Skip to main content

Kematian Demi Kematian...

Berita kematian demi kematian...

Hati rasa sayu dan sedih

Setiap hari macam2 bentuk kematian yang berlaku...lately berita kematian yang sangat tragis dan berbekas di hati...

Cerita enam beranak di Segamat yang dijemput Allah dalam keadaan yang sangat tragis sangat berbekas di hati..melihat pula raut wajah sugul dan kesedihan yang tidak terucap daripada satu2nya anak lelaki yang tinggal lagi terasa meruntun di hati dan sebak di dada...

Dapat pula berita emak saudara sebelah Mr. Husband di Perak yg dijemput Allah disebabkan beberapa masalah kompilasi..faktor utama adalah disebabkan kencing manis. Menambahkan lagi rasa sedih bila mengenangkan arwah baru saja kehilangan suami tercinta (bapa saudara Mr. Husband) yang dijemput Allah beberapa bulan yang berlalu...juga kencing manis yang kronik...Bila terbayang arwah mak anjang...sayu rasa hati..baik orangnya, lembut tutur kata...walau sesekali berjumpa, tetap terasa kehilangan mak anjang dan Anjang...Al-Fatihah buat keduanya..moga tenang di sisi Pencipta.

Tiada lagi Anjang dan Mak Anjang di kampung...terbayang bagaimana Anjang dan Mak Anjang menyantuni saya setiap kali saya balik kampung Mr. Husband...setiap kali raya, pasti Mak Anjang akan buat laksa penang untuk dijamu kepada sanak saudara yang datang bertandang...

Masih saya ingat kesedapan rasa kuih semperit kampung yang Mak Anjang buat..gebu gebas sedapnya mmg lain berbanding dgn yang kita beli di kedai..mungkin itu resepi turun-temurun famili Mak anjang...

Selang tak berapa lama berita kematian salah seorang staf senior masa mula2 saya bekerja dulu, kak Asiah namanya...Allahu, terkejut saya mendapat berita kematiannya. Terbayang kak Asiah, dulu2 dia seorang yg nampak tegas dan berdisiplin. Kemas sentiasa..sgt menghormati orang...lembut bicaranya bila dah kenal rapat. Lebih 25 tahun lalu mengenalinya...kini dia telah pergi buat selama-lamanya...hanya kenangan yang ditinggal...Al-Fatihah buat arwah Kak Asiah...semoga roh beliau tenang di sana. Saya memang terputus hubungan terus dgn kak Asiah slps kak Asiah bersara...kak Asiah ni kiranya antara staf yang sangat bagus..kiranya kesayangan boss saya dulu.

Dua tiga minggu lepas dpt pula khabar isteri En Kamaruddin Abdolla meninggal dunia..dan dlm masa yang sama saya dikhabarkan En Kamaruddin sendiri dalam keadaan tidak sihat..kata salah seorang kenalan, dia sedang warded masa isterinya meninggal...Allahu, besarnya ujian buat En Kamaruddin...En Kamaruddin ni adalah staf yang pernah berada di bawah seliaan saya untuk beberapa tahun sebelum beliau berpindah ke PTJ lain dan selepas itu mendapat tawaran sbg pegawai.

Sedih bila saya bayangkan bagaimanakah perasaannya bila isteri yang selama ini menjadi peneman setia pergi buat selama-lamanya....Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kpd En Din...sayu hati saya mengenangkan betapa bersedihnya hati En Din dengan pemergian isteri tercinta di saat dia sendiri sedang sakit yang memerlukan sokongan kuat daripada seorang isteri.

Doa saya semoga En. Din terus Allah pelihara dan dimudahkan Allah jua segalanya...

Dua hari lepas pula mendapat khabar pemergian Prof. Datin Juriah...innalillahiwainnailaihirajiun...

Datin Ju adalah salah seorang staf akademik di Fakulti Pendidikan. Arwah sempat sekejap dengan saya masa beliau datang sesekali ke fakulti selepas arwah bersara. Masa tu, arwah dah tak berapa sihat sgt juga dah, umur masa tu saya kira dah dekat 68 tahun...arwah meninggal masa berumur 79 tahun.

Ya Allah, kehidupan ini begini la..cukup waktu akan dijemput menemui-Mu ya Allah..seorang demi seorang pergi meninggalkan dunia ini..yang muda yang tua semuanya akan pergi bila masanya tiba....bila mengenang tentang kematian ni, mmg rasa dunia ni tiada apa2...akhirat la nanti yang paling utama...cukupkah bekalan kita ke sana? Masih kalut kah kita mengejar dunia? 

Semoga Allah menempatkan semua Kenalan yang lebih dahulu pergi di tempat yang paling tinggi di sisi Allah..semoga diampunkan segala dosa dan damai bersemadi sehingga hari kebangkitan nanti.

Al-Fatihah...



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe