Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Biar Emosi & Mental Berehat Dulu...

Hidup ini sangat simple.  Jadi jangan complicatedkan. Jika kita suka teruskan. Jika kita tak suka, just put a stop. Jika kita penat berehatlah.  Jika kita tak sihat cari ubatnya.  Jika lapar makan lah.  Jika dahaga minumlah. Jika kita tak tahu belajarlah. Begitu lah hakikat kehidupan. Kadang2 ada suatu ketika, kita sudah sangat penat...kita dah sampai ke limitnya...justeru, just let it go apa yang membuat kita rasa sakit untuk beri masa emosi dan mental kita berehat. Let it go itu bukan bermakna tak suka, tapi kerana untuk menjaga hati dan perasaan drpd terus merasa sakit.  Emosi dan mental yang sudah tersangat  sakit dan penat perlu direhatkan seketika bagi menyembuhkannya. Justeru, kita memilih pergi untuk menjaga hati sendiri. Emosi dan mental boleh dirawat dengan  merehatkannya dulu buat seketika sehingga dia sembuh dan tiada rasa lagi. No hurt feelings, no sadness..... InsyaAllah lama2  nanti kita sudah terbiasa dgn rasa yang baharu dan rasa sakit juga lama2 nanti slowly akan hila

Cerita Tentang Putu Halba...

Semasa trip to Spore baru2 ni, bersembang dgn geng pasal kuih Putu Halba. Geng pula dari KL, jadi sekadar tahu tentang kuih ni, tapi tak tahu camane nak membuatnya. Tapi teringin nak membuatnya..hehe. Putu halba ni adalah sejenis kuih kelate yang diperbuat daripada ubi kayu. Kalau dulu2 kuih ni hanya ada masa musim tengkujuh saja..ya banjir saja sekitar bulan Nov dan Dis. Sebab tu kuih ni ada juga orang memanggilnya kuih banjir atau kuih bah..hehe. ada juga yang panggil kuih dalam kain sebab kuih ni perlu diletakkan dalam kain dulu sebelum dikukus. Tapi lo ni kuih ni saya tgok mcm ada sepanjang masa aje di kelate, tak semestinya musim banjir jah...namun tengok tempat jugok la...kuih putu halba ni adalah kuih yang dimasak dengan cara dikukus dan dimakan dengan kelapa parut. Masa proses mengukus, adunannya dibuat meleper dimasukkan dalam piring kecik dan dimasukkan dalam kain, biasanya towel good morning tu blh digunakan. Lepas tu diletakkan gula melaka atau nise yang diracik halus dan d

Pulut Pagi Kelate Buat Sarapan...

Pagi semalam craving nak makan pulut pagi kelate. Makanya saya onzzzz. Pulut pagi ni kiranya makanan rutin belah pagi di kelate, kira menu tradisi. Menu legend pun ya juga. Dimakan bersama kelapa parut..kelapa muda la lebih sedap. Tapi kat luar kelate ni payah la nak cari kelapa muda...kita beli kat kedai kan, apa yang ada aje lah, cuma minta tuan kedai mesin tanpa selaput/kulit coklat dia. Kebetulan ada sedikit lagi pulut lebihan buat pulut duye hari tu. Saya masakkan semua...tak byk, dalam 4 pot aje rasanya. Niat di hati nak bagi jiran2 juga. Jadi saya masakkan semua. Bila tanak pulut pagi ni, saya rendamkan sekejap pulut tu dalam sejam. Tujuan pulut ni direndam untuk bagi dia mudah masak dan lebih lembut bila dikukus nanti. Semasa pulut direndam, boleh masukkan sedikit kapur mkn, dlm setengah sudu teh bagi tujuan pulut tu jadi kenyal sikit bila dikukus nanti. Jika tiada stok kapur makan di rumah, rendam tanpa air kapur pun okey. Masak pulut pagi ni boleh guna dua2 kaedah, sama ada n

Istiqomah Kepada Perubahan...

Usai solat dan sempurnakan apa yang patut, capai phone dan belek2 media sosial. Muncul kata2 ini di my sosmed, "Results happen overtime, not overnight. Work hard, stay consistent and be patient" Owhhh menarik kata-kata ini, bisik hati kecil saya. Terus save, buka blog dan start menulis. Pada setiap perkara yang kita ingin ubah, bukan dapat dilakukan dalam sekelip mata, tapi, ia mengambil masa. Tempoh masa yang diambil tu bergantung kepada berapa besar perkara itu, dan bagaimana respon diri kita terhadapnya. Justeru, untuk berjaya perlulah kena kerja keras, kekal istiqomah dan bersabar. Ini saja pemangkin kepada apa jua perubahan yang kita nak buat. Selebihnya adalah doa kepada Allah. Istiqomah berdua. Pasti Allah hadirkan jalannya. Jangan jemu berdoa...jangan mudah putus asa! Betul, agak mencabar bila kita nak berubah..tapi kita kena kuat. Bila rasa lemah dan nak mengalah, kenang kembali mengapa kita nak berubah dan tujuan kita nak berubah tu...kemaskan balik di hati...sabar

Sebuah Janji Penuh Keegoan...

Terimbau kembali...perbualan lebih 13 tahun yang lampau. Segalanya masih segar di ingatan. Bicara tegang dengan seseorang tentang pemimpin dan politik negara. Daripada sembang2 santai membawa kepada ketegangan dek sikap ego dan pemikiran yang sangat taksub.  Tiba2 masa tu den jadi naik angin sebab napok bersunggoh benar la gu lawe...merendahkan dan mempersendakan. Saya sekadar pertahankan hak kemanusiaan saja. Jangan lah kita berlebih- lebih sangat dalam membuat judgement. Kebetulan pula memang idola saya.... Sentiasa ingat dan tidak pernah lupa pun sebenarnya apa jua perbualan, dialog dsbnya yang berlaku, walaupun masa telah lama berlalu sebenarnya..cuma kadang2 buat2 lupa atas keperluan tertentu. Hakikatnya, semuanya masih jelas di fikiran. Begitu sekali tahap tidak menyukai sehingga semuanya salah, semuanya tak betul, semuanya buruk, semuanya dipercayai termasuk fitnah. Sedangkan diketahui dosa fitnah itu terlalu besar. Punya lah tidak suka sampai begitu sekali ya. Agak-agak la kan.

Donut Red Velvet Viral

Haha buat hal lagi mlm ni RZH. Ore kelate kata.."pelor-pelor nok buak gak, buak bia sengoti"...buak denga nyunggoh la..biar tetu gitu dih. Main sipi2 ape cer...buat sengoti teruh..gituuuu Bersunggoh la, male ni buak pulok donak. Begitu la alkisahnya saya, bila rasa nak buat, kita buat aje la. Bukan rumitpun, setakat setengah kilo tepung. Resepi sama spt entri lepas, cuma saya masukkan sedikit red velvet, dlm setengah sudu besar. Tepung high protein HP saya dah habis, jadi saya pakai tepung biasa saja. Layannn aje...dont make things hard and complicated! Mudahkan saja. Dengan setengah kilo ni saya dpt dlm 29 biji. Kali saya buat kecik2 cute aje. Yg mlm tadi besar cket, jadi dpt dlm 21 biji. Saya mmg jenis tak timbang, satunya memang malas nak timbang, keduanya kebetulan timbang digital saya rosak la pulok. Ketiganya, saya memang jenis main agak2 aje sukatan jika buat kuih-muih ni...tak ada mau nya saya nak timbang2 complicated bagai. Yang penting ada rupa donut ikut size yang

Tak Boleh Uli Orang Kita Uli Tepung...

Haha parah tajuk ni... Saja la saya bagi tajuk gempak cket...campur ada geram juga lah sebenarnya...cerita ptg tadi di suatu tempat..berlagak pula la org ni kan..haishhh...fikirkan pesanan org bijak pandai, katanya jangan dilayan orang yang bodoh..dengan kita sekali jadi bodoh...nak-nak bodoh sombong lagi haru..jadi abaikan saja! Maka sayapun beristigfar lah byk2 dan melatih diri agar bersabar...doa dupaya tidak termasuk dalam kategori bodoh melayan orang yang tanpa sedar menayangkan kebodohan dgn sikap angkuh dan bongkak..haishhh..angin satu badan den. Alkisah nak buang angin dan geram ni la tak pasal g buat donut malam ni..ko dah kenapa RZH. Ya, perasaan geram dan marah ni ada ubatnya...tak boleh uli orang, kita uli tepung...walaupun mesin yang uli..doesn't matter la..yg penting diuli dan dilantun-lantun dan ditumbuk-tumbuk doh tu dalam mesin... Malam ni alkisahnya...maka buat donut lagi..hmmmm Buat setengah kg saja..dpt dalam 20 biji. Ni sesambil menunggu kemenjadian yis bertind