Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Saat Melangkah Ke Alam Pekerjaan...

Rindu bertandang menggamit kenangan zaman mula2 memasuki alam pekerjaan dulu..rupanya sudah berpuluh tahun yang lampau...MasyaAllah Saat yang paling membahagiakan selepas tamat pengajian adalah pada saat kita menerima surat tawaran untuk menjawat satu2 jawatan atau pekerjaan. Tidak kira la sama ada di syarikat swasta atau jabatan kerajaan.  Masa tu kegembiraan tidak terucap..hati berbunga2. Senyuman tak lekang di bibir..riak wajah penuh kebahagiaan. Saat melangkah memasuki alam pekerjaan ni umpama kita dapat memeluk gunung. Rasa lega yang maksimum kerana segala kesukaran dalam pengajian akhirnya berbaloi dan membuahkan hasilnya apabila kita telah mendapat pekerjaan mengikut kelayakan akademik yang dimiliki. Apakah agaknya perkara pertama yang perlu kita buat bila mendapat tawaran pekerjaan? Okey, jom kita sembang2... Perkara pertama yang perlu dibuat masa tu adalah memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, kurniaan, dan rezeki yang diberikan. Tanpa keizinan All

Throwback Sebuah Kenangan...

Semasa zaman remaja dulu, saya memang peminat tegar arwah Saleem IKLIM. Kini masih lagi peminat setia suara husky nya. Saleem ni pada saya adalah the one and only yang bersuara emas sebegitu.  Pada 14 Oktober 2018 arwah telah pergi meninggalkan peminatnya buat selama-lamanya. Arwah dijemput kembali menemui Pencipta. Al-Fatihah buat arwah. Pada saya setiap lagu Saleem ini mempunyai sejarah dan kenangan saya tersendiri. Lagunya sedap dan tinggi nilai puitisnya..melodinya tip top kena dengan suara serak serak basahnya. Antara lagunya yang sehingga kini popular adalah Bukan Aku Tak Cinta, Suci Dalam Debu, Di Pintu Mahligai dan banyak lagi. Beberapa lagu Saleem yang sangat saya minati tetapi lagu ni tidak begitu diputarkan di radio. Pada saya lagu2 ni sangat sedap, antaranya adalah lagu "Cinta Yang Telah Pergi", "Cinta Yang Terlarang", "Aku insan sepi", dan beberapa lagu lagi. Pada saya, Lagu2 ni lengkap dan perfect antara lirik dan melodinya. Lagu ini menginga

Al-Kisah Pisang Sedekah Menjadi Menu Istimewa Jepput Pise...

Dua tiga hari lepas balik drpd ofis seperti biasa agak kepenatan dan agak lewat sampai rumah. Sampai depan rumah tengok ada barang dalam plastik disangkutkan ke pagar. Seikat pisang di dalamnya...dah tak tahu pula nama pisang ni...agak besar dan panjang2..bukan pisang tanduk, bukan pisang Raja tapi tak tahu pisang apa..selalu juga jumpa pisang ni tapi tak tahu nama. Ia mirip bentuk pisang nangka. Dalam hati berbisik..Allahu siapalah pula pemberinya kali ini. Selalu juga ada org sedekah barang makan seperti pisang dan rambutan juga pulut kuning dan beberapa lagi..selalunya disangkut di pagar..mungkin bila dipanggil tak ada org di rumah atau panggilan tidak didengar dari dalam rumah.  Saya terus mendoakan kebaikan jua buat individu atau jiran yang memberi dan bersedekah ini. Moga dimurahkah rezekinya dan dikabulkan Allah apa jua doa dan niatnya dalam memberikan sedekah ini. Diberi keberkatan dan rahmat berpanjangan oleh Allah. Amiin YRA Setelah dua tiga hari pisang ni diletakkan di atas

Nilai Sekeping Donut...

Mengopi dengan geng adalah perkara biasa yang semua orang lakukan.  Teringat sembang santai dengan seorang sahabat tentang nilai sekeping Donut.  Donut ni secara luarannya cantik dan gebu dipandang...tapi rasanya belum tentu sedap. Bahan2 yg terisi di dalamnya juga kita tidak pasti tahap bersih atau kotornya kerana terselindung di sebalik kecantikan dan kegebuan luaran sekeping donut itu. Yang kita tahu "ngap" aje bila ianya terhidang elok di meja. Tak nampak dah keburukan terselindung di sebalik keelokkan. Bila dah sakit perut nanti baru kita tahu yang kandungan donut tu tak capai standard ataupun piawaian sebagai adunan doh yang berkualiti. Sifat donut ni ada tekstur kosong di dalamnya...tak mungkin donut itu padu sebab jika ia padu makanya teksturnya padat dan tak gebu lembut la rasa donut tu. Nilai sekeping donut ni kalau di warung2 tepi jalan dalam 50 sen sebiji. Dan jika di cafe2 mungkin antara RM10 hingga RM15.  Tertanya di hati, mungkinkah sesuatu yang sifatnya hanya

Biskut Semperit Klasik...

Hmmmmm... Bila teringat nak makan biskut semperit ni makanya kita buatlah. Kebetulan ada masa sikit due something yang tidak dapat dielakkan..jadi ada cukup masa untuk masuk dapur. Bagi mereka yang suka buat biskut raya, mmg membuat biskut ni sangat mudah, semesek jah ore kelate kata...tapi bagi yang tak suka buat kuih raya or tak berminat, maka sudah pasti la membuat biskut ni jadi payah. Masa saya awal belasan tahun dulu memang jenis suka baking. Biskut semperit ni memang biskut wajib buat bila setiap kali raya tiba. Kalau dulu2 tu semperit klasik saja yang top. Masa tu belum ada lagi semperit susu. Biskut semperit ni memang ever green...tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Tetap mengungguli la pendek kata gak.  Kalau ditanya kepada saya yang mana satu saya suka, of coz jawapannya semperit klasik ni banding dgn semperit susu. Tapi both ada kekuatan dan keunikan rasa yang tersendiri, terpulang kepada masing2 punya citarasa ya. Skrg ni kuih2 raya ni tidak semestinya kita jumpa

Mengenang Kembali...

Terimbau saat belajar di universiti dulu. Fuhhhh...sudah berpuluh tahun berlalu. Sedar2 telah beberapa dekad ditinggalkan ke belakang. How time flies. Zaman belajar di universiti dulu mengajar erti segala-galanya. Kesulitan, kepayahan, kegembiraan, kebahagiaan dan kesedihan semua ada. Pahit manis tu pendek kata semuanya dilalui. Semua itu menyumbang kepada kekuatan hati dan jiwa untuk menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan, di alam pekerjaan dan alam berumahtangga hinggalah ke saat ini. Aduhhh...zaman dulu2 tu zaman awal 20-an...sungguh jauh berbeza dgn zaman sekarang..mungkin ada yang sudah 40-an dan mungkin juga sudah memasuki gerbang 50-an. Zaman belajar tu zaman membina kekuatan dalaman dan tahap keyakinan diri, juga tahap keberanian dan kematangan dalam berfikir dan bertindak. Aduhaiii, sudah namanya zaman membina dan membangunkan, makanya memang banyak lah jatuh bangunnya. Memang banyaklah saat tergolek dan tersungkur dan saat berusaha untuk bangun semula...perit pedih tu mmg

Al-Kisah Sekeping Cermin...

Bercakap tentang cermin...semua orang mesti kebanyakannya suka guna cermin untuk pelbagai kegunaan. Kebanyakannya adalah untuk menyiapkan diri dan bertata hias. Cermin ni banyak jenis kategorinya, sama ada kecil atau besar, pegang di tangan ataupun melekat di dinding. Cermin ni sifatnya memantulkan kembali objek di depannya seperti nyata yang ada pada objek itu. Cermin ini akan memaparkan dan menayangkan segalanya yang ada pada objek di depannya daripada sekecil2 benda sehinggalah ke sebesar2 benda pada objek itu. Syaratnya objek tu mestilah saiznya lebih kecil daripada cermin tu...cermin ni sifatnya jujur dan tidak pandai menipu. Perlukah cermin ni dalam hidup kita? Ya, sangat perlu sebenarnya untuk kita cermin diri supaya kita dapat lihat diri kita di dalamnya. Jika baju senget boleh dibetulkan, jika tudung sengetpun boleh dibetulkan, malah jika baju atau seluar koyak juga kita boleh nampak. Apa juga keburukan dan kelebihan pada diri kita akan kita nampak dan boleh tambahbaik di mana

Di Ambang Rejab 1443...

Esok 1 Rejab 1443H Bersamaan dengan 3 Februari 2022. Sama2 kita menyambut ketibaan bulan Rejab ini dengan penuh rasa tawaduk dan bersyukur kepada Allah kerana masih diketemukan dengan bulan Rejab ini dan insyaAllah selepasnya bulan Syakban dan Ramadan. Allahu. Ya, semua bulan adalah bulan yang baik di sisi Allah...usah difikirkan sangat tentang ketaksuban terhadap bulan2 tertentu..walau benar atau palsu, itu perkara kedua...perkara pertama dan utama adalah keinginan dan niat yang kita letak dalam diri bahawa, kita ingin menambahbaik dan meningkatkan amalan diri untuk mendapat pahala dan redha Allah. Tambah2 lagi disebut bulan Rejab ini adalah bulan persediaan untuk menghadapi Ramadan. Makanya, jom kita grab apa jua amalan baik untuk kita lakukan secara istiqomah. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan berpanjangan buat kita semua di dunia dan di akhirat. Moga jua Allah mengampunkan segala dosa2 kita yang lampau, yg sekarang juga yang akan datang. Allahu banyaknya dosa yang dilakukan ole