Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Konsep Asas Sedekah...

Sedekah atau infak adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Banyak bentuk sedekah yang boleh kita amalkan, sedekah Jumaat, sedekah subuh, sedekah bulanan atau mingguan di rumah orang tua, anak2 yatim, sedekah untuk meringankan kesusahan orang yang memerlukan, sedekah melalui konsep wakaf, pembelian Al-Quran dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan,  infak untuk pembinaan masjid, pondok agama, rumah anak yatim dan pelbagai bentuk lain lagi. Sedekah perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas tanpa ada niat di sebaliknya. Lagi afdal jika ianya dilakukan secara istiqomah. Sedekah bukan untuk kita menunjuk-nunjuk kebaikan atau sifat ambil berat dan keprihatinan kita. Tidak perlu kita mencanangkan kepada semua orang tentang sedekah atau sumbangan yang telah kita buat kerana konsep sedekah ini adalah antara kita dengan Allah sahaja. Umpama tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak mengetahuinya, hatta pasangan kitapun tidak mengetahui tentang sedekah yang kita buat. Kalau salah percat

Hati & Minda Perlu kuat...

Hidup ini akan terus ke depan dan tidak mengundur. Masa akan terus bergerak ke depan dan tidak juga mengundur. Justeru, Pemikiran kita juga perlu terus bergerak ke depan dan dinamik seiring dengan waktu yang berputar. Setiap detik yang masih bersisa ini jangan kita mudah mengaku kalah. Hati perlu kuat! Setiap apa yang Allah uji itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pegang di situ! Jangan kita biarkan rasa down dalam diri kita menguasai dan menjadi peneraju kepada diri kerana kelak rasa down itu akan memberi kesan kepada emosi kita. Kawal minda kita, agar emosi sentiasa sihat walaupun diri kita tidak sihat. Emosi sihat akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk apa jua sakit kita. Jika diuji dengan kesakitan, bersabar dan redha dengan apa yang Allah takdirkan. Cari penawar dan ubat kepada kesakitan yang dilalui. Berdamailah dengan sakit itu dalam erti kata "kita berbaik" lah dengannya. Bagaimana mencari kekuatan di sebalik kesakitan: 1. Sentiasa ingat apa jua penyakit yang d

Kadang-kadang Kita Keliru Bila Perbuatan Tidak Selari dengan Pembawakan Diri...

Kadang-kadang berlaku fikiran kita jadi keliru dengan sesuatu yang kita lihat dan kita perhatikan. kekeliruan akan muncul apabila berlaku perbuatan tidak sama dengan pembawakan dan personaliti. Kadang-kadang berlaku perbuatan kita tidak sama dengan apa yang sering kita perkatakan dan ini boleh mewujudkan tanggapan tertentu dalam komunikasi yang mungkin boleh mencemarkan imej kita. Itu agaknya, benar sekali orang kata, sekiranya kita tidak mahu diperkatakan oleh orang lain, makanya kita perlu praktikkan apa yang kita katakan. "Practice what you preach or change your speech" Aduhai, risau juga dengan pepatah ini. Risau tersalah langkah nanti diri sendiri juga boleh termasuk dalam situasi ini. Kerana itu, dalam hidup ini kita perlu sentiasa berdoa pada Allah, agar Allah sentiasa menjaga kita daripada tergelincir daripada landasan. Dan kalau sekalipun tergelincir, insyaAllah dipandu naik semula ke track. Kembali kepada pernyataan di atas, kita ni sebagai orang yang kenal rapat co

Cheesekut Sedap...

Rasanya dah lama juga tidak masuk dapur. Teringat nak makan cheesekut, makanya lewat tengah hari tadi buat la juga pelan2...dah lama sangat tak buat cheesekut, kek tiramisu dan seumpamanya...tak sempat nak beku molek sibuk nak potong dah😅...tak apa la, cheese yang meleleh tu makin menambah nikmat sedapnya... Sesekali dapat menikmati rasa cheese meleleh yang sebegini memang rasa sedap sangat. Rasa biskutnya yang lemak2 ni berpadu dengan salutan cheese yang berpalut likat dengan milo dan aroma nescafe memang memberikan rasa sedap yang tak terkata. Bagi yang ingin mencuba boleh cuba resepi ni ya. Bahan-Bahan: 250gm cream cheese Setengah tin susu pekat manis Yogurt natural setengah cup kecil Biskut tawar besar setengah pack Milo dan nescafe untuk ditabur di atas Fresh milk. Cara-cara: 1. Blend sebati cream cheese dan susu juga gula dan yogurt. Jika tiada yogurt boleh masukkan sedikit perahan lemon. 2. Dalam bekas empat segi, susunkan biskut menjadi satu lapis. Sebelum disusun, biskut dice

Hidup Ini Satu Pengembaraan...

Hidup ini satu pelayaran dan pengembaraan menuju redha Allah dan kampung abadi di sana. Dalam pelayaran dan pengembaraan ini sudah pasti banyak onak dan duri yang perlu dilalui. Seandainya kita berjaya melepasi setiap kesulitan itu, redha dengan setiap ujian dan sentiasa kukuh dengan iman dan takwa, insyaAllah kita beroleh kebaikan dan kejayaan. Ujian paling besar dalam hidup ini adalah ujian kesihatan. Semua orang sebenarnya tidak menyedari kesihatan itu adalah nikmat yang paling utama dan paling besar dalam hidup sehinggalah Allah mengujinya dgn kesakitan. Bila Allah tarik nikmat sihat maka kita akan tahu betapa mahalnya nilai kesihatan itu. Justeru, bersyukurlah bila kita masih Allah berikan kesihatan yang baik. Ucaplah rasa syukur dengan penuh keikhlasan bila setiap hari bangun dari tidur Allah masih lagi memberikan kita sihat dan mengizinkan kita terus bernafas di muka bumi ini. Jangan kita terlalu sombong sehingga kita lupa yang apa jua yang ada ini adalah milik Allah. Dalam hidu

Reset Minda & Recharge Diri : Motivasi & Semangat Sesegar Kembang Teratai

Cuti panjang CNY dan hujung minggu sudah habis. Esok yang kerja ofis akan kembali bertugas sama ada BDR atau BDO. Sentiasa set kan minda kita untuk "Bersedia" dan "Bersemangat". Kerana SEDIA dan SEMANGAT ini akan menjadi vitamin yang sangat baik untuk motivasi dan rangsangan diri.  Motivasi diri sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Tanpa motivasi kita tak akan rasa teruja untuk melakukan apa jua. Motivasi yang tinggi akan memacu kita untuk sentiasa berikan yang terbaik. Bila kita bermotivasi dan mempunyai rangsangan yang baik terhadap diri, maka akan terhindar dari rasa malas, rasa letih dan rasa tak ada mood. Sebaliknya hati dan jiwa kekal di momentumnya dan sentiasa segar untuk memberikan yang terbaik kepada amanah dan tanggungjawab kita sama ada Bekerja Dari Rumah atau Bekerja Dari Ofis. InsyaAllah. Salam Hormat, RZH

Salam 1 Rejab Bersama Kembang Teratai..

13 Februari 2021  I  1 Rejab 1442H Pagi ni, seorang sahabat yang sangat dekat di hati, sahabat dunia akhirat mengirimkan gambar bunga teratai ini di awal pagi. Cantik sangat. Sesambil dia beriadah katanya, ternampak bunga ini dan dikirimnya pada saya.  Sahabat ini memang cukup tahu apa kesukaan saya..melihat pemandangan alam yang indah, bunga berkembangan di tasik, bayu laut dan pantai, sudah pasti ingatannya akan pergi kepada saya. Katanya setiap kali unsur-unsur alam yang begitu datang di penglihatannya, maka secara automatik saya yang akan hadir di kotak fikirannya. Makanya dia pasti akan snap gambar dan hantar pada saya. Termasuklah cerita pagi ni, tiba2 masuk gambar bunga teratai ni dengan caption "Good morning"...Ya, pada saya keindahan unsur alam sebegini memang sangat menenang dan mendamaikan..terapi diri yang cukup baik! Bercerita tentang bunga Teratai ni. Sempat la tanya Pakcik Google satni. Teratai ni jenis habitatnya tumbuh di air yang tenang. Banyak nama panggila

Raikan semua bentuk Idea..

Kata Albert Einstein, "Dunia yang kita bentuk datang daripada proses pemikiran kita. Ia tidak berubah jika kita tidak mengubah pemikiran kita." Juga memetik kata Ainon Mohd dan  Zamri Mohamad dalam buku mereka bertajuk "Seni Berfikir Kreatis Untuk Bisnes dan Hidup" 1. Berlatih berfikir untuk menambah baik sesuatu perkara tanpa perlu menunggu masalah timbul. 2. Bagi memberi rangsangan positif, berikan keselesaan kepada orang lain yang cuba melontarkan idea tanpa perlu dia mempertahankan idea. 3. Jangan sibuk mencari kelemahan idea lama, fokus kepada memberikan idea yang lebih baik. 4. Semakin kerap kita berlatih membina idea baharu tanpa menghukumnya terlalu awal, kita membina otot-otot berfikir yang lebih baik. 5. Jangan kita memangkah awal idea orang kerana pada kita ia kelihatan tidak logik. Perbuatan begini tidak baik diamalkan. Berikan ruang untuk idea2 ini. 6. Idea2 kecil adalah jambatan yang membentuk idea besar. Dalam buku ini saya suka dengan satu petikan ay

Hiduplah di masa sekarang (Real Time)

  Kalau kita sering membawa sekali ingatan masa lampau memang kita tidak akan dapat bergerak pantas untuk pergi jauh. Bebanan masa lampau yang kita "pikul" bersama akan menjadikan fikiran kita sarat dan penat. Kita juga jadi terbelenggu. Justeru, tinggalkan semua kenangan masa lalu di mana ia berlaku. Biarkan ia di situ. Jangan bawa sekali di setiap perjalanan kita kerana pasti banyak onak dan duri di depan yang perlu kita fokus dan bersedia. Andai bebanan lalu makin menambahkan berat, sudah pasti akan lebih membebani dan menambahkan kesulitan kita dalam menghadapi apa yang sedang dilalui. Kata pujangga, fikiran kita ni biarlah kita memikirkan dan fokus dengan masa sekarang dan bukan masa yang lepas dan masa yang mendatang. Mengapa kita perlu resah dan bimbang dengan perkara yang telah berlaku dan yang belum berlaku sedangkan realitinya ia telahpun berlalu dan belum berlaku, sehingga kita tidak dapat memberikan fokus kepada masa sekarang yang sedang kita lalui. Saya tertarik

Bermain layang-layang...

Zaman kanak2 dulu memang terror sangat bermain layang-layang ni. Main dengan kawan-kawan di padang yang luas. Sambil main, sambil tangkap pepatung atau kami panggil "puting beliung". Ya, zaman dulu2...mana ada gajet2 moden macam dunia kanak2 sekarang kan. Itu lah permainan kami petang-petang. Layang-layang ni kita kena main di tempat lapang yang berangin, atau tepi pantai masa angin sepoi2 waktu petang...kalau tak ada angin, mana maunya layang-layang "terbang". Ya...nak terbang tinggi ni kena "berangin" la kan... Pemain atau pengemudi layang-layang  juga perlulah seorang yang pandai nak 'chut" kan tali layang-layang tu..tali layang-layang ni perlu di "main-main" kan sikit-sikit dulu...tarik-tarik dan lepaskan sikit-sikit...ikut keadaan anginnya...selepas dah berjaya naik ke atas...makanya kira okey la tu. Di permulaan nak bagi naik tu aje yang rumitnya..dah berada di atas kiranya bergantung pada anginnya dan cara tali itu "dimainkan