Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Buat Dengan Hati dan Letak Jiwa...

Buat Dengan Hati, Letak Jiwa, & Ikhlas anggerikdesa Sesuatu itu kalau kita buat dengan hati dan meletakkan jiwa di dalamnya..pasti hasilnya indah dan hebat...seindah keikhlasan yang kita berikan...justeru amalkan secara istiqamah BUAT DENGAN HATI, LETAK JIWA, dan IKHLAS Hayati sepenuhnya pengertian IKHLAS..ikhlas itu adalah apabila: 1. Kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa jua balasan dan ganjaran daripada manusia, sebaliknya hanya redha Allah saja yang diharapkan. 2. Kita sentiasa okey dan steady, walau orang tak hargai kita, tak ucap terima kasih dan tak nampak kita atas apa jua yang kita lakukan. 3. Kita tidak marah dan tidak berkecil hati kalau orang tak hargai. 4. Hati kita tidak mudah terusik dan tersentuh malah kita terus berjiwa besar dan sentiasa mengukirkan senyuman. 5. Kita terus istiqomah dengan niat kita dan tujuan kita, walau orang tidak pandang dan tidak hargai. RZH 15 Jun 2020

Reset Minda...

RESET MINDA DI AWAL PAGI anggerikdesa Santai dan ringankan fikiran daripada apa jua perkara yang negatif..kerana apa, kerana benda2 yang negatif boleh menyebabkan aura negatif mengelilingi kita...kesannya apa? Aura negatif akan melemahkan kita..badan kita letih, fikiran kita tidak aktif, hati dan perasaan kita resah dan kita jadi tidak bersemangat...Justeru, mengapa perlu kita membiarkan gelombang negatif menakluki hati dan diri kita sedangkan kita tahu ia akan menjadi benteng kepada kebahagiaan, keceriaan, kedamaian dan ketenangan yang kita perlukan untuk sukses dalam kehidupan. Apa dia yang negatif itu, antaranya: 1. Jangan marah2. 2. Jangan berleter dan membebel 3. Jangan merungut2 4. Jangan bercakap tidak baik tentang orang lain..jangan mengata orang 5. Jangan berperasangka 6. Jangan berfikiran negatif Jom hindari gelombang negatif...fikir yang baik2 dan indah saja. Jangan risau kalau orang buat kita...itu soal dia dgn Allah...soal kita terus berikan senyuman dan kek

Biasakan Yang Tidak Biasa...

Dalam hidup ni kalau kita biasakan benda yang tidak biasa makanya ia akan menjadi benda yang biasa kepada kita...apa jua perkara baru buat saja dulu..feel kan dulu...mulut jangan biasakan menyebut susah sebelum kita membuatnya...apa jua perkara bila kita fikir mudah insyaAllah mudah..itu konsep NLP...bila kita awal2 lagi fikir susah..memang sampai akhirnya pun susah... Contohnya, di permulaan PKP dulu yang bermula 18 Mac 2020...zoom meeting ini adalah perkara baharu bagi kebanyakan orang yang bekerja..mungkin ada yang dah biasa, tetapi ianya tidak menjadi kelaziman sangat pada masa sebelum PKP. Sekarang ni zoom meeting adalah perkara rutin dalam new normal ini. Semasa PKP, semua kerja2 ofis perlu dilaksanakan daripada rumah (WFH)...pada saat ini lah zoom meeting atau apa saja saluran meeting atas talian menjadi "sangat popular"...betul di permulaan (semasa meeting pertama) rasa agak janggal dan kekok...ya, benda baharu pada kita kan...tetapi bila meeting kedua, ketiga dan