Skip to main content

Letih la Bila Adab Sopan Main Langggar Aje...

Bukan lah nak di complicated kan sangat...

Tapi kadang-kadang rasa geram bila adab yang simple dicomplicatedkan oleh orang lain. Ada masa kita berdiam dan ada masa ko mendapat la. Hadoiiii...

Itu lah dianya.

Ada satu pesen manusia ni bila berkomunikasi ambil mudah..dilanggarkanya semua "hukum-hakam" dalam berbicara lisan mahupun dalam penulisan. Benda simple aje pun..."hukumnya" mudah saja, bila kita rasa ianya tak sopan kalau orang buat untuk kita,..jadi jangan buat kat orang macam tu...sebab sudah tentu orang akan merasakan yang sama.

Contoh "hukum-hakam" mudah dan very basic dalam komunikasi, paling utama bila secara tanpa lisan adalah:

1. Tolong reply pada setiap mesej yang diterima (Kecuali di luar kes biasa ya). Di luar kes biasa ni contohnya, ko tgh bergaduh manja ke, ko memang dah berkerat rotan tak mahu berbaik ke..ko sdg merajuk ke...atau mcm2 yang lain la..nak ditulis semua krg jadi satu buku pula tulisan ni..hehe.

2. Dalam perhubungan biasa more to personal la kan maksud kat sini, bila nak hantar apa2 yang nak dikongsikan, contohnya nak share apa2 ke, nak hantar gambar ke tolong la jangan main forward atau main hantar aje atau main send aje tanpa sebarang intro ayat daripada sender...yang ni kalau main send aje tanpa ada ayat daripada sender..memang kepantangan RZH sungguh la...ko nak cari gaduh ke apa ni...atau ko rasa ko hebat sangat atau ko rasa ko terpaksa sangat nak hantar atau ko tak ikhlas nak hantar...mohon take note kalau dalam hal kerja berbeza ya..dlm hal kerja byk cerita dia lagi..ada konteksnya yang tertentu dan tak blh dipukul rata spt yang saya tulis ni...yg ditulis ni hanya merujuk kepada hal dalam kehidupan biasa atau kehidupan peribadi ya.

Kalau RZH, dia memang pantang sungguh la bila perkara 2 berlaku...sebab tu dia tak akan buat kat orang mcm tu!

Jika ini berlaku, paling simple pemikiran yang hadir adalah...agaknya penghantar ni tak ikhlas untuk hantar..atau macam terpaksa untuk hantar...benda yang tak ikhlas ni memang RZH tidak akan hargai walau perkara yang dihantar atau dikongsi tu sangat diharapkan atau disukai...memang pasti apa yang dikongsikan itu tidak akan digunakan atau bahasa kasarnya "lantak situlah". Orang kata bukan kita hadap sangat..jadi pengajarannya jika kita rasa terpaksa atau rasa tak ikhlas...tak payah share sebab org yang nak menerima tu pun tak harap dan tak ingin pun untuk menerima benda yang terpaksa atau tak ikhlas ni.

Benda simple dalam hidup ini adalah biar diri kita sentiasa beri lebih...kita beri sepuluh kali penghargaan kepada orang yang tahu menghargai dan sepuluh kali penghormatan kepada orang yang tahu menghormati...

Makanya, please show respect dalam berkomunikasi kerana itulah adab dan nilainya untuk refleksi kan siapa kita, bagaimana nilai dan budi pekerti kita...secara lebih kurang orang blh mengagak drpd gaya komunikasi kita..jadi hati2 semua... Sebuah hubungan yang panjang dan kehidupan yang harmoni adalah sgt bergantung kepada sikap dan cara kita berkomunikasi. Jika sayangkan suatu hubungan yang terjalin...maka jagalah adab dan nilai dalam komunikasi kita.

Bicara di awal pagi,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe