Skip to main content

Menyakiti Hati Sendiri Kerana Menjaga Hati Orang ...

Kadang2 untuk menjadi seorang ketua yang baik kita perlu bersedia dan redha untuk menyakiti hati sendiri dengan menahan kepedihan dan kesakitan hati dan perasaan. Maksudnya kena bersabar dan menahan rasa demi menjaga hati dan perasaan pasukan yang dipimpin.

Itu la namanya kerja dan kehidupan.

Kehidupan yang mengajar kita untuk bersabar dan menahan diri daripada menyakiti hati orang lain walaupun hakikatnya hati kita yang sedang kita sakiti. Itulah pengorbanan tanpa sedar yang perlu kita hadap.

Ada masa yang kita perlu menyakiti hati kita sendiri demi menjaga hati orang lain walaupun kita di pihak yang benar.

Apa maksud saya dengan "menyakiti diri sendiri" tu.

Maksud saya di sini adalah, kita yang tersakiti bila kita menahan kata menahan diri daripada membuat teguran dek kerana kita tidak ingin menyakiti hati orang lain dengan kata2, nasihat atau panduan dan perbuatan kita, sedangkan hakikatnya sebagai ketua kita perlu memastikan semua perkara dijalankan dengan baik...pantas, sistematik, mengikut prosedur dan paling penting kualiti dijaga. 

Sifat manusia ni terlalu negatif terhadap teguran atau nasihat walapun teguran diberikan secara lembut dan berhemah, ianya tetap memberi kesan di hati orang. 

Di sini lah terletaknya kesukaran sebab kita terlalu ingin menjaga hati orang sehingga kita menyakiti hati kita sendiri...sakit menahan rasa dan sakit melihat perkara yang tidak betul dilakukan yang memberi kesan kepada imej dan reputasi pasukan atau team atau organisasi yang kita pimpin.

Justeru, dalam konteks organisasi, kita perlu belajar kemahiran dan ilmu untuk menasihat, membimbing dan memberikan teguran kepada anggota yang kita pimpin...di sinilah kita perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran tertentu untuk menjadikan teguran itu mampu kita buat dan tidak menyakiti hati orang mahupun hati kita...juga mampu diterima secara baik dan positif oleh team kita.

Ilmu dan kemahiran yang paling penting tentulah hati kena kuat, fikiran kena matang dan kebijaksanaan perlu ada. Gali dan mantapkan tiga perkara ini dalam diri. Yakin bahawa, setiap kebenaran itu Allah akan sentiasa bersama kita...ikhlaskan diri dan terus berdoa. InsyaAllah, everything's gonna be okey!

Orait..sekadar perkongsian di pagi hari.

Btw...selamat mengundi bagi mereka yang berada di enam negeri yang terlibat dgn PRN.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe