Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Mencari Bahagia Sebenar...

Rasa bahagia itu menjadi dambaan dan keinginan semua orang. Tidak ada seorang manusiapun yang ingin menolak bahagia. Semua orang inginkan kebahagiaan dalam erti kata bahagia yang sebenar. Apa itu bahagia yang sebenar? Bahagia yang sebenar adalah bahagia yang dirasai dan dimiliki atas jalan yang Allah redhai. Bahagia sebenar juga adalah bahagia yang kita miliki bukan atas air mata dan kelukaan orang lain. Dengan kata lain, bahagia itu bukan kerana kita mengambil hak atau milik orang lain...Itulah dia bahagia sebenar. Bagaimana kita nak mencari bahagia sebenar? Persoalan ini sebenarnya mudah untuk ditulis, tetapi daripada segi pelaksanaan dan realitinya memang menuntut kekuatan iman dan kekuatan hati yang cukup tinggi. Kerana apa? Kerana untuk memperoleh bahagia yang sebenar kita perlu menghadapi dan melepasi ujian, dugaan dan rintangan hidup yang sangat besar. Kebahagiaan sebenar ini kita akan peroleh bila kita menjaga hubungan yang baik dengan Allah. Untuk mendapat hubungan yang baik d

Alhamdulillah Bertemu November Lagi...

22 November 2020 (Ahad) Burung merpati terbang tinggi Terbang bersama si burung merbah Ulang tahun kelahiran kembali lagi Semoga iman dan takwa makin bertambah Padi sawah padi huma Tumbuh menguning milik Pak Dian Ucapan hari lahir banyak diterima Memberi semangat & rasa kebahagiaan Tanam betik di pinggir laman buahnya lebat enak dimakan semoga rezeki sentiasa dimurahkan Umur pula diberkati Tuhan Alhamdulillah...rasa syukur pada Allah dipanjatkan kerana masih diberikan Allah hayat dalam kehidupan ini untuk ke tahun berikutnya. Hari ini nombor usia berubah meningkat ke satu angka lagi. Hari ulang tahun kelahiran pada tahun 2020 ini jatuh pada hari Ahad... Secara peribadi, pada saya nombor yang berganjak ini sebenarnya mempunyai maksud dan definisinya. Berganjaknya satu nombor ini  memberi maksud bahawa satu lagi anak tangga yang menghampiri ke "pintunya" didaki, anak tangga yang semakin menghampiri untuk ke sana. Allahuakbar. Usai solat subuh awal pagi tadi, lembaran permul

Pengurusan Stres Bekerja Dari Rumah.

Pagi ni seperti biasa menjenguk juga ke blog. Kalau hari minggu beginilah rutinnya, usai saja kerja-kerja ofis yang dibawa balik ke rumah, terus masuk sini sekejap. Ada idea untuk menulis, makanya layan saja dulu sesambil menunggu masa nak masak kejap lagi. Dapat menulis ringkas pun dah kira okey la. Menulis ini pun terapi juga, sebab kita dapat keluarkan apa yang ada dalam benak minda kita dan menterjemahkannya dalam bentuk ayat atau dengan kata lain penterjemahan pemikiran kita dalam bentuk tulisan. Semalam dijemput menyampaikan talk tentang Pengurusan stres Bekerja Dari Rumah untuk kakitangan Koperasi Unikeb. Perkongsian ini disampaikan secara zoom. Bila memberikan talk berkaitan dengan komunikasi dan organisasi, tajuk itu sudah tidak asing dengan saya. Kali ini dijemput untuk tajuk pengurusan stres, dan rasa saya ini pertama kali saya bercakap tentang tajuk ini. Tidak lah asing juga buat saya, sebab pengurusan stres ni juga merupakan salah satu elemen penting dalam perkaitan manusi

Kecelaruan politik organisasi...

Sekadar saja-saja menulis tentang tajuk ini. Sudah lama sebenarnya nak menulis tentang ini tetapi tertangguh-tangguh. Tertangguh itu sebab malas nak beratkan fikiran untuk berfikir dan mencerap dengan lebih terperinci. Penulisan yang berat memang agak memenatkan fikiran sebenarnya. Rujukan juga perlu dibuat serba sedikit bagi melengkapkan info. Tapi malam ni idea lancar saje keluar untuk penulisan ini disiapkan. Makanya kita layan... Okey, mari kita sama-sama fahami apa itu politik. Politik adalah sesuatu yang berkait rapat dengan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh. Kerana perebutan kuasa, autoriti dan pengaruh inilah membawa kepada berlakunya politik organisasi yang akhirnya membawa kepada kecelaruan dan percaturan yang tidak sihat. Politik organisasi bermaksud penggunaan kuasa dan pengaruh dalam organisasi bagi tujuan mencapai tujuan dan agenda tersembunyi. Politik organisasi ini lebih bersifat kepentingan diri tanpa mengambil kira kesan terhadap organisasi secara keseluruhan. Pada

Scone Buat Minum Petang

Sudah lama rasanya tidak berbaking-baking. Baru perasan dah lama rupanya "tidak bermain" dengan butter dan tepung. Petang ni ada masa sikit walaupun tahap kerja yang perlu dibereskan ibarat macam "tinggi menggunung". Tapi tak mengapalah curi masa sekejap untuk terapi diri dengan apa yang kita suka. Makanya onzzz la nak buat scone lewat petang tadi. Scone ni adalah sejenis menu yang saya panggil "dwi alam". Hehe mengapa saya kata dwi alam, sebabnya dia membawa dua2 ciri biskut dan kek...kat luarnya rangup macam biskut dan kat dalamnya lembut ala2 kek. Macamana scone ni boleh "menambat" hati saya. Ya, sebab menu ni telah diviralkan oleh Kak Lina Pom Pom dalam drama Kampung People 2...asyik dok menyebut 'sekones" dalam drama itu...haha lucu habih la jenuh husband nya dok membetulkan sebutannya. Walaupun saya bukan penggemar menengok citer2 di TV, tapi kadang2 terdengar juga dialog2 drama ni sesambil saya dok depan laptop kat rumah.. Buat sc

Bicara Tentang Aura dan karisma First Lady Amerika Syarikat...

Penulisan kali ni nak menyentuh tentang cerita jauh berjuta baru nun sana...tidak pernah terfikir pun ada minat untuk menulis tentang ini..tapi bila ianya ada berkaitan tentang aura dan karisma, makanya hati terusik jua untuk menulis. Sehari dua ni negara sibuk dengan Pembentangan Belanjawan 2021 di mana sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan. Dan semalam pula tentang berita kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat mengalahkan calon lawannya Donald Trump yang selepas ini perlu meninggalkan White House.   Saya tidak berminat untuk membicarakan tentang kedua-dua tokoh politik ini...siapa yang menang, maka memerintah lah, dan siapa yang kalah, maka berundurlah. Apa yang menarik minat saya untuk menulis adalah berkaitan bakal "first lady" Amerika Syarikat ni, iaitu isteri kepada Joe Biden. Mengapa saya berminat, kerana saya suka membaca biodatanya...seorang wanita yang digambarkan mempunyai aura dan karisma yang tinggi. Secara ringkas daripada pembacaan saya, Biodata

Selamat Jalan Sahabat, Radzuan Hj. Ghazali & Damailah Di Sana...

"Boss, bila nak bagi artikel?" "Boss emel aje saya, nanti saya majukan kepada editor" "Nanti la Wan, bila saya dah rasa nak bagi artikel nanti saya bagi Wan ya", balas saya sambil tersenyum. Teringat perbualan dengan Wan hampir setahun yang lalu. Selepas tu, selalu juga Wan bertanya tentang artikel, tapi saya yang belum berkesempatan. Wan adalah seorang sahabat, juga rakan sekerja merangkap subordinat (semasa saya bertugas di PKK beberapa tahun lalu). Sebagai seorang sahabat, Wan saya kenali sejak saya berkhidmat di UKM hampir 23 tahun yang lalu. Jiwanya memang jiwa media. Kepakarannya memang dalam media. Sebelum bekerja di UKM, beliau pernah bekerja dengan pihak akhbar kalau tak salah saya. Orangnya mempunyai jaringan yang sangat hebat dengan media. Pendek kata Wan ni terkenal namanya dalam kalangan orang media. Orang media yang masuk ke UKM untuk cover acara-acara UKM datang melalui jemputan yang dihantar oleh Wan. Terimbau juga dulu tahun 2014, saya dim

Ayam Goreng Kicap Bercili...

Alhamdulillah, hari ni kembali kepada resepi masakan. Resepi yang sangat simple dan cepat untuk disediakan. Bagi mereka yang nak masa penyediaan yang cepat boleh cuba resepi ni. Jom kita lihat bahan-bahannya: 1. Seekor ayam dipotong empat. Kalau nak potong kecil pun boleh juga.  2. Empat ulas bawang putih dan satu labu bawang holland. 3. Cili besar merah dua tangkai dan cili api dalam tujuh lapan tangkai. 4. Satu kiub ayam 5. Sedikit sos cili, sos tiram, kicap dan air asam jawa. 6. Garam dan gula juga serbuk perasa jika suka. Cara-cara: 1. Bersihkan ayam dan cucian ketiga dengan air asam jawa. Cucian terakhir dan bilas bersih.  2. Ayam dilumurkan dgn tiga ulas bawang putih yang ditumbuk lumat, satu sudu besar garam dan sedikit kunyit, dalam setengah sudu besar. 3. Selepas dibiarkan dlm 10 minit boleh digoreng. Masa goreng tutup sekejap dulu di permulaan dlm lima minit dan slps tu tutup boleh dibuka. Tujuan ditutup sekejap semasa awal tu adalah untuk melembutkan ayam berkenaan supaya di

Pengurusan Masa...

Pengurusan masa adalah perkara yang sangat penting dalam dunia kerjaya dan dunia peribadi. Kalau kita tidak pandai menguruskan masa memang semuanya akan terasa "terkejar-kejar" dan tak sempat. Masa itu emas kata pepatah, maka gunakanlah dengan sebaiknya. Semua orang mempunyai hanya 24 jam sahaja dalam satu hari, tidak ada yang lebih atau yang kurang. Semuanya sama. Cuma yang berbeza adalah bagaimana kita menggunakan dan memanfaatkan masa yang ada itu. Apa prinsip penting dalam pengurusan masa sebenarnya? Sudah pastilah perancangan dan penyusunan masa  dengan bijak dan berkualiti. Bahagikan masa kepada segmen2 wajib dan rutin dalam hidup. Apa dia segmen wajib tu? Masa kerja, rehat, ibadat, makan, masa bersama pasangan dan anak-anak, masa bersama sanak-saudara, sahabat handai, riadah, dan tidur. Segmen2 ni nak tak nak memang kena buat sebab itulah rutin hidup kita. Dalam 24 jam tu, 9 jam kita dah ditolak dengan waktu kerja campur waktu pergi balik satu jam lebih kurang. Tidur p

Colek Buah ala kelate...

Sekian lama teringat colek buah ni (pencicah). Kami ore kelate panggil colek (sebutannya mesti kena sabdu kan di permulaan sebutan ya). Namun dalam kesibukan yang tidak bernoktah ni, tak pernah sempat untuk membuatnya. Bercampur pulak tidak serius untuk buat makanya bayangan kenangan lalu saja lah yang dok teringat dan terbayang di mata. Hampir 40 tahun lalu, masa tu saya masih di sekolah rendah. Masa tu arwah wo (nenek) sebelah ayah memang selalu buat colek ni, terutamanya masa pokok jambu air atau kami panggil jambu nnawa berbuah lebat. Ya, memang lebat. Pokoknya besar dan bercabang dua betul2 di depan tangga di laman rumah arwah wo. Besar pokoknya lebih dari satu pemeluk orang dewasa. Kalau masa musim pokok jambu ni berbuah memang best sebab pelbagai fenomena dapat dilihat...bunganya yang gugur ke tanah, daun2 berguguran penuh di laman, dan buah2 yang juga turut jatuh. Laman rumah memang akan disapu setiap hari. Juga fenomena ramai orang kampung akan singgah dan bersembang sambil me