Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Cookies Rangup.

Petang ni macam biasa la bila rasa boring dan ada masa untuk bake, makanya saya "membaking". Satu bancuhan ni sekejap saja, hanya dua atau tiga kali masuk oven saja dan done. Petang ni buat cookies rangup kudap2 ni. Tengok dalam peti ais ada coklat cadburry, makanya diricik2 halus untuk dijadikan topping atas cookies ni. Cookies yang rangup sebegini sangat sesuai untuk dibuat minum petang dan dipekenakan dengan coffee...memang ngam. Cookies ni tak perlu buat manis2 sgt..jadi nanti bila kita nak buat makan sesambil minum coffee, maka sedang elok. Cara buat cookies ni, saya tengok resepinya di youtube. Tapi saya ubahsuai cket dengan memasukkan badam. Bahan2 yang digunakan adalah butter 250 gm, tepung gandum 170gm, tepung jagung 170 gm, gula 100 gm, 50gm badam yang diracik, dan satu sudu teh vanila. Cara-caranya pula seperti biasa bila kita buat cookies. Pukul butter dengan gula dulu. Bila dah sebati, boleh masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dan boleh d

Tulisan Dr. Rizal.

COPY DARIPADA FB DR. RIZAL Makanan Berlemak boleh tingkatkan sistem imun? . Biar betul kenyataan ni. Tak kan makanan berlemak boleh bantu naikkan sistem imun.  . Tapi begitulah faktanya. Tapi ini bukan lemak biasa. Ini lemak sihat.  . Lemak sihat dapat naikkan sistem imun bila berdepan dengan patogen. Sekaligus kurangkan inflamasi. . Inflamasi adalah respons biasa bila stress atau berlaku luka. Tapi kronik inflamasi mengundang padah pada tubuh. Kronik inflamasi lemahkan sistem imun. . Bila imun menurun, kita akan terdedah pada ancaman virus. Kita letakkan diri kita dalam keadaan bahaya. . Untuk tingkatkan system imun mudah sahaja. Ada beberapa jenis makanan berlemak sihat yang dapat bantu. . Antaranya ialah minyak MCT. Minyak ini bersifat anti-inflammatory. Ia akan bantu baiki tubuh yang terkena inflamasi.  . MCT juga dikaitkan dengan turunnya risiko terkena serangan jantung dan diabetes. Baguskan? Imun naik, penyakit jantung dan diabetes dijauhkan. . Saya suka dengan MCT ni. Sebab itu

Ayam Goreng Ala Arab

Last week punyer cerita ni...masak menu simple ini. Ayam goreng kunyit biasa tapi dihiasi condiments ala2 arab gitu. Masak menu mcm gini perlukan ayam dipotong besar. Seekor ayam tu dipotong empat sahaja. Ayam diperap dulu dengan garam dan 4 ulas besar bawang putih. Bawang putih dan garam ditumbuk lumat dan digaulkan dengan ayam. Perapkan dalam setengah jam. Ayam kemudiannya boleh digoreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ayam..tapi jaga2 takut minyak panas tu terpercik ke tangan atau melimpah keluar drpd kuali, almaklum ayam tu agak besar.. Di permulaan masa goreng tu, kuali perlu ditutup sekejap dalam lima minit. Tujuan kuali ditutup adalah bagi melembutkan ayam secara serata dulu...slps lima minit tutup dibuka supaya ayam jadi lebih garing. Selepas semua ayam siap digoreng boleh ketepikan dulu. Selabu bawang holland yg besar dan tujuan lapan tangkai cili api dimayang dan ditumis dalam sedikit minyak. Tumis sehingga keperangan, boleh masukkan pera

Recharge Diri Di Hujung Minggu...

Salam hujung minggu buat semua. Hari minggu ni kena santai2 dan recharge diri. Terus istiqomah dan positif selalu... Tak usah dok fikir dan mereka2 di fikiran kita benda yang "jauh ke depan sangat" kita fikir yg current dulu dan fikir semuanya mudah....rugi kalau energy kita keluar sia2 dgn gelombang negatif yang singgah sebab kita dok fikir jauh sangat...itu rumit ini rumit...maka rumit la semuanya. Jangan complicatedkan hidup kita. Permudahkan dan fikir mudah. Bila kita fikir mudah, insyaAllah mudah. Tips Senang untuk fikir mudah adalah sentiasa set di fikiran kita, semua ini di bawah Tadbir yang Maha Kuasa. Pasti ada sebab dan musababnya..pasti ada hikmahnya..jika kita redha dan berlapang dada..insyaAllah yang baik2 saja Allah janjikan. Jika kita gundah gulana dan cepat melatah...kita akan lebih berserabut dan tidak tenang. Justeru, kita perlu bijak memilih apa yang baik untuk kita... Sudah pasti kita semua inginkan rasa tenang dan bahagia kan...makanya pilih lah untuk re

Personaliti Orang Karismatik...

COPY & KONGSI TULISAN PUAN AINON MOHD Penulis Buku Motivasi & Kepimpinan 8 CIRI PERSONALITI INDIVIDU YANG KARISMATIK Antara ciri-ciri personaliti yang membuatkan seseorang itu dipandang karismatik: 1. Air muka mereka dipandang manis.  2. Mereka pandai memilih kata-kata yang orang sekeliling suka mendengarnya.  3. Mereka mudah memberikan senyuman dari hati. Sebelum orang senyum, mereka sudah senyum lebih dahulu. 4. Mereka pandai membuat sesiapa sahaja berasa selesa apabila berada di depannya, walaupun belum saling kenal mengenali, walaupun ada jurang status yang lebar. 5. Mereka pandai berkawan dengan semua jenis orang. Mereka sangat bertoleransi dan menghormati perbezaan pendapat, sudut pandangan, dan prinsip. 6. Mereka pandai mempengaruhi orang supaya menerima dirinya dan pendapatnya, serta mendapatkan sokongan dan kerjasama mereka. 7. Mereka pandai memimpin orang. Mereka pandai mencari peminat, pengikut, penyokong, dan pendukung. 8. Mereka pandai bekerjasama dengan orang-oran

Orang Introvert...

COPY & KONGSI TULISAN PUAN AINON MOHD, Penulis Buku2 Motivasi & Kepimpinan 14 TANDA ORANG YANG INTROVERT  Pakar-pakar psikologi menerangkan ciri-ciri individu yang introvert: 1. Mereka menyukai aktiviti yang dapat dilakukan secara bersendirian seperti berfikir, berzikir, mengaji, mendengar podcast, membaca, menulis, melukis, membuat kraftangan, menjahit, berkebun dll. 2. Solitude atau bersendirian menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan mereka.  3. Apabila bersendirian mereka tidak berasa kesepian ataupun keseorangan sebaliknya dia berasa nyaman, aman, tenteram dan damai.  4. Mereka berasa segar dan sihat apabila bersendirian. 5. Apabila penat selepas berjumpa orang, mereka mahu berehat dan mendapatkan semula tenaganya dengan mencari solitude. 6. Mereka tidak suka menjalankan pekerjaan yang memaksa mereka bekerja dalam kumpulan dengan pelbagai orang dengan macam-macam sikap dan perangainya. Suasana pekerjaan macam itu amat meletihkan tenaga emosi mereka. 7. Mereka paling pro

Janji Allah Itu Pasti...

Seorang demi seorang pergi mengadap-Mu Ya Allah. Mati itu pasti...itu janji Allah. Hari ni mendapat berita Encik Jaffar Dollah telah dijemput Allah. Encik Jaffar ni senior saya semasa berkhidmat di UKM. Allahu...hati rasa tersentuh. Hari ini masanya telah tiba untuk arwah berpisah dengan dunia...pergi buat selama-lamanya. Saya mengintai ke FB arwah...arwah ada add saya di FB pada tahun 2016. Lima tahun yang lalu. Daripada paparan di FB,  arwah memang tidak aktif di FB. Saya melihat tarikh lahir arwah yang dipaparkan di FB...arwah dijemput Allah dalam usia 72 tahun. Fikiran menerawang jauh lebih 20 tahun yang lalu. Saat mula2 mengenali arwah. Beliau masa tu Penolong Pendaftar di Fakulti Sains Matematik. Tahun 1997 tahun saya baru memulakan kerja di UKM dan ditempatkan di Fakulti Sains Hayat. Saya dengan arwah ni kiranya kami dalam satu team yang sama bergerak kerja untuk penstrukturan semula (penggabungan empat Fakulti sains menjadi Fakulti Sains dan Teknologi). Empat Fakulti ini adalah

Tiada Daya Dan Upaya Selain Pertolongan Allah...

Allahuakbar... Keadaan pandemik ini semakin meruncing. Bimbang rasa dengan angka kes yang semakin meningkat..semalam mencapai 6806... MasyaAllah... Sebagai manusia, naluri kita memang akan merasa gusar dan risau dengan keadaan semasa ini. Takut dan bimbang itu pasti ada dalam diri. Keresahan dan ketakutan ini yang hadir akan makin mendekatkan kita dengan Allah... Ya Allah Ya Mujib, Berikan kami hidayah dan petunjuk-Mu Pandulah kami ke jalan kebenaran-Mu Agar kami sentiasa berada dalam garis yang Engkau tetapkan Jika tersasar cepat kembali semula dan tidak terus Engkau hanyutkan Ya Allah Ya Rahman Jangan biarkan kami terus dalam kegelapan dan kejahatan Berleluasa melakukan kerosakan di muka bumi Mu ini Sehingga Engkau turunkan wabak ini Untuk memberi peringatan kepada kami Ya Allah Ya Muqit Berilah kami kekuatan  Kekuatan untuk kami  menghadapi wabak ini Berikanlah kami perlindungan-Mu Tiada daya dan upaya kami Melainkan dengan pertolongan-Mu Ya Allah Ya Mujib... Engkau Maha mengabulkan

Salam 7 Syawal 1442H...

Masuk hari ketujuh Syawal hari ni. Sama-sama kita isi hari2 kita yang berlalu dengan sangat pantas ini dengan doa selalu semoga Allah terus berikan kita kekuatan dan motivasi yang tinggi untuk apa jua. Dirahmati dan diberkati. Dipelihara dan dilindungi daripada segala bala, bencana, dan wabak.  Dipermudahkan segala kesulitan dan dileraikan segala kekusutan. Tiada apa lagi yang kita perlukan melainkan perlindungan Allah. Semoga kita semua tidak terleka lama...kadang2 kita tak tersedar yang kita terleka seketika sehingga kita dikejutkan kembali. Sentiasa semat dalam diri dan ingat bahawa apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah dan apa jua yang kita ada adalah milik Allah. Sentiasa ingat bahawa segalanya itu Allah pinjamkan sementara kepada kita...tiba masanya nanti Allah akan ambil.  Hidup lah dalam keadaan yang kita tidak lupa Sang Pencipta yang sentiasa memerhati. Radarnya tidak terungkap dengan kata2...segenap ruang dalam capaian radar Allah...tiada apa yang dapat kita sorok. Pi

Salam 4 Syawal...

4 Syawal 1442H Hari ni hari keempat Syawal. Baru sempat menjenguk ke blog. Walau raya PKP, kesibukan di dapur seperti biasa. Cuma berbezanya tidak banyak menu yang dimasak. Tiada tetamu di hari raya atas pematuhan kepada SOP. Seluruh negara kena beraya di rumah masing2 saja. Justeru hanya masak dua menu utama saja untuk juadah seisi keluarga dan hulur kepada jiran2 satu lorong. Pejam celik pejam celik dah empat Syawal rupanya. Baru semalam rasanya 1 Syawal dok kalut memasak rendang daging dan kuah kacang nasi himpit. Hari ni dah hari keempat...Allah cepat sungguh la masa beredar. Teringat arwah nenek dulu selalu sebut tentang masa ni. Kata arwah nenek, bila makin dekat dengan kiamat, waktu akan menjadi lebih singkat. Arwah nenek selalu sebut ini pada cucu-cucunya sesambil dia dok gobek sirihnya... Sambil dok cakap macam tu arwah akan pandang ke langit tempat matahari naik..kebetulan menghala ke depan tempat kami bersembang di pangkin (ore kelate panggil gere). Kata arwah nenek "te

Malam Terakhir Ramadan...

Malam ini malam terakhir Ramadan. Tiba jua perpisahan dengan Ramadan. Tahun depan belum pasti adakah kita sempat bertemu dengan Ramadan...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui...segala susunan dan percaturan milik Dia...tiada lain selain Dia. Sayu rasa di hati...sudah 30 hari dalam rutin berpuasa dan berterawih...kini Ramadan akan pergi...semua rutin lain dalam bulan Ramadan boleh diteruskan kecuali satu sahaja tidak boleh diteruskan di bulan yang lain, iaitu berterawih. Solat terawih hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan saja. Bila Ramadan pergi, akan membawa bersama sunat terawih itu...tahun depan di bulan yang sama baru dapat berjumpa lagi. Itu yang begitu terasa sangat bila Ramadan akan bergerak pergi... Justeru, sama2 kita ambil manfaat sepenuhnya untuk malam yang terakhir ini dengan melakukan ibadah kepada Allah. Berdoa dan bermunajatlah dengan sepenuh hati agar Allah ampunkan segala dosa kita dan menerima segala amalan kita, membebaskan kita daripada api neraka dan menyenarai

Hidup Dalam Redha Allah...

Sentiasa pesan pada diri agar tidak terbabas. Kalau sekalipun terbabas, cepat2 tersedar. Kadang2 kehidupan di dunia akhir zaman ni banyak yang menjadikan kita keliru dan cepat lupa. Tips mudah, jika rasa keliru dan hati berbelah bagi, maka mintalah panduan dari Allah. Banyakkan zikir dan solat sunat juga baca Quran. Jadikan amalan ini secara istiqomah. Hidup ini kita ingin tenang dan bahagia dalam erti kata ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar di sisi Allah. Justeru, untuk hidup yang hanya sementara ini, jangalah kita: 1. Sombong dan angkuh. 2. Menyakiti, menyusahkan, dan mengecewakan orang lain. 3. Bermegah2 dan menayangkan kecemerlangan dan kebaikan sendiri. 4. Tidak melakukan tanggungjawab dan amanah dengan baik. 5. Mengambil hak orang. 6. Menjadi perosak. 7. Menyembunyikan dan menafikan kebenaran. 8. Bersekongkol dengan kejahatan. Hiduplah dalam redha dan keberkatan Allah. Kerana hanya redha dan keberkatan dari Allah jua yang memberikan hidup kita tenang dan bahagia. Sekadar pes

Buttermilk Chicken Sedap...

Menu buttermilk chicken ni memang menu yang sangat ringkas untuk disediakan. Bahan2 juga simple. Masak2 campak saja maka done. Nis Nedi mmg suka sgt masakan ni. Dia yang selalu request nak menu ni. Buat menu ni memang untuk anak2 saja sebab kita yang dah berusia cket ni mungkin tak begitu gemar sangat menu macam gini. Menu ini hanya memerlukan bahan yang memang ada kat rumah. Bahan untuk tumis adalah bawang putih tiga empat ulas diracik halus. Bawang holland setengah labu dipotong dadu, tiga sudu besar butter, dua tangkai daun kari, lima enam tangkai cili api dimayang halus dan satu slice cheddar cheese, juga sedikit garam. Bahan untuk perap ayam, saya guna tepung bistari saja. Bancuhkan dgn sedikit air tepung bistari dan perapkan ayam dalam 15 minit. Tak perap pun tak mengapa. Bila nak goreng, salutkan ayam dengan tepung bistari dan terus boleh digoreng. Jika tidak perap, boleh gaulkan ayam dgn sebiji telur dan selepas tu celupkan dalam tepung bistari dan digoreng dlm minyak yang betu

Sira Pise Cara Kelate

All time favourite! Inilah alkisah untuk menu ni. Sejak dulu memang suka dan tak pernah tak suka. Lama tak buat sira pise ni. Weekend lepas g cari pise batu a.k.a pise abu dan terus buat pete nya. Tapi oleh kerana dah kena kurangkan gula, makanya pise sira ni tak napok berkilat sangat la supo sekalo😀kalu gula lebih cket dia napok sina bana. Sira Pise: gula, bunga cengkih, essence warna kuning telur dan daun pandan diikat atau disimpul. Hal sira menyira ni gula meme kena banyok..jange kkejut la tengok ko gula 😁 sekali sekala bulih la... Penyediaan yang cukup mudah dan ringkas tapi hasil yang sangat hebat. Bahan2 juga mudah diperoleh. Sejak kecil menu ni mmg menu kegemaran. Resepi sira pise pekat style mcm gini adalah resepi Umi....sira pise style berkuah pekat dan melekat macam gini. Sira pise ni ada dua jenis. Satu jenis lagi adalah yang pesen berkuah cair cket. Kuahnya tidak jenis pekat dan likat.  Buat menu ni sangat simple. Masuk semua sekali dalam periuk dan masak hingga menggel