Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Doa mohon pertolongan...

Sekadar perkongsian cuma. Entri ini sebenarnya sejak setahun lalu berada di status "Deraf" sebab saya tidak menyudahkan penulisannya dan dibiarkan begitu saja di "Deraf" tanpa klik publish...nak klik publish pun memang tak boleh sebab penulisan belum diselesaikan....dok hang macam gitu saja... Jadinya malam ni kita selesaikan saja penulisan ini dan klik sebagai "publish". Makanya done..senang cerita..close deal terus...hehe Kita semua tahu bahawa doa adalah senjata paling mujarab untuk kita panjatkan kepada Allah di saat diri kita dilanda badai dan taufan...doa bersungguh-sungguh kepada Allah, insyaAllah doa itu dapat menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan. Berdoalah seikhlasnya kepada Allah tanpa mengenal erti putus asa...jangan kita gopoh gapah dalam berdoa kerana nanti kita tidak betul-betul menghayati apa yang kita lafazkan...Berdoalah dengan tenang, khusyuk dan penuh keyakinan...InsyaAllah nanti Allah kabulkan. Doa itu adalah ibadah...Doa adal

Bekerja adalah Ibadah

Dalam ajaran agama Islam, bekerja untuk mencari nafkah atau pendapatan yang halal, adalah merupakan satu jenis ibadah kepada Allah yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Ibadah mencari nafkah ini digolongkan kepada ibadah umum. Ibadah khusus pula antaranya termasuklah sembahyang lima waktu, berpuasa, memberi zakat dsbnya. Ibadah umum boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia tidak melibatkan masa atau tempat khas. Ketua yang faham bahawa tugasnya sebagai ketua ( pengurus, pentadbir, pengarah dsbnya)' akan menjalankan tugas dengan niat suci, jujur, ikhlas, berlandaskan yang baik dan meninggalkan yang jahat, bekerja dengan tekun, cekap, bertanggungjawab, kerjasama dan tiada halangan daripada menunaikan kewajipan kepada Allah. Ketua yang tidak memahami bahawa menjalankan tugas yang diamanahkan adalah satu bentuk ibadah, dia sebenarnya merupakan seorang ketua yang tidak bijak dan tidak baik. Mungkin apa yang mereka faham bahawa ibadah itu hanyalah berkaita

Maal hijrah 1433H...

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita...adakah pemikiran kita seiring dengan peredaran masa yang begitu cepat itu...seakan sekelip mata segalanya berlalu...seakan baru semalam mengangkat doa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun...semalam situasi ini menjengah kembali...rupanya sudah setahun berlalu...sudah 360 hari kita melalui 1432H...apakah yang kita peroleh dalam tempoh itu...apakah pencapaian diri kita, apakah sumbangan kita kepada diri kita, keluarga, organisasi tempat kita bekerja, masyarakat di sekeliling kita...dan juga negara kita.... Adakah kita pernah menyedari untuk bertanya semua itu kepada diri kita....andai kita masih terlupa dengan peredaran masa ini...lupa segalanya bergerak begitu pantas...lupa yang kita telahpun meninggalkan 1432H dan kini telah memasuki 1433H...andai kita masih lupa...sesuatu perlu kita buat kepada diri kita...supaya kita dikejutkan daripada terus hanyut dan mamai.... Malam tadi, alhamdulillah saya, suami dan anak-anak masih la

Usah Dihalang Orang Yang Ingin Pergi Dari Hidup Kita..Lepaskan Dia Pergi

Sesuatu yang ingin pergi dari hidup kita...biarlah ia pergi. Usah dihalang usah dirayu...kerana kalau terus dihalang, ia tidak merubah apa-apapun, hanya menambah sakit di hati. Justeru, biarkan saja ia pergi dan berlalu.... Andai keimanan kita masih kukuh...fikirlah bahawa segalanya itu adalah ujian dan ketentuan dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketakwaan kita kepadanya. Andai kita gagal mempertahankan keimanan itu, maka untuk apakah kita bersaksi bahawa segala apa saja di dunia ini hanya pinjaman semata-mata...segalanya itu milik Allah...suatu waktu tertentu Dia pinjamkan kepada kita dan suatu waktu tertentu Dia mengambilnya kembali daripada kita. Andai kita redha dan penuh keyakinan berpegang kepada sesuatu yan berlaku ada hikmah di sebaliknya....maka kitalah orang yang sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah...insya Allah. Namun andainya kita terus terusan berduka seakan merasakan dunia sudah tidak bermakna lagi dan diri tidak kembali kepada mengakui ketentuan Ilahi, maka k

Hati Yang Terluka Membangkitkan Kekuatan Diri...

Dalam kehidupan pelbagai cabaran yang perlu kita lalui. Semuanya itu sebenarnya ujian dari Allah kepada hambanya untuk menguji sejauh mana kekuatan dan keimanan, juga kesabaran kita dalam menghadapi ujian. Setiap ujian yang mendatang sama ada berat atau ringan kita tetap juga kena hadapi...memang tak boleh mengelak. Apa agaknya yang perlu kita perlengkapkan diri untuk kita sukses dalam menghadapi ujian. Semua ujian, halangan, kerumitan, kesulitan akan ada solusinya. Jalan penyelesaian pasti ada..cuma bergantung kpd kita bagaimana ingin menanganinya...andai kita menanganinya dgn emosi, maka kemusnahan lah di penghujung, andai kita mengahadapinya dengan kesabaran dan redha maka kebahagiaan la di penghujungnya..sudah pasti kita ingin kebahagiaan di penghujungnya. Justeru, pilihlah untuk menangani ujian dengan kematangan, kebijaksanaan, kesabaran, dan akhirnya redha... Perkuatkan diri kita, dalaman kita dengan doa pada-Nya, zikir yang tidak pernah putus dan hati yang betul2 ik

Isu Surat Layang....

Aduh, kenapa lah dunia ini mempunyai pelbagai ragam manusia...ada yang berhati baik dan ada yang berhati busuk...Ya...Allah mencipta segalanya di dunia ini sentiasa dalam dua bentuk yang berpasangan...tentu ada hikmahnya di sebalik segala ciptaan Allah ....supaya manusia sentiasa mengambil iktibar dan sentiasa membetulkan segala kesilapan diri sama ada yang dilakukan dengan sengaja ataupun tanpa sengaja....kalau melakukannya dengan sengaja..sudah pasti seseorang yang melakukan itu akan tahu dengan nyata kesilapan yang dilakukan...namun andainya dilakukan tanpa sengaja...itulah perlunya kita memuhasabah diri ntuk mencari dan mengenalpasti mana2 kesilapan yang telah kita lakukan. Petang tadi, atas urusan tertentu, saya sempat berbual panjang dengan salah seorang senior di tempat kerja saya...betapa terkejutnya saya bila mendengar perkhabaran yan disampaikan...ahhh...berulang lagi! Bilakah semua hasad dengki dan hati busuk seseorang yang bernama manusia ini akan berakhir....adakah cara

Mengajar diri berfikiran positif....

Bukan mudah untuk melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang dilakukan dan apa jua yang dihadapi. Mengikut kamus dewan, positif bermaksud memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat dsbnya. Justeru, berfikiran positif membawa maksud seseorang yang di fikirannya hanya memikirkan perkara yang baik-baik sahaja yang akan memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri. Mengikut Neuro Linguistik Programming (NLP), seseorang yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa dikelilingi oleh aura yang positif dan aura positif ini akan secara tidak langsung memberikan tenaga yang positif kepada seseorang itu dan tenaga ini akan menjadikan diri kita sentiasa bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa saja. Einsten pernah mengatakan mengenai cara kehidupan kita, " kita boleh hidup bagaikan tidak ada satu keajaiban pun, atau kita boleh bagaikan semuanya adalah yang ajaib". Ianya terpulang kepada kita. Apa

Sejenak 'mengembara' ke alam pengajian dulu...

Malam ini aku masih setia menulis di sini...badan masih rasa kuat dan mata jua belum lagi mengantuk. banyak lagi sebenarnya assignments  yang masih belum selesai, namun aku memilih untuk 'menyantaikan' minda dan  'melegakan' perasaan dengan menitip sesuatu di ruangan ini. Malam ini aku ingin 'mengembara' sejenak fikiran ku ke zaman 19 tahun yang lampau, ketika aku masih menuntut di UKM...bersama rakan2 seperjuangan melalui kehidupan sebagai pelajar di Blok 6, Kamsis Bangi (Kini nama kamsis sudah ditukar kepada kolej)... Kehidupan sebagai pelajar memang cukup indah. Andai dapat diundurkan masa adakah aku ingin kembali mengulangi zaman itu atau memilih untuk kekal di zaman ini, maksud aku zaman pekerjaan...ermmmm sebenarnya ada pro dan kon untuk kedua-duanya. Zaman belajar, fikiran hanya memfokuskan kepada pengajian dan rakan-rakan di sekeliling dan enjoy dengan kehidupan kampus...tidak lebih dari itu. Justeru, komitmen sebuah kehidupan ini tidak begitu membeb

"Sedangkan Bah Kapal Tak Hanyut, Inikan Pula Kemarau Panjang..."

Entah mengapa...sejak dulu lagi aku memang suka dengan kata bidalan ini...mungkin kerana maksud yang tersirat di sebalik bidalan ni sangat besar dan mendalam pengertiannya. Bidalan ini cuma pendek dan ringkas, tapi maksud di sebaliknya sangat luas pengertiannya. Bidalan ini sebenarnya selalu digunakan oleh pendekar dulu-dulu yang ingin menunjukkan kehebatannya. Namun pada aku, tidak lah bermaksud untuk pendekar menunjukkan kehebatan, namun sekadar menyatakan bahawa andai diri kita ini tidak mampu menggugat kemampuan seseorang yang lain, jadinya usahlah kita mencuba-cuba untuk 'mencari pasal' dengan dia kerana sudah pasti tidak akan merubah apa-apa, sebaliknya diri kita sendiri yang terluka. Mungkin ini hanya perkara kecil kepada pihak satu lagi, kerana sebelum ini dia mungkin telah melalui cabaran yang lebih besar lagi yang sedikitpun tidak menggugat keadaan dia, apatah lagi perkara yang kecil ini, lagi la langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepada dia.... Itu lah keh

Belajar melupakan sebuah 'kepedihan'

' Kepedihan' adalah satu perkataan yang sangat ngeri untuk didengar apatah lagi untuk melaluinya.  Kamus Dewan, edisi empat mentakrifkan ' kepedihan' sebagai perihal pedih, rasa pedih, menderita pedih, kesedihan dan kesakitan dalam hati. Memang rasa ' kepedihan' itu tidakkan mampu untuk orang yang melaluinya membayangkan dengan kata-kata...hanya Allah jua yang maha mengetahui kerana semuanya itu adalah ketentuanNya. kalau ingin diikutkan rasa 'pedih' itu...memang sampai bila-bilapun kita akan terus bersedih, terus menangis, terus tersiksa, terus merana dan merasakan seolah-olah hidup sudah tidak bermakna lagi. Namun...sampai bilakah kita ingin membiarkan rasa 'pedih' itu terus membelenggu kita...sampai bila?...adakah kita ingin memusnahkan kehidupan kita hanya kerana rasa 'pedih ' itu? adakah dunia ini sudah tidak bermakna lagi pada kita hanya kerana rasa ' pedih' itu? Jangan terus terusan memusnahkan diri...berikanlah

Sekian lama mencari...akhirnya Allah ketemukan...

Norchukria... Sahabatku yang telah terpisah sejak 25 tahun yang lalu. kami terpisah kerana dia perlu berpindah sekolah dan kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara. Aduhh...sedih hati aku hanya Allah jua yang tahu. kebetulan pada masa tu aku sedang meminati cerita Ninja, nama heronya Sasuka...wajahnya mirip dengan chukria (tapi Chukria ni perempuan ya)...sehingga kini bila teringatkan cerita ninja, aku akan sentiasa teringatkan Chukria. Sekian lama sebenarnya aku mencari dia...menanya sahabat-sahabat lama yang turut mengenali dia, namun tidak seorang pun yang tahu di manakah dia berada sekarang. Aku ada 'search' melalui FB, namun tidak jua kutemui dia...aku sangat mengharapkan agar suatu waktu nanti Allah aturkan kembali pertemuan aku dengan dia....walaupun impian itu tidak kulafazkan melalui doa, namun itulah yang berbisik di hati aku. Tanpa kuduga, tarikh 16 hb November 2011 (Rabu)...tiba2 dia muncul menyapa aku di inbox dalam FB aku. Ya Allah...aku sangat ter

Erti sebuah persahabatan

Bila menyebut perkataan 'sahabat' apakah agaknya yang terbayang di fikiran kita? Sudah pasti kita membayangkan seseorang yang mengenali kita dan kita mengenali dia, saling berkongsi info dan masalah, saling bersama di waktu suka dan duka. Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa memberikan dorongan dan perangsang, menjadi peneman setia di saat kita sedang berduka, dan cuba memahami seboleh mungkin segala apa yang sedang dihadapi dan dirasai oleh kita....begitu lah juga sebaliknya. Terkadang bila kita begitu akrab dengan seorang yang bergelar sahabat..dan bila sesekali Allah menguji....datang 'ribut badai' melanda menggugat sebuah persahabatan yang sekian lama terjalin...sudah pasti rasa sedih datang bertamu...rasa kehilangan datang mengusik dan pelbagai rasa lagi yang menerpa di fikiran....itulah namanya kita merasai sebuah kehilangan bila dia tidak lagi bersama seperti dulu... Justeru, dalam persahabatan seboleh mungkin elok la kita cuba memahami

Susur Galur Kehidupan Anggerik Desa

Anggerikdesa dilahirkan dan dibesarkan di sebuah desa yang terletak di sebelah Pantai Timur. Sebuah desa yang diberi jolokan sesama adik-beradik dan rakan-rakan terdekat sebagai 'Elephant Island'. Desa ini berhampiran dengan pantai yang kini semakin terhakis dek rakusan ombak yang semakin mengganas...ombak lauk yang semakin mengganas ini telah menelan sebuah kampung yang begitu besar juga suatu masa dahulu....sempat di zaman anggerikdesa kecil-kecil, hanya tinggal lagi satu kubu pertahanan semasa serangan askar Jepun suatu ketika dulu...dan kini satu2nya kubu yang tinggal itu sudahpun ditelan ombak berpuluh tahun yang lalu...yang tinggal kini hanya sejarah...dan yang nampak di mata hanya benteng pertahanan yang dibina dengan batu-batu yang besar yang diikat kemas bagi menahan ombak yang semakin mengganas... Kini Anggerikdesa melalui kehidupan sebagai seorang penjawat awam di sebuah universiti awam dan setelah 13 tahun bekerja Anggerikdesa  break seketika bagi menyambung pe

Salam Perkenalan di Alam Siber...

Assalamualaikum dan salam pertemuan penuh harmoni, Malam ini, buat pertama kalinya saya menulis di blog yang sebenarnya telah hampir dua tiga bulan didaftarkan. Nama blog ini saya berikan nama sebagai 'Anggerik Desa' ...ada sejarah di sebalik nama itu sebenarnya...sejak kecil lagi nama Anggerik Desa sentiasa saya gunakan dalam apa jua 'pengenalan'...sudah begitu sinonim dengan diri saya....justeru nama blog ini menjadi pilihan. Sebenarnya telah sekian lama saya berangan dan mengimpikan untuk memiliki blog sendiri, namun mungkin kerana kekangan masa menjadikan segala angan dan impian itu belum dapat direalitikan...namun akhirnya pada malam ini, saya berjaya jua merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri... Sejak kecil lagi dunia penulisan ini seakan telah menjadi darah daging saya. Justeru dengan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi, saya merasakan banyak platform yang boleh digunakan untuk menulis.  Tulisan sebenarnya sangat mem