Skip to main content

Jika itu takdirnya...

Ooooo serabut la...saru sungguh kata ore kelate...

Bergelewa' di sosmed cerita viral tentang seorang manusia bernama Aliff Teega"

Saya ni tak tahu cerita sangat dan tak kenalpun dgn Aliff Teega ni. Pagi2 bangun penuh di status wasap sahabat2 menulis tentang si Teega ni...dah kenapa...

Owhhh rupanya cerita dia kawin sorok di Siam saat isteri tengah sarat mengandung...cerita kantoi nikah di siam la kiranya ni.

Allah...ramai betul lelaki munafik,  penipu, dan pengecut ya. Berjangkit2 pula jadinya...mula dgn Pengarah terkenal Syamsul Yusof...bersambung pula cerita abang Tesla..dan skrg viral si Teega ni pulokss...ore kelate kata "bengong molek la". Memang tak kelas la main sorok2 lagu ni..takdok standard la ore kata dih.

Bila dah banyak sangat cerita2 nikah sorok drpd pengetahuan isteri ni, saya pun naik mual dan nak termuntah juga la..dah tak pasal2 pula terimbau satu kisah ni...teringat seseorang yang pernah saya kenali...dia ni nikah senyap2 di Siam..menipu isteri, menipu orang tua, menipu adik-beradik...pendek kata menipu semua orang la kan...munafik sungguh! 

Haishhh tak mampu saya nak berada dalam circle orang mcm gini, hati sakit, perasaan sakit...saya tak kuat sangat nak menahan sesak kat dada, justeru saya keluarkan diri drpd circle dia, atau dgn kata lain, dia saya keluarkan dari circle saya..thats fair enough!

Saya hilang respect pada orang lagu ni. Mmg cannot brain la ore putih kata dih.

Saya kira dah almost 10 tahun kot rasanya orang ni hidup dalam penipuan dan kemunafikan. Ya, sejak 2015 nikah diam2 di siam...Jahat sungguh. Hingga kini kalau ada kisah2 nikah di siam secara sorok2 ni mmg cerita orang ini la yang datang kembali ke ingatan saya...rasa marah dan benci hadir kembali....meme takkan sendek spt sediakala la ore kelate kata...hanya masa yang menentukan...

Marah tu bukan apa...marah sebab tak sangka selama ni berkawan dengan seorang pengecut. Juga marah kerana bertahun tertipu dengan mulut manis dan perangai yang nampak baik...gentleman la kononnya...rupa2nya di sebalik tu...ada perangai tak comey. Buke setakat tak comey la...tapi tak comey benar!

Ditambah pula dengan rasa kecewa sebab kena hadap perangai manusia yang jenis tidak bertanggungjawab...tak reti nak mengaku...tak bertanggungjawab atas perbuatan yang dibuat, walaupun dah nyata blh pulak dia buat macam tidak...no pun tidak yes pun tidak...

Orang yang jenis penipu dan tak bertanggungjawab ni mmg kepantangan den...mmg meminta la kan....bendanya dah jelas..just mengaku and say yes..itu saja...selesai cerita...itu la gentleman namanya....ni tak..buat mcm orang tak bersalah..macam bukan dia yang g nikah sorok kat siam tu...adehhh penat den!

Jika betul seorang yang baik, jangan jadi penipu! Ya betul sdra ada hak untuk kawin empat..kawin la kalau sdra mampu...tapi biar la dengan cara yang beradab dan bermaruah. Jangan mempermainkan perasaan orang lain demi kepentingan perasaan sdra...selfish!

Kepada insan di luar sana yang kawin sorok ni, tolong la hadam perkara ni...

Sampai bila awak nak hidup mcm tu. Sampai bila nak menipu isteri pertama dan anak2. Secara batin, hati isteri pertama  akan tersiksa walaupun dia tak tahu suaminya ada isteri lain..jangan lupa naluri seorang isteri tu kuat untuk suami..itu kelebihan ya Allah beri pada seorang isteri, dia tetap blg rasa yang suaminya tak jujur. Itu yg buat sakit tu.

Keduanya, tolong hadam, sampai bila nak kunci isteri kedua dlm sangkar...dengan perkahwinan tidak didaftarkan, dengan isteri tak blh lahirkan anak...dengan jumpa pula kena sorok2...ketahui lah wahai sang lelaki, hidup isteri simpanan anda tu sebenarnya tersiksa batin dan perasaan umpama digantung tak bertali...menahan rasa bersuamikan suami orang...ada suami tapi mcm tak ada suami....

Cuba fikir hari tua isteri kedua tu...kawin tapi tak boleh lahirkan zuriat untuk jaga dia masa tua nanti sebab perkahwinan tidak didaftarkan....tak ada anak yang akan mendoakan dia bila dia telah tiada nanti...awak jgn ambil mudah, tanggung la dosa sampai ke akhir hayat dgn perangai jahat tu...awak tu lepas la, ada anak drpd isteri pertama yg boleh doakan...kan selfish namanya tu...harapkan awak nak jaga..ntah2 kawin lagi sorang..lelaki tetap lelaki kan..hok perangai tak comey la..kalu hok perangai comey fikiran tu tak ada la letak di kepala lutut. 

Jika tak boleh berlaku adil, bebaskan dia..jangan letak dalam sangkar macam tu! Biar dia bina kehidupan baharu dengan memiliki suami yang tak perlu disorok2 dan anak2 yang blh dia lahirkan dan daftarkan dengan cara yang sah mengikut undang2.

Fikir2 kan...jangan fikir rasa tamak dan nafsu awak semata2...fikir juga tentang perasaan dan hak orang lain.

Kesimpulannya, selagi berita2 nikah kat siam ni muncul maka selagi itu lah rasa marah dan benci ini kekal di hati..there's no more! Jika begini takdirnya maka hadap saja la..ini yang terbaik yang Allah tentukan...just go with the flow. Nothing to regret...

"Menjadi orang baik atau jahat itu hakmu, menjadi seorang pembohong atau jujur itu pilihanmu. Tetapi ingatlah dengan satu hal yang harus kamu tahu...jangan pernah menghancurkan kepercayaan orang yang sudah tulus mempercayaimu... sebab sekali kepercayaan itu telah musnah, ia takkan mungkin kembali seperti asal lagi."

Sekadar tulisan pendek.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe