Skip to main content

Buku Baharu 2023 Dibuka...

Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya.

Kini kita telah dua hari memasuki tahun 2023.

Bagi yang bekerja, cuti hari ni adalah last day cuti bagi yang telah bercuti sejak akhir Disember 2022.

Esok bermulalah semula "perjuangan" di tempat kerja sehingga lah ke 365 hari mencukupkan setahun tahun 2023.

Pada tahun 2023 ini sudah pasti rutin kerja dan rutin peribadi berlaku seperti biasa..proses repeating seperti biasa..apa yang kita lakukan pada tahun 2022 juga tahun2 sebelumnya akan tetap kita lakukan pada tahun 2023.

Cuma...pastikan ada perbezaan drpd segi:

1. Hubungan kita dengan Allah. Perkemaskan. Biar makin meningkat tahun kita makin menjadi hamba Allah yang baik.

2. Kematangan kita. Semakin masa beredar, semakin usia kita meningkat, biarlah kita menjadi lebih matang dan lebih bijaksana dalam melalui kehidupan.

3. Tahap kesedaran kita bahawa kita semakin menuju garisan penamat semakin tinggi. Perlengkapkan dan perkemaskan diri untuk menghadapi hari2 yang mendatang yang akhirnya menuju ke sana. Ingat, ajal ini tidak mengira usia, pangkat, masa dan ketika, tiba saatnya Allah akan menjemput kita menemuinya. Jangan kita terlalu leka dengan dunia sehingga kita terlupa bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara Allah. Setiap hari latih diri untuk mengingati mati.

4. Kompetensi kerja/karier kita. Tambah baik dan tingkatkan kompetensi kita dalam kerja. Jangan performance kita berada di takuk lama dan sama saja berbanding dengan sebelumnya. Masa berubah, pengalaman bertambah, maka berusaha lah untuk tambah baik dan perkemaskan mana yang lemah. 

5. Pemikiran kita. Tambah baik cara pemikiran kita. Berfikir lah seperti orang dewasa. Benda yang kecil usah perbesarkan. Jika salah betulkan, jika silap minta maaf...tak usah complicatedkan pemikiran kita. Hormati pemikiran orang lain sebagaimana kita nak fikiran kita juga dihormati.

6. Life style. Ubah life style kita..gaya hidup kita biarlah tenang2 dan positif saja. Jaga kesihatan selalu. Jaga makan, banyakkan makanan kesihatan, minum banyak air masak, kurangkan pengambilan karbo, buat exercise secara konsisten. Minda yang sihat hadir drpd gaya hidup kita yang sihat.

7. Ilmu pengetahuan. Tingkatkan ilmu, banyakkan membaca. Setkan berapa banyak buku yang kita nak baca dalam sebulan..atleast satu buku untuk satu bulan juga sudah cukup baik.

8. Hubungan dengan manusia. Perkemaskan hubungan sesama manusia. Hubungan kekeluargaan dan hubungan keserakanan. Suburkan dan perkemaskan...banyakkan perkongsian sihat dan bermanfaat bagi mengekalkan momentum ceria, gembira dan bahagia.

9. Emosi dan minda. Jaga dan kawal. Tingkatkan tahap kesabaran dan pastikan emosi kita tidak "menyusahkan" diri kita dan diri orang lain. Belajar untuk merawat dengan baik dan bijaksana jika sesekali terluka dan tercalar.

Semoga semua perkara di atas ini dapat kita amalkan untuk kita bezakan tahun yang berlalu dengan tahun yang bakal kita lalui ini. Semoga Allah terus mempermudahkan semua urusan kita dan diberikan kebahagiaan berpanjangan dunia dan akhirat.

Amiin YRA

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe