Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Keutamaan Hidup Di Usia Senja...

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa usia kita sudah lanjut atau sudah memasuki senja sehinggakan perbuatan kita tidak seiring dengan usia. Pada hal ini, kita harus berjaga2 dan sentiasa mengingatkan diri bahawa usia kita sudah menghampiri senja. Jangan kita menafikan usia senja dengan mengatakan umur ni just a matter of number...hmmm Ya, betul usia ni memang just a matter of number, namun gaya hidup kita harus berubah mengikut usia kita,  drpd segi perangai dan perlakuan kita biarlah seiring dengan usia. Bila umur sudah senja, banyakkan menginsafi diri dan bawalah gaya hidup yang bersesuaian terutamanya soal ibadah kita, cara berfikir, cara berpakaian, juga amalan seharian kita. Di usia senja ini, banyak perkara perlu diberikan perhatian dan usahlah lagi kita tunduk dengan nafsu dalam diri yang tidak bernoktah dan tidak mengenal usia.  Sebenarnya nafsu itu lah yang akan menjadikan kita "tak sedar diri". Hakikatnya, di usia senja ni, kubur dah kata mari dan dunia dah kata pe

Belajar Melepaskan...

"Dalam kehidupan kita, ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang di luar kawalan kita.......yang diluar kawalan kita ini, kita serahkan kepadaNya.......hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Perlahan-lahan kita lepas supaya hati lebih tenang....in sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja." Terkenang kembali bicara lewat petang dengan seorang sahabat. Kata-kata di atas ini adalah kata-kata darinya bila kami sama2 bersembang topik kehidupan. Sangat tepat sekali untuk kita jadikan renungan.  Hidup ini kita harus faham sifatnya dinamik. Kita akan terus ke depan dan bukan mengundur. Justeru, lepaskan semua yang berlalu itu untuk kita berikan ruang dan peluang sepenuhnya kepada diri untuk kita kecapi perkara baharu di sepanjang perjalanan kita ke depan. Mengimbau kembali perbualan saya dengan salah seorang sahabat yang kini sedang diuji dengan kesihatan. Saya memberikan kata2 semangat buat dia bagi mengembalikan semula semangat dan motivasinya yang mun

Doa Buat Seorang Sahabat...

Mendapat perkhabaran seorang sahabat baik warded atas masalah kesihatan yang agak serius. Allahu terkejut, rasa trauma, bimbang bercampur baur. Macam2 rasa hadir di benak. Fikiran mula fikir pelbagai kemungkinan. Trauma kehilangan staf yang dijemput Allah hampir 3 minggu yang lalu masih belum hilang, kini datang berita ini pula. Kehidupan ni begini la...Allah telah susun semuanya...khabar itu ini datang silih berganti mengambil tempat. Itu lah kehidupan. Kita tahu dan kita faham bahawa itulah lumrah dalam hidup, cuma kita sebagai hamba Allah punyai emosi yang akan mudah terusik bila berlaku sesuatu yang tidak diduga atau di luar jangkaan. Kadang-kadang terbawa2 dan prolong lama. Buat kita semua yang mempunyai sahabat...hargailah dan raikan lah sahabat kita. Sentiasalah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat sahabat2 kita walau di mana mereka berada, dekat atau jauh tu just a matter of distance saja, yang penting adalah doa kita kepada sahabat yang sentiasa dipanjatkan kehadr

Salam Maulidurasul 1443H...

Salam Maulidurasul 12 Rabiulawal 1443H 19 Oktober 2021 Selamat Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Betapa sayu rasa hati mendengar selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selawat itu sendiri sudah cukup menyentuh dan meresap di hati, ditambah pula dengan alunan muzik yang mengiringi makin meningkatkan rasa sayu yang hadir. Hadir rasa kerinduan yang tidak terucap... Rasa sayu dan sedih semakin bertambah mengenangkan peristiwa di ofis seharian hari ini. Allahu, sedih mengenangkan diri masih gagal dengan ujian kecil yang Allah hadirkan. Masih gagal menahan rasa geram dan marah bila perkara tidak dilakukan mengikut aturan dan sistemnya yang betul. MasyaAllah. Semoga Allah terus tingkatkan rasa sabar dan kemahiran menangani situasi supaya lebih baik dan tidak mengecewakan team dan diri sendiri. Semoga niat tulus ini Allah mudahkan dan lorongkan kepada kebaikan berkat malam Maulidurasul ini. Sama2 kita mengenang perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan dan menyebarkan syiar Islam.

Hidup Yang Berkat...

Salam penuh keberkatan di awal pagi yang penuh kedamaian.  Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Hidup tanpa berkat umpama pokok yang tidak berbuah, rumah tidak bertuan...dan hidup yang tiada membawa manfaat. Justeru, sama-sama kita berdoa agar kehidupan kita ini mendapat barokahnya. Hanya Allah jua yang dapat memberkati kehidupan kita. Tiada yang lain melainkan Allah. Bagaimana setiap kita ini beroleh keberkatan Allah? Keberkatan daripada Allah dapat kita peroleh, antaranya dengan: 1. Mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu yang utama dan mengerjakan solat2 sunat yang lain. Apa jua perkara yang kita lakukan niatkannya kerana Allah. InsyaAlah barokah. 2. Membayar zakat terhadap apa jua milik kita yang dipinjamkan Allah mengikut aturan yang ditetapkan. Zakat adalah penyucian atau pembersihan kepada harta kita. 3. Menguruskan dan mentaati kedua ibu bapa kita dengan baik. Buatlah apa jua untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Jang

Menukar Masalah Menjadi Peluang...

Nikmat Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Justeru, sebagai hamba Allah latih diri untuk sentiasa bersyukur... Belajar untuk tidak merungut, berkeluh-kesah, complaint, dan mengungkit kerana sifat sebegini secara tidak langsung akan menjadikan kita hamba yang tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan. Bersyukur lah dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita kerana itu lah bahagian kita yang telah tertulis. Jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan tambahkan lagi. Jika kita tidak bersyukur, kehidupan kita ibarat pokok kering dan tidak berbuah...merugikan. Jika kita jenis orang yang suka merungut dan kaki complaint, mungkin tips ini boleh cuba diamalkan: 1. Sentiasa pandang kepada orang lebih susah daripada kita dan bukan pandang orang lebih baik daripada kita supaya kita tahu betapa bernilainya apa yang kita ada itu untuk disyukuri. 2. Letakkan diri kita di tempat orang lain. Jika kita tak mahu perkara2 menyakitkan orang buat pada kita, maka pastikan kita juga tak buat pada

Masa kini, hari semalam, dan masa akan datang...

Malam sudah agak lewat, tapi mata belum dapat dilelapkan. Lewat malam ni singgah sekejap di blog untuk titipan ringkas buat diri dan pengunjung setia. Sekadar berceloteh tentang kehidupan. Apa lagi yang yang nak dibualkan selain forte saya dalam bidang komunikasi dan kehidupan.  Kehidupan ini mudah jika kita mudahkan dan tidak complicated kan. Konsep mudah dalam kehidupan adalah "Semuanya akan berlalu". Tidak ada satupun yang tidak berlalu, hatta air yang mengalir juga berlalu. Air tidak statik di tempat kita memandang arusnya. Di sini mata kita memandang, sesaat itu juga apa yang kita pandang di satu point maka ia telah berlalu ke point berikutnya. Begitu juga rutin hidup kita sebagai manusia. Perbuatan, tutur kata dan sebagainya yang kita buat, semuanya berlalu. Hari ini kita melakukan itu ini, maka bila esoknya perbuatan itu telah berlaku semalam. Begitu la seterusnya hingga lah kehidupan kita berakhir. Justeru, setting kan mindset kita bahawa apa jua yang terjadi hari ini

Merawat Hati Dengan Mengingati Mati...

Usai solat Isyak...merenung jauh ke dalam diri. Terasa begitu banyak kekurangan sedangkan waktu semakin menghampiri ke noktahnya. Sentiasa hadir di fikiran bahawa hidup ini sebenarnya bila2 masa akan berakhir bila tibanya panggilan daripada Allah. Tapi kita manusia ni, terkadang terlupa bahawa hidup kita ini bukan kita punya...tapi Allah yang punya. Justeru, kita perlu tahu bahawa bila diri kita bukan kita yang punya, makanya kuasa ke atas diri kita bukanlah kita tetapi Yang Maha Pencipta, iaitu Allah. Dalam menjalani kehidupan sementara ini, diri perlu selalu diingatkan bahawa hidup kita dikawal selia oleh Allah. Kita ini sentiasa dalam perhatian Allah. Bila diri sentiasa diingatkan bahawa hidup ini sementara, sekurang2nya hati kita sentiasa ingat bahawa bila2 masa Allah akan datang mengambil kita, sama ada kita sudah bersedia ataupun tidak. Jika kita sudah bersedia...alhamdulillah. Namun yang paling ditakuti adalah jika kita belum bersedia. Kita merasakan bahawa kita masih muda dan k

Kejayaan Dalam Berkomunikasi...

Hari ni menyampaikan talk berkaitan Komunikasi Dalam Organisasi kepada staf di Jabatan Pembangunan Prasarana ataupun singkatannya JPP. Seramai 70 orang staf yg dapat bersama. Sejak dua bulan lalu slot di booked oleh pihak JPP, dan hari ini tiba masanya. Pantas benar masa beredar. Masa dijemput hari tu serasa macam masanya jauh lagi. Pejam celik pejam celik, tak tersedar saat itu tiba hari ni. Seperti biasa seawal pagi tiba di ofis dan bereskan dulu apa yang patut. Seawal 15 minit sebelum pukul 9.00 pagi saya telah bersedia untuk masuk ke talian. Apa jua perkara yang ingin kita lakukan, latih diri dan disiplinkan diri untuk bersedia atau tiba lebih awal, atleast 15 minit sebelum. Bila bercakap tentang komunikasi, kita semua tahu bahawa komunikasi ini adalah perkara sangat penting dalam kehidupan kita sama ada kehidupan personal mahupun dalam kerjaya kita. Kata pakar, 75% kegagalan dalam organisasi adalah disebabkan oleh komunikasi. Ini menunjukkan betapa komunikasi itu merupakan ibu kep

Orang Berjiwa Besar...

Dalam dunia pekerjaan ni sangat banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Memang menuntut kesabaran dan kekuatan mental yang sangat tinggi. Bukan kaleng-kaleng lah orang sekarang kata. Justeru, perlu ada ilmu yang tinggi, kebijaksanaan dan kematangan untuk melalui pelbagai ujian dan cabaran ini. Apa yang paling penting adalah tahap keimanan kita kepada Allah supaya apa jua yang kita lakukan adalah mengikut lunasnya yang betul. Untuk berada dalam dunia pekerjaan ni, hati kena kuat. Hati tak boleh berjiwa kecil. Jiwa kecil ni maksudnya seseorang yang memiliki hati bak tisu, mudah rapuh, cepat terasa, mudah tersinggung, emosi cepat tercalar dan seumpamanya lagi. Pakar mengatakan untuk berjaya menghadapi cabaran dan dugaan  dalam alam pekerjaan ni, kita perlu mempunyai jiwa yang besar. Maksud berjiwa besar ni maksudnya adalah: 1. Tidak mudah tersinggung, kecil hati, dan merajuk walau apa jua halangan. Kekal calm dan "buat bodoh" aje. Berperilaku seperti biasa seakan tiada apa

Nasib Baik Vs Nasib Tidak Baik...

"The Right people at the Right time in the Right place" Malam tadi membelek buku lama dan terjumpa tentang ini.... "Right people,right time, right place. Selalu juga bila hadir kursus, penceramah suka juga sebut ayat ini. Ada orang kadang2 very lucky katanya, bila dia berada pada saat dan tempat yang sesuai, iaitu dalam lingkungan orang-orang yang memang menyukai dan menyokong dia. Ada juga orang yang unlucky bila dia berada pada saat dan tempat di mana orang-orang yang tidak senang dan tidak menyukai dia. Suka atau tidak suka ni, kadang-kadang sangat subjektif sifatnya. Banyak juga politiknya dalam hal suka tak suka ni. Jadinya, ia bergantung kepada nasib seseorang itu sama ada bernasib baik atau tidak bernasib baik. Walau bagaimanapun, jangan kita sekali-kali lupa bernasib baik atau bernasib tidak baik itu ada Penjaganya..sesuatu yang berlaku itu bukan suka2 berlaku macam tu aje..ada Pengarah dan Pentadbirnya, iaitu Allah Azzawajalla. Ada juga orang sangat bagus dalam

Selamat Jalan & Berehat lah Di Kampung Abadi...

  Innalillahiwainnailaihirajiun... Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan semuanya akan kembali kepada Allah SWT. Sebentar tadi usai majlis bacaan Yasin dan tahlil hari ketiga dan hari terakhir buat arwah. Saya kekal di laptop. Niat untuk singgah di blog untuk menitipkan sebuah kenangan buat arwah. Titipan ini akan kekal di blog saya selamanya..tanda penghargaan dan ingatan berpanjangan buat arwah. Dua malam lepas, tiada kekuatan untuk menulis, terbayang-bayang wajah arwah di mata dan fikiran....juga terbayang wajah arwah dalam pakaian lengkap serba putihnya dalam persediaan untuk dihantar kembali kepada Pencipta yang disemadikan di kampung abadi di Sg. Tangkas. 30 September 2021, Khamis, sekitar pukul 2 pagi perginya seorang insan yang sangat baik budi pekerti dan keperibadiannya, berperwatakan ceria dan, seorang yang peramah dan banyak melakukan kerja2 amal dan dakwah...sdra Muhammad Hafiz Farhan bin Johari akhirnya pergi buat selama-lamanya setelah lima hari bertarung nyawa dalam