Skip to main content

Bagaimana Nak Urus Jadual yang Padat...

Malam ni singgah sekejap di blog. Beberapa hari ni agak hectic sungguh. Pembuka tahun 2023 yang sangat pack schedulenya.

Bercampur pula dengan urusan keluarga di kampung..seminggu dua ni berulang balik ke kampung halaman. Semoga segala urusan dalam peliharaan Allah jua.

Kemampuan kita manusia sangat terhad...justeru biarlah Allah yang susun. Sebagai hamba Allah..kita lapangkan hati, lapangkan fikiran dan berdoa dengan penuh yakin dan istiqomah. Doa semoga Allah permudahkan segalanya dan memberikan hidayah dan petunjuk yang baik buat diri kita.

Doa ni senjata segalanya. Jangan pernah berhenti untuk berdoa. Doa perlu ikhlas, yakin dan istiqomah. InsyaAllah, Allah kabulkan apa yg kita mohon...jika cepat bersyukur lah dan terus tingkatkan amalan dan kebaikan..jika lambat, usah putus asa...masanya tetap akan tiba..just a matter of time saja. SABAR.

Jika minda sudah tidak mampu lagi menyusun agenda dalam minda kerana sangat banyak dan bercelaru dah...maka susunlah agenda tu atas kertas atau di komputer....tick agenda yang telah diambil tindakan. Dengan cara ni, fikiran dan hati kita lebih aman dan tidak rasa terkejar2 untuk fikirkan 1001 perkara dalam satu masa. Kongsep hidup tenang dari stress kerja adalah kena bijak mengurus "kebizian" (Aduhai, sesuka hati guna perkataan yang salah tatabahasanya), yang penting didahulukan, yang kurang penting di kemudian kan...selesai cerita.

So, bagi anda di luar sana yang banyak sangat agenda dalam fikiran...ataupun yang tahap kesibukan yang melampau...jangan lama2 dibiarkan dlm fikiran..cepat2 keluarkan dan list down sbg dokumen tindakan. InsyaAllah minda akan rasa kosong dan kekosongan ini akan lebih mendamaikan.

Cuba ya.

Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe