengunjung anggerikdesa... Semoga hujung minggu ini dapat kita recharge diri dengan aktiviti yang membahagiakan kita. Pilih saja apa aktiviti yang kita suka kita minat, berkebun, menulis, memasak, mengemas, beriadah dan sebagainya lagi. Pagi ini sekadar menulis santai berkaitan tips mudah untuk bahagia iaitu dengan memudahkan dan membahagiakan orang lain. Memudahkan dan membahagiakan orang lain adalah sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan. Beri orang rasa bahagia dengan kehadiran kita.... Bila kita mempermudahkan dan membahagiakan orang lain, insyaAllah, Allah akan mempermudahkan dan membahagiakan kita. Justeru, nikmat apa lagi yang nak didustakan. Sama-sama kita mencari ruang dan peluang untuk membahagiakan orang...rebutlah sebanyak mungkin. InsyaAllah, kita juga akan terus Allah mudahkan dan bahagiakan. Salam hujung minggu, RZH

Perlunya Otak Yang Sihat...

Malam ni nak berkongsi tentang ilmu yang saya dapat melalui siri perkongsian ilmu yang dianjurkan oleh Training With Heart By SABAR dengan speakernya adalah Dr. Rizal Abu Bakar, pakar kesihatan otak. Saya secara terus terang, pertama kali mengikuti talk daripada Dr. Rizal. Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat sekali untuk kehidupan kita. Memang sangat penting untuk kita tahu sebenarnya. Selama ini, tidak ambil kisah dan tidak ambil peduli...sekali bila dah tahu hakikatnya..Allah, rasa bersyukur sangat dapat mengikuti siri perkongsian secara online ini.  Sebelum pergi kepada intipati yang saya nak kongsikan, saya nak gambarkan sikit tentang Dr. Rizal ni. Secara peribadi, saya suka cara penyampaiannya. Hebat dia dalam public speaking ni. Cukup lengkap semuanya, dengan nada suara, eye contact, style yang tersendiri dan sangat bijak dalam bermain dengan intonasi dan body language. Secara keseluruhan memang orang hebat dalam komunikasi. Malam tadi saya tak buat catatan di buku catatan se

Ketam Gulai Sedap Resepi Bonda...

Dua tiga hari ni dok tengok bonda dan adik2 ipar di kampung dok buat gulai ketam. Ketam ni ketam nipah. Hanya di kampung saja boleh dapat ketam ni. Farah dan yo kiranya balas dendam betul ni bila balik kampung sampai tiga hari turut2 masak ketam😂. Makanya kakak ipar di sini pun memang teringat sangat la gulai ketam ala bonda mek. Walaupun tak dok ketam nipah kat sini, ketam laut pun onzzzz juga lah untuk digulai. Kalau ketam nipah memang lagi sedap rasanya..tapi kat sini tak jumpa ketam ni..tak dok bakali😁 Gulai ketam ni memang resepi special mek saya..memang special gulai ketam mek...tapi saya gulai tak jadi sesedap mek punya😭 Jom, saya kongsikan resepi gulai ketam resepi istimewa bonda saya. Bahan2 macam biasa untuk menggulai, bawang merah, secoit saja bawang putih (kalau gulai ikan tak perlu letak bawang putih ni), cili kering lima enam tangkai, dan secoit halia (kalau gulai ikan, juga jgn letak). Blend semua bahan2 ini. Santan dlm empat lima cawan terpulang pada kuantiti ketam

Pastikan semua sudah Beres...

Hari ini kita masuk ke hari kedua tahun 2021.  Masih belum terlewat untuk sama2 kita pastikan: 1. Buku tahun 2020 sudah ditutup. Bawa kenangan yang indah saja. Kenangan yang menyakitkan tinggal! 2. Mulakan dengan keceriaan dan bahagia supaya permulaan yang baik membawa pengakhiran yang baik jua sepanjang 2021 yang akan dilalui. 3. Pandang semua perkara secara positif dan berlapang dada. Andainya agak complicated, set kan di minda bahawa ianya mudah dan terus lalui! 4. Apa jua kepayahan dan rintangan pasti ada jalan penyelesaiannya kerana Allah ada. Yakin di situ! 5. Perbaiki semua kegagalan lalu. Jadikan sempadan untuk kita menjadi lebih baik. 6. Apa jua yang dilakukan, cari redha Allah dan bukan redha manusia. 7. Terus tingkatkan keimanan dan ketakwaan kerana masa tidak menunggu kita.  8. Sentiasa perbaiki hubungan kita dengan Allah kerana tiba masa kita dijemput kembali ke alam abadi menemui-Nya, Sang Pencipta. Sekadar perkongsian jua. anggerikdesa RZH

Menggamit rindu...

Malam ini tiba-tiba teringat arwah Kak Salmah. Kenangan bersama arwah datang bertamu di fikiran. Sudah pasti menggamit rasa kerinduan yang mendalam. Arwah Puan Salmah Zainal Abidin, salah seorang pegawai senior (Timbalan Ketua Pejabat Penerbit) dan merupakan rakan seperjuangan di tempat kerja telah pergi buat selamanya menyahut panggilan Allah pada 11 Februari 2014. Telah hampir tujuh tahun arwah pergi.  Saya dan geng agak rapat juga dengan arwah dan saya memanggilnya kak salmah kerana sejak awal mengenali arwah lagi memang arwah membahasakan dirinya sebagai akak.  Arwah ni sangat baik orangnya. Lemah lembut dan sangat santun orangnya. Orangnya cantik dan manis. Apa yang sangat mengingatkan saya dengan arwah di samping sikap lemah lembutnya adalah bagaimana  cara arwah memanggil nama saya...tak pernah lagi orang lain memanggil saya dengan panggilan itu, hanya arwah seorang.  Arwah kata dia suka panggilan itu dan katanya sesuai dengan saya...nama panggilan tu sebenarnya tetap daripada n