Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Agar Hidup Allah yang Urus...

Agar Hidup Allah yang urus... Ya, tertarik sekali dengan tajuk buku yang muncul di mata saya pada saat Apps Play Books online ini saya layari. Ya, melayari ebook ni adalah antara kesukaan saya di saat rasa ketandusan untuk mencari sesuatu yang baharu dan menarik minat untuk dibaca. Saya klik ebook itu...membaca prakatanya...ya menarik. Buku ini tulisan Abdullah Gymnastiar, cetakan September 2015. Makanya terus tanpa sedar membaca dengan cepat dan menangkap intipati kepada penulisan ini. Sedar2 sudah di mukasurat 50...ehhh cepatnya bisik hati kecil saya. Tinggal lagi 18 halaman berbaki....habiskan saja la..bisik hati kecil ini lagi. Buku ini tidak banyak mukasuratnya...hanya 68 halaman...ada 5 jurus yang dibicarakan dalam buku ini, dan menjadi sub tajuk di dalamnya, iaitu, soal hati perlu tulus,  ibadah perlu bagus, hidup perlu lurus, ikhtiar perlu serius, dan Taubat perlu terus menerus. Namun apa yang menggamit saya untuk saya share di sini adalah tentang jurus kelima, iaitu ju

Perkongsian Buku Personaliti Unggul.

Menulis itu satu terapi diri dan latihan untuk menajamkan minda...logiknya begitu la sebab ada satu kajian menyatakan fikiran kita akan lebih cerdas dan lebih banyak idea kalau sentiasa diasah...itu kata kajian, realitinya tak pasti la kan...cuma pada saya secara peribadi, penulisan ini memang sesuatu yang mendamai rasa dan menenang jiwa...jika tidak mahu fikiran kitaterbawa, terheret, tersinggah, dan terrrr  macam2 lagi kepada perkara2 yang menyesakkan minda...makanya menulis la...itu cara saya...sudah pasti cara orang lain mungkin macam lain pula... Hokey...malam ni tanpa sengaja tercapai satu buku yang telah sekian lama dibeli, kalau tak salah saya lima enam tahun lalu mungkin. Buku ini adalah buku tulisan Ahmad Amri Zainal Adnan..buku ini diterbitkan tahun 2009. Saya suka penulisan dan cara pemikiran penulis ini...sangat memberikan inspirasi dan semangat untuk mencapai sukses dalam kehidupan. Kebetulan saya menyelak tu, terus ke satu page...tajuk besarnya adalah tentang "P

Perkongsian Gis Seminar Magnet Rezeki Reset Minda

Mengimbau kembali ajakan adik di kampung yang diutarakan melalui Family's whatsApp group untuk kami adik-beradik semua dapat hadir sama-sama ke Seminar mengenai "Magnet Rezeki Reset Minda" oleh gabungan padu, Datuk Profesor Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah daripada Indonesia. Seminar ini akan diadakan pada 22 Februari 2020 bertempat di Bangi Avenue Convention Center, Taman Bangi Avenue, Bangi, Kajang.  Adik sebenarnya inginkan semua ahli keluarga dapat bersama-sama dalam seminar ini kerana katanya sangat baik untuk kehidupan dalam segala aspek kehidupan. Katanya dia telah hampir setahun lebih mengikuti perkongsian dan ilmu daripada Datuk Dr. Muhaya dan Pak Nasrullah ini. Time adik mengajak tu sebenarnya baru di awal bulan dan masih lama lagi dengan tarikh seminar ini. Namun, sa ya pada masa itu telahpun komit diari dengan satu talk berkaitan Penulisan surat rasmi, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kalau belum komit berminat juga saya dengan seminar sebegini. Tapi sayang s

Mati itu Mengingatkan Dunia ini Sementara jua...

Allahuakbar... Perasaan bercampur baur...rasa gelisah dan gusar memikirkan tentang kematian  demi kematian yang menjemput...siapa jua akan dijemput Allah bila masanya tiba..tidak lewat ataupun awal walaupun sedetik. Seminggu dua ini dikejutkan dengan berita2 kematian selebriti terkenal tanah air...memang tidak kenal secara peribadi dengan mereka, namun kenal kerana mereka adalah public figure. Berita kematian mereka dan sesiapa jua akan memberikan kesan kepada hati dan menggamit ingatan bahawa kita semua akan mati. Berita2 tentang mereka keluar melalui televisyen, radio, dan media sosial. Bukan isunya di sini nak menyatakan tentang publisiti itu...tetapi nak menyatakan bahawa isunya berita2 kematian ini akan memberikan peringatan kepada kita yang masih hidup ini bahawa mati itu pasti...semua yang hidup pasti mati. Cuma masanya saja kita tidak tahu. Soal mati ini tidak mengenai usia, muda atau tua...tidak mengenal tahap kesihatan, sakit atau sihat...tidak mengenal kita orang pop

Aspek Kepimpinan Yang Sangat Penting Bagi Seseorang Pengurus.

Kepimpinan seseorang pegawai adalah antara aspek yang sangat penting dalam memacu kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan seseorang pengurus atau ketua dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan ditakrifkan sebagai keupayaan memimpin seseorang pengurus dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Keupayaan memimpin ini merangkumi proses perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan, pemantauan, penyeliaan, dan proses membuat keputusan sebagaimana yang disebut oleh sarjana pengurusan terkenal Henry Fayol. Daripada penelitian dan pengalaman sebenar yang dilalui, saya mempunyai pandangan tersendiri terhadap perlunya beberapa perkara penting dalam kepimpinan yang perlu ada bagi seseorang pengurus, dan seandainya telah ada masih perlu ditambahbaik dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang dan berkualiti. Secara umumnya, peranan seorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah sebagai perancang organisasi, simbol identiti dan imej organi

Mengenang Seorang Sahabat...Doa Kesembuhan & Dimudahkan Segalanya...

Selepas solat maghrib tadi sehingga kini fikiran memikirkan tentang keadaan sahabat senior kami yang sama-sama dalam perjuangan dalam karier ini. Kiranya macam bos juga la beliau kepada kami. Fikiran mengimbau semula masa awal-awal masuk kerja dulu...lebih 20 tahun yang lalu...saya mengenali beliau sebagai seorang pegawai senior yang sangat baik orangnya, lembut tutur katanya, tertib juga orangnya dan kemas penampilannya. Sesekali suka bergurau dan sesekali nampak serius juga di raut wajahnya. Mula-mula mengenali beliau, memang permulaannya saya betul-betul agak formal...ya opkos takut kami pegawai2 muda ni dengan pegawai senior yang gred2 tinggi ni..takut satu hal, tapi sebenarnya lebih kepada kami menunjukkan tahap hormat yang sangat tinggi kepada senior sehingga kadang2 mulut kaku nak bercakap lebih risau takut terlebih peramah pula. Namun, bila makin lama dan makin banyak terlibat dengan banyak program-program di peringkat universiti menjadikan team kami dengan pegawai2 senio