Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Resepi Sedapzaini: Sambal Udang Petai

Pagi tadi Mr. Husband keluar pergi beli sarapan. Tiba-tiba balik bawa petai...dah lama sebenarnya tahankan diri daripada beli petai ni sebab petai ni bila makan nanti, satu badan berangin dan sakit-sakit. lagi satu sebab dia bisa sangat untuk orang berpenyakit gout. Mr. Husband memang ada gout, jadi sangat beringat dengan makanan yang diambil. Saya terlopong tengok Mr. Husband pegang petai banyak-banyak tu...dalam hati berbisik..eh eh husband saya ni tak serik-serik lagi ke kena sakit gout dek penangan petai ni. Tiba-tiba dia cakap dia beli petai tu untuk saya...geram katanya dengan petai tu besar-besar dan bulat-bulat pulak tu... mesti saya suka katanya. Mr. Husband memang tahu saya ni memang suka petai mentah (suka semenjak kawin dengan dia la..hihihi, dulu2 memang saya tak makan petai). Saya pula memang control sikit makan petai ni walaupun memang sangat sedap rasa dia...hujung2 minggu boleh la nak makan petai sebab cuti dari kerja kan...kalau hari bekerja saya tak ambil petai...h

Resepi Sedapzaini: Chocolate Chip Butter Cookies

Dah lama rupanya saya tidak menjenguk ke blog. Kesibukan masa dan sedikit 'keletihan' menjadikan saya tak sempat untuk menulis...banyak pengalaman-pengalaman yang ingin dikongsikan sebenarnya...tak mengapa, ada ruang dan masa nanti saya konsikan satu persatu ya. Petang ni sekadar nak menitipkan resepi buat butter cookies ni. Sebenarnya minggu lepas saya dah buat cookies ni tapi tak sempat nak share..biskutpun dah habis....hari ni boring dan tak tahu nak buat apa, makanya buat lagi. Saya seronok baking membaking ni, nak2 cookies ini yang sangat mudah sekali disediakan. Tak perlu guna mixer bagai, guna sudip biasa atau spatula saja...tapi perlu ambil maklum ya, cookies ni dia bukan jenis rangup macam biskut raya tu...biskut ni rangup campur lembut ala kek di bahagian tengahnya...kerana itu biskut ni sesuai untuk minum petang...meh saya kongsikan cara buatnya. Bahan2: 1. Butter dua cawan dicairkan. Lebih kurang satu buku dan suku butter tu yer. Saya guna