Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Resepi Sedapzaini: Roti Jala Special

Bertemu lagi kita di alam blog ini. Entri kali ini saya nak kongsikan resepi roti jala. Roti jala ni adalah sejenis makanan yang dibuat daripada gandum dan dimakan dengan gulai kari, kuzi, kuah manis, kuah durian dan sebagainya lagi. Saya biasanya akan makan dengan kari daging atau ayam, juga kuzi. Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan sedikit pengalaman dan nostalgia zaman saya remaja dulu. Famili belah umi saya ni kiranya terkenal dengan roti jala ni. Mak saudara saya belah umi, Che Tie, Che Zah, dan Che Lan memang sangat pakar dalam bab roti jala ni...siap pakar dengan gulai kuzinya sekali...memang sedap dan terbaik....seribu penghargaaan kepada adik-beradik umi yang pernah hadir dalam lakaran hidup saya...banyak memberikan pengalaman dan motivasi semasa saya masih di alam remaja.  Bila ayah saya kawin dengan umi, masa tu umur saya 11 tahun. Maka saya mula mengenal rapat dan 'sehidup semati' dengan roti jala ni pada setiap musim hari raya. Dulu-dulu m

Resepi Sedapzaini: Rendang Daging Istimewa

Sempena aidiladha ni saya masak rendang daging untuk dimakan bersama pulut kuning dan nasi himpit. Mr. Husband memang sangat suka dengan rendang, kiranya masakan kegemaran dia. Tapi saya ni jarang-jarang masak rendang sebab saya lebih suka masak gulai kari kelantan yang mirip juga dengan rendang ni sebab gulai kari kelantan agak pekat sikit kan...tapi for sure la rasanya memang tidak sama...rendang tetap akan rasa rendang la sebab ramuan menyediakannya lain, gulai kari kelantan tetap rasa gulai la kan....ramuanya dan cara masak juga berbeza. Oleh kerana menu ini adalah menu kegemaran Mr. Husband, maka saya masak la juga sebab kami tak balik beraya di kaampung pada aidiladha kali ini. Masak rendang ni seronok juga sebenarnya...banyak bahan-bahan yang kena potong, kena mayang...jadi kita macam rasa best aje bila memasaknya. Tapi opkos la orang yang memasak kena minat dengan masakan...kalau masak kerana terpaksa dan bukan masak dari hati...memang tak akan menjadi...kala

Resepi Sedapzaini: Sambal Kelapa Nasi Himpit Cara Kelantan

Sambal kelapa ni memang terkenal di Kelantan. Zaman saya kanak-kanak dulu, sambal kelapa ni memang pelengkapnya dengan nasi himpit. Arwah nenek saya dulu memang berniaga di kantin sekolah. Jadi salah satu menu rutin dan tetap adalah nasi himpit dengan kuah kacang dan dilengkapkan dengan sambal kelapa ni. Kebanyakan orang tua dulu-dulu memilih untuk makan nasi himpit dengan sambal kelapa ni sahaja tanpa kuah kacang. Mereka selalunya minta supaya kuah tidak dicampurkan sekali dengan sambal tu. Ada juga yang suka kuahnya dicampur sekali dengan sambal tu, macam gambar di bawah. Tapi dunia sekarang ni, menu-menu sebegini perlahan-lahan sudah semakan 'pupus', kecuali di kawasan yang betul-betul di kampung-kampung di Kelantan yang masih ada lagi yang membuatnya. Kalau di kampung saya sudah jarang sekali peniaga membuatnya untuk dimakan bersama nasi himpit kuah kacang. Mungkin kerana penyediaannya yang agak rumit sedikit menjadikan lama-kelamaan orang muda-muda z

Resepi Sedapzaini: Pulut Kuning Noxxa Special

Pada entri kali ini saya nak kongsikan resepi masak pulut kuning guna periuk noxxa. Sangat mudah dan cepat...boleh dimakan segera kalau tiba2 teringat nak makan...semudah abc, capai pulut, capai noxxa...dan masak dengan penuh kasih sayang. Cara masak pulut kuning guna noxxa ni banyak versinya. Anda boleh ikut mana-mana yang rasa selesa dan mudah. Dalam google banyak cara masak dikongsikan. Namun, secara terus terang pulut yang dimasak secara tradisi dan manual di kampung lagi sedap rasanya..itu pandangan saya. Mungkin sebab saya datang dari kampung yang memang budaya membuat pulut kuning ni adalah budaya rutin kampung saya...pulut kuning unk kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, pulut semangat dan sebagainya lagi. Saya memang selalu melihat bagaimana orang2 tua di kampung memasak beramai2 dan bergotong royong dalan membuat kenduri kendara atau di Kelantan dipanggil 'bekwoh'. Dulu2 masa zaman remaja di kampung, sy memang turut bersama...kepakaran saya buat 'sambal l

Resepi Sedapzaini: Nasi Himpit Kuah Kacang Bersambal Kelapa

Entri kali ini saya ingin kongsikan resepi turun-temurun nenek moyang saya, dan kini diteruskan oleh bonda mek saya. Resepi ni bonda mek yang mengajar saya. Kuah nasi himpit yang memang 'super duper' sedapnya...takkan mungkin dapat dicari di mana-mana rasanya yang sangat special...kalau yang bonda mek saya buat lagi la sedap terbaikk! Famili saya dan famili belah mertua memang suka kuah kacang yang saya buat ini. Pada setiap raya dan majlis-majlis keraian keluarga, memang kuah nasi himpit ni menjadi 'trademark' saya la kiranya. Saya sendiripun memang wajib membuatnya bila masa raya, kalau tak buat memang rasa tak 'sah' ore Kelate kata...tak lengkap rasanya menu tanpa nasi himpit kuah kacang ini. Okey semua, mari saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya ya. Bahan-bahan: 1. Nasi himpit kecil atau besar..brand apa terpulang kepada anda ya. Saya guna brand Adabi yang saiz besar. 2. Kacang setengah kg. 3. Halia sebesar ibu jari. 4. C