Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Kuih Cara Manis Sedap dan Lembut...

Dessert menjadi pilihan di Ramadan ketiga adalah "kuih Cara". Kuih Cara ni adalah antara kuih tradisional orang2 tua dulu2 juga. Kalau kena membuatnya kuih ini memang sedap. Rasanya yang lemak2 manis dan lembut dengan lelehan air gula di dalamnya memang menggamit rasa nikmat sedapnya kuih ini. Kuih cara ini sangat mudah untuk disediakan yang penting kena ada acuannya. Kuih ini hanya menggunakan bahan yang memang tersesia ada di rumah. Kuih ini boleh dicantikkan dengan pelbagai warna, tapi kebiasaannya untuk kuih cara ni kebanyakan memilih warna pandan dan warna kuning sahaja. Saya memilih warna pandan, warna sebenar untuk kuih ini cara ini. Jom kita layan bahan-bahan dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Gandum 3 cawan 2. Air putih biasa 2 cawan 3. Setengah cawan air daun pandan 4. Telur dua biji 5. Santan 1 kotak kecil 6. Garam setengah sudu teh 7. Gula secukupnya. 8. Tiga helai daun pandan Cara-cara: Campur semua sekali bahan dan blend bersama kecuali daun p

Bawal Kari Mamak special in the house...

Semalam 26 April telah selesai hari ketiga kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah... Menu hari ni, ada yang req kari mamak...aduhaiii seumur hidup saya tak pernah buat kari mamak ni...sebab saya ni selalunya buat kari kelate (ala2 gulai kawah tu). Famili saya di kampung pula memang bukan jenis pengemar masakan mamak...pendek kata memang tak makan food mamak. Lagipun di kelate masa dulu2 kita memang tak ada restoran mamak. Hokey, maka saya on la "Bawal kari mamak' ni...tapi saya ubah cket ikut selera saya juga la...tak ubah banyak ubah cket ajerrr..kari mamak tak guna santan tapi saya masuk santan tapi sikit aje...macam pelik lak rasa bila buat kari tak taruk santan..jadi saya bubuh juga la sikit, ambik syarat orang kata😂... Kari mamak ni lain sikit dengan kari kita, kari ni nak kena rasa masam2 dan pedas2. Makanya kena masuk air asam jawa lebih dan tomato, di samping halba campur, daun kari, dan bendi. Bawang dan halia tu macam biasanya.

Kuih Onde-onde Tradisi Kuih Berbuka Kelate...

Berbuka puasa ni tidak sah kalau tiada kuih manis gitu kan. Saya kebiasaanya memang buat sendiri kuih-muih berbuka. Jadinya bila PKP ni bazar ramadan tidak dibuka, saya tidak terasa sangat kerana sudah terbiasa menyediakan kuih sendiri. Bukan apa...pilihan kuih berbuka saya adalah kuih2 tradisional Kelate. Kuih2 ini sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh ikut taste kita..kalau di bazar mungkin tak kena dengan citarasa kita kan. Semalam hari pertama berbuka, saya memilih untuk buat kuih "onde-onde". Kuih ini menjadi pilihan kuih pertama saya. Resepi kuih onde-onde ini saya telah shared di entri yang lalu..bagi yang berminat untuk mencuba boleh scroll down untuk resepi kuih ini ya. Kuih onde-onde ni kiranya sangat popular di Kelate, juga di luar Kelate sebenarnya..cuma di luar Kelate, mungkin ada yang sedap dan mungkin adaa yang tak sampai rasanya tu. Kalau kebetulan kena dengan orang Kelate yang membuatnya mungkin boleh capai citarasa kita...tapi kadang-kadang kuih bagi

Daging Masak Kicap Sedap dan Istimewa...

Hari pertama Ramadan dilalui dengan lancar. Alhamdulillah segalanya dalam peliharaan Allah. Daging masak kicap menjadi pilihan menu pertama saya untuk pembuka tirai berbuka hari pertama. Jarang sebenarnya saya buat menu ni...tapi tiba2 menu ni yang hadir di fikiran tak kala memikirkan menu apa yang nak dimasak. Justerunya, saya on dengan daging masak kicap. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya. Bahan-bahan: 1. Daging 1kg 2. Bawang putih 3 ulas 3. Bawang merah 5 ulas 4. Satu sudu besar cili giling 5. Setengah sudu besar rempah kurma 6. Satu sudu teh lada hitam 7. Cili api dan cili besar atau cili benggala untuk dipotong2 8. Bawang holland satu labu dipotong besar2. Belah 6 pun okay. 9. Kicap manis 10. Garam dan gula secukupnya 11. Sedikit cuka dan sos cili 12. Kicap manis secukupnya. 13. Perasa jika suka 14. Sedikit lada sulah 15. Minyak masak untuk menumis Cara-cara: 1. Potong daging saiz spt dalam gambar, jgn nipis sangat dan jangan terlalu tebal. Cu
Ramadan Kareem... Hari ni adalah hari kedua Ramadan kita menjalaninya dalam keadaan PKP ini. Apakah agaknya perbezaan dalam menyambut Ramadan pada kali ini. Sudah pasti masing2kita mempunyai pemikiran tersendiri dalam mentafsirkannya. Daripada segi pandangan dan pemikiran saya, saya melihatnya dalam pelbagai situasi dan antaranya adalah: 1. Solat Terawih berjemaah sudah tidak dapat kita lakukan secara berjemaah di masjid, surau atau balasoh sebagaimana amalan rutin muslimin dan muslimat seluruh dunia. Pada kali ini solat terawih perlu dilaksanakan di rumah masing. Ramai yang melakukannya secara berjemaan bersama ahli keluarga, dan bagi mereka yang bersedirian akan melakukannya secara sendiri. 2. Aktiviti Tadarus secara berjemaah tidak lagi dapat diteruskan di masjid, surau atau rumah. Selalunya kita akan mengadakan tadarus secara berjemaah di masjid dan surau. Kalau di kampung2, kebiasaannya tadarus dibuat di rumah. Mana2 rumah yang dipilih untuk bertadarus, ada juga mereka ber

Bungkusan Hadiah Ramadan Terindah...

Ramadan kembali lagi...Ramadan Kareem...jatuhnya pada 24 April 2020 bersamaan dengan hari Jumaat. Pada esok hari semua umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Hari pertama Ramadan jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Barokah Allah. Marilah kita sama2 panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita diketemukan lagi dengan Ramadan tahun ini. Cuba soroti kembali saat Ramadan lalu menutup tirai...hati kita pasti berdetik...."adakah sempat kita bertemu dengan Ramadan akan datang" atau mungkin ajal Allah lebih dulu menjemput. Alhamdulillah...Ramadan 1441H pada tahun ini..kita masih diberi kesempatan oleh Allah. Kita masih Allah berikan usia yang panjang...masih lagi dapat menghirup udara Allah di muka bumi ini, dan masih lagi punyai kesempatan untuk melafazkan niat puasa Ramadan esok kerana Allah Taala. Besar sungguh nikmat Allah ini...sudah pasti tidak terbanding. Justeru, sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur...terus lah istiqomah ke arah kebaikan...teru

Jepput Pisang Meranum...

JEPPUT PISANG MERANUM anggerikdesa Inilah sejenis kuih yang memang sifatnya tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas...paling mudah disediakan dan paling sedap dimakan...kebanyakan orang memang akan menyukai jepput pisang a.k.a cekodok pisang ni. Sudah lama rasanya tidak membuatnya. Jepput pisang ni yang jenis klasik la yang paling sedap kalau ikut taste saya la...maksud yang klasik ni yang mmg campuran pisang, gandum dan gula saja..yang moden pula yang dicampur dengan soda bikarbonat..dia ala2 jadi mcm tekstur kek gitu...sesekali memang sedap juga mkn yg ala2 moden ni. Tapi kot manapun yang klasik ni tetap memenangi dan menambat hati dan rasa la..hehe. Jepput pisang ni sedap bila dia lembut, tak melekat di kuali, garing di luar dan lembut di dalam dan terasa pisangnya..maksudnya jangan taruk gandum lebih..kalau gandum lebih parah lah jepput pisang tu... Kalau tips saya buat jepput...untuk sebiji pisang saiz sejengkal tu (pisang ambon) perlu satu sudu besar gandum dan sa

Hikmah Allah di sebalik COVID-19

Allahuakbar.... Sayunya...sebak terasa di hati awal pagi ni mendengar azan dari masjid...jelas kedengaran.... Hari ini hari ke-36 PKP. Masjid dan surau masih belum dpt dikunjungi oleh semua jemaah, hanya petugas masjid saja yang dibenarkan untuk mengalunkan azan dan membuat solat jemaah bersama dua tiga orang petugas masjid sejak arahan PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020. Allahu... Hati redha dan pasrah atas sesuatu yang "luar biasa" ini. Saya menganggap ini suatu yang luar biasa kerana sepanjang hayat ini, inilah kali pertama ianya berlaku..tidak pernah berlaku lagi sebelum ini dan sesungguhnya tidak pernah hadir di fikiranpun sebenarnya bahawa apa yang berlaku ini akan berlaku. Jadi, masakan hati tidak merasa bergetar dan tersentuh apabila mendengar laungan azan berkumandang, sedangkan para jemaah semua tidak dpt "menyahut" panggilan azan untuk solat berjemaah di rumah Allah, sebaliknya hanya mampu mendengar laungan azan daripada jauh dan menunaikan solat jema

Teknik Pernafasan Formula 4-7-8

Sekadar berkongsi satu perkongsian yang sangat baik daripada Prof Datuk Dr. Muhaya berkaitan teknik pernafasan...insyaAllah bermanfaat buat kita semua. 🌸Teknik Pernafasan (Formula 4-7-8) Untuk mendapatkan alfa wave. Energi tenang. Senang ilmu nak masuk. Tarik Nafas : 4 saat Tahan Nafas : 7 saat Hembus Nafas : 8 saat 🌼Setiap kali tarik nafas, Fikir yang : Saya sedut kepositifan, ketenangan, kekayaan, kejayaan. 🌼Setiap kali hembus nafas Saya buang kenegatifan, masalah, negativiti, penyakit hati, malas, serabut. Siapa nak tengok silap orang lain, kita sedang buta mata hati. Ubah! Jika nampak di cermin tudung tak betul, nak betulkan cermin ke nak betulkan tudung? Kita akan baiki tudung kan? Itu simbolik baiki diri, baiki dalaman kita. Barulah dunia luaran akan terbaiki. Sedar diri, jangan sedar orang. Sentiasa melihat ke dalam diri. Baiki diri. Luaran akan terbaiki. Perkongsian ini disampaikan oleh Prof Muhaya bersama team beliau dalam seminar online yang diadakan

Janji Allah Itu Pasti...Masanya Akan Tiba.

Malam telah sangat lewat sebenarnya...mata belum dapat dilelapkan... Terbaca pula di status FB seorang sahabat sekejap tadi menyatakan ayahnya telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Innalillahiwainnahilaihirajiun... dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh di sisi Allah. Hati saya rasa tersentuh...baru seminggu lepas saya mengucapkan takziah kepada sahabat saya ini atas kembalinya ke rahmatullah bondanya...dan kini selepas seminggu ayahanda nya pula menyusul...Allahuakbar ketentuan Allah itu sangat cantik sebenarnya...saya melihat ini dari sudut hubungan dan "cinta sejati" sepasang suami isteri yang sama2 pergi menemui Pencipta...sebagaimana janji termetri untuk sehidup semati. Kuatnya cinta sejati suami isteri ini. Usia suami dan isteri ini saya kira 70 tahun ke atas...sekian lama mereka hidup bersama dan kini sama2 kembali ke alam sana. Hanya seminggu sahaja suami ditinggalkan dan akhirnya san

Lepaskan Segala Belenggu Masa Lalu...

Terkadang kita terbelenggu dengan suatu rasa yang sukar diterjemahkan. Terjemahan itu ada namun tersekat di dalam hati cuma...tidak terluah dek kerana sesuatu yang mungkin sangat peribadi. Memendam kepedihan dan kelukaan dalam tempoh yang agak panjang adalah sesuatu yang tidak baik kepada kesihatan kita. Belajar lah untuk melepaskannya. Learn how to let go and free yourself and letting go of the past. Semua orang dalam kehidupan ini memilih untuk menjaga privacy masing-masing kerana itu memilih untuk memendam di hati bagi sesuatu yang amat peribadi. Sesungguhnya kita perlu tahu bahawa apa yang kita pendam itu, memang secara nyatanya dilihat tidak memberi kesan kepada diri tetapi hakikatnya secara dalamannya lama kelamaan ia akan terus menyiksa batin dan menderita kan diri...secara perlahan-lahan ia akan memakan diri, merosak jiwa, dan menghakis bahagia dan rasa tenang...dalam tempoh yang lama ia memberikan kesan yang sangat besar kepada diri...justeru, belajarlah untuk melepas

Roti Puri Sedap...

Entri kali ni saya nak bercerita tentang Roti Puri. Roti puri ni sejenis makanan dari "spesis" roti la, itu yang namanya roti puri kan...hehe. Dulu2 masa belum keluar "merantau" ke tempat orang, saya tak pernah makan roti puri ni...saya pun tak pasti kalau dulu2 ada ke roti puri ni di kelate..lo ni memang dah ada la..dunia makin berkembang dan berubah... Dalam lima enam tahun ni tiba2 roti puri ni jadi top di pengetahuan saya...saya tanpa sengaja tahu dan telah merasa makanan ni..hmmmm..not bad rasa nya..sedap dicicah dgn sambal atau kari daging, ayam, kambing dan sebagainya yang seangkatan. Bila dah suka, opkos la sesekali saya akan cuba membuatnya sendiri...sebab nak cicah dengan gulai yang saya buat sendiri lagi nyakut la kae...gulai ala kelate sedap sikit la kalu ikut taste saya ni...kali pertama membuatnya dulu, macam tak berapa menjadi sangat..hehe..kali kedua, ketiga dan seterusnya alhamdulillah boley la.. So, alkisahnya pagi ni ada orang

Karipap Sedap: Rangup dan Rapuh di luar lembut di dalam...

KARIPAP NOSTALGIA INGATAN ZAME KECIK anggerikdesa Hari ni buat karipap nostalgia rangup lemak2 garing gitu. Sesekali saje saya ni buat karipap...saja buat sebab teringat masa dulu2 sokmo buat dengan ummi di kampung. Karipap ni saya tahu buat pastrinya, inti dan tahu buat kelim nya dari ummi. Tapi dah tak ingat dah resepi ummi lagu mana...😀 Masa kecik2 sokmo ummi dok buat karipap ni...tapi selalunya karipap pusing..mmg tip top dan sedap sgt. Tapi yang saya buat ni bukan karipap pusing sebab saya malas cket...karipap pusing ni agak renyah cket..tapi kebetulan saya mmg teringat nak mkn karipap biasa ala kapong ni. Mek saya juga selalu buat karipap hok tak pusing ni...memang sgt sedap..dari kulit dan inti semuanya tip top👍👍. Kalau buat karipap, kami guna inti ubi setelo (keledek), kebanyakan karipap ore kelate guna ubi setelo sbg inti dan bukan ubi kentang (namun ada juga yang suka ubi kentang, ikut pada taste masing2)...sebelah luar memang guna kentang...namun saya

Beke @ Bengkang Klasik Kelate...

Pagi ni buat lagi Beke ni tapi stail klasik puloks...baru ya kena dengan taste kita ore2 dah senior ni...smlm dapat resepi mek drpd adik ipar, Resepi mek saya untuk sekilo punya tepong😆..makanya kena adjust sendiri la portion tepungnya sebab saya buat satu cawan tepung aje...dpt dalam 20 potong... Rasanya sedap dengan lemak2 manis nya...tapi saya rasa saya kurang bubuh minyak masa proses baking tu...okey tak apa, kita tambah baik next time😀. Bingka Kastard semalam "licin mone" anak2 suka...kita tgok lak yg klasik ni dia orang suka ko dok..😁. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Gandum satu cawan 2. Telur 3 biji 3. Gula 1 cawan 4. Daun pandan 4 helai unk secawan airnya. 5. Susu pekat manis setengah cawan 6. Santan satu kotak (boleh diganti dengan fresh santan) 7. Esen vanila (optional) 8. Esen Ros (optional) 9. Sedikit pewarna hijau 10. Minyak jagung 1/4 cawan Caranya pula sangat mudah... Masukkan gandum, telur, gula, su

Bingka Kastard...

Petang ni buat kuih ini untuk minum petang, saya panggilnya Bingka Kastad sebab ada taruk kastad juga "berduet" dengan tepung gandum..😁. Niat asal nak makan "Beke Kelate" style mek saya...adehhh g buat hok pesen ni pulok...kiranya Bingka Kastad ni inovasi dari "Beke klasik" la kerana apa, kerana telah dimasukkan kastad dan keduanya tak guna santan, tapi guna susu cair...kesimpulannya saya tetap suka "Beke klasik" nak2 hok mek saya buat.. Tapi anak2 suka Bingka Kastad ni..aduhaiii..tengok betapa beza taste kita "orang-orang dah senior" ni berbanding anak2 muda kan ...😂. Begitu lah alkisahnya cerita nya kuih minum petang untuk petang ni. Jom kita tengok bahan-bahannya: 1. Satu cawan gandum 2. Satu cawan susu cair 3. 3 sudu besar gula 4. 2 biji telur 5. Setengah cawan susu pekat manis 6. 2 cawan air 7. 3 sudu besar butter/margerin 8. 4 sudu besar tepung kastard 9. Secubit Garam 10. Daun pandan sehelai. Kal

Kuih Tradisional Cucur Topi...

Kuih cucur atau ada juga yang panggil kuih topi ni memang terkenal sbg kuih tradisional orang dulu2. Membuatnya pun sangat mudah, hanya empat bahan saja, tepung beras, telur, gula dan air...dan sudah pastilah minyak untuk menggoreng😁. Kuih ni kalau tengok pada salsilahnya, ia terkenal dalam negara2 Asia sebenarnya, Msia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan mungkin beberapa lagi. Saya ingat masa saya kecik2 dulu, orang tua2 suka buat kuih ni dan memang sedap kuih homemade ni. Dalam minggu ni dok tgok adik dan adik ipar di kampung buat..sahabat di FB pun dok buat...saya memang suka kuih ni, tapi tak pernah buat. Pagi ni selepas usai solat subuh tadi...makanya buat la...ini first try saya sebenarnya buat kuih ni, tak pernah buat sendiri lagi...kali ni baru mencubanya walaupun penggemar kuih ni. Walaupun "Topi" nya tidak "bertopi" sangat dan "rupa parasnya" begitu begitu saja....tak mengapa..sebab rasa sedapnya ada di situ..hehe😀 Jom kita te

Ayam Percik Kelate Sedap...

Lauk percik ni citer semalam lagi, cuma tak sempat nak update resepi di blog. Mr. Husband semalam keluar pergi kedai restock barang2 dapur dah byk yang habis...awal paginya dia req nak ayam percik unk lunch... Saya ni sgt jarang buat percik...bukan apa, percik ni dia remeh dan "banyak cerita" cket..kena rebuskan dulu sekejap ayam tu dgn perapannya (air sedikit saja, mcm ala2 stim)...kena buat kuahnya pulak, dan kemudiannya kena bakar pulak ayamnya..perlu dibalik2 dan disalutkan kuahnya sambil diulang dua tiga kali bakar berselang seli salut kuah...hmmm memang level sabar kena tinggi buat percik ni...hehe Makanya lauk percik ni kiranya sangat special la pada saya kerana sangat jarang saya buat😅...jarang buat tu sebab saya cerewet cket bila buat percik ni...sebab nak kena cantik kejadiannya bersalut di ayam tu...kalau tak cantik kejadiannya mahu buat saya sesak nafas nanti..🤒🤦‍♀ Jom kita tengok bahan2nya: 1. Ayam seekor potong empat 2. Bawang merah lima enam ulas

Merenung Kehidupan..semuanya Milik Allah...

Usai solat subuh pagi ni... Diri diam seketika...merenung banyak perkara dalam diri...banyak yang bermain di fikiran...semuanya tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Terasa diri tersangat kerdil...Allahuakbar...diri ini tiada apa sebenarnya...hanya jasad yang mempunyai roh di dalamnya...andai roh itu tiada maka terkulai lah jasad, mereput dan membusuk... Anggota badan yang bergerak ini kerana ianya digerakkan oleh Allah...andai Allah menarik kembali nikmat pergerakan anggota ini...maka kaku lah...walau sekalipun nak menggerakkan seinci jari jemari...tidakkan boleh jua...Allahuakbar. Seluruh kehidupan ini milik-Mu Ya Allah Ya Barik...Allah yang Maha Menyusun, Maha Mengurus, dan Maha Mentadbir. Manusia langsung tidak mempunyai apa2 melainkan segalanya dengan keizinan Allah...justeru, nikmat Allah yang mana yang ingin kita dusta kan. Allahuakbar. Pernahkah kita bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita...maka bersyukur dan terus bersyukur la...jangan alpa

Donut Pandan Lembut dan Gebu...

Petang tadi masih "berkarya" dengan resepi2 yang disukai. Sekadar buat kuih2 yang bahannya mudah dan ada stok di rumah. Entri kali ini saya ingin berkongsi cara buat Donut Pandan. Pertama kali saya buat Donut Pandan sebenarnya..pun begitu, tak ada perubahan kpd cara buatnya sebab Donut Pandan ni kita cuma letak air pandan atau pewarna hijau saja. Donut ni sedap juga dibuat minum petang, bila kita makan panas2 hasil kreativiti kita sendiri. Kuih homemade ni sebenarnya lebih sedap banding dgn kuih yang kita beli sebab bila kita buat sendiri kita boleh ikut citarasa kita sendiri..bila siap boleh terus dinikmati masa kuih masih panas2 lagi...itu antara kelebihannya kuih buat sendiri ni. Jom kita tengok bahan2nya: 1. Setengah kg gandum. 2. Satu biji telur 3. Setengah cawan fresh milk/susu cair 4. Dua sudu margerin/butter atau gantikan dengan minyak kalau tiada butter dan margerin. 5. Satu sudu ovalette (optional) 6. 3 sudu gula 7. Satu teh garam 8. Pewarna hijau