Skip to main content

Respect Dalam Organisasi...

Bercakap tentang respect...

Apa itu respect?

Respect itu adalah suatu perbuatan menghormati, menghargai...menjadi pendengar yang baik, tidak menyanggah masa org bercakap, menghormati hak orang, mengambilkira pandangan orang lain, juga bijak mengawal emosi dan lisan agar tidak menyinggung hati orang lain.

Sejauh mana nilai "Hormat" ini penting dalam sesebuah organisasi untuk organisasi terus utuh dan disegani...

Kalau ikut pandangan saya nilai "Hormat" dalam organisasi itu adalah priceless..tiada nilainya yang dapat diukur...

Jika tiada nilai yg dapat dijadikan ukuran, maka sudah pasti sangat besar lah kepentingannya.

Penting dari sudut apa?

Penting dari sudut, menjaga nilai, adab dan cara hidup serta budaya kerja organisasi. Jika komponen ini tiada dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan hilang nilai, prestij dan reputasinya..dan lama2 nanti "jatuh menyembah bumi"

Bagaimana agaknya soal nilai, adab dan cara hidup juga budaya kerja dapat kita ukur?

Secara ringkas, nilai dan adab itu diukur daripada tahap keselesaan bekerja warganya, tahap ketidakpuasan hati warganya, dek perlakuan, gaya pengurusan dan sistem operasi yang sudah mati nilai dan adab....

Jika kacau bilau sistem, huru hara proses, dan berkecamuk segalanya...maka nilai dan adab tu sebenarnya sudah tiada...manakan mungkin sebuah organisasi mampu bertahan dalam menjalankan operasinya sekiranya masing2 tidak menghormati antara satu sama lain...main langgar, main rempuh tanpa ambil kira perasaan orang lain...sedangkan kita orang Melayu ni punyai nilai adab dan adat yang cukup tinggi. 

Jika organisasi sudah tidak lagi dapat membezakan antara soal baik dan buruk, soal maruah dan harga diri, soal segan dan malu...maka maksudnya nilai dan adab itu sudah tiada...

Respect dalam organisasi sangat penting untuk membina trust dan keyakinan dalam organisasi. Jika rasa hormat telah tidak menjadi budaya lagi...semuanya akan tunggang terbalik...main langgar redah sesuka hati...betul atau salah tu cerita kedua..yang penting buat dan laksanakan..konsep asal jadi, asal siap.

Ketahuilah, hakikatnya jika pelaksanaan tidak mengambilkira tata kelolanya yang betul...maka output yang dihasilkan nanti sudah pasti tidak berkualiti dan tidak akan bertahan lama...cepat berkulat, reput dan rosak dengan cepat. Barang2 yang terhasil secara instant ni mmg selalunya barang murah dan tidak kan mungkin mampu bertahan lama.

Trust dan keyakinan anggota dalam organisasi sangat penting bagi menjamin kesetiaan mereka kepada organisasi atau mereka memilih meninggalkan organisasi. Trust dan keyakinan anggota juga penting untuk mereka terus produktif dalam kerja. Jika mereka sudah hilang tahap percaya dan tahap yakin kpd organisasi....datang pula rasa cuak dan menyampah..maka kesannya adalah kepada kerja dan prestasi mereka....mereka akan lakukan kerja hanya sekadar "cukup makan", "penuhi syarat" dan sekadar melepaskan batok di tangga saja.

Jika ini berlaku..apa kesan pada organisasi?

Keberhasilan organisasi akan merudum...kualiti tidak lagi menjadi keutamaan tetapi lebih kepada mengejar kuantiti untuk dimegah-megah dan ditayang-tayang (show off) yang tidak membawa apa2 makna, malah merugikan organisasi. Rasa tidak happy anggota nanti akan makin memuncak dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk "silent protes".

Silent protes akan membawa organisasi menuju kehancuran...

Justeru, saling hormat-menghormati dalam organisasi adalah perkara utama dan menjadi asas untuk 1001 aspek lain yang boleh membawa organisasi terus terbang tinggi dengan nilai dan adab yang terus dijunjung.


RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe