Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Soal Rezeki dan Soal Layak...

Idea datang untuk menulis tentang topik "Soal rezeki dan soal layak". Tiba2 idea mengetuk jari jemari untuk "menarikan" penulisan ringkas untuk tajuk ini.  Bila idea dah datang, walau sedikit rasa penat tetap menulis juga. Sekadar penulisan ringkas jua. Bercakap tentang soal rezeki...ia adalah rahsia dan milik Allah. Allah jua yang menentukan. Allah yang berkuasa untuk memberikan kepada siapa jua hamba-Nya. Sebagai hamba-Nya kita perlulah sentiasa berusaha, komited dan berikan yang terbaik dalam apa jua tugasan yang dilakukan tanpa mengaharapkan apa-apa balasan. Melakukan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa dan raga.  Dalam hidup ini segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua. Jika Allah tidak mengizinkan, maka sesuatu itu tidak mungkin berlaku dan jika Allah mengizinkan maka sesuatu itu tetap akan berlaku. Makanya siapa kita yang nak mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini. Dengan mempersoalkan

Pengurus dan Kemelut Membuat Keputusan...

2 November 2019 Bercakap tentang tanggungjawab dan peranan seorang pengurus. Tanggungjawab untuk mengurus ini adalah suatu tanggungjawab yang besar dan memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tahap profesionalisme yang tinggi. Hati dan semangat perlu kuat dan tegar dalam mengharungi cabaran yang datang, terutamanya perkara-perkara yang berkait dengan keputusan yang perlu dibuat.  Pengurusan ini dikaitkan dengan perkara utama mengurus sumber di bawah kawalan dan membuat keputusan. Ketegasan dalam membuat keputusan perlu ada dan keputusan yang diambil perlu lah telah mengambilkira segala bentuk risiko...tentang kesan dan akibatnya. Keputusan yang diambil juga perlulah menjamin  keharmonian anggota organisasi dan memuaskan hati semua pihak..dalam erti kata lain, perlu dielakkan keputusan yang tidak adil dan boleh  menyinggung perasaan. Seseorang pengurus perlu melatih diri untuk berani membuat keputusan demi membetulkan keadaan dan untuk sesuatu yang lebih baik. Seorang Pe

Usah Biarkan Gangguan Emosi Menakluki Diri Kita...

Kadang-kadang hati dan jiwa kita disinggah rasa sedih...emosi kita akan terganggu...rasa ini wajib akan silih berganti singgah dalam hidup kita selagi kita hidup sebagai manusia yang waras yang mempunyai hati dan perasaan...bagaimana agaknya kita nak melawan rasa yang hadir ini. Kita perlu tahu, rasa sedih, kecewa dan derita adalah rasa yang akan memberi kesan kepada biologi tubuh badan kita...kalau dalam tempoh lama dibiarkan berada dalam hati dan jiwa kita, sehingga rasa ini menakluki seluruh jiwa dan raga kita, maka tubuh badan kita akan menanggung akibatnya..memang pasti akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Justeru, elakkan diri kita daripada melayan rasa kelukaan dan kekecewaan yang berpanjangan... Secara umumnya, rasa sedih, trauma masa lalu, kekecewaan, kelukaan, rasa stres dan sebagainya lagi berkaitan akan memberikan kesan kepada emosi kita. Bila emosi kita "tidak sihat" sudah pasti ia memberi kesan kepada sistem dalaman badan kita, dan andai dibiarkan da

Pergi Menemui Pencipta...Salam Takziah

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita sedih...kehilangan Prof. Dato' Dr. Sharifah Mastura...berita sedih ini diterima semasa saya dalam meeting. Arwah dijemput pada pukul 9.45 pagi Jumaat hari ini, 29 November 2019 di usia 69 tahun. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya. Jenazah dimandi, dikafan, dan disolatkan di Masjid UKM. Saya dan kawan-kawan hadir ke Masjid UKM untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jasadnya dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan. Suasana sangat sedih dan hiba apabila wajah kaku arwah ditatap buat kali terakhir...kain kafan yang membaluti tubuh arwah dibuka sekali lagi selepas selesai disolatkan bagi memberikan peluang kepada waris-waris arwah dan rakan taulan arwah yang baru sampai... begitu ramai rakan taulan yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah.  Saya berdiri dari sebelah kaki jenazah arwah, dalam satu depa dari jenazah arwah....menatapi wajah arwah dari jarak itu...j

Jujurkan & Bersihkan Hati Selebihnya Serah Pada Allah...

Dalam hidup ini tidak ada siapapun yang tahu apa ada dalam hati kita...apa yang terdetik di hati dan apa yang difikirkan di fikiran kita. Orang di sekeliling kita hanya mampu melihat perwatakan kita, tingkahlaku kita dan mendengar tutur kata kita...sebaliknya yang tersembunyi di dalam hati dan fikiran kita tetap menjadi rahsia...tidakkan mungkin diketahui orang secara tepat umpama membaca pernyataan di surat...yang jelas maksud yang tertera. Justeru, hati dan fikiran yang kita miliki ini...biarlah kita mengemudinya dengan jalan yang Allah redhai...yang penting untuk hati dan jiwa kita adalah soal keimanan, kejujuran, keikhlasan, tawaduk, bersih dan terlepas dari segala kepura-puraan dan kepalsuan. Seandainya di sini lah kita letakkan dan paksikan hati dan jiwa kita, makanya sudah pasti tiada kejahatan tersembunyi di sebalik dan perjalanan hidup kita lebih tenang dan bahagia... Atas apa jua yang dilakukan, hanya kita yang tahu adakah kita jujur? Adakah kita ikhlas?...kalau jawapa

Hari Lahir Tiba Lagi & Usia Menganjak Satu Tangga Lagi...

22 November 2019 Detik 12.00 mlm kunjung tiba lagi mlm ni menandakan meningkat satu angka lagi untuk penghitungan usia ini. Berputar lengkap 360 hari dalam setahun tanpa sedar masa beredar...tahu2 November muncul lagi...sedangkan serasa baru semalam menyambut hari lahir tahun sebelumnya. Allah...benar janji-Mu bahawa di dunia akhir zaman, keberkatan masa Engkau angkat perlahan-lahan sehinggakan manusia terlupa bahawa masa menjadi semakin singkat...terlupa kerana manusia terlalu "merajakan dunia" Hati rasa takut ya Allah...dengan berganjaknya satu angka lagi pada malam ini, maka ianya memberi peringatan bahawa usia semakin menghampiri saat2 untuk dunia ini ditinggalkan...saat dijemput ke dunia kekal di sana...hati serasa takut kerana risau tentang bekalan untuk ke sana... Justeru, masa yang masih berbaki ini biarlah hamba-Mu ini dapat mengabdikan diri sepenuhnya di jalan-Mu..."Ya Allah, engkau terus istiqomahkan hamba-Mu ini dengan rutin yang dilakukan sekarang. Engk

Lembaran ini Berakhir Jua...

15 November 2019 Hari ni hari Khamis. Hari ni adalah hari terakhir bertugas secara rasmi sebagai Timbalan Pengarah Pentadbiran di Kampus Kuala Lumpur setelah 11 bulan berada di sini. Tanpa sedar masa berlalu begitu cepat...dalam hati berbisik "Allah, hari ni dah Jumaat...tiba jua hari terakhir berada di sini"...walau jauh di sudut hati mengharapkan agar masa berputar lambat...namun masa itu tetap tiba jua..lambat atau cepat rasa terhadap masa itu adalah bergantung kepada perasaan kita pada satu-satu perkara itu sebenarnya. Seawal pagi terakhir tu, saya dah merangka dan menyusun pelan masa dan pergerakan yang perlu dilakukan pada hari terakhir ini...memang kena plan betul2 sebab serasa byk perkara yg perlu diselesaikan...saya menyebut pada zura, my p.a perkara2 yang saya dah susun pergerakannya: 1. Pukul 9.30 pagi saya perlu hadir majlis perpisahan yang diaturkan oleh BSM, my subordinate. 2. Selepas balik ke pejabat, jangkaan jam 11 am - barang2 terakhir yang telah si

Analogi Nafas yang Dihembus dan Disedut...

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera buat pengunjung setia... Dua tiga malam ni tak sempat menulis...mungkin kesibukan di ofis menggamit rasa kepenatan berlebih sikit bila malam hari..justeru memilih untuk solid rehat saja. Idea menjengah di fikiran untuk menulis dan malam ni saya akan menarikan jari jemari ni untuk menulis tentang apa yang kita sayang dan perlu kita tinggalkan...sama ada sayangkan orang, sayangkan benda, sayangkan tempat kerja dan sebagainya lagi. Kita semua faham dan akui dalam hidup ini soal "bertemu dan berpisah" itu memang biasa dan lumrah sifatnya...kalau ada pertemuan pasti ada perpisahan...kalau ada permulaan pasti ada pengakhirannya. Lagikan perkara yang paling besar iaitu hidup yang berakhir dengan penamatnya mati, apalah sgt perkara yang lebih kecil berbanding dengan itu...soal isi lain yang melengkapi kehidupan di alam dunia maksud saya. Pagi semalam tiba2 dapat mesej thru WhatsApp dari bff yang agak puitis dan berbeza dari biasa..

Langit Yang Terbentang Indah...

8 November 2019 Kembali bertamu di Blog. Dua tiga malam ni tak sempat menulis, walau keinginan dan idea untuk menulis tu sentiasa ada, namun kerana rasa sedikit keletihan...makanya idea disimpan dulu sehingga Blog dijenguk semula nanti...dan malam ini menjenguk dan "bertanya kaba" seketika sebelum mata ini lelap dan beradu... Malam ini saya ingin pahatkan di sini tentang suatu rasa...rasa yang dirasai di jiwa dan dihayati keindahannya di pandangan mata. Subhanallah...tiada kata-kata yang dapat digambarkan tentang kecantikan dan keindahan yang dipandang.  Serasa begitu ralat kerana tidak sempat untuk snap gambar "keindahan dan kecantikan" ini kerana saya sedang memandu pada masa itu...memang tak dapat snap gambar..terdetik di hati untuk berhenti tepi jalan sat untuk menikmati panorama indah alam ciptaan Allah yang berada di depan mata dan merakamkan gambar...namun keadaan jalan yang agak sibuk tidak mengizinkan untuk kereta diparkir seketika di tepi jalan...bah